Rabu, 28 September 2011

Hati berkata ; Jari menaip

Rabu yang sama mcm biasa bagi aku! ahhhh... Tapi perasaan dulu dah kembali ada dlm diri! Alhamdulillah sgt sgt wei.Tak perlu penat dan rase sedih untuk pikir pasal die, Even rase mcm serba salah jugak tapi kuatkan semangat untuk bangunkan diri sendirik.bila duk sorang sorang macam nampak hipokrit sgt lao tak pikir langsung sal die, yeeee! Un tipu kot tapi un buat semua tu sebab nak kuatkan diri un sendirik! salah ke? Mybe nampak salah tapi un perlukan semua tu! Harini rase macam tebal jew muke, sebenarnya un senyapkan diri beberapa haritu sebab tamao tahu die dah bace kew PM yg un bagi kat die! Ahhhh! MAlu wei.

Mesti die dah baca pe yg kite hantar kat die, ahhh... mcm sengal gile perasaan tadi! Tetibe darah terus naik kt muke! Malu wei. Tapi tu risiko yg kite amek an? So kne redha dgn sume tu! heeee.... Baru tat sat kite terbuke Pm! Pm kite dengan die dari dulu smpai laaa last haritu 22hb 9! Gile panjangnyaaa PM Pm dgn die! Banyak lak tu, Dgn die laa org paling byk kite Pm! Adoi. Malu gila babat bile baca Pm Pm dengan die dulu! Alamak ai mana nak sorok muke ni! Haishhhh... Tolong bawak aku p jaoh boleh? Nak nyorok kat blakang waklan bole? Nak nyorok dari die dan sapa sapa je laaaa! Arghhhh... Bole gile gini! huuuuu~~~~ Now dah brani buat brani tanggung lah kan? Biarlah die nak kata apepun yg penting kite takkan ubah pendirian kite ni langsung! Takkan sekali terhapus oi.

Kite nak nanges tgk Pm Pm tu, Tapi now kite dah makin kuat coz kite dah tak bazirkan airmata ni dah! Airmata ni kite pun dah jemu nak keluar sekarang! Tapi dulu tak dinafikan bile kite trpikir bukan bukan tentang die mesti airmata ni akan kluar, now ni tak pasti lagi coz kite tak prnah pun nak pikir buruk sal die! Malas dan tak patut rasenye kite pikir buruk2 sal die! Ta elok pun an!

Dulu bila tengah selera nak tambah nasi untuk kali kedua bila terlintas jew nama or muke die kat kotak ingatan ni cepat cepat selera tu terus hilang, dan ta jadikla nak tambah nasi lagi, tu masa kite tengah cube nak hilangkan wajah die dari hidup kite! Tapi nama dan segala tentang die takkan terpadam dlm hati kite! Coz kite akan cube tunggu die. Insyallah!

Die sendirik tahu dan kite pun pernah btaw die, yang bile kite sukekan someone ni takkan sesekali kite hadap dan pandang org lain! Memang choi la nak pandang orang lain an? So memang sesuailah kite sedar diri dan entri kat bawah tu mmg khas sgt sgt untuk kite! BBBBeeeerrrrr! Perlu sedar diri cepat cepat un! hahahaa.

Die! Even diam mana pun kite ni, Hati dan minda kite hanya akan terpikirkan die jee, kite dah cube sedaya upaya utk lupuskan sgalanyaaa tapi kite gagal!Die kena selalu ingat ek yg kite akan selalu tersenyum tengok die gembira dan bahagia. Kite takkan pernah penat untuk tunggu die! Insyallah.


Alhamdulillah! Kite takkan pernah lupe utk doakan die! Even jaoh mana kite berada. Aminnnn.

Ahad, 25 September 2011

Sabar dan bersabarlaaa!

Assalamualaikum! Semoga sihat selalu hendaknyaaa! Kite baik baik saje so dunt worry about kite yeee! Kite selalu boleh jaga diri kite dengan baik! Hope die selalu dapat jaga diri die dengan baik yeee! Kita selalu doakan die dari jaoh! Semoga die selalu berjaya dalam hidup die. Amin!

Ohhh! 3 hari sudah berlalu nampaknya hati kebal untuk tidak kacao die, even hati n cm memberontak nak sangat cari dan borak dengan die lama lama tapi rasenya tak perlu kot buat sume tu! Coz die pun still boleh tanpa kitee! Sabarlaaa! Mybe ada hikmah yg berlaku semua ni an? jangan risau laaaa! Kite tak pernah mengharap pape dah, tapi kite still nak tunggu die jugak! Ada jodoh tak kemana an? kuatlaahh hati kuatlaaa diri, semoga semua ni akan terjawap nanti....

muke redhaaaa! bhahaahaha...

Buang masa wiff Najwa

Hui.. Hui! Pic ni sebenarnya minggu lepas punya so saja nak bagi belog ni penuh dgn pic an? tu yang masukan tu.! Boring wei! Dari hadap FB macam sakai better update belog an? Sakan sikitlaaa follower2 dok nak ikot baca! heheehe.. Ni masa dok pulon cari keja dengan najwa laaa! P TGV dapat dah, tapi mengada tamao keje! Ahhhh... Redha laaa! Malas cakap banyak! kasi tengoklaaa. huhu

Minat gile minah ni dengan citer ni! Penen2! hahaaha
Nak goreng 1 lagu bole? hewhewhew;)

NAjwa lol!
Kat Toilet Jusco! Kao daaa? dulik aku! hahahaaha

Ni la yang mampu nak sajikan, papepun sedang mencuba utk pikir dan jaga hati sendirik dari dok sebuk jaga hati orang lain! huhu! Ehhh... Team die menangla masa lawan UNIKL, Padan muke team atok kalah lorrrr.... congratss En en! Salu miss awak! hehehehee

Jumaat, 23 September 2011

Sume tiada ; Hope gembira yeee!

Hai! Segala macam telah ditarik, berrrr... Boring bila dah tak keja! Bila dah dapat keja tak p pulak! Memang memilih sungguh aku noh! Tapi nak buat guane, lao keje dah macam balaci tapi gaji ciput! Perlu kew aku p! Adohai! Penen penen dok pikir masalah macam ni! huuu..Dahlaaa sakit pale jew pikir pun. adohai.

Now jadik normal macam dulu ah! No FB,No BBM & No CRDT! Ahhh... boring bapak oi! Tapi apa boleh buat, sedang cube ubati diri sendirik aje! Insyallah aku boleh kot tanpa die pasni! Sakit? Memey arrr! Tapi lagi sakit bile die dok tengok die update PM macam2 tahl! Now die pun bz sakan an? Yelah! Klas dh mula & dengan game liga TNB nya lagi, memang tade masa nk layan org cm aku ni! so kena redha sume tu yeeee.

Petang ni team die lawan dgn UNIKL! So gudluck untuk die! Even aku tak muncul kt BBm tu! Tapi aku selalu sapot die dr jaoh beb! Chaiyok2 DEFEND HATI! weeee!~~~

Sharing ; Mengapa Wanita memerlukan lelaki.

Wanita tidak semestinya memerlukan lelaki, tetapi wanita dan lelaki saling memerlukan, cinta itu anugerah.

Mengapa wanita memerlukan lelaki di dalam hidupnya? Untuk beberapa waktu dahulu, ia begitu memukul-mukul kepala.

Ya, apa perlu seorang wanita yang bebas mempertaruhkan sebahagian besar hidupnya kepada tangan seorang lelaki?

Bukankah lebih hebat jalan dihujung minggu bersama kawan rapat, berkenyit-kenyitan mata kepada lelaki kacak yang saling tidak putus dan tidak lokek senyum tanda salam perkenalan.

Cinta tidak datang dipaksa-paksa. Cinta tidak juga datang kala kita mahukannya. Jika kita mahukan ia menjadi air, ia datang seperti api.

Tetapi, jika kita bersabar dan menerima ketentuan Tuhan, seorang lelaki yang baik akan didatangkan kepada kita juga. Lelaki yang baik itu tidak turun dari langit.

Lelaki yang baik itu juga tidak semestinya datang dengan kepala berketayap, janggut selambak atau harta membuak-buak.

Tetapi lelaki yang baik, jika Tuhan mahukan dia menemani kita sepanjang hayat, membimbing kelakuan kita, menjaga kemurnian kalbu bersama-sama, mendidik, membuka jalan agar kita dapat memperdalam selok belok agama yang barangkali selama ini hanya menjadi pakaian dan lencana, dan memberikan kita zuriat yang halal lagi dirahmatiNya.

Dia akan datang apabila tiba masanya. Lambat atau cepat, maafkan saya, kerana Allah itu yang lebih mengetahui.

Kawan, kedatangan seorang lelaki dalam kehidupan seorang wanita seperti manusia kudung yang diberikan semula sebelah kakinya. Dia menyempurnakan kita.

Namun, tidak kira semasyhuk mana sekalipun perkasihan dua jantina, selain perkara yang cantik-cantik dan molek-molek, kita, wanita, harus bersedia menerima kehodohan-kehodohan perhubungan.

Kerana apabila kita mempersilakan seorang lelaki duduk di samping kita untuk sepanjang hayat, bererti kita harus langsung juga mempersilakan sekian masalahnya berbaring di bahu kita.

Kerana itu tidak hairan jika kita mendengar ada di kalangan kita, gadis, yang merungut-rungut kerana tanggungjawabnya terhadap keperluan hidup lelaki tidak juga berkurangan walaupun belum lagi berkahwin.

Ya, lelaki memang mendatangkan bahagia.

Tetapi lelaki juga mendatangkan sengsara. Namun jika kita bijak menatangnya, semuanya pasti baik-baik sahaja. Itulah adat dalam perhubungan. Yang buruk-buruk pasti ada.

Barangkali daripada si dia, barangkali juga daripada kita, tetapi kita harus cermat mengimbangkannya agar jodoh berkekalan ke hari tua.

Bagi yang sedang galak bercinta dengan lelaki permata jiwa tetapi menerima tentangan keluarga dua pihak, jika anda fikir anda tidak mungkin mampu hidup bahagia tanpa restu ibu bapa, maka ada baiknya anda menyerah kalah saja.

Walaupun tidak saling memiliki, dan cinta tidak juga diwali dan dinikahi, anda dan dia tetap pengantin di dalam jiwa.

Barangkali sudah sampai masanya anda mencari sahaja lelaki lain untuk dibawa pulang menemui ibu bapa.

Dan semoga lelaki yang dipilih, melaksanakan tanggungjawab dan melunaskan hak suami isteri.

Wanita, kita dicipta dengan kemuliaan syahadah. Kerana benih seorang lelaki, kita ini tersenyawa, dikurnia tenaga sehingga kita mampu menyibak jalan keluar dari rahim ibu untuk melihat dunia.

Kerana benih seorang lelaki, kita ini ditiupkan jiwa, menjadi manusia, dan mencari seorang lelaki untuk dicintai, sebagaimana ibu diilhamkan Tuhan untuk berkasih sayang dengan bapa.

Dan kerana Tuhan yang Maha Kuasa dan Maha Pencipta, kita wanita, kita ini diciptakan daripada lengkungan rusuk kiri lelaki, tidak terlalu gagah sehingga mengenepi kudrat lelaki, tidak juga terlalu lemah sehingga jatuh menyembah kaki.

Tetapi kerana ciptaan Tuhan itu indah, kita terbit daripada rusuk lelaki, bukan dekat kepala untuk dijunjungi, bukan dekat bahu untuk membebani, bukan dekat lengan untuk dijulangi, bukan dekat jari untuk disakiti, bukan dekat pinggul untuk dihenyaki, bukan dekat lutut untuk ditindihi, bukan dekat kaki untuk ditunggangi, tetapi dekat pelusuk hati untuk dimulia, disayangi dan dicintai.

Andai lelaki itu burung yang terbang, kita adalah angin lembut yang bersisir-sisiran sepanjang perjalanannya.

Tetapi kerana fitrah kejadian Tuhan wanita itu kebergantungan hidupnya harus saja diserahkan kepada seorang lelaki yang boleh melindungi, maka kita pun tidak selamanya mahu menjadi angin semata-mata.

Kita mahu menjadi bunga, menghias sayapnya. Kita mahu terus bersama-sama, terbang dari rendah perkebunan bunga sehingga ke sayup langit terbuka, sehingga jalannya yang paling hujung, sehingga kita tua, rapuh dan mati.

Tetapi kita bahagia dalam dakapannya, semoga kita semua diketemukan dengan jodoh yang baik. InsyaAllah...

