Mambang TANAH;
Wanita yang berkait rapat dengan Tanah adalah mereka yang dilahirkan dibawah zodiak;
- Taurus ( 21 April - 20 Mei )
- Virgo ( 24 Ogos - 23 September )
- Capricon ( 22 Disember - 21 Januari )
* Seorang yang boleh dijangka, berwibawa dan praktikal
* Penyabar dan bertolak ansur, mempunyai kehendak dalaman dari segi emosi dan material.
* Semangat produktif dan gigih yang disertai dengan sikap berhati-hati menjadikan wanita Tanah berkemampuan mencapai kejayaan dalam perniagaan.
* Kebijaksanaan dan kepintaran yang diperolehi sering tersembunyi oleh air muka semula jadi yang pendiam dan tenang.
* Sifat marah yang terkawal serta keperluan untuk keteguhan dan kawalan sering terbawa-bawa dalam perhubungan yang amat konservatif, serius dan sederhana.
* Tidak mudah menunjukkan sifat penyayang tetapi wanita Tanah adalah seorang kekasih yang setia dan berwibawa.
Mambang API ;
Wanita API di lahirkan di bawah lambang ;-
- Aries ( 21 March - 20 April)
- Leo ( 24 Julai - 23 Ogos )
- Sagitarius ( 23 November - 22 Disember )
* Dilahirkan sebagai pemimpin.
* Mempunyai kekuatan diri dan biasanya enggan menerima pendapat orang lain, walaupun ianya benar.
* Seorang yang artistik dan sukar dijangka tetapi biasanya romantis & pemalu
* Mempunyai personaliti yang suka menguasai dan mendominasi tetapi boleh mengimbangi sifat-sifat ini dengan sikap yang pemurah, mesra dan menunjukkan sifat yang mendalam terhadap sesuatu yang disukainya.
* Suka berterus terang dan tidak suka berselindung menyebabkan orang yang dikasihi dan dicintai merasa sedih dan terhiris.
* Jujur dan mahu hubungan peribadi dengan lancar.Wanita API harus diberikan ruang yang cukup luas untuk menjadikan perhubungan itu terus berkesan & kekal.
* Tidak keberatan untuk beralih arah jika merasa tertekan.
Mambang ANGIN ;
Mereka ini lahir di bawah bintang ;
- Gemini ( 21 Mei - 22 Jun )
- Libra ( 24 September - 23 Oktober )
- Aquarius ( 21 Januari - 19 Februari )
* Berterus terang, berminda aktif dan gemar mencari kepelbagaian dalam setiap aspek kehidupan.
* Befikiran terbuka, mempunyai daya imiginasi dan inovatif, bagi mereka segalanya boleh dicapai.
* Bergaya tenang juga tidak cerewet, serta mempunyai keinginan semula jadi untuk mengamalkan sikap diplomasi dan saling berkerjasama dengan bersungguh-sungguh.
* Sanggup mengorbankan kehendak atau idea mereka sendiri demi mencapai keharmonian dan mengelakkan perselisihan paham atau konflik.
* Sentiasa gigih untuk mendapatkan cinta yang terunggul, untuk berkonfrantasi.
* Kurang cenderung untuk menyampaikan perasaan sebenar yang terpendam dalam hati mereka.
* Dikenali dan diingati kerana sifat romantis dan manja.
Mambang AIR ;
Wanita air terdiri dari mereka yang lahir pada zodiak ;
- Cancer ( 22 - Jun 21 Julai )
- Scorpio ( 24 Oktober - 22 November )
- Picses ( 20 Februari - 19 March )
* Mempunyai sifat semula jadi untuk berkembang maju.
* Mereka ini dipandu oleh perasaan hati dan mempunyai sifat mudah bersimpati, berdaya imiginatif, sentimental, mempunyai perasaan yang berubah-ubah dan berhati-hati.
* Tenang dan mudah tersentuh oleh emosi orang-orang yang berada disekeliling dan cepat mengeluarkan airmata dalam situasi yang menyedihkan.
* Mudah mengikut rentak emosi orang lain dan juga diri sendiri.
So korang korang berada di mambang yang mana??? mana yang baik tu diambil lah untuk kebaikkan diri mana yang tidak baik tu, cuba ubah untuk diri sendirik! enjoy yourself yaw!
Rapuan Cik puan Besar ; Aku berada di Mambang API yaw! so. paham pahamlah kalau aku ni jenis cepat panas dan bercakap lepas! Tak suka??? Senang ajew. Kak limah pun tahu buat! Kau boleh blah la oi! huhu
hehe akak mambang air, its soooo true!
BalasPadamsure my kaka syg???huhu...suruh2 abg baca ea! kc die jaga aty kaka cner! huhu
BalasPadam