Mula-mula study IKBNSI ;
1st time masuk study memang rasa macam bodoh ajew, sedih gila nak duk berjauhan dari keluarga. Menda bukan jauh pun Seri Iskandar tu dengan Ipoh, Beria wat ngada ngada, Konon konon anak manjalah tu tak leh jauh dari ibu. Hahahaahha!!. Padahal malas nak hidup berdikari! memang pemalas aku ni.. Pastu rindu nak kacau & dengar ibu jerit jerit. Heee...Ingat lagi masa mula mula masuk IKBNSI tu, Lepas jew ibu & ayah hantar aku kat sana aku terus duduk diam atas katil sambil tangan aku laju ajew kemas baju baju nak dimasukkan kat dalam gobok (almari lew). Before ibu & ayah balik, ibu dengan kazen aku lah hantar aku kat bilik. Peh! tingkat 4 aku punya bilik, sikit punya letih jugaklah nak mendaki tangga tu. Tapi gagahkan jugak, adalah jugak kakak senior yang bertegur sapa dengan kami, tapi ibu aku la yang banyak cakap! So.. Aku diam ajew lew..Dekat 2minggu lebih tu barulah aku dapat sesuaikan diri dengan keadaan sana. Hurmmm.. Macam macam orang aku jumpe! huh! jangan cakaplah senior seniornya, Bila tang nak malam ada ajew rokolnya. Haaa.. apa lagi membebel ah memaki lah dan sewaktu dengannya, macam macam ceramah dorang bagi, Tapi macam nyampah sikit nak ingat kenangan kat IKBNSI ni, semacam tak banyak yang bestlah. Pada kawan kawan IKBNSI lex ah der! ngan korang semua best oi! HUHU.
Setiap orang mesti nak ingat kenangan yang manis manis macam madu an?? so kenalah cerita perkara yang manis manis jugak! takkan nak yang pahit pahit masam masam tu kongsi dengan korang?? Tak sedap jugak an? hahaahaa.. Bukan nak cakap semua tak best setengah perkara ah macam tak blah an, so paling buat aku tak ley lupa time kat sana bila aku dapat jumpa dengan kawan2 aku yang semua kepala gila! Tak pernah pulak bila aku p mana mana aku dapat kawan yang skema skema ayam an! syukur jugaklah kan? hahaahaa.. Kecik, mak, dayah, kinah, mak leha, suzi, kak siti, shah, ekin & nyum (kembor). Korang semua tak penah aku lupakan.
Kenangan Di IKBN BM ;
Dapat jew surat tawaran sambung tahap 3 kat sana, aku macam malas malas ubi jew nak g an! Yelah an lagi ah jauh, nak taw katne?? Kat Penang ajew. Jauhkan?? hahaha.. Jauhlah sangat oi, kalau jalan kaki tu leh jugak ah terima pakai kalau cakap jauh! huhu. Yeahhh! disini baru aku tawu erti hidup diperantauan even taklah sampai overseas tu aku study tu, kira merasa jugaklah aku duduk di tempat orang. Belajar segala adat dan cara hidup orang! huu.. Sampai aku pun dah cakap loghat utara ah, peneng2! Dah2 tutup pasal segala apa yang dimerapu an, now nak cerita tentang kenangan yang menjadik kerinduan aku ni.. adoi!
* Rindu dekat budak bilik ; Atinmira & eija !
- Segala macam dibuat bersama, dari basuh kain sampailah nak makan pun!
- Pagi pagi nak g klas mesti Atin ah baik hati dok buka lampu, dia mandi semua dulu. Dia dah settle pakai baju baru die kejut, Salu jugak ah aku bagi bebelan free kat die. Yelah ape salahnya dh bangun bangun terus kejut aku, ni tak kena beratur lagi kat depan toilet tu kalau bangun lambat.! Rendu ohhh!!
- Makan nasi kandar AL- Amin bersama even banyak gila, lapau punya hal! habis jugek. Haha!Sanggup tak turun DM semata mata nak makan nasi kandar & wait Yazid balik dari outing! Coz yazid yang belikan! huhu.
-Budak netball yang paling kelam, Haha! mentang mentang kapten (eija) 1 bilik selalu jugak turun training lambat! hakhak.
-Rindu nak jerit jerit kat telinga Atin suruh mandi; Sememangnya atin ni susah sangat nak mandi pun! hehe.. Kantoi sudeyhhhh! Jangan marahla sayang! huhu
* Rindu dekat Budak MPP (Majlis Perwakilan Pelajar) ;
Rindu segala kenangan yang tercipta bersama mereka! sangat indah segala apa yang berlaku semasa kita sama sama g rombongan kew RTM & Perpustakaan Negara Malaysia. Syok sangat oi! Huhu.. Apa kena mengena aku dengan Budak MPP ini? Mestilah ada kena mengena coz aku pun salah seorang dari mereka, haha! Macam lawak gila aku jadik ahli MPP an?? haha. Tak perlulah tawu aku jadik biro ape ye. Hehe! So mereka dibawah ni adalah yang rapat dengan aku selama 6 bulan aku bersama mereka menjadik ahli MPP. Walaweh! syok habisss..
Naim (Presiden) ;
- Presiden untuk MPP ni, memang lembut hati yaw!
- Mulut adakalanya macam tak reti bertapis. Main cakap ajew nk cakap ape!
- Orang Parit Buntar ye..
* weh rindu ah nak buat trademark kite bila jumpe tu, aku pun dah lupe cmner weh! huhu
* Rindu nak dengar segala keluhan kau pasal someone tu. Haha! Jadik org tgh aku an? heee.
Atienmira (Naib Presiden 2) ;
- Budak bilik aku, juga 1 kelas dengan aku jugak!
- Mula mula tak rapat even time orientasi kami 1 kumpulan, tah camner jadik kepala.
- Kak leleh geng geng aku panggey die! huhu. suke wat menda lengai2 ( hegeh2). Tapi sangat rajin buat air untuk aku! sayang kau atin.hehehe
- Orang Taiping.
* rindu sangat segala apa yang kita buat dulu an.
* Rindu nak nanges same same dengan kau wehhh!! Yee!! NUUN sememangnya kuat nanges!
Yazied ( Biro Displin 1) ;
- Mamat kepala senget die ni.
- Sangat gila gila ini olang tapi tegas dalam pendirian!
- Memang sahabat terbaik yaw!
- Tak pernah kering gusi kalau lepak dengan die, ada ajew nak bagi orang gelak guleng guleng!
- Orang Shah Alam Okei!
* Weh rindulah nak lepak dengan kau & geng kami the gigs kat dataran Merdeka tu ag.
* Konvoi naik van tu, & aku sorang ajew pompuan sesat an?? hahaha.
* Time Konvo tu, memang aku seronok habisss! hehe.
Amier ( Biro Displin 2) ;
- Kepala die sama ajew dengan mamat kat atas ni. Dua2 mereng & senget! huhu
- Tapi die sangat best!
- Debab panggilan aku untuk die! hehehe.
- Caring gila oi mamat ni. haha
- Orang Nogori sembilan aih mamat ni.
* Mer rindu ah time atas bus OTW rombongan p KL tu, sakan kau bercerita bagai kat aku an.
* Siap kau sua aku makanan lagi bila aku tak turun makan. Thanx mer! Hargai sangat ohhh!!
* Bilalah leh dapat duku duku pale kau lagi an?? hahaha...
Epoi ( Biro Sukan) ;
- Orang yang suka sangat sakat, kacau & sehari tak jumpa aku tak mengenakan aku! memang bukan EPOI lah nama die! huhu.
- Die tergolong dalam kumpulan mamat dua orang di atas ye! hahaha.
- Suka kasi aku sentap, dan sewaktu dengannya. lalala~~
- Nak make budu cari dio ye! Die orang kelantan yep! hehehe
* Poi rindu nak overnite dengan kau, wanie,bonjer, azie,lubok sume weh!
* Pantang ada meeting utk MPP ajew mesti kau duduk belakang aku. Then kau tak habis2 cuit2 pinggang aku kasi aku melatah! hampehmu poi. hehehe.
* Tak tipulah dengan kau memang banyak kenangan yang aku tak leh lupa oi! HAHA.
Eija ( Biro kebajikan) ;
- Ya! 1 bilik dengan aku gak ye. Sememangnya budak bilik aku semua ahli MPP yaw! haha.
- Siap dorang panggey bilik kami bilik budak PULUN! Hampeh betol. hahaha
- Dia ni kalau nak cakap tak pernah guna hati, Main redah ajew! dulik ah sapa sapa nak sentap pun! hahaha.
- Hati kering oi tapi ada hari hati tu ada bunga bunga cinta juga. hehehe..
- Orang Penang noh. Loghat die tak usah cakaplah! Memang anak mami mai ni. huhu!
* Ja rindu nak gaduh mulot dengan kau!
* Rebus keropok lekur dalam pemanas air aku tu sama sama. Dah masak betul, makan cicah dengan sos! syokkkk! haha! sedap ja..
Jawa ( Biro Kebajikan) ;
- Mamat yang sangatlah nakal bapaak! npe aku cakap camtu?? Memang nakal betul die & geng geng die.
- Dalam nakal die & geng die dorang tetap baik hati.
- Pantang lalu kat depan koridor bilik dorang, ada ajew nak ngat & jerit jerit kat orang! ngek betul!
- Suka tolong orang die ni.
- Loghat jawanya jangan cakapla! Pekat gilak!! Kalah WAk AG. hahaha
- Selangor Mali oi.
* Jawa dah lama tak usik usik kau dengan minah atas ni an?? huhu
* Bukan main malu kau dulu bila kantoi kuar berdua dengan die. hahaha
* Rindu nak karok dengan geng geng kau tu. hehehee.
Budak Budak Kelas ( Elektronik Industri Level 3) ;
Waa.. Korang memang sangat terbaiklah! Even nak dekat dekat blah tu barulah semua pakat pakat nak rapat, kenal korang semua memang saat yang sangat manislah bagi aku oi. Kawan kawan terbaik aku dalam kelas tu; Bonjer, wanie, Syakir, Panjang, Chombie & atin korang memang penghibur aku bila dalam kelas ah an? Suka wat hingap (bising) dalam kelas, memang koranglah orangya. Tak lupa kat junior tahap 1 & 2 selalu sangat kacau senior senior ni tak kire dimana pun. huhu!Banyak sangat nak ingatlah weh tapi korang memang sangat terbaiklah untuk aku.
Budak budak Repeat 2009;
Wah sangat indah kenangan tu kan?? Sama sama kena repeat then amek repeat pun sama sama. Time datang untuk repeat tu macam reunion lak an. Yelah dah tak jumpe dekat setahun lebih pastu, ikhtiar untuk amek repeat, akhirnya jumpa jugak an. Haha! Kami memang sangat nakal time study dulu, malas gile kalau time nak kena g kelas! Di sebabkan kemalasan dan segala kekurangan ilmu didada kami masa study dulu. Kami kantoi untuk exam akhir tu, Tu yang kena repeat tu. hahaaha... Repeat repeat pun kitaorang steady lagi leh lepak lepak tak amek port pun sal kelas. Lepak bilik duk study buat litar jew lew. huhu! saat tu memang indah oi! Bonjer, Dila, Nira, Atin, Lia, Adek rock, Takan luput segala kenangan bersama korang oi.
Pada yang tiada disebutkan nama tu, tak bermakna aku disini terus menerus melupakan korang. Ada masa ingatan aku ni kuat, & ada masa lupa macam tu ajew! My tayunk kecik ( alan) kau pun aku tak lupe weh. Sangat rindu mao jerit nama kau kuat kuat! huhu!
Setiap yang kita lalui tu mesti akan muncul satu kejadian yang dinamakan kenangan apabila ia sudah bertahun ditinggalkan. Apabila kita berseorangan dan teringat akan satu menda yang menyeronokkan itu, pasti kita akan tersenyum mengingati saat saat manis itu. Even lebih banyak pahit dari manis ia tetap akan menjadik kenangan yang pasti semua takkan sesekali untuk sengaja melupakannya, Dah nama pun kenangan kan? So hargai setiap kenangan yang bakal tercipta pada bila bila masa saja. Tak luak pun untuk dikenangkan?? so teruskan untuk mengenangkan sesuatu yang sangat manis tu ye. huhu
Rapuan Cik Puan Besar ; Tidak akan sesekali kenangan ini akan terhapus dari kotak minda & ingatan aku, melainkan ia sudah tersurat olehNYa. Terima kasih kerana memberi aku kesedaran tentang hidup mengenang masa lalu. =p
Bersama Mereka adalah kenangan terindah!
Luv korang sampai mati!
Luv korang sampai mati!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan