Telah lama
kusimpan rindu untuk esok,
menanti sebuah harapan.
Namun hari ini,
rinduku akhirnya tumpah
tak akan bertakung lagi.
Aku terima
kasih itu bukan untukku
dia yang pernah kurindu
sudah temui cinta abadi.
Bila tiba esok
aku bukan lagi perindu
kerana aku jua telah pergi.
Dan cerita tentang rindu
tamat di sini,
buatku.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan