Jumaat, 30 Julai 2010

Cintaku dipermainkan



Tidakkah kau tahu sayang
Betapa ku sayang padamu
kerna kau insan yang kucinta
untuk selama-lamanya

Tapi disebaliknya apa
yang kau berikan padaku
kasih dan sayangku pun tiada
pilunya dihatiku

Kini kau berubah
kau tak seperti dahulu
mengapa sayang mengapa
engkau jadi begini

Kini aku menyesal menyintaimu
kerna cintaku dipermainkan secukup-cukupnya

Hampalah hatiku dalam percintaan
kau membuatku tidak mahu cinta lagi sayang

Mengapa engkau mempermainkan
cinta yang sudah kita bina
kini kau datang sayang lagi
berterus terang kepadaku

Janganlah kau menyeksaku
tak sanggup lagi kumenanggung
dugaan cinta yang kau beri didalam diriku

Sakitnya hatiku
sampainya hatimu
kau tidak melayan diriku
seperti dahulu

Cuba kau rasa kerna apa yang telah kurasa
kini pasti kau juga akan menyesali cintaku

Kini airmata pun mula mengalir
engkau masih belum berubah
engkau tetap sama

Kini aku meminta maaf
kerna hatiku dah tertutup untuk dirimu oh sayang

Lepaskan aku, bebaskan aku
pergilah sayang
jangan kembali lagi

Cintaku Dipermainkan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan