Jumaat, 10 Februari 2012

#Segmen Kongsi : Kehilangan.


Kehilangan adalah salah satu jalan kehidupan. Kita takkan merasa kehidupan tanpa merasa kehilangan". Itulah kata-kata azimat dari seorang sufi kepadaku satu ketika dulu. Pada masa itu, aku tidak dapat menerima kebenaran kata-kata itu. Aku tidak dapat menerima hakikat yang kita manusia tidak dapat lari dari kehilangan dalam hidup.

Ya, aku insan lemah dan naif. Kehilangan adalah sesuatu yang asing bagi diriku. Aku tidak mampu untuk menanggung sakitnya kehilangan ketika itu. Aku belum cukup matang untuk mengharungi dugaan hidup.

Tapi, itu dulu. Itu sebelum aku mempelajari makna sebenar kehidupan. Itu sebelum aku merasa pahit manis kehidupan. Aku belum cukup ilmu dan pengalaman untuk menjadi lebih matang.

Kini, aku tidak lagi lemah. Aku tidak lagi naif. Aku mengerti akan pentingnya kehilangan dalam kehidupan. Aku mengerti akan kepentingan rasa kehilangan dalam mematangkan akal fikiran. Aku mengerti akan pentingnya pengalaman kehilangan dalam mengharungi cabaran hidup yang pelbagai.

Ya, kita perlu merasa kehilangan untuk merasa kebahagiaan. Tanpa kehilangan, kita tidak akan merasa kebahagiaan yang sebenar. Tanpa kehilangan, kita tidak akan merasa nikmat hidup yang sempurna.

Khamis, 9 Februari 2012

KEHILANGAN BY FIRMAN

Ku coba ungkap tabir ini
Kisah antara kau dan aku
Terpisahkan oleh ruang dan waktu
Menyudutkanmu meninggalkanku

Ku merasa tlah kehilangan
Cintamu yang tlah lama hilang
Kau pergi jauh karena salahku
Yang tak pernah menganggap kamu ada

Asmara memisahkan kita
Mengingatkanku pada dirimu
Gelora mengingatkanku
Bahwa cintamu tlah merasuk jantungku

Sejujurnya ku tak bisa
Hidup tanpa ada kamu aku gila
Seandainya kamu bisa
Mengulang kembali lagi cinta kita

Takkan ku sia-siakan kamu lagi

Sejujurnya ku tak bisa
Hidup tanpa ada kamu aku gila

Takkan ku sia-siakan kamu lagi.

Elmo utk un and Angry Bird untuk manis.


Heiii... Comel dak kek ni?hehehe! Khas untuk manis yang senget then kuat lantak tu, now maybe dah selamat masuk dalam perut dia and kawan kawan dia! Hahahaha. Jumpa jap then bagi kek ni kat dia, wow! Nebes habis bhai! sikit goyang jugaklah! Aku paling nebes lao nak jumpa dengan org yang tak pernah aku jumpa ni. HAHAHAHA! So dah selamat bertukar tangan!Dan selamat jumpa manis yg pemalu tu. hehehe.

Before bagi tu dah ckp awal awal yang merah tu dia and biru tu aku! hahaaha. memang macam muka dia lah! Kuat sangat bebel kat aku, hehehehe! Btw dia manis macam gula, semalam dia buat muka malu pun, aaalahaiiiii! sweetnyaa! Rase nak tampo lelaju jeeee. hahahaa. Btw mybe dia dah selamat sampai KL tu. SO jaga diri leklok and selalu berusaha untuk berjaya! senyum sokmo. kbai!

Untonglaaaa! Hati senang.

Semalam balik balik keje terus siap siap p tengok game manis! Dia turun ipoh coz ada lawan dgn team Anderson-MBI! Alhamdulillah makin hebat deme yeee, menang besar jugak! 7-1 deme bantai anderson! huhu. Aku mai pun last last game nak habis! So tak best, balik lambat then amek kakangah balik dari keje lagi, memang tak nyempatlahkan! lagi 20min nak habis baru kami sampai jadiklah jugak an? hahahaaha. So kitaorang duduk kat area dak dak team deme! Sebenarnya tatao pun tu team deme! Main duduk jeee! Waaaa... Aku nampak dia tengah kejar bola la! Alaalalalaa.. sangat sweet macam dia lah! hahahaha. Malas cita panjang jom tengok pic kelam. hahaha

Muka lega bhai! Goyang lutut aku tadi wei! lepas gian dgn karok!. hahahaha
Time game dah habis! Sempat mencapap lagi. hahahaaha
Wawa & kakangahlah peneman aku! Masa aku nebes2 tu deme la byk bising bebel2 kat aku! hahahampeh!
Nampakkan belakang tu turff hoki! hehehehe
Main dan je ambik pic! bersama pengasas vida! untong maaaaa. huhuhu
Terzoom pulop! Ehhhh... smartlah pulak! wakakakakaka.

Team manis menang dan hati aku pun senang coz dah lepas jumpa even memang kejap gila! hahahaah.

Selamat bertunang BFF sayang.

Alhamdulillah!Hari sabtu lepas 4/2/2012 kawan baik aku selamat bertunang! Syukur sume berjalan dengan lancar and nampak gila muka bahagia dia! Esoknya pulak kawan sekolah aku jugak bertunang! Pehhhh... Sume pakat pakat bertunang ni, ape ce ni? hahahahaaaa! Jodoh mereka makin hampirkan? so tak salah deme nak mengeratkan lagi silaturahim tu! heeeee.... Tatao nak cite ape lagi! So kat bawah ni ada pic pic tunang my BFF cinta mati aku! Meh cuci mata yokkkk! cantik sangat dia. heeeee....





Cantikkan? so aku selalu doakan kebahagiaan hang chik! Even aku nak cari kebahagiaan aku sendirik pun payah, syukur! Kawan baik aku ni dah boleh bahagia even banyak sangat dugaan yang mai datang dalam hidup dia dulu! Aku tawu hang kuat, tu lah hang boleh capai kebahagiaan yang hang ada now! Aku turut happy tengok hang selalu senyum bila lepak dengan aku! Alhamdulillah!

Pesanan ikhlas aku untuk kawan baik paling aku sayang; now hang bukan lagi awek orang yang boleh hang buat main main, now! Hang dah jadik tunangan orang! Tunangan orang yang paling hang sayang! Alhmdulillah! Bahagia doe tengok majlis perunangan hang berlangsung even aku tak dapat ambik pic dengan hang kat atas pelamin tu, terkilanlah sikit! Tapi aku happy sangat sangat tengok majlis tu berjalan dengan lancar!Pasni jaga hubungan tu leklok! Jangan nak banyak2 gadoh sangat k! WAN tolong jaga KAwan baik kesayangan aku ni leklok! Jangan sakiti dia macam mana dia pernah disakiti dulu, dialah tempat aku himpun segala suka duka yg aku alami! So , aku taknak sekali pun hang titiskan airmata dia sbb kesedihan! Pls! Buat dia happy ye wan! Terima kasih.

SELAMAT BERTUNANG WAHAI SAHABAT BAIK KESAYANGANKU, SEMOGA HANG BAHAGIA SELALU! MOGA BERKEKALAN HINGGA KE JINJANG PELAMIN DAN AKHIR HAYAT. AMIN!