huish... masih bersemangat even masalah datang menimpa nimpa tanpa diundang dengan kad undangan! hahahha..yeahhh! aku semakin kuat & kental kini, tapi aku bukan manusia yang selemah dulu.. so untuk yang rasa rasa nak down kan aku dengan cara yang tak berhati perut tu silakan lah! takpun dengan cara yang halus mulus tu..haaaa.. mari mari buat, kasi diri tu puah then kau boleh gelak kuat kuat kasi satu ipoh mali talak sombong ni dengar oke! haaa.. dosa dulu tak terhapus mao kasi melambak lambak dosa lagikah? dun worry lah! aku takkan balas tapi korang pun tau kan sapa yang akan hukum orang yang menganiayai orang lain. Bukan kita je manusia yang duduk kat dunia ni, menda lain lain pun ada kan? heeee... aku masih waras & kadang kala terlebih waras ketika membuat entri ni, so kepada kawan kawan jangan takut jangan risau segala yang berkaitan masih lagi boleh dikawal! haha.
Menempuh hari hari keramat yang tak dipinta! adoi.. sakit jugak tu tapi berkat kesudian & kesetiaaan kawan kawan yang selalu menemani diri ni. mampu menguatkan lagi diri & otot otot badan.. hahhaahah! dah start merapu oi. Lumrah kehidupan an? bila kita ni ada macam macam kita nilah disanjung & dilambung juga ditimang tinggi tinggi! selagi mahu nak mengipas, menjilat dan seangkatan dengannya akan dibuat selagi mampu. Cube bila kita dah tade ape ape! cube kau tengok dan lihat ada tak yang datang menolong, menimang segalanya kat kau?? tade an?? habuk pun tarak oi. tapi tu lah yang salu jadik dalam kehidupan! Bajek diri yang paling terbaik, selagi mahu angkat bakul untuk diri sendirik akan diangkat tinggi tinggi bukan?? huhuu.. adoi! kau baru belajar mengenal dunialah kawan kau tak rasa lagi kehidupan yang sebenar benarnya lagi! baru setahun jagung hidup ada hati nak cakap kat orang then bajek diri dah berbelas belas tahun hidup & makan garamm dari aku! ahhhh...sikit pun tak jadik kudis dengan setiap yang kau buat kat aku, apa ada hal orang macam tu, xluak ditelan dan dipandang! hidup hidup tak pernah lari dari segala kesilapan tapi tu lah manusia kini! hanya pandang dan menunding nunding jari kepada yang bersalah! hakikatnya orang tu takdelah salah mana pun! Tahla hidup kini, bak kata akhbar sinar kot..dunia dah banyak berubah dan zaman pun dah makin maju! so tak heranlah kalau berlambak lambak & bersepah sepah manusia gini kat dunia sekarang! Aku pandang manusia2 ni dengan sebelah mata ajew! bukan luak pun...hahahaha...
Jangan risau jangan takut! mari rapat2 wahai kawan yang budiman sekalian! tiada niat dihati untuk mengata pada siapa siapa tapi sapa makan belacan dia raselah kelat kelat ubi nya bak kata pemain hoki yang aku minat gila! hahahaah...dia kate kelat2 ubi jew tapi aku yang memandai2 tambah belacan dihadapan tu! huhu.. almaklumlah rasa harini rasa macam nak makan choki2 ajew! bilalah nak dapat dari dia kan???hahahaha... biarlah aku merapu meraban untuk meluahkan yang apa aku rasa!hehehe.. bukan susahkan korang pun an?? korang juz baca & hayati je lah ye. tak mintak duit korang pun, hahahaha.. Penat jugak aku nak menaip ni, dah kejenya menulis cek aje, pastu menaip pun jarang! so jadik macam kura kura dah! ajinya lembab aje! hahahaha..
Hidup aku masih lagi mampu jadik seceria WONDERPETS yang sentiasa hepi bila dapat tolong orang! Aku pun bahagia if dapat tolong orang! tapi ada setengah orang tu punyalah merungut bila nak tolong orang, pastu dah merungut cakap pulak tak serupa bikin! dulu tak suka now kau pula dok sanjung2 ehemmm2 yang kau tak suka, macam bodohlah ada orang kat muka bumi cmni an, huhu... bukan nak membakar hati sesiapa tapi aku tulis apa yang aku rasa perlu. Perlu kot menda2 cmni untuk menyedarkan orang yang dh tak reti2 nak sedarkn diri tu an?? hahaahaha... Dah nama pon laman s0-sial! so memang sial ah laman web macam ni.. huhu.. Dahla malas nak memenatkan jari ni. pada kau, kau dan kau! silalah cermin diri tu b4 nak kata2 kat orang! Sapa susah bersama kau?? bila senang kau ada pandang aku??tidak kan?? haaaa... now kau pikir2lah ye wahai manusia yang berlagak pandai! riak dan takbur dengan kelebihan yang ada pada diri kau tu! now kau bermegah2 lah dengan segala kelebihan kau tu, 1 hari nanti jangan TUhan tu datang amek dari kau. Baru kau nak sedar diri! Henti2kanlah perangai buruk kau yang sememangya huduh dan busuk tu! huhu...
Even aku ni terlalu daif dan segala hal tapi aku masih pandai cerdik dan bijak lagi memikirkan hati & perasaan orang yang pernah aku sayang! tak kisahlah kat sape2 pun tapi kalau orang macam kau tu. tak payah nak bagi muka sangat! nanti makin pijak2 lak kepala orang! dahla sebelum aku mengundur diri aku susun 10 jari memohon keampunan dari setiap bait ayat yang tercipta diatas papan kemuka ni. Tapi ingat! sekali aku benci jangan harap aku nk sanjung2 kau dah. Even kau pernah jadik yang tebaik dlm hidup aku. Cukuplah dengan apa yang aku pernah kena dulu! dituduh habis habisan oleh teet..teet...tapi now jgn harap aku nak bagi muka oke! fikirlah sebelum buat sesuatu jangan sampai orang benci kau, cukup2lah pedihnya bila rasa dibenci. Mulut tu berjaga jaga lah bila mengeluarkan ayat ayat yang kau rasanya terbaik bagi kau! kerana santan mulut badan binasa! terima kasih dengan segala yang kau buat untuk aku sekarang! dun worrylah aku hargai sangat sangat. Rase nak tabik spring kat kau depan2. hahaahhaahaha...
Pesanan Cik Puan Tanah;
Ibu aku salu cakap jangan terlalu baik & rapat dengan orang nanti akan ada yang membusukkan diri kau! now dah jadik... So beringat;ah pada korang2 bila nak mencari kawan. Even korang tak slh besar mana pun, korang tetap akan disalahkan. papepun kuatkan semangat & cekalkaan hati...
huuuu...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan