Selasa, 8 Mac 2011

Rapuan ; kemarahan kau!!

Rapuan tentang gilakannya, Pernah tak korang merasa gila dengan seseorang? Die buat korang jadik gila anjing then hari hari nak pikir pasal die.Tapi die??? wooooo... Boleh relaks2 ubi je buat korang, Geram betul aku dengan manusia yang takde ati & perasaan ni, Rasa nak sepak sepak kau jauh melantun ke negara arab tu. Tapi macam tak sampai hati pulak yelew hati dah sayang kan? Ahhhhh.. sudah! Mula mula benci gila now tetiba jatuh tangga nak sayang pulak? Adehhh.. Memang merapu lah oi. memang hidup ni macam roda kan, kadang kita kat atas kadang kat bawah. Mula mula benci pastu tetibe nak sayang sayang pulak? aiyo ma aiyo pa! apa mao bikin ini macam? hehehehe.. Be strong untuk tempuh dugaan yang sekecil zarah ni. Sekecil zarah? what? kecil lah sangat oi! Yang kecil kecil ni lah yang mampu buat kau menitiskan airmata sebab dia. Shit! berani die buat macam tu kan?? Grrrr... Marah betul ni. Rasa nak tikam tikam kau ajewww.. huh!

Tapi tak leh jugak kau nak memandai mandai menunding jari tak nampak kau tu kat die, yelah dah sememangnya kau tu jenis kuat menangis so kau sendirik jugalah kena tanggung okeyhhh! Mula mula kawan ,sikit pun takda rasa, bukan main kasar lawak & gurauan kau, Now dah timbul tanda love love kat mata hitam kau tu & bibit bibit cinta pun nak berputik, sikit punya gurau dia bagi kat kau pun kau buat macam salah besau die kene. Aiyooo Macam macamlah karenah orang ni, ada macam betul ada macam tak betul! hurm.. Layankan jew lah oi. Tapi tu lah lumrah perasaan seseorang bila die dah mula jatuh hati kat someone tu, cmnilah gayanya. Tetambah pulak jenis yang cepat naw jatuh cinta & sayang dekat orang! Memanglah parah oi, cepat jatuh cinta juga cepat naw lah kau kecewakan??? Bila dah kecewa tu pulak semua orang kau nak salahkan! ada ke patut??? huuuu... Memang tak patut oi, Tapi dah nama pun manusia mana nak nampak salah sendirik kan? Kau jew lah yang nak betul pun! huuhu.

Pada die yang tak reti bahasa & bengap tahap dewa tu, macam tak paham pahamlah pulak bila dah ada orang syok kat kau tu. Lagi nak buat tak tahu kew?? bila dah die cakap sayang kat kau, Patut kau kenalah buat muka bangga then bagilah jawapan yang boleh bagi die ni hepi then lompat2 sampai katil die roboh kew, k gak! Ni tak! kau boleh jawab macam nak tak nak jew kan?? Pehhh... Hancur luluh hati die weh! Rase nak berlinang linang airmata die tu, Kalau ley bagi 1 taman die tu banjir, Konpem ley banjir tapi mengenangkan kau pun tak pandai nak hargai die, Tak payah nak bazirkan air mata sangatlah kan. Orang macam ni patut pancung or sula ajew, kalau hidup lama lama pun nyusahkan orang buat ape! hehehehe.. Kejam sungguh lah.


Rapuan Cik Puan Besar ; nak berkawan boleh, nak bercinta lagilah boleh. Tapi beragak okeyhh! jangan sampai makan dirik sendirik, Ni baru jew kawan tetibe jatuh hati pulak. Dah orang tu tak layan kau pulak merampuih rampuih kat semua orang! Haiyyaaaaa... Sabau jew lah manusia macam kau. Papepun kuatkan semangat bila hadapi situasi seperti diatas. jangan gopoh gapah untuk membuat keputusan. Die dah taknak korang anggap jew lah mcm kawan. Tak payah nak taruh harapan sangat! Nanti korang kecewa lagi. So jadik seorang yang sangat sangat kuat yep! Pada yang tak paham paham bahasa tu, Ye! Kau memang seorang yang ego, ego kau tinggi melangit tak hingat. Jangan satu hari kau pulak menagih kasih orang ye. Then saat kau terhegeh hegeh tu baru kau terpikir pikir kenapa jadik macam tu kat kau. Haaa.. Time tu tepuk dada tanya hati & kapala otak kau okeyhhhhh!!!!

