Ahad, 18 Disember 2011
Indahnya dunia = Thanks wawa.
Okei! Lao belek belek balik blog aku ni, mesti lao korang tengok dekat belah BEBELAN HATI YANG TAK HOT tu, korang akan dpt tengok entri paling banyak aku buat adalah pada bulan ogos! Masa puasa tu kan??? wahhhh! awesome doh! hehehehee. Yup! Tu lah masa first first aku mula rapat dengan dia, macam macam peel dia dlm poket aku! hahahahaha. Kenangan tu takkan sesekali luput dari ingatan beb. Sebab dia aku kuat masa tu, sebab dia yang mampu bagi aku tangis dan tawa! Hanya dia je beb tidak orang lain.
Bila ingat balik masa tu, rase macam manusia paling sakai laaa an? tapi aku tak sesekali pun salahkan diri dia, coz memang aku yang cari hal untuk menyakitkan diri sendirik! Now aku bangkit untuk pudarkan semua tu, memang tak ah aku nak padam an. coz dia banyak mengajar aku tentang erti penantian. Banyak orang cakap penantian tu 1 penyiksaan tapi bagi aku tak! Ia sangat manis even dia hargai sedikit pun. Terima kasih lagi sekali awak.
Now! aku bangkit untuk cari jalan hidup yang selama ini aku cari, aku taknak bergantung kat org lain dah, aku nak kuatkan semangat aku untuk capai apa yang selama ni aku nak! Bukan CINTA yang aku cari tapi keredhaan hidup ni. Terima kasih menyedarkan aku tentang perjalanan hidup ini.
Bak kata BFF aku: Dunia ni sgt indah un, sgt sakit bile jatuh dan x mudah sbenarnya nk berdiri semula, tp bile dh boleh brdiri jgn ssekali kao lupekn saat ketika kao sakit terjatuh dlu.
Jumaat, 9 Disember 2011
Tuhan Berikan Aku cinta by Ayushita
Walau aku senyum bukan berarti
Aku selalu bahagia dalam hari
Ada yang tak ada di hati ini
Di jiwa ini hampa
Ku bertemu sang adam di simpang hidupku
Mungkin akan ada cerita cinta
Namun ada saja cobaan hidup
Seakan aku hina
Tuhan berikanlah aku cinta
Untuk temaniku dalam sepi
Tangkap aku dalam terang-Mu
Biarkanlah aku punya cinta
Tuhan berikanlah aku cinta
Aku juga berhak bahagia
Berikan restu dan halal-Mu
Tuhan beri aku cinta
Ku bertemu sang adam di simpang hidupku
Mungkin akan ada cerita cinta
Namun ada saja cobaan hidup
Seakan aku hina
Tuhan berikanlah aku cinta
Untuk temaniku dalam sepi
Tangkap aku dalam terang-Mu
Biarkanlah aku punya cinta
Tuhan berikanlah aku cinta
Aku juga berhak bahagia
Berikan restu dan halal-Mu
Tuhan beri aku cinta
#Segmen Kongsi : Fikirlah
berbuat adalah satu
kebijaksanaan, berfikir
selepas berbuat adalah
satu kebodohan, berbuat
tanpa berfikir adalah
seribu kebodohan.”
“Gunakan akal anda
seolah-olah nyawa anda
bergantung kepadanya.”
#Segmen Kongsi : Cinta dan ayat jiwang.
Tiada kasih yang lebih manis daripada kasih cinta dan tiada kasih yang lebih ngeri daripada putus cinta.
Orang yang putus cinta sering kali berakhir dengan air mata.
Cinta yang tidak berbalas itu bagaikan layang-layang putus talinya.
Soal cinta adalah soal hati. Ia juga soal jodoh. Manusia hanya merancang tapi Tuhan yang menentukan jodoh kita.
Soal hati tiada undang-undang. Apatah lagi paksaan.
Sejauh dan sedalam mana pun cinta kita terhadap orang, kalau ia tidak berbalas, sukar untuk mengakhirinya dengan perkahwinan.