Segmen Jiwang # KISAHCINTA

Suami saya adalah serorang jurutera, saya mencintai sifatnya yang semulajadi dan saya menyukai perasaan hangat yang muncul dihati saya ketika bersandar dibahunya.

3 tahun dalam masa perkenalan dan 2 tahun dalam masa pernikahan, saya harus akui, bahawa saya mulai merasa letih...lelah, alasan-alasan saya mencintainya dulu telah berubah menjadi sesuatu yang menjemukan. Saya seorang wanita yang sentimental dan benar-benar sensitif serta berperasaan halus. Saya merindui saat-saat romantis seperti seorang anak kecil yang sentiasa mengharapkan belaian ayah dan ibunya. Tetapi, semua itu tidak pernah saya perolehi. Suami saya jauh berbeza dari yang saya harapkan. Rasa sensitifnya kurang. Dan ketidakmampuannya dalam menciptakan suasana yang romantis dalam perkahwinan kami telah mematahkan semua harapan saya terhadap cinta yang ideal.

Suatu hari, saya beranikan diri untuk mengatakan keputusan saya kepadanya, bahawa saya inginkan penceraian.

"Mengapa?"Dia bertanya dengan nada terkejut.
"Siti letih, Abang tidak pernah cuba memberikan cinta yang saya inginkan." Dia diam dan termenung sepanjang malam di depan komputernya, nampak seolah-olah sedang mengerjakan sesuatu, padahal tidak.

Kekecewaan saya semakin bertambah, seorang lelaki yang tidak dapat mengekspresikan perasaannya, apalagi yang boleh saya harapkan daripadanya? Dan akhirnya dia bertanya. "Apa yang Abang boleh lakukan untuk mengubah fikiran Siti?" Saya merenung matanya dalam-dalam dan menjawab dengan perlahan.

"Siti ada 1 soalan, kalau Abang temui jawapannya didalam hati Siti, Siti akan mengubah fikiran Siti; Seandainya, Siti menyukai sekuntum bunga cantik yang ada ditebing gunung dan kita berdua tahu jika Abang memanjat gunung-gunung itu, Abang akan mati. Apakah yang Abang akan lakukan untuk Siti?"

Dia termenung dan akhirnya berkata, "Abang akan memberikan jawapannya esok." Hati saya terus gundah mendengar responnya itu.

Keesokan paginya, dia tidak ada di rumah, dan saya menenui selembar kertas dengan coretan tangannya dibawah sebiji gelas yang berisi susu hangat yang bertuliskan...

'Sayangku, Abang tidak akan mengambil bunga itu untukmu, tetapi izinkan Abang untuk menjelaskan alasannya." Kalimah pertama itu menghancurkan hati saya. Namun, saya masih terus ingin membacanya.

"Siti boleh mengetik dikomputer dan selalu mengusik program didalamnya dan akhirnya menangis di depan monitor, Abang harus memberikan jari-jari Abang supaya boleh membantu Siti untuk memperbaiki program tersebut."

"Siti selalu lupa membawa kunci rumah ketika Siti keluar, dan Abang harus memberikan kaki Abang supaya boleh menendang pintu, dan membuka pintu untuk Siti ketika pulang." "Siti suka jalan-jalan di shopping complexs tetapi selalu tersasar dan ada ketikanya sesat di tempat-tempat baru yang Siti kunjungi, Abang harus mencari Siti dari satu lot kedai ke satu lot kedai yang lain mencarimu dan membawa Siti pulang ke rumah."

"Siti selalu sengal-sengal badan sewaktu 'teman baik' Siti datang setiap bulan, dan Abang harus memberikan tangan Abang untuk memicit dan mengurut kaki Siti yang sengal itu."

"Siti lebih suka duduk di rumah, dan Abang selalu risau Siti akan menjadi 'pelik'. Dan Abang harus membelikan sesuatu yang dapat menghiburkan Siti dirumah atau meminjamkan lidah Abang untuk menceritakan hal-hal kelakar yang Abang alami."

"Siti selalu menatap komputer, membaca buku dan itu tidak baik untuk kesihatan mata Siti, Abang harus menjaga mata Abang agar ketika kita tua nanti, abang dapat menolong mengguntingkan kukumu dan memandikanmu."

"Tangan Abang akan memegang tangan Siti, membimbing menelusuri pantai, menikmati matahari pagi dan pasir yang indah. Menceritakan warna-warna bunga yang bersinar dan indah seperti cantiknya wajahmu."

"Tetapi sayangku, Abang tidak akan mengambil bunga itu untuk mati. Kerana, Abang tidak sanggup melihat airmatamu mengalir menangisi kematian Abang."

"Sayangku, Abang tahu, ada ramai orang yang boleh mencintaimu lebih daripada Abang mencintai Siti."

"Untuk itu sayang, jika semua yang telah diberikan oleh tangan, kaki, mata Abang tidak cukup bagi Siti. Abang tidak akan menahan diri Siti mencari tangan, kaki dan mata lain yang dapat membahagiakan Siti."

Airmata saya jatuh ke atas tulisannya dan membuatkan tintanya menjadi kabur, tetapi saya tetap berusaha untuk terus membacanya lagi.

"Dan sekarang, Siti telah selesai membaca jawapan Abang. Jika Siti puashati dengan semua jawapan ini, dan tetap inginkan Abang tinggal di rumah ini, tolong bukakan pintu rumah kita, Abang sekarang sedang berdiri di luar sana menunggu jawapan Siti." "Tetapi, jika Siti tidak puas hati, sayangku...biarkan Abang masuk untuk mengemaskan barang-barang Abang, dan Abang tidak akan menyulitkan hidupmu. Percayalah, bahagia Abang bila Siti bahagia." Saya terpegun. Segera mata memandang pintu yang terkatup rapat. Lalu saya segera berlari membukakan pintu dan melihatnya berdiri di depan pintu dengan wajah gusar sambil tangannya memegang susu dan roti kesukaan saya.

Oh! Kini saya tahu, tidak ada orang yang pernah mencintai saya lebih dari dia mencintai saya. Itulah cinta, di saat kita merasa cinta itu telah beransur-ansur hilang dari hati kita kerana kita merasa dia tidak dapat memberikan cinta dalam 'kewujudan' yang kita inginkan, maka cinta itu telah hadir dalam 'kewujudan' yang tidak pernah kita bayangkan sebelum ini.

Segmen Jiwang #CINTA

Ada sorang lelaki buta. Semua orang bencikan dia, kecuali kekasihnya. Lelaki itu selalu berkata, "Saya akan mengahwini awak di saat saya boleh melihat." Suatu hari, ada orang dermakan mata kepada lelaki itu. Akhirnya dapat juga lelaki itu melihat. Dengan segera, dia pergi menemui kekasihnya. Tetapi, bila dia melihat kekasihnya, dia merasa sungguh terkejut kerana kekasihnya juga buta.

Kekasihnya bertanya, "Sudikah awak berkahwin dengan saya sekarang?" Tanpa sebarang alasan, lelaki itu menolak. Kekasihnya tersenyum dan berlalu pergi sambil berkata. "Tolong jaga mata saya baik-baik..."

Segmen Jiwang #RENDU

Telah lama
kusimpan rindu untuk esok,
menanti sebuah harapan.
Namun hari ini,
rinduku akhirnya tumpah
tak akan bertakung lagi.

Aku terima
kasih itu bukan untukku
dia yang pernah kurindu
sudah temui cinta abadi.

Bila tiba esok
aku bukan lagi perindu
kerana aku jua telah pergi.
Dan cerita tentang rindu
tamat di sini,
buatku.

Awesome syawal ke-2 dengan mereka!

Hai hai saja nak penuhkan belog yg bersawang ni dengan citer tentang raya lagi. alamak aih! raya tak habis lagi kan kawan? so apedehal nk bercerita an? huhu. Yup! Mao bercerita tentang syawal ke 2 hari tu, biasalah tak balik kampung an? so merayau sakanlah kami. Macam biasalah ahli ahlinya, Aku, Achik, ewan & wan jugaklaaa! macam biasa sebelum kemana mana singgah hospital dulu tengok abah dah salam semua tu baru gerak merayaau satu Ipoh nu. huhuhu!

Tujuan pertama p Jusco tengok Hantu Bonceng, mula mula nak buat marathon movie tengok citer Karipap karipap cinta sekali tapi masa agak tidak mengizinkan so tengok hantru bonceng sajalaaa! Yang best tu bile abang yang dok baik hati bagi duet kat ewan dan duet tu digunakan sebagai beli tiket wayang! wehuuuu.... Syok jew an? hahaaha! Sangat sangatlah murah rezeki haritu bile kiteorang terjumpa pulak kazen achik yg kerja dekat nasi ayam Foodcourt Jusco tu, Baiknya die bile nak belanja kami kami ni makan nasi ayam! Walaweh memang murah rezeki sangatla kan? Setelah puas melantak bagai tu, then turn nak masuk wayang pun dah cukup! Kami pun naikla wayang tengok hantu bonceng! Pehhh! memang berkesan lah lakonan Zizan, Habis rebeh kuar airmata aku dok gelak sakan tengok citer tu, time tu dok cube hiburkan hati utk tanak pikir pasal mamat tu! So rakah gelak sampai kuar airmata! hahaahaha.

Dah habis citer tu terus tuju ke POLO puleee, Tengok Afiq & kwan die pun join sama! Apa lagi layankan jew laaa! Ni laaa port baik kami ni, bile boring & nk snap snap pic memang kat sini la tempatnyaaa, apa bole buat Ipoh takde tempat best sangatlaaa, pusen2 tu jugak yg jumpe! Alahai.... hahaaha. Malas Citer Panjang! Mari sinarkan mata tu dengan pic pic yg kami snap kat sana! huhu.

Afiq baru mai! Tengok muke syok aku! alahai... hahahaaa
Wan, Epoi & Afiq, tengok awek2 kat belakang tu! Sempat lagi tu. huhu
Mereka memang kelam oi! hahaahaha
Beruk mak yeeehh dibelakang! Sibuk je pun afiq ni! haishhhhh...

Tiru macam kami lekaih! hahaahaha...
Ni lah BFF gurlz yang aku sayang sangat! Lebiu achik.
KAmi The Gigs! Kao ada? hahaahaha.. Kisah pule aku! hehehe.
Superman & superwoman aku! Sayang korang sangat! weeeee~~~
Tengok dapat duet raya kot! weee.... nak? mai umah meh! hahaaha

# Awesome oi beraya dengan dorang! Memang ni tahun gamble gile aku raya, tak macam lepas lepas dok balik kampung kutip duet raya! Tahun ni memang sorang jew la yang baik aku duet raya! Yang lain buat noheng jew kan? hahaahha.. Papepun raya tahun ni memang best sangat wei! huhuhu.

Ahad, 18 September 2011

Sedarlah wahai kaum ADAM!!

Jika seorang wanita itu menangis di hadapanmu,

Itu bererti dia tak dapat menahannya lagi.

Jika kamu memegang tangannya saat dia menangis,

Dia akan tinggal bersamamu sepanjang hidupmu.


Jika kamu membiarkannya pergi,

Dia tidak akan pernah kembali lagi menjadi dirinya yang dulu.

Selamanya….

Seorang wanita tidak akan menangis dengan mudah,

Kecuali di depan orang yang amat dia sayangi.

Dia menjadi lemah.

Seorang wanita tidak akan menangis dengan mudah,

Hanya jika dia sangat menyayangimu,

Tiada lagi rasa egonya,


Lelaki,

jika seorang wanita pernah menangis kerana dirimu,

Tolong pegang tangannya dengan pengertian.

Dia adalah orang yang akan tetap bersamamu sepanjang hidupmu.


Lelaki,

jika seorang wanita menangis keranamu.

Tolong jangan mempersiakannya.

Mungkin kerana keputusanmu, kau merosakkan kehidupannya.

Saat dia menangis di depanmu,

Saat dia menangis keranamu,

Lihatlah matanya….

Dapatkah kau lihat dan rasakan sakit yang dirasakannya?


Fikirkan….

Wanita mana lagi yang akan menangis

dengan murni, penuh rasa sayang,

Di depanmu dan kerana dirimu..

Dia menangis bukan karena dia lemah

Dia menangis bukan kerana dia menginginkan

simpati atau rasa kasihan.

Dia menangis,

Kerana menangis dengan diam-diam

sudah tidak mampu bagi dirinya,


Lelaki,

Fikirkanlah tentang hal itu.

Jika seorang wanita menangisi hatinya untukmu,

Dan semuanya kerana dirimu.

Inilah waktunya untuk melihat apa yang telah kau

lakukan untuknya.


Hanya kau yang tahu jawapannya..

Pertimbangkanlah, kerana suatu hari nanti

Mungkin akan terlambat untuk menyesal,

Mungkin akan terlambat untuk mohon ‘MAAF’!!


Biarlah!!

Assalamualaikum dan selamat hari malaysia pada semua yeee! Bersawang dah belog aku, bila dah lama ta buat kerja mengupdate ni, bz la weh! Bz mncari keje baru! yelah now dah bergelar penanam anggur yg berjaya kat rumah tu, so bz nak mncari kerja laaa now ni! Boring gile dok uma bebe! Tapi apa boleh buat, jadik bibiklaaa aku now! Pagi pagi bawak ibu p pasar! Jadik drebar jugaklaaa. hehehe! Papepun sedang cube membuat ibu kurang membebel yeee! hahaha,

Harini macam takde mood & badan rase macam ta sihat! Adakah aku terlalu memikirkan sangat sal tu? Tahlah wei! Penat nak pikior! Benda yg lepas datang balik even aku tak mintak langsung, aku rase selesa dgn pasaan aku yg dulu, rase tenang bile die buat apa pun! Now rase ketar ketar je badan! Nape ek? ta kan aku nk kena parkison lak? adohai! Dijaohkanlaaa oi! hehehhe.

Hahaha! Ramai sgt yg suke die kan? tu pasai susah sgt nak bagi jawapan! hmmm... Bese laaa org femes, kite dgn die an macam langit dengan bumi! Adohai! Kena redha je laaa kan, dun worry ta hope papepun! kool ajew! Pada awek crayon thanks 4 information saya sgt mnghargainyaaa wak! Cik yan! sy syg awak! cz slalu tenangkan sy. terima kasih ek.

Nuun kuat! Takkan sebuk sebuk cari die dah. Tc yourself ye takde mata.
imy ;)

Jumaat, 9 September 2011

1 Syawal sangat MANIS

1 syawal dah pun berlalu an? tapi aku rasa macam excited tahap cipan nak bercerita tentang kemanisan 1 syawal even tanpa opah, Alhamdulillah setiap yang berlaku ada hikmahnye kan? maybe opah selamat menunaikan umrah dan beraya disana dengan selamat dan aku disini dapat merasa 1 syawal dengan hati yang redha. Manis gila bila dikenang! 1st syawal beraya bersama kawan kawan, memang 1st time aku rasa susasana macam ni, lepas jew mintak maap dengan ibu dan ayah! Aku dengan najwa terus p hospital pantai jenguk arwah abah (Pak Djul) kat sana! Time tu achik dengan mama dah ada kat sana, Tak lupa jugak aku bekalkan rendang ayam kampung masakan aku dan Lontong air tangan ibu tercinta! huhu. Beraya dihospital bersama arwah abah,mama, achik dan najwa! waaaa... lain rasenya bila melantak kueh raya, rendang, ketupat bagai dengan dorang! Yelah b4 ni sama sama dengan opah, sedara mara kat kampung ni berbeza lak! Tapi memang 1 pengalaman yg sweeet! huhu.

Lepas kite beraya dengan mereka kat sana, kite p jumpe Mr. en en kite laaa! ohhh! memang macam sakai b4 nak jumpe die tu. nebes, takot! macam macam perasaan datang dalam diri kite time tu wei! adoi.. Selamat time tu Najwa nak teman kite, lao tak! memang ketaq semua lutut lah nak p! hahaha! Lao tak achik pn nak ikot tapi die kena jaga abah sampai kaklong datang tkr turn & pada masa yg sama die tunggu abang sayang (wan) die nak teman wan g shopping. hehehee! Macam macam lah jadik time tu. Perlu kew kite citer kat sini macam mana pertemuan kite dengan die? rasenyaaa tak perlu kot, coz die pun tak suke kite citer bukan bukan dalam ni. Papepun kite seronok dapat jumpa die! Alhamdulillah impian raya kite tu dah temakbul nampaknyaaa! seronok wei. huhu.... Mari cuci mata!

