Rabu, 14 November 2018

Sesi Meluah Apa Yang Terbuku.




Assalamualaikum salam penghujung akhir tahun. Tuppp Tapp tupp tapp dah nak hampir dengan bulan 12, macam tak percaya je nak masuk tahun 2019. Macam tak puas nak survive untuk tahun 2018 ni. Banyak sangat hajat dan impian belum tercapai kekadang rasa macam mimpi pulak nak jumpa bulan 2019. Untuk kali ni macam semangat membara bara nk hadap blog sebab kat opis takda orang. sume sibuk dengan aktiviti luar so kita ni yang tak boleh buat aktviti lasak lasak kita hadap laaa duk opis ni sorang sorang yedok. hahana

Nampak tak my blog dah berwajah baru dah tak bersawang kolot kolot macam dulu kan? kan? nampak cam elegent elegent sikit kan. hahahaha (angkat bakul teruk sangat un oi) hahahahaa. Nak buat cun cun macam idola blogger kita irenenadia tapi sayang kita belum kaji habis nak buat grand grand cun cun cam dia punya blog. Biarlah biasa biasa pun jadi sedap mata memandangkan. Teruk sangat ni sebab dah lama bapak tinggalkan dunia blogger ni. Last update sal kucing kesayanganku itu tapi sayang bila baca entri tu balik sebab dua dua ekor dah pergi hilangkan diri tinggalkan aku. Ahhhh tak dapat aku lupakan saat deme hilang macam mati laki aku rasa. Dengan taklalu makan bila g keje je airmata ni menitik je teringatkan deme. Allah tersiksanya rasa kehilangan tu. Semoga deme bahagia disana. Dahla taknak sediah sedih sebab sekarang ni dalam fasa emosi cepat terganggu pantang sedih sikit mesti airmata ni laju je turun.

Oklaa taip pepanjang pun macam semak je kan. sebab ade banyak lagi benda nak bercerita ni, sabaq na tunggu satu satu entri aku buat nanti. So selamat la menjengah blog aku yang tak seberapa ni. Muah ciked.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan