Memaparkan catatan dengan label manis si manis. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label manis si manis. Papar semua catatan

Khamis, 9 Februari 2012

Elmo utk un and Angry Bird untuk manis.


Heiii... Comel dak kek ni?hehehe! Khas untuk manis yang senget then kuat lantak tu, now maybe dah selamat masuk dalam perut dia and kawan kawan dia! Hahahaha. Jumpa jap then bagi kek ni kat dia, wow! Nebes habis bhai! sikit goyang jugaklah! Aku paling nebes lao nak jumpa dengan org yang tak pernah aku jumpa ni. HAHAHAHA! So dah selamat bertukar tangan!Dan selamat jumpa manis yg pemalu tu. hehehe.

Before bagi tu dah ckp awal awal yang merah tu dia and biru tu aku! hahaaha. memang macam muka dia lah! Kuat sangat bebel kat aku, hehehehe! Btw dia manis macam gula, semalam dia buat muka malu pun, aaalahaiiiii! sweetnyaa! Rase nak tampo lelaju jeeee. hahahaa. Btw mybe dia dah selamat sampai KL tu. SO jaga diri leklok and selalu berusaha untuk berjaya! senyum sokmo. kbai!

Jumaat, 9 Disember 2011

Thanks manis!

Hai! Hai!Ape ce ni sume dok bercerita sal Nazmi Faiz Mansor! Apa yang best sangat dengan dia eaa? Hehehe! Memang sgt comel laa budak tu, serupa sikit dengan muka KAKA yang main Brazil tu! Sejuk perut aku tengok muka dia lama lama! hahahhaa.. Saje nak buka citer sal dia, menda takda motif papepun! heeeee.. Jom merepek.

Apa ye perasaan korang bila someone yang buat korang lupakan sikit sikit sal kenangan korang yang lama tu, kasi ayat cm kat bawah ni????



Ermm.. KOrang rase dia serius tak??? Aku pun malas nak ambik port sgt! Layankan jew laaa! Btw dia ni, ada la sikit2 buat aku heppy now ni! Layan pale otak dia pun buat aku gelak, sengih sekor2! Sampai mak aku pun heran dan pelik, apapasai aku dh jadik ta btol gitu! hahhaha.

Untuk awak! Terima kasih yang teramat banyak sekali coz bagi saya senyum dan ketawa! tak harap pape, tapi lao boleh biarlah ia kekalkan! Dan saya sangat seronok berkawan dengan awak! Thanks banyak banyak kawan. heeeeeee....

Terima kasih MANIS !!!!

Selasa, 9 Ogos 2011

Alhamdulillah dan sangat bersyukur!

Hei! Hei… Dah lama rasanya aku terpikir nk buat entri pasal ni, tapi tah bile bile jew nak buat an? So harini macam rajin rajin ubi nak buat pasal ni. Oke! Mari kite bercerita jugaklah! Huhu.

Dulu buas sangat, nakal gileeee! Suka sangat merayap, memang tak suke duduk rumah langsung! Memang tak kenal siang malam dah, Janji dapat keluar lepak dengan kawan kawan dah rase puas. Tapi sejahat jahat aku dulu, aku memang tak pernah nak jejak kaki kat clubbing bagai tu k! Aku bukan jenis yang cucuk cuuck angin tu yeee! Hahaaha. Tapi tak semestinya yang p sana tu tak baik an? So sendirik pikirla yeeee.

Alhamdulillah! Puasa tahun lepas buat pintu hati aku terbuka untuk memakai hijab terus, sebelum tu ada jugak aku cube mencuba untuk pakai! Tapi kejap jew, tu pun sebab nak tutup kepala! Rambut dah pendek sangat, akibat terlalu sakan menwarnakan rambut dan macam macam gaya kao buat nak ikot si Rihana tu, adoi! bila rambut dah panjang! Kao hegeh hegeh buka hijab tu! Maap dulu aku memang agak sengal gileee, coz takde pendirian langsung dalam hidup hanya pikir keseronokkan saja. Time tu dalam pale otak keje nak enjoy jew! Tak pikir langsung tentang masa depan dan perasaan ibu ayah! Jahat gile rasanya dulu.

Aku bersyukur teramat coz dibukakan pintu hati secepat ini, semuanya terjadik masa puasa tahun lepaslah! Aku dok pulon post status yang aku nak pakai tudung time puasa tu nanti, sekali tu adalah hamba Allah ni bagi soalan kat aku, eh! Boleh kew pakai tudung ni? Pakailah sampai bila bila! Aku pon jawablah! Insyallah! Tah macam mana time tu, kawan kawan FB sakan dok post post video, dengan tak sengajanya aku tertengok 1 video ni, pasal aurat dan menutup kepala! Sumpah memang aku hiba tengok video tu, siap ayat ayat yang dlm video tu memang indah sangat dan buat aku tersentuh gileee! Start dari situ aku mula pakai tudung hinggalah sekarang! Alhamdulillah aku masih lagi di beri peluang untuk membuat kebaikkan. Terima kasih Ya Tuhan!

Dah lama lama tu, ada jugak aku cari video tu! Tapi tak jumpa taw, tatao laaa aku lupa tajuk die or die memang dah lenyap macam tu, serius memang boleh bagi orang tersentuh! Orang macam aku yang kasar ni pun boleh nak nanges bhai tengok video tu! Hehehe. Pengajaran untuk diri aku yang sangat leka dengan kehidupan duniawi. Sangat sangat besyukur dengan kehidupan aku sekarang! Kat bawah ni muke muke minta tangan, 1st time pakai shawl dan sampai la now! Jum skodeng!!hahaa

Muke 1st time pakai shawl laaa! Selebet kan? Ada aku kisah? hahahaa.


Masa buke puasa kat KFC Jusco! Pulon gileee time ni. Lapar oi! huhu.


Nak dekat dekat akhir tahun! Lepak kat Taman DR dengan Kakangah sayang. Orang buta yeee!


LOVE for CINTA! So apa kaitannya pon ni. hehehehe! Jangan nak LOVE LOVE sangatlah oi..


Masa kerja dekat kedai pengantin Bunga Bunga Cinta! Memang 12 jam dengan Bunga jew laaa! hihihi
Tahun ni, muke teruja dapat kerja untuk tahun ni (2011). hewhewhew;)
Bila boring! Kamera fon jadik mangsa aku, Takde keje time ni bhai. Mood; sengal ubi! hahaha
Muke seronok masa opah ada kat rumah, muke lepas peluk cium opah masa nak p keje! hehehe
Suke pashmina ni, salah 1 pahmina feveret okei! sangatlah like. huhuhu


Muke mintak tangan yeee! Sebelum puasa, time ni ngah tunggu achik di interbiu. hihihihi



So kat atas tu semua muke muke nak kena tangan yang leh aku tunjuk masa aku 1st pakai hijab sampai la now ni, Haaa.. Nape tak pakai tudung bawal kew? tudung ekin kew? Maap! aku sangatlah kurang pandai nak pakai tudung bawal gitu, nak bentuknya ya amat payah! Tudung Ekin plak memanglah sangat tak masuk dengan muka bulat bola aku ni. huhu! Jangan tak tahu aku peminat sakai Yuna! suke gile dengan style die, tak berapa gemar dengan lagu lagu omputeh die tu. hahahaha.



Ye! Aku pengemar shawl dan segala jenis pashmina, tudung syria tu kadang kadang jugaklah aku layan! Tapi now ni memang memanjang dengan pashmina coz sangat senang dan cepat untuk dipakai, tade nak pulon belit belit bagai sampai kao tercekik! hahahaha. Kat bilik tu memang berlambak shawl yang lama lama aku tak pakai, memang membazir jew aku ni! Ibu salu bising bila aku beli pashmina baru! Katenya semak bilik dok gantung kat belakang pintu! shawl lama tu elok lagi. Nak beli baru buat apa! pehhh! sudah kena bebel la saya, tapi aku still beli gok! yeeee.. Nuun memang degil yaw! hehehehe.



* Indahnya bila dapat pashmina dari yang tersayangkan? Hurm..bilalah turn aku nak dapat pulak kan? yeee! Nuun hanya mampu berangan dan bermimpi disiang hari saja laaaa... Berangan tu indah bukan? dahla! tanak merepek bukan bukan. Ok. cun! Kbai.


Isnin, 13 Jun 2011

Rapuan; Aku orang penting & Weekend yang padat!

Rapuan; Pagi dan pagi yang gelap kini sudah terang yaw! huhu.Waaa..Weekend yang sangat padat sejak dua menjak ni, huhu!Hari sabtu jew lari p umah Kaklong kat pengkalan! Isnin baru balik umah! Tu jew la yang aku buat bila weekend tibe. Mana taknya dok pulun tolong achik & kaklong siap kan segala macam yang belum disiapkan untuk majlis perkahwinan kaklong sabtu ni (18/06/2011). Tak sabar wei! Heehe.Tarikh ni juga bakal menjadik tarikh keramat untuk aku! Yolah aku jugak orang penting untuk perkahwinan kaklong ni nanti, sungguh tidak ku sangka cempedak jadik banana! (ada maksud tersirat disebalik ayat ni ye) Bhahahaaha.. Saya sudah mula merapu ye kwn kwn! Hehehee.. Best gile rasenye bile dok tolong tolong rupe gini an. Dah macam kawen kakak aku pulak! Haish..nak wait kakak aku kawen?? Ntah bile lah weh, Bila aku Tanya! Deret suruh aku yang jalan dulu.Peh! memang taklah kalao aku yang nak kawen, Takda dalam kamus hidup aku buat masa ni nak kawen kawen ye, better aku cari duet & harta dulu! Rase rase dah dapat semua yang aku nak,Barulah yang tu aku pikir.Dengan rase penuh excited dan keterujaan aku siap apply cuti 2 hari untuk majlis yang bakal gempak ni nanti, pehhh! Tak sabor den ni haaaa… weee…Selamatlah bos aku ni seorang yang memahami dan baik hati! Tanpa pikir panjang die terus luluskan cuti aku 2hari tu! Memang terbaiklah die beb. Memang minggu ni akan jadik minggu bz aku lah ye. Bz dengan persiapan kawen kaklong.huhu! mesti best bapaknye. Dah lama aku tak rase susasana ramai then dengan kendurinye, huuuuu…best best oh! Hahahaaa!