Sabtu, 5 Mac 2011

Rapuan Terlaksana jua! My kelat kelat ubi oi.

Salam di malam hari pada korang yang setia membaca belog aku yang kadang kadang entrinya ke arah merapu & meraban, Tapi pedulik apa aku itu adalah salah satu hobi yang aku ternak dari tahun lepas lagi. Kau tak suka?? Tak susahlah kawan, Kau angkat kaki then kau blah, Or kau tak payah susah2 nak baca apa yang aku merapu kan ini. Hahahaha. Senang bukan?? heee.. Semoga malam ini menjadik malam yang begitu indah buat korang korang yang dalam keadaan yang kurang ada mood tu. Relax ah der! Malam masih muda kot. hahahaha. Merepek sudah!

Rapuan yang bakal aku ketengahkan untuk kali ini ialah seperti yang aku janjikan pada yang entri lalu, Aku akan tunjukan pada korang siapakah yang bertuah sangat sangat tu, Yelah dapat peminat macam aku ni kan? hahahaha.. Perasan dah oi! Ye.. Aku sangat bertuah yang teramat coz dapat kenal dengan orang yang aku minat! Minat dalam erti kata aku Macam seseorang peminat tu minat kat seseorang artis tu! Haaa.... Tu lah maksud yang betul2 akan memahamkan keadaan, Risau gak aku, cakap minat minat tengok2 ada orang baca belog aku ni, pastu report kat awek or isteri Player Hoki tu. Peh! Meninggey lah aku kena bertubi tubi paduan makian yang amat menyakitkan jiwa dan raga juga boleh menaikkan kemarahan yang tahap dewa mati katak! hahaha! Sori2 terover pulok aku ni, Maapkan aku ye! Sebenarnya Player Hoki yang aku minat ni tidak berkahwin lagi, So ada awek mungkin! heehehehee... Sampai dalam2 hal peribadi memang aku tak amek port okeyyyhhh! so lau nak tawu sila tanya die sendirik okeyyyhh!
huhu.

Dengan lafaz bismillah aku mulakan segala tentang Player Hoki yang aku minat ni, hope dengan segala apa macam yang dikeluarkan oleh aku dalam entri ni, tiada kene mengena yang hidup or pun yang mati! tidak juga menyakiti hati siapa siapa okei! Pada Shuk terima kasih yang teramat dengan keizinan u untuk memberi kebenaran pada i untuk merembat segala macam gambar u yep! sesungguhnya u tak pernah menghampakan harapan peminat yang banyak songeh mongeh macam i ni. hehee! Tu sebab i suka kacau u, & hantar mesej kat u banyak2! hehee... Yeaaa! di sudah memberi kebenaran untuk merembat gambar die, so dengan rasa excited muka ala ala berseri seri menatap mesej dari die kat FB tu. dah dapat apalagi dengan perasaan yang teruja & semangat kesukanan yang membuak buak untuk tulis entri ni, even segala bagai masalah dok serabot & kusutkan kapala otak aku ni, memang aku buang jauh2 untuk settlekan entri yang sangat merapu ini. Tak suka??? macam biasalah! kau boleh blah jauh jauh okeyhhhh!



Sebab sebenar Nurul Nadzirah Zailan Meminati Mohd Shukri.

- Larian die ketika membawa bola.
" wah.. adakalanya terleka melihat lariannya."

- Cara die pegang kayu Hoki yang nak dekat sama tinggi dengan die.
" jangan marah ye My kelat2 ubi. Dunt worrylah tetap jadik peminat fanatik u! hehe."

- Riak wajahnya bila dapat menjaringkan goal!
"memang tak nampak orang lain dah, senyum die sampai telinga."

- Dia nampak sangat segak bila pakai jersi.
" yea... Ternganga bila dapat tengok live. huhu!"

- Die besar sikit jew dari abang kecik ( Tengku Tajuddin).
" yeahhh! tapi die still comel lagi dari Abang kecik bukan.lalala~~

* abang kecik adalah panggilan aku untuk tengku tajudin apabila berchat di Fb ye. hahhaa..

Banyak sebab sebenarnya tapi macam susah pulak nak keluarkan, yelah macam macam dipikirkan , bila dah bercampur segala apa yang berada dalam otak ni, memang bertambah tambahlah serabutnya, then susah pulak nak memperbanyakan sebab sebab yang ingin dikeluarkan tu. Rasanya sangat memadailah dengan segala sebab diatas ye! huhu... Sangat indah bila dapat ingat segala tentang die, hahhahaa.. indah dengan lawak jenaka yang dihamburkan dalam mesej. Heehehe... Die sangat sekepala dengan aku okei, Boleh dibawak berlawak juga bergurau memang tak kering gusi & gigi bila die buat lawak. Hehehe.. Papepun die memang sangat terbaik ye.. My kelat kelat ubi oi! huhu



sambutan Bufday die yang ke-teeeett..
pada minggu lepas!
Dia dah tua okeyhhh! huhu
.
Jangan marah nanti lagi cepat tua aw!



segak bukan??
apabila die berblazer juga bersongkok??
like;like;like! hahaha




minat gila dengan pic die yg ni..huhu!
Die memang takut Flash kamera! heeee..


Style bukan??
Tengok live lagi tak senang nak duduk diam! hahaha




goaaaaaaaaaallllll!
Cube tengok muka die! dapat senyum sampai telinge
then tak pandang orang lain dah.



Kejayaan untuk Malaysia Pada Sukan Asia Tahun lepas!
merangkul pingat perak, juga saat terindah bila berjaya mengalahkan India untuk ke final tapi telah dikalahkan oleh Pakistan untuk bergelar Juara! Perak pun dah cukup membanggakan okeii!
(Pakcik2 botak ni memang hebat!)hahaha
.

* My kelat kelat ubi untuk pakcik shuk ni, Coz die snyum tak manis tapi kelat kelat ubi ajew. & die cakap aku senyum senyum kambeng! so terus lekat untuk die kelat kelat ubi! hahahahaa..


Rapuan Cik Puan Besar Tanah ; Setiap orang diberi peluang untuk mengenali seseorang yang die minat! So jangan malu untuk memulakan sesuatu persahabatn, juga jadiklah diri sendirik adalah lebih baik berbanding jadik orang lain.


Pesanan penaja Pada Player Hoki yang i minat ni or ( My kelat kelat ubi) ; terima kasih kerana sudi melayan karenah peminat yang otak gila ni ye, Tak jemu menjawab setiap pertanyaan yang merepek repek dari i ni, I sangat menghargai dengan segala apa nasihat yang u bagi pada i, Nasihat abang untuk adik bukan? hehe... Tak sangka satu masa dulu i pernah main hoki kat stadium tu, then now Player yang i minat jejak jugak kaki kat atas turff tu an, huhu. Papepun Bulan mei ni i nak tuntut choki2 12 peket dari u okei! jangan wat2 hilang ingatan ye. I seligi u nanti. Hahahaha...( tak sampai ati pun sebenarnya.) Semoga u terus berjaya dalam study u dan hidup u okei! Jangan banyak mainlah, wat assignment tu kasi habis baru main!hahaahaa... Semoga u and team hoki Malaysia yang akan terus harumkan nama Malaysia dipersada dunia yeee... Gudluck selalu yep!


Hepi bufday
My kelat kelat ubi!
semoga sukses selalu !


Jumaat, 4 Mac 2011

Rapuan minat sangat sangat

Rapuan apakah yang bakal dikeluarkan oleh aku pada harini??? huu... Hanya aku, aku, aku dan aku jew tawu! Kau tawu??? tawu apa ajew kau tu! hahahaha.. Yeeee.. Harini rapuan yang sangat sensitif dengan Diri sendirik juga kau orang! Kau orang! heheehhe... Pernah tak korang meminati someone! ye! mesti pernah punyalah, kalau tak tu memang kau tu penipu besar punya! huhu..Ok!Bukan someone yang ke arah percintaan or ke arah gerbang perkahwinan tapi semacam artis, Ahli sukan, or sewaktu dengannya! Nak cakap idola kang macam tak kena pulak, Coz aku dah punya idola hati yang tersendirik! huhu. Nak tawu siapakah yang sangat bertuah untuk aku jadikannya idola hati jantung ku itu??? Yeaahhh... 1st adalah junjugan besar kita Nabi Muhammad S.A.W Yang sangat mulia & 2nd adalah Atok & Opah yang begitu aku cintai! mereka adalah idola hati yang sangat terbaik untuk aku & hidup aku! Kau ada?? takde kan?? nanti kau try buat okeyyyhhh!! hehehe... Ok berbalik kepada rapuan kita tentang minat kat Artis or ahli sukan dan sewaktunya, dalam erti kata lain yang paling singkat dan senang untuk ditaip & dikperkatakan! orang orang yang terkenal di Malaysia ni or luar Malaysia okeyhhh! Tak kira lah Farid kamil kew?? Kak Limah Kew?? heeee...

Yep! Seperti korang aku pun ada jugak minat2 artis segala ni, Ahli sukan pun ada jugak aku syok & minat gila! Tapi takdelah sampai nk pengsan pengsan bila nampak depan mata, paling koman aku buat pun! aku dok tercongok & ternganga kaku jew depan die. Lalat masuk aku telan then baru aku tutup! hahahahaa.. Biol lah aku 8 hari,Ceh memang tak senonoh langsung anak gadis Wak Lan yang sorang ni, Kojenya nak malukan Mak pak ajew! huhu. Ampun ibu bapak!weee...

Aku minat dia teramat! Tu jew mampu aku luahkan kat belog ni, jugak dalam hati! Kat mesej FB aku juz cakap ' I peminat fanatik u lew' huhu. Dia semacam gelabah jew kan, peh! aku pandai2 jew buat andaian sendirik kan, Menda dia relax jew, Aku yang semacam gelabah lebih sebenarnya! Yelah nebes (nervous) dpt balasan mesej dari Player yang aku minat tu, huishhh.. Kembang semangkuk aku weh! hahahaa. Player maksud aku, macam ahli sukanlah, bukan Playboy playgirlz yang kemaruk laki & galz tu tapi yang kemaruk untuk sesuatu sukan yang dorang main, then berjaya harumkan nama Malaysia di persada dunia tu ohoiii! Dari aku kat sekolah lagi aku ni memang sinonim untuk kearah kesukanan ni, dulu masa dok aktif main Hoki & Netball ada jugaklah pasang angan2 & impian yang kembang tak hingat tu, untuk jadik atlit! berangan tak sudah lah aku bila dulu, Now hampeh! habuk pun tarak. Semacam sedih ajew, Salah 1 impian tak jadik aku tu weh! Tak payah sedih sedih sangatlah!Berbalik kepada ahli sukan yang aku minat tu! Adoyai aku pun tak tahu bila aku jatuh minat pada dia tapi yang pasti aku suka tengok cara die main & larian die ketika die bawak bola juga cara die pegang kayu tu! adoi sweet oi.. Hahahaa. Hanya yang meminati sesuatu sukan tu, dia akan tawu segala menda tentang sukan tu, Tak caya?? korang trylah minat satu jenis sukan tu, konpem korang akan tahu segala hal yang berkaitan dengan sukan tu, outside, foul, long corner, shoot corner segala bagai akan korang ngerti. Lagi best kalau korang memang dah pernah main or join sukan tu, Lagi kacanglah korang nak tipu kawan2 korang yang ngok ngek pasal sukan tu! hahahaa.. Jahat oi! jangan buat macam tu weh, Tak baik untuk kesihatan tu. huhu..

Dah cerita bagai nak rak kat atas tu, opkoslah korang dah tawu ape Player yang aku minat tu main an?? Haaa..Pandai pun! Die main hoki lew. Player Hoki Malaysia! Huhu! Mula Minat die time tengah rajin dok p tengok Piala Sultan Azlan Shah kat Stadium Azlan Shah Tahun lepas mungkin. Lupa lak die main position mana. Aiyakkkk Kata fanatik tapi tatau die main position mana an! huuu... cowie my player fanatik! heehehehee.. Buat masa ni tak payah tawu lah sapa ea? Nanti kalau aku dah dapat kebenaran die untuk rembat gambor2 die aku tunjuk kat korang k! malas mao curik2 nanti lain jadiknya. Papepun die memang best! Nantikan nanti ye...

Rapuan Cik Puan Besar Tanah; indahnya segala impian dan angan2 yang diimpikan juga diangankan tu menjadik nyata! Bahagia jugak nak hadapi hidup ni. hehehehee!

Selasa, 1 Mac 2011

Rasa ; rasa ; rasa + angan ; angan = BAHAGIA

selamat tengah hari yang suram macam malam hari! Hahahaa.. Aku pun tak pasti apa yang aku ingin repekan hari ni, Tapi tengah hari tadi tetibe macam sedih, smpai nk kuar airmata ni! aiyooo... rasa nak jew tikam tikam kau kasi hati aku puah! bErani kau tipu aku??? grrrrr... Marah betul aku tadi. Dahla tipu, pastu buat aku rasa lain pulak! lain? apa lain?? rasa stoberi mungkin!hahah..adoiii... kenapa aku?? bengang gila rasa kena tipu oi! Macam ni kot kawan aku rase bila kena tipu! hampeh betol. Best & sedap, lemak berkrim disukai ramailah rasanya bila kena tipu tu oi! huhu.. Rasa nk lagi je kena tipukan? adoi udahlah weh, sakit kena ranjau ni pun tak habes lagi! sudahlah sudah ku harus pergi jangan kau tangisi aku lagi.. ( nyanyi lagu kaktimah cinta lak) hahahaahAA... Betul lah mamat pahang ni, tipu jew tawu! Now padan muka kau, dapat warning oi.. hihihi

Now stop sebentar tentang kesah diatas tu, rasa cakap pasal rasa semua orang ada rasa kan?? rasa marah, cinta,sayang,benci sume berkaitan dengan rasa. Now aku semacam pelik dengan someone ni! di dah buang aku so??? kenapa tetibe die cari aku?? ape sandiwara kau lagi wahai manusia?? sikit pun aku tak rasa sakit dengan setiap apa yang kau buat kat aku! tak jadik kudislah, if ye aku marah or menda tu jadik kudis?? Opkoslah aku dah maki kau berbakul bakul kain tak basuh mak aku! ni tak aku hanya mmpu diamkan diri untuk kebahagiaan diri kau tu, soryylah beb aku bukan NURUL NADZIRAH ZAILAN yang dulu, yang kuat sentap, or sewaktu dengannya! aku masih kuat dan mampu untuk menanggung untuk kali yang ini, Terima kasihlah dengan segala perbuatan kau tu! Teramat okeyhhh!!

So now tak payah kacau lah hidup aku ni, dulu aku dah cube untuk bagi peluang kat diri kau??? tapi ada tak kau hargai wahai manusia??? sikit pun kau tak hargai bukan?? Kau dh buang aku dr FB kau!! That means lah kau dah buang aku jugak dalam hidup kau! senangnya perhubungan cinta masa kini, kau nak kau kutip! kau tak nak kau buang macam aku ni takde hati & perasaan! orang gila macam Kak limah tu pun punya ati dan perasaan ni kn pulak aku?? kau tak terpikir kew??? Mungkin kau sedang bahagia time tu, bahagia dengan ketiadaan aku dalam hidup kau! gembira bersama orang yang kau mula sayang kini. Tiada kata kesat atau makian dari aku, Tapi aku hanya mendoakan semoga kau bahagia dengan hidup kau sekarang! tak perlulah untuk mencari aku lagi, aku bukan ada ape2 istimewa pun untuk kau datang balik dalam hidup aku. Cukuplah ini kali kedua aku alaminya dari kau! tak sakit tapi pedih untuk menghadapi! Bahagia dengan apa yang aku dapat dari kau wahai manusia!

Biar orang buat kita! jangan kita dok sebuk2 buat kat orang, coz ada pembalasannya! now aku dah dapat apa yang pernah aku buat kat orang! So mari ramai2 jerit kata kau PADAN MUKA KAU NUUN!!!!!!! hahahahahaa.. yeaaahhh.. Aku terima cash jew dari NYA! Tapi aku bersyukur dan aku masih diberi peluang untuk sedar tentang segala kesilapan aku ini. Yea aku masih diberi peluang untuk membuat kebaikan mungkin! terima kasih pada yang ESA aku amat menghargainya! now aku mahukan hidup dan segala2 nya yang baru. Hidup bersama kawan2 tercinta lagi banyak kebaikkannya! huhu




Kata angan angan dari Cik Puan Besar Tanah ; Nak hidup bahagia dengan orang2 yang masuk dalam angan angan aku ni! Waaaaa... bahagia aku sampai bila2 tu. heeheheee