Jumaat, 15 April 2011

Rapuan; BARCELONA -VS-Real Madrid = Hope BARCELONA terus unggul!

-VS-
Rapuan; mahu melupakan seketika dengan apa yang berlaku kepada aku untuk beberapa hari yang lepas! Even kedukaan tu masih lagi dirasai tapi kekuatan untuk menghadapinya masih lagi diteruskan! Chaiyok! Chaiyok Un! heee... Dah! mari kita bercerita tentang tahap ke excited an aku untuk menyapot team idaman tidur malam aku ni. ( selamba tok angkat aku jew tukar imbuhan ayat sesuka ati an??? ah..ada aku kisah??haha )

Yea! Sedang bersemangat waja,wira & satria neo untuk memberi kata-kata semangat kat team idaman aku ni, even dorang sikit pun tak baca dengan apa yang aku tulis segala rencah bagai dalam entri ni pon an! janji hati aku puas untuk menyatakan tahap semangat kesukanan dan kecintaan aku pada mereka! Tetambah pada abe love XAVI HERNANDEZ aku tu. huhu! Aku pun tatau apa yang aku gilakan sangat kat die! tapi yang pasti aku memang minat gila gila cam nak meninggey kat dia! oh Loike you lah! weee..

Huuu... Barcelona akan bertemu dengan Real Madrid untuk perlawanan separuh akhir liga juara-juara untuk musim ni, Huish! macam tak sobar jew kan! hehehee.. Papepun pada yang sangat meminati Barcelona & fanatik mati2 macam aku ni, sila silalah mendoakan agar dorang menang dan terus berjaya! Memanglah kita tak dapat ape ape tapi tahap kepuasan tu akan datang bila team yang kita minat gila tu menang! puah wooo... Tak caye?? Ce lah try oi! hehehee.. Tu pun takan nak kena ajar?? ngek ah!

I Love BARCELONA FC !

Hope mereka dapat mengekalkan 3 trofi ni lagi utk tahun ini yaw! wah! wah!

Wajah Player-player BARCELONA utk musim ini yaw! suke! suke! weee...

Tu dia! abe XAVI HERNANDEZ oh! hahahaa

Dia buat aku gilakan BARCELONA oi! HAKHAKHAK!

RApuan Cik Puan Besar ; Sapa cakap girlz tak ley minat bola bola ni??? Silap besarlah oi! Girlz now dah makin maju, pemikiran pun lebih luas dari lakilah! So janganlah nak heran bin pelik kalau kat stadium bola tu, bila tengok liga super perempuan lagi ramai dok terkinja-kinja, jerit-jerit bila Striker nak jaringkan goal! HAHAAHaa..

Khamis, 14 April 2011

Rapuan; harus kuat even tidak memiliki!

Rapuan; ingin berkongsi seketika tentang CINTA Tidak SEMESTINYA MEMILIKI!. Haritu time luah luah perasaan kat achik ada die soal kan tentang apa yang nak aku kongsikan ni! So pada achik meh nak bagitahu apa yang aku tahu! Even macam tak berapa paham dengan apa yang aku utarakan ni... Ah layankan ajew! hehehee.


Cinta tidak semestinya memiliki

Bila kita jatuh cinta pada seseorang ni, jangan sesekali kita menyeksa diri dan menganggap bahawa cinta kita tu tak diterima.

Cinta tu tak pernah ditolak kerana setiap insan yang masih punya perasaan ni memerlukan dan menginginkan untuk dicintai.

Wujudkan cinta itu dengan memberikan sesuatu bukan mengharap harap akan sesuatu sebab, apa yang diberikan kerana cinta selalu datang pada hati disaat-saat itu jugak.

Kebahagiaan memberi adalah jauh lebih sempurna dari pada kebahagiaan menerima!

Tapi! Lain pula bila kita menginginkan sesuatu yang kita cintai. kerana Keinginan itulah yang memberikan pahit yang menghiris dada.

Jangan menyiksa diri dengan menginginkan sesuatu yang kita sendirik tak pasti.

Jangan sia siakan cinta dengan beban yang berat then mengharap mampu di pukul bahu.

Keinginan memiliki tidak kesampaian tapi percayalah pada diri sendirik, selalunya cinta yang kita berikan seadanya itu takkan pernah bertepuk sebelah tangan.


p/s ; bercinta tak semestinya memiliki! even dah bertahun bercinta! jika tiada rasa cinta yang sebenar mungkin cinta itu hanya sia-sia! Menipu dirik sendirik adalah lebih BODOH dari menipu orang lain!

Rabu, 13 April 2011

Rapuan ; setiap pertemuan akan ada perpisahan!

Rapuan ; ingin berkongsi dengan apa yang telah rapuan baca kat salah satu belog yang boleh diterima pakai ayatnya!


Setelah berbulan dan bertahun lamanya anda mempertahankan hubungan cinta anda bersama si dia akhirnya perpisahan muncul. Perpisahan yang saya maksudkan bukanlah sekadar mampu menitiskan air mata anda tetapi perpisahan kali ini sekaligus memusnahkan harapan dan jiwa anda. Ketika itu anda menangis dan terasa kosong. Mengharapkan keadaan kembali seperti sediakala adalah apa yang anda idamkan ketika itu. Malangnya, apa yang anda idamkan tidaklah seperti apa yang anda harapkan.


Di sini saya ingin kongsikan salah satu kata yang pernah disampaikankan malaikat jibrail kepada nabi junjungan muhammad saw yang lebih kurang berbunyi,


“Cinta dan sayangilah kekasihmu sepuas- puasnya tetapi INGAT kamu pasti akan berpisah dengannya”..


Pencinta sekalian, baris ayat diatas sudah cukup membuktikan bahawa perpisahan pasti tiba! cuma waktu dan ketika perpisahan tiba hanya tuhan yg tentukan. Kita sebagai insan hanya mampu berdoa dan berusaha.


Putus Cinta terjadi disebabkan pelbagai jenis keadaan. Antaranya:

1. Kecurangan

2. Cemburu

3. Tidak serasi

4. Jarak antara dua insan

5. Kematian


Walaubagaimanapun, saya yakin dan pasti banyak lagi jenis perpisahan yang tidak saya senaraikan. Namun begitu, hakikatnya perpisahan adalah sesuatu yang negatif dan mempunyai banyak elemen yang boleh mempengaruhi diri seseorang mahupun dari segi mental dan fizikal. Oleh itu, wujudlah perkataan yang membawa maksud misteri dan indah iaitu “HIKMAH”. Setiap apa yang berlaku disekeliling kita yakin dan pastilah ada HIKMAH disebaliknya. Renungkan perpisahan anda sedalam- dalamnya walaupun memerlukan sehingga tahap menitiskan air mata nescaya anda akan menemui hikmah. Kepada anda yang pernah ataupun sedang putus cinta usahlah bersedih. Tarik nafas anda dan usapkan air mata dipipi. Sentiasa yakin dan percaya bahawa cinta sebenarnya masih lagi boleh diselamatkan (klik lah banyak info yang leh korang dapat) walaupun anda kehilangan pasangan anda. Hadapi dengan senyuman… Salam Cinta dan Kejayaan!


P/s; kuatkan semangat menempuh hari-hari yang mendatang yaw! even apa yang bakal kita hadpi tu kita pun tak pasti! cheer la dear!!!

Rapuan ; TERIMA kasih banyak-banyak! dengan ayat-ayat yang mengentalkan diri aku tu!



Rapuan ; rasa semacam jew harini! macam nak pikir-pikir balik ajew apa yang berlaku kat diri ni sekarang! semacam rasa tak logik dengan perasaan sendirik! Haish aku bukan tak betul ye, cume emosi terganggu,! Dun worrylah aku masih waras untuk tidak melakukan perkara-perkara yang mengaibkan diri sendirik! huhu. Kini kembali ke perasaan yang dulu, now bebas untuk melakukan apa saja! Freedom oi! hehe. Perangai usah kata lah! Pantang OTW g keje jew, mesti ada jew carutan dan bebelan tanpa asas keluar dari mulut comel aku ni! hahaha (muka bangga, menyengih sampai telinga,kening terangkat-angkat bila taip gitu) hahaaa.. Sejak bilalah aku dah jadik minah perasan ni, adeh! Saja menyedapkan hati sendirik yaw! Tiada motif apa apa pun. heheehe!

Wake up NUUN! jangan cepat mengalah! ohhh.. Terlalu banyak yang sedang memberi semangat kesukanan kat diri aku now! Macam macam bebelan dan ceramah free yang aku dapat dari deme deme yang tak jemu mengembirakan aku! Aku betul-betul dan sangat sangat menghargainya, Siapa tak hargai orang orang yang caring akan diri kita! huuuu... mereka yang selalu tenangkan aku juga tak penat langsung terus terusan memberi nasihat-nasihat yang berguna kat aku!

ayat yang aku ingat deme deme yang TERBAIK ni bagi kat aku! ;

Atin ; " dahla un! jangan fikir tentang jantan tak gune macam tu, Now dia akan bahagia dengan orang yang dia kejarkan tu, kau tunggulah esok, lusa! Jangan die melutut kat kau je! Peluang 1st tak kan sama manisnya dengan yang kedua! kuatkan semangat ye! Jangan sesekali kau tunjuk yang kau lemah, aku tawu kau seorang yang tabah! Aku sayang kau! "

* nanges jugaklah aku kena ceramah dengan minah ni! Coz dia pun sedang hadapi pe yg aku tgh hadapi sekarang! Kami memang serasi bersama.hehehe...

Abang Nazrol ; " abang dah kato jangan ambik budak2 ekau dogey! Now adek kuatkan lah semangat tu, Tuhan dah tunjukkan yang dia bukan untuk adek! so kenalah terima! Dah2 jangan amek budak2 dah"

* ni abang yg ngek sikit! hahaha. Dah nasihat tu sempat jugak dia perli tu, hampeh tol! tapi jadik semangat dengan bebelan dia!

Wisnu pahang; " Awak janganlah nak bazirkan airmata awak untuk orang yang tak reti menghargai kasih sayang awak! Awak kena pandang hadapan dan pikir tentang diri awak, ramai lagi orang yang sayang awak! Awak jew tak nampak, dia buat awak! dia akan terima balasannya! sabar ea."

* ini mamat memang kuat bebel oi! dapat je peluang ceramah kat aku, tak henti henti dia cakap! memang cergas terus mata ni dengar bebelan dia. Memang terus tak leh tidur. Suke dengar bila dia cakap! ayat yang dia kuarkan memang tersusun, dia sempoi sangat! suke!suke! HAHAHA.

Abang Emy ; " adek nape jadik macam tu? bila abang tanya haritu cakap tak kapel now dah lain pulak jadiknya! Adek kena banyak-banyak bersabar untuk tempuh semua ni, memang sakit nak hadapinya tapi adek kena jadik kuat! Think positif k! anggap takde jodoh! Tenangkan hati tu ye! memang kita akan jadik sunyi tanpa dia! Tapi hidup mesti diteruskan an??? Takpe takpe bila adek sunyi adek mesej jew abang! Tapi kalau abang tak balas adek paham-pahamlah! abang tak keje!"

* hahaha... Abang! Abang! nk gelak bila die bagi mesej ayat last tu! Papepun dia memang bagi aku kesedaran dengan apa yang die nasihatkan.

Cyakir; " Kau jangan berputus asa dengan apa yang berlaku! Cube bila ada orang nak kenal tu, kau try buat buat jual mahal sikit! kita jangan mudah untuk memberi dan melayan! Coz laki ni ada macam-macam perangai!"

* Kawan yang selalu kol aku bila dia buat RM3 celcom tu an, huhu! Borak dengan dia yang sampai tak tidur 1 hari tu. Terhibur jugaklah aku dengan apa yang nyembangkan. hehehe.

Achik; " Heee... Setan betul jantan tu kan! Dah2 jangan nak sedih sedihlah, pasni jangan cepat sangat sayang orang! Kenal hati budi dulu baru pikir betul-betul nak sayang ke tak! Nanti aku kenal kan kau dengan sorang mamat polis ni ea!"

* kawan baik aku ni tercicir ke belakang sikit, lambat dapat tawu! hahahaa.. siap sempat promot kawan dia ag tu, hampeh punya achik! papepun dia ni lah yang selalu mengentalkan diri aku dengan setiap nasihat ikhlas yang dibagi kat aku.

Tony; " Lumrah hidup! no other man all the berkuasa, any allegations that comes all in the course of is illahi, i shall never be like that, i can wake up alone a place to help me! You can lah! "

* ini lagilah die bagi aku sayu & semangat jugak dengan kata2 kumen die kat status aku! Even tak rapat tapi dengan ayat die buat aku rase semua orang mampu bangun bila dah down kan!

Syuk Mazlan; " ada hikmah disebalik yang berlaku wak! kuatkan semangat awak ye!"

* simple jew nasihat die bagi tapi mendalam kot makna dia! Dia pon tengah rase apa yang aku rase tapi di mungkin lagi perit nak hadapinya! papepun smoga awak lebih kuat ye syuk!


Alan ; " La hari tu aku tengok kau epy jew! aku pon tumpang bahagia sekali sebab kawan-kawan aku bahagia, dah ek! tak mao sedih sedih k! biasalah dugaan dalam hidup, aku tawu kau boleh hadapi semua ni kan??? sayang kau!

* Bestfriend baik aku time study dulu! sangat merasa dengan apa yang aku rasa! aku pun terhibur dengan segala kata perangsang dari die.

Tak semua yang baik dengan kita mampu memberikan kita kegembiraan kan?? papepun aku sangat sangat menghargai segala yang deme deme ni bagi kat aku! even sekadar ayat dan text text mesej ajew pon! Mampu buat aku tabah dan kuat menghadapi apa yang sedang berlaku ni. Ala ape de hal! HAHAHA..

Hurmm... Tak lupa pada Yang sedang suke suki! senyum senyum, sengih sengih dengan apa yang berlaku kat aku now ni lagilah sakan an! Mesti umpatan belakang belakang yang sedang kome buat now an??? hahahaahaa! macam biasalah, ada cek kisah??? weeee... pada yang tak sepatutnya tu, tak payah nak susah susah, sibuk sibuk, semak semak lalang hantar mesej then nak bagi ayat yang konon kononnya bajek nak doakan kebahagiaan aku bagai, pale otak kau!sikit pun tak membakar jiwa dan raga aku lah beb! Heloo der! sikit pun wa tak terasa dalam hatilah, coz bila wa dpt mesej lu wa bace seimbas lalu je, then terus wa delete coz wa rase mesej lu tu tak sepatutnya duduk lama-lama kat fon wa yang kurang canggih ni an! nanti melambak lambak lak virus Kencing tikus merebak-rebak kat fon kurenng canggih aku ni kan! hahahaa. So jangan nak sibuksibuk buat baik dengan wa ye! khidmat bantuan lu memang wa tak pernah perlukan pun! ada wa kesah lau lu kata wa poyo,beria dan sewaktu dengannya??? sikit pun tak amek port! lu sapa jew dengan wa kan?? hahahaha... relax2 wa sikit pon tak beremosi ketika mengupdate belog ni ye. weee... dah dah nak solat dulu! Tenangkan segala yang terkusut! jumpa lagi nanti.daaaa...


TERIMA KASIH UNTUK DEME-DEME YANG SELALU MENGEMBIRAKAN JUGA MENGAMBIL BERAT TENTANG DIRI AKU NI! TANPA KOME SAPELAH AKU KAN?? AKU SAYANG KOME SAMPAI MATI WOOO!