Rabu, 14 November 2018

Rezeki 2018

Salam hari rabu semua. Tajuk macam good good je kan tapi takda apa pun sebenarnya. hahaha. Alhamdulillah tahun ni tahun bermakna bagi aku even macam macam dugaan datang silih berganti tanpa diundang tapi ada kebahagian dia selitkan. Selama 3 tahun aku hidup bersama suami tercinta berdua, alhamdulillah bulan 4 haritu Dia beri rezeki zuriat kat aku. Lama aku tunggu hari hari aku tak putus putus doa sampai kekadang aku rasa aku giveup dengan diri sendiri. Alhamdulillah Dia sebaik baik perancang. Yang maha dasyatnya aku sendiri pun tak tahu yang aku mengandung waktu tu. Dengan macam macam aktiviti lasak aku buat sampai takda rasa langsung sakit dia. Alahan ape benda semua aku tak rasa yang pasti masa tu aku jadi kurang makan, bila makan lebih sikit je mesti nak keluar balik padahal sebelum ni kau bagi jelah apa kat aku ni, aku tolak batu dengan kayu je sume aku bedal. Masa aku dalm kursus aku dah mengandung rupanya selamatlah masa tu dah nak habis kursus tu, latihan akhir kat kawasan kelapa sawit Bukit Tagar. Taw tak kat situ dalam dia kawasan hutan tapi aku sikit pun tak rasa apa apa yang taw nak habiskan latihan je.

Patutlah bila ada prade berdiri lama lama nampak gelap kelabu ja tapi still bertahan jugak sebab mybe aku ni jenis antibodi kuat kot kan. Masa dalam latihan tu jangan cakaplah macam macam kne dengan jurulatih kalaulah aku tahu aku mengandung masa tu mampus lah aku tak buat apa yang dorang suh buat. Sebab tak dapat jawab soalan dengan betul aku dengan 2 lagi kawan aku kena crawl dekat tengah lumpur tu. bayangkan jauh dia dalam 2km and patah balik berenti kat tengah tengah lumpur tu amek jungle hat (topi) cedok kat lumpur tu and sapu kat muka sendiri. Alahai rasa macam pakai masker dah. Tetambah bila lumpur tu dah keras. pehhhhh nala cek oi. Paling syok tempat latihan aku tu ada sungai pehhhh memang asyik terjun jelah aku ni. Kalaulah aku tahu aku mengandung tu memang tak buatlah wei. Maaflah anak mom awak ni memang jenis kasar and lasak orangnye memang tak boleh diubah dah sampai pak hang pun pening layan mom hang ni.hahahaha


Ni lah orang dia, budak lasak kasar namati. 
 Masa aku dah habis kursus aku start kerja kat KL lak, time tu lah ade orang orang tegur aku sal perut aku, yelah masa tu kan pakai traksiut dengan baju t-shirt kita ni ingat perut buncit semahu mahunya kita ni pun jawablah perut buncit bila orang tanya tanya ngandung ke ape la ini lah. Siap dorang suh g cek lagi. Aku jadik cam pikir pikir jugaklah sebelum deme tegur tegur tu aku siap main netball lagi wei wakil team opis aku kemain melompat bagai, siap balik kampung aku kat Ipoh tu sorang sorang merempit naik motor RS 150 laki aku, bila ingat ingat balik aku rasa aku ni jenis main dan je kan. kuat beno awak ni sayang. Haaa masa blik kampung ni lah aku ajak mak aku g giant cari prengancy test nak tengok benor sangat ke aku ni mengandung. Balik balik tu terus g cek, apaklah laju je dia naik dua line beb. Allah time tu tak taw nak rasa ape, rasa nak nangis ade tak percaya pun ada. Dengan laki aku lak takde kat sisi aku time ni. Allah sedihnya nak hadap sume ni sorang sorang. Siyeslah memang aku survive gila masa memula ni. Bermulalah aku g Rsat cek doktor sume, Ya dok pun ucap tahianh suh p KK (klinik kesihatan) g buat buku pink. Ya usia kandungan dah cecah 16 week baru buat buku pink selamatlah nurse jenis elok tak maki maki hamun kan. So aku hadap 5 bulan sorang sorang tanpa laki aku. sedih jangan cakaplah g checkup sorang tengok orang lain kemas je ade suami kat sebelah kita ni sekor sekor je hadap tapi takpe aku jenis strong punya orang aku radak je mana boleh. And now laki aku dah balik  haaaa memacam aku suruh dia buat jangan haraplah aku nak mensia sia kan peluang yang ade. hahahaahhaa.

Kekasih halal yang tak jemu jemu melayan segala jenis karenah. Tq sayangku.
Tapi betullah orang cakap kalau dah cakap Dia nak bagi rezeki tu hang buatlah apapepun memang rezeki hang jugak. Alhamdulillah baby sihat sejahtera selalu takde effect ape ape pun masa scan bulan lepas siap buat details scan lagi aw. Syukur ya Allah dengan rezeki yang kau berikan ini. Aku tak minta banyak pun minta semoga dipermudahkan bersalin nanti dan baby keluar dengan selamat hendaknya. Amin




Sesi Meluah Apa Yang Terbuku.




Assalamualaikum salam penghujung akhir tahun. Tuppp Tapp tupp tapp dah nak hampir dengan bulan 12, macam tak percaya je nak masuk tahun 2019. Macam tak puas nak survive untuk tahun 2018 ni. Banyak sangat hajat dan impian belum tercapai kekadang rasa macam mimpi pulak nak jumpa bulan 2019. Untuk kali ni macam semangat membara bara nk hadap blog sebab kat opis takda orang. sume sibuk dengan aktiviti luar so kita ni yang tak boleh buat aktviti lasak lasak kita hadap laaa duk opis ni sorang sorang yedok. hahana

Nampak tak my blog dah berwajah baru dah tak bersawang kolot kolot macam dulu kan? kan? nampak cam elegent elegent sikit kan. hahahaha (angkat bakul teruk sangat un oi) hahahahaa. Nak buat cun cun macam idola blogger kita irenenadia tapi sayang kita belum kaji habis nak buat grand grand cun cun cam dia punya blog. Biarlah biasa biasa pun jadi sedap mata memandangkan. Teruk sangat ni sebab dah lama bapak tinggalkan dunia blogger ni. Last update sal kucing kesayanganku itu tapi sayang bila baca entri tu balik sebab dua dua ekor dah pergi hilangkan diri tinggalkan aku. Ahhhh tak dapat aku lupakan saat deme hilang macam mati laki aku rasa. Dengan taklalu makan bila g keje je airmata ni menitik je teringatkan deme. Allah tersiksanya rasa kehilangan tu. Semoga deme bahagia disana. Dahla taknak sediah sedih sebab sekarang ni dalam fasa emosi cepat terganggu pantang sedih sikit mesti airmata ni laju je turun.

Oklaa taip pepanjang pun macam semak je kan. sebab ade banyak lagi benda nak bercerita ni, sabaq na tunggu satu satu entri aku buat nanti. So selamat la menjengah blog aku yang tak seberapa ni. Muah ciked.




Ahad, 16 Oktober 2016

Si nonet Ozil.

 Haaa.. Ni nak cerita pasal kucing kesayangan aku. Yang Abu tu suami aku dok sayang sangat yang sekor ni memang aku sayang gegila tak macam abu. heheehe. Bukan pilih kasih ke apa tapi tahla kenapa sayang lebih dekat ozil ni. Ok nama dia 'OZIL' Maybe sebab aku minat player bola Jerman  tu kot tu yang beria buh nama tu. Tapi bila dah bubuh nama tu makin hyperaktif aku tengok dak sekor ni. Mengelejat semacam geram pulak kita tengok dia terkejor ke sana terkejor kemari. Panjat itu panjat ini. Eiiii.... Rasa nak gigit je.

1st aku jumpa si ozil ni masa aku dok basuh kain ni haaa... dok jemur jemur kain kat depan mesin basuh tu masa tu tak keluar rumah lagi. Yang abu ni cam pelik je dok bawah singki dapur tapi mata dia menghala ke tingkap ingatkan nak rembat ayam yang aku tengah rendam tu, Tapi aku buat lex je la dok teruskan sidai kain aku tu. Aku pun ambikla kunci grill nak buka grill jemur kain. Dok angkat kain kain yang nak gantung kat ampaian tu mata aku automatik terpandang benda yang ada atas tingkap. Kusss semangat akak ni wei tengok ada kucing yang omey omey sangat tu kat grill tingkap tu. Apa lagi akak g msuk dalam la amek fon tangkap gambor dia. Ada kat bawah gambor 1st dia mai tu. huhu.

Ingat lagi masa tu sehari nak raya haji, lepas dah ammek si nonet ni terus mandikan dia semua. dah kering tu biorkan dia kat pintu tu kononnya nak suh la dia blah p balik rumah dia. Tapi tak pulak dia blah makin gedik gedik dia kat kaki kita. Haish laaaa.. Petang tu memang cadang nak balik Jitra dah nak sambut raya haji kat sana kan. Terpikir pulak nak letak mana dak nonet ni. Last last suami aku cakap bawak je la balik. Nanti singgah rumah Ipoh kita letak kat ipoh. Aku pun haa kan je la.

Bukan main aktif dia dok dalam kete. Rasa macam nak sekeh sekeh je pale dia. Nak letak dalam sangkar besor la plak. So biorkan je dia bebas.Da bebas tu bukan main sakan dia panjat sini sana. Pantang nampak tingkap erbuka kerja nak lompat je. Selamatlah cepat perasan. Ozil ozil laaa hai. So sakan lah dia dapat berjalan sampai ke Jitra selamatlah Pak mak mertua smpoi boleh layan kan peel si Ozil ni. Hehe. Siyes Cakap pak mak mertua memang the best. Thanks mak abah. huhu

Lepas dah habis raya haji kat jitra tu terus balik Ipoh sebab esok dua dua dah kerje kan. Rush jugaklaaa balik masa tu tapi sampai Ipoh tu lex lex dulu sebab taw hiway tu konpem jammed bapak. Rasa berat hati lak nak tinggalkan si nonet ni last last kakngah cakap ko bawakla bela kat rumah ko> Ada laa nak buat kawan sikit. So aku bela lah dia sampai la sekarang dah makin gemok lepas kena injet vaksin ni.hahahaaha. Masa nak g injet tu berat baru 2kg. Now dah naik dah wei 3kg lak dah. Cecepatlah membesar degna sihat ye sayang. Macam biasalah kat bawah ni nak payung sikit pic pic dah nonet ni. hehe

Dia ni kucing paling baguslah. Nak berak je g toilet nak kecing je cecepat kais lantai toilet tu. Sayang sungguh aku kat nonet ni. huhu. Now je cam elik sikit bila aku balik kerja tu tak sesabor dia nak keluar rumah. Ingatkan nak buat apa, rupanyan g cari taah nak berak. Alahai nonet. I love u taw. taw. taw. (versi chanteq anak johan) hahahahaha.


Ni muka 1st time jumpa dia, Muka ketor kena kejor dengan kucing jahat.  

 
Masa nak balik Jitra. Kemain dok nyendeng kt suami akak ye.

 Lepas kena buli je buat muka trauma. Hahaha

 Sedih je ase nak tinggal dia sekor sekor kat rumah masa nak g kerja. huuuu...

 Geram la tu tak dapat nak buli akak balik. hahahaa


 Merajuk sebab kena marah. padan muka hang. Kerja nak kacau orang ja.

 Kangkang maut habis wei. Baru lepas kena mandi ni. heehee..

Kesayangan akak. Ozil ku sayang. Lebiu intan payung akak.





Moga selalu sihat dan akan gemok macam tuan kau ni ye sayang. 

'ABU' sayang.


Assalamualaikum.. Salam berhujung minggu semua. Syok hampa na hujung minggu boleh dok berjalan merayap dengan suami anak anak tunang and boyfriend girlfriend hampa kan. Aku ni juga sekor sekor layan kepala kat rumah. Apa boleh buat suami dok kena duty. Jaga keamanan  kem la katakan. AhahahA Selamat lah ada peneman setia kat rumah ni. Nak ada baby belum rezeki lagi ada baby kucing pun dah ok dah janji ada nak yang di buli. hahaha.

Masa aku pindah dekat kajang ni adalah sekor dua kucing yang rajin mai kat rumah aku ni. Alhamdulilah dapat suami pun yang suka kucing jugak so tak heran sangat kalau deme deme ni mai kat rumah ni buat macam hotel deme. Nak makan deme mai dah kenyang deme blah. Hampehnye kucing. hahahaa. Sampai lah satu hari ni ade sekor kucing ni gemok cam bapak kucing. Aku rasa memang bapak kucing pun. Yang suami aku ni dah berkenan naw dengan bapak kucing ni. Bila dia mai je dia belai belai kawan tu, bagi makan sume cukup baiknye la.

Last last aku cakap bela lah b kalau awak nak sangat bela. So start hari tu bapak pun dijaga baik oleh suami aku dan dia bagi nama 'ABU' jadikla dari takde kan. hahaaha. So sampai now abu stay dengan kitaorang just dia tu rajin merayaplah dari dok rumah ni. Bila kami dua g keje je mesti dia keluar so takdelah dia dok dalam rumah. Haaaa... ni nak belanja sikit pic abu ayang kita ni. hehehe.


 Hai nama saya ABU.

Muka minta makan. haishhh..

Alalaaa.. Budak manja. Gewamm akak.

Abah dia ni jela yang selalu manja kan abu ayang ni.

Makin menjadi laaa dedua sayang kita ni. eiiii