Semalam Tidur kul 2 lebih, Achik kat sebelah dah terbongkang dulu. Aku still excited tengok citer Misteri ALam Hitam! Peh..Sumpah tak seram langsung,hahaahaa…Tengah aku syok syok dok terlentang then dengan kusyuk tengok tb, tetibe kaklong yang baru lepas buat keje dia, Tanya aku! “oi nuun kamu tak takut kew tengok citer hantu memalam ni???” aku pun jawab jew lew! “ Haish! Mana ada tengok citer hantu pun kaklong oi,tak seram langsung pun” . “ Amboi Berani betul kamu yeeee…” kata kaklong then terus masuk bilik, Aku dok buat keringlah tengok citer yang nama tajuknya gempak tapi tak seram langsung tu sampai habis! Huhu. Mata dah berat Tutup tb semua & tidor terus. Esoknya kul 9 dah bangun, Then kaklong suh siap siap coz nak p uma Cik Yah ada kenduri, umah Cik Yah sebelah umah achik jew, so! Lepak lepak umah achik lu b4 g uma Cik Yah!Apa lagi buat keje dulu lah! kejenya masuk kan jajan jajan ke dalam uncang. Dah settled sikit tu mama panggil suh p makan! apa lagi, serangggggggG!!! huhu. Setelah kenyang melantak mee rebus dan pulut kuning & kemas kemas sikit tolong Cik Yah sume tu,Kami balik umah & kemas sikit sikit kerja yang tertinggal tadi. Settled keje! gerak balik pengkalan, sebelum sampai rumah tu, bermacam macam tempat jugaklah kami singgah! heehehee..

P Jalan KK jap singgah kat kedai kedai jual barang barang buat hantaran kat sana, Kan femes tempat tu! Femes pun coz ada sesetengah barang kat kedai tu murah! huhu. Puah masuk dua kedai terus gerak p Tesco Station 18! Aik!! jenuh gile aku nak cari Pashmina warne kaler baju aku. Agak penat jugaklah pusen satu Tesco tu. Apalah nasib aku an! & kaklong pun sedang mencari tudung untuk die pakai time kawen nanti! ahhh! memang jenuhlah. Takdapat yang kami cari kami singgah ke kedai yang berdekatan dengan Tesco tu. Alhamdulillah Kaklong dapat jugak tudung yang sama kaler dengan baju kawen dia. Aku??? hurmm...masih lagi mencari! even bukan aku yang kawen. Tapi kalao aku buruk dan hduh time majlis tu berlangsung! konpem agak cacat ckit majlis tu nanti! Penting aku ni weh...hahahaahahahah! Senyap Senyap sudeyhhh. Kaklong pun berwajah puas coz dah dapat ape yang die nak, kami terus menuju kew Pasarbina untuk beli uncang uncang yang tak cukup untuk letak jajan tu. And then terus menuju ke rumah! Bantal memanggil. heheehe!

Petang tu kaklong kuar dengan abang rezal (bakal suami die ye) & tinggal aku dengan achik, & achik pun suruh aku mandi mandi coz die nak ajak aku p Tesco balik, Aiyooooo!! biar benor..MAndi mandi siap siap! Terus gerak p Tesco, Aku ingat minah ni nak beli apa, tengok tengok nah! dok mencari kasut. Apa lagi wedges die ahhhhhh... Peneng aku layan minah ngokngek sekor ni. Ada yang die minat tapi tade saiz! Last last jumpe jugak yg berkenan di hati die, peh memang cunlah bhai! nak tgk??nanti2 aku snap pic kasut tu. Aku bagi korang tgk naaaa... hahahaha! aku pun dapatlah jam sebijik an.& dah puas terus balik umah. Masak cepat cepat coz nak tengok AF 9 an..heheheehe! Saya luv HAZAMA! bhaahahaa..

Penat nak menyambung citer aku yang tak pernah habis ni! so nanti aku buat entri nape lah aku ni dok penting sangat time majlis kaklong ni yeee...huhu!! Semoga majlis berlangsung dengan gilang gemilang hendaknye! amin.