Khamis, 6 Oktober 2016

Sakit dia Tuhan saja yang tahu.

Assalamualaikum para blogger sekalian, berhabuk habis aihh.. Lama tak tekan keyboard menaip, sampai jari jadik keras baq hang. hahahaha. Harini cam good good je mood nak menaip maybe sebab bosan tatao nak buat apa, Encik husband lak duty malam ni so jadi sunyi dan sepi pulak rumah ni. huhu.. Dah lama tak aktif dengan dunia blog ni tengok follower pun dah macam ada ke tak deme ni? macam tak wujud pun ade. hehe. Nk menaip ni senang je sebenarnya hang buka lappy hang then hang usha semua blog blog yang hang suka, konpem entri depa buat hang banyak idea nak menaip. Tak pun kalau nak idea melimpah ruah macam aku sekarang hang bior perap lama lama blog ni then jadikla macam aku. Macam macam benda nak citer macam macam benda nak luah dalam ni, tapi tu la kita mula sikit sikit dulu ye. Rindu kan... So tunggulah entri entri yang aku nak keluarkan. hehe.

Lepas habis aku kursus kelas 2 radio tu aku terus kena posting kat KL. Aku punya beria lah best dapat posting sini yela dekat dengan encik husband kan, dulu masa lepas kahwin nah.. sorang dok utara sorang dok selatan. Bila encik husband dapat weekend time tu la pun dia mai utara tengok aku semua. Aku ingatkan seronok sangatlah dok tempat baru ni yela orang lama sume cakap unit yang aku nak posting ni best sangat, tayah pakai uniformlah tayah nak berbaris macam dekat sini la macam macam deme up kn tempat aku now ni. Rupanya bila dah posting haaaa.. amek kau indah khabar dari rupa. Orang orng berkerja dalam tu sume macam kere taley blah langsung. sekor sekor macam sakai.Kalau bab hal kain orang tu cukup suka deme amek port yang lagi taley terima tu lelaki yang over gila babeng perangai jaga tepi kain orang. Sibuk gila kalau bab orang ni.Seriously masa aku memula masuk kerja duduk sana, ya ampun hanya Tuhan je yang taw penyeksaan perasaan hidup aku, hati aku ni hari hari tahan sakit dengar mulut sorang sorang yang macam hanat tu. Tiap kali solat tu bila habis solat konpem airmata ni mengalir ingat segala apa yang deme buat. Tah aku tatao camne nak cerita cara deme pedajai aku ni.Bila balik kerja tu hari harilah aku dok ngadu kat encik husband, macam macam cara jugaklah dia nak tenangkan hati aku ni. Yang paling taley blah tu dia siap nak ajak geng serang opis aku tu. Memamng gila babeng kalau encik husband tuu dah mengamok. huhu. Tapi aku sabarkan dia aku malas nak panjang panjang cerita. Alhamdulillah dia dengar cakap aku ni.

Alhamdulillah dah masuk 8 bulan dah aku still tempat baru aku tu, ada la sorang dua yang masuk sana. Terlepaslah beban kena macam macam dengan deme tu sikit. Kesian pulak tengok budak budak yang baru masuk tu kena sama macam aku dulu tapi apa boleh buat aku pun budak baru so aku tengokkan je la. Paling koman aku buat pun geleng geleng kepala je la. Betul orang cakap selalunya yang kaki ragging ni la yang tak pernah kena teruk tak pernah rasa sakitnya kena ragging tu yang dok buat meregeh amek orang bagai. Perangai dah mengalahkan babi. Eiiii siyes geram bila ingat balik.

Lagi tak blah deme ni jenis muka bertalam talam kalau letak sebelah talam tu memang sama aih. Depan kau dia punya senyum puji puji kau cukup baikla aihhhh.. siap pakej ajak kutok orang lain tapi kalau belakang kau jadik sakai macam macam dia burukkan kau. Selamatlah aku ni tak bodoh macam dia nak join mengutuk sekali. Laki dengan perempuan sama je naik. Ta paham kekadang dengan perangai sorang sorang.

Banyak lagi nak cerita pasal manusia manusia kat opis aku tu tapi memandangkan esok keja oblig duty so aku stopkan la dulu jari jemari aku ni dulu nanti melalut pulak kang. hahahaha. So nantikan la ye sambungan seterusnya. Puas dapat menaip. hehehe. Selamat malam. Mimipi indah indah ok.




"Hidup ni jangan selalu salahkan takdirSebab Allah dah atur cantik dah jalan hidup kita"

Tiada ulasan:

Catat Ulasan