Cinta tidak selalu bersama jodoh tetapi jodoh selalu bersama cinta.
Kahwini orang yang lebih mencintai diri kita daripada kita mencintai diri orang lain. Itu lebih baik daripada mengahwini orang yang kita cintai tapi tidak menyintai diri kita kerana adalah lebih mudah mengubah pendirian kita sendiri daripada mengubah pendirian orang lain
Melupakan seseorang yang disayangi amat sukar.
Cinta akan hidup bersama dengan waktu, apabila waktu itu mati, maka matilah cinta itu.
Cinta sejati ialah apabila kita masih mampu tersenyum, sambil mendoakan kebahagiaan untuknya walaupun jika terpaksa melepaskannya pergi.
Jika kita mencintai seseorang, kita akan sentiasa mendoakannya walaupun dia tidak berada di sisi kita.
Demam OmBak Rindu

Sebegitula rinduku padamu! Tak terbatas oleh apa apapun yang pasti akan ku tunggu dirimu hingga sampai 1 masa aku sangat penat dan tak berdaya untuk teruskan segala yang aku lakukan kini. Semoga kao bahagia meniti hari hari tanpa diriku kini! Insyallah, pada sapa pun aku berkawan kini, hanya engkau dan engkau terus merajai hatiku. sekian!
#Segmen Kongsi : Tips ubati hati
Untuk tips motivasi kali ini, saya kongsikan 7 tips asas menggembirakan hati yang sengsara, sedih dan kecewa serta cara untuk berdepan dengan emosi tersebut, saya gabungkan dengan cara saya sendiri. Kita mulakan dengan�
1. Latih Minda Melupakan Kenangan Pahit.
Bunyinya senang nak dibuat, tapi perlu diaplikasi berterusan. Mengaku saja Anda sering merasa sedih sebab banyak kali mengingat kenangan pahit atau selalu kembali ke memori silam yang lalu, betul tak? Kita kena cut connection feeling kita dengan emosi yang lalu.
Mulai hari ini, tekad untuk melupakan semua tu, selupa yang mungkin, kasi kosong abis! Bulatkan azam untuk memfokus kepada masa depan Anda, cita-cita Anda, keluarga, kerjaya, kewangan, keilmuan dan rakan-rakan.
Anda takkan dapat melupakan kesemua memori pahit sekaligus, tapi lakukan step by step dengan mengalihkan perhatian Anda kepada perkara lain. Proses ini mengambil masa, tapi ia boleh dipercepatkan dengan disiplin diri.
2. Buang Sikap Risau.
Ada dua kesan dari sikap risau ni, pertama ia menarik nasib tak baik, masalah dan musibah tanpa Anda pinta. Kedua, memberi kesan buruk pada kesihatan Anda dari segi fizikal dan mental. Risau membuat Anda selalu menjadi sedih dan kecewa, kekadang takut. Untuk buang sikap risau, belajar untuk bertenang dan latih diri Anda mengawal emosi.
3. Belajar Rajin Bersyukur.
Ucap syukur atas kesemua yang Anda ada, apa saja! Misalnya, ucap syukur kerana Anda masih ada 5 deria yang lengkap, Anda boleh melihat dan menarik nafas tiap kali bangun tidur (dan bukannya bangun terus sakit jantung mahpun sudah berada di ALAM KEDUA), Anda ada kawan rapat yang
memahami Anda dan Anda mempunya hanphone kesayangan Anda. Ucap syukur seikhlas hati, sebanyak yang mungkin, seikhlas mungkin hingga rasa syukur tu meresap jauh ke dalam diri Anda. Buat banyak kali dalam sehari.
4. Belajar Menjadi Pemaaf.
Sikap pemaaf dapat membersihkan hati dari perasaan negatif dan emosi-emosi negatif (takut, sedih, kecewa. gusar, menyampah, marah, geram, cemburu, tak puas hati, dendam, busuk hati). Seterusnya, meneutrakan gekombang fikiran negatif yang melekat bersarang di minda Anda.
Ketahuilah, Anda selalu rasa sedih dan kecewa kerana Anda tak memaafkan kesalahan diri Anda di masa lalu ataupun Anda tak memaafkan kesalahan orang lain tehadap diri Anda satu ketika dulu, ataupun, Anda susah menerima hakikat perbuatan salah orang lain terhadap diri Anda, yang
membuat Anda sedih, kecewa dan geram tahap dewa..belajar menjadi pemaaf dan menghapus semua ni lalu menarik ketenangan datang pada diri Anda.
5. Ketawa, ketawa dan terus ketawa.
Ketawa bukan dibuat-buat, tapi biar ketawa yang benar-benar
menggembirakan Anda dan menjadikan Anda girang. Tonton video yang lucu, baca cerita yang lucu, dekatkan diri Anda dengan rakan-rakan yang lucu serta cari Funny side, dalam setiap situasi, agar Anda boleh ketawa secara automatik. Ketawa dapat menghilangkan sedih. Buat apa LAYAN kecewa
sedangkan Anda boleh ketawa? Come on.
6. Ubah Fikiran
Kita tak boleh merubah situasi yang boleh membuat kita kecewa, sedih dan murung. Tapi, kita boleh merubah fikiran kita dan apa yang kita fikirkan tentang situasi-situasi tersebut walau seburuk manapun ia. Rahsianya, cari sinar mentari disebalik mendungnya awan. Walaupun perkara tidak berpihak kepada Anda, cari cara bagaimana Anda boleh jumpa nilai-nilai positif di dalamnya.
Fikir yang baik-baik saja, kerana ia memberi keuntungan jangka masa panjang. Rezeki Anda murah dan segala yang baik-baik datang sendiri pada Anda. Anda menjadi apa yang Anda selalu fikirkan.
Buat apa fikir yang buruk sedangkan Anda boleh tarik semua yang baik-baik? Fikir yang buruk, Anda dapat yang buruk jawapnya. Ini hukum alam dinamakan hukum sebab dan akibat. Dalam kata yang lebih advance, itu hukum Law Of Attraction.
7. Hati Mesti Keras
Bukan keras sembarangan, maksudnya kekerasan hati,kesabaran yang tinggi, pandai mengawal emosi dan menerima hakikat dengan hati terbuka. Allah menurunkan musibah, permasalahan dan macam-macam lagi bukan sekadar dugaan, tapi balasan pada perbuatan-perbuatan Anda di masa lalu.
Buat baik, dibalas baik, begitu juga sebaliknya. Cuba ingat balik kejahatan kecil yang Anda lakukan pada orang lain, mungkin ada walau Anda tak sedar. Itulah perlunya kita bersikap baik dan berfikir yang baik-baik pada semua orang, benda, perkara, situasi dan keadaan.
Sebelum masuk tidur, set minda untuk jadi ceria pada keesokan harinya.Lafazkan dengan nada berbisik. Relaks, jangan terlalu mendesak diri.
Selepas bangun tidur, katakan pada diri ini adalah hari yang baru untuk Anda.Tekadkan diri untuk menjadikan hari yang baru tu hari yang baik, sungguh baik, sebaik yang mungkin dari hari yang sebelumnya.
Thanks manis!
Apa ye perasaan korang bila someone yang buat korang lupakan sikit sikit sal kenangan korang yang lama tu, kasi ayat cm kat bawah ni????


Ermm.. KOrang rase dia serius tak??? Aku pun malas nak ambik port sgt! Layankan jew laaa! Btw dia ni, ada la sikit2 buat aku heppy now ni! Layan pale otak dia pun buat aku gelak, sengih sekor2! Sampai mak aku pun heran dan pelik, apapasai aku dh jadik ta btol gitu! hahhaha.
Untuk awak! Terima kasih yang teramat banyak sekali coz bagi saya senyum dan ketawa! tak harap pape, tapi lao boleh biarlah ia kekalkan! Dan saya sangat seronok berkawan dengan awak! Thanks banyak banyak kawan. heeeeeee....