Muke Tak blah an! Tgh BBm dengan die & sdg bincang nak jumpe katne! hahahaa
Yeahhh! Ni die Mr.En En yg kena buli dengan kite! Jalan laju macam robot! grrrrr...
Muke Nebes masuk Popular! Najwa jew tahu pasaan kite time ni! hohoho~~
Najwa! Peneman kite time tu, penyelamat keadaan! Coz mulot die riuh sangat! Thanks waaa!
Masa kat hospital! Beraya dengan Achik sayang, Mama & Abah!
Sempat lagi kan! Kat ats wilchaaair yeee...huhuhu
Sebelum Bergerak nak jumpe Mr.En En! Najwa drebar kite yeee! hewhewhew;)
Sedang tunggu Najwa siap! Arghhh Lama bapak! So snap doluuu!! hheheeehee~~

Ini masa raya pertama yeee! Sebenarnya memang tersangatlah banyak pic pic masa raya pertama tu! tapi nak buat guane! Incik VIRUS tersangatlah dengki dengan pic pic tu! So semuanyaa dah ditelan olehnyaaa! Ni semua saki baki yang dapat aku selamatkan! adohai.. Geram jeee! Selamat hari raya je laaa yee! huhu

Sekadar renungan bersama

Disaat kamu ingin melepaskan seseorang

ingatlah pada saat kamu ingin mendapatkannya


Disaat kamu mulai tidak mencintainya

ingatlah saat pertama kamu jatuh cinta padanya


Disaat kamu mulai bosan dengannya

ingatlah selalu saat terindah bersamanya


Disaat kamu ingin menduakannya

bayangkan jika dia selalu setia


Saat kamu ingin membohonginya

ingatlah disaat dia jujur padamu

Maka kamu akan merasakan arti dia untukmu

Jangan sampai disaat dia sudah tidak disisimu,

Kamu baru menyadari semua arti dirinya untukmu


Yang indah hanya sementara

Yang abadi adalah kenangan

Yang ikhlas hanya dari hati

Yang tulus hanya dari sanubari

Tidak mudah mencari yang hilang

Tidak mudah mengejar impian

Namun yg lebih susah mempertahankan yg ada

Karena walaupun tergenggam bisa terlepas juga

Ingatlah pada pepatah,

"Jika kamu tidak memiliki apa yang kamu sukai, maka sukailah apa yang kamu miliki saat ini"


Belajar menerima apa adanya dan berpikir positif

Hidup bagaikan mimpi, seindah apapun,

begitu bangun semuanya sirna tak berbekas

Rumah mewah bagai istana, harta benda yang tak terhitung, kedudukan, dan jabatan yg luar biasa, namun..

Ketika nafas terakhir tiba, sebatang jarum pun tak bisa dibawa pergi

Sehelai benang pun tak bisa dimiliki

Apalagi yang mau diperebutkan

Apalagi yang mau disombongkan

Maka jalanilah hidup ini dengan keinsafan nurani


Jangan terlalu perhitungan

Jangan hanya mau menang sendiri

Jangan suka sakiti sesama apalagi terhadap mereka yang berjasa bagi kita

Belajarlah tiada hari tanpa kasih

Selalu berlapang dada dan mengalah

Hidup ceria, bebas leluasa


Tak ada yang tak bisa di ikhlaskan

Tak ada sakit hati yang tak bisa dimaafkan

Tak ada dendam yang tak bisa terhapus.


Khamis, 8 September 2011

Lagu pengubat RENDU!

Lagu background ni khas utk die! yeeee! kite tgh rendu die yg ada jaoh dari kite now! so tu yg dok sebuk sebuk buat lagu ni jadik background ni, hurmmmm... Salah kew? lantaklaaa! janji kite suka sudah, dekat 1 week jugaklaaa kite tak bbm dgn die! rasa sunyi ah hidup tanpa gurau sengal dari die tu,tapi kite tak jemu pun tunggu die! Coz kite rasa semangat die ada dekat dengan kite! Eh! eh! macamlah die kat sana rendu kite, mesti die buat tatao jew an? buat apa die nk pikir sal kite ni, better die fokus kat game die! lagi banyak faedah an! uhhhhh... sedih sikit! huhu.

Ingat lagi masa kite bagi die lagu ni, kite send kat bbm! 1st tak dapat kat die pun, pastu kite send utk kali kedua, tunggu nak sampai kat die, sampai kite pun tertidor tidor! Esok bangun tengok die tak dapat, tade rezeki die kot nak dengar lagu tu. Biarlaa! coz die pun takde tanya apa apa kat kite! time tengahari tu die bbm kite die cakap die suke lagu tu, kite ingat die slh send siap ada love love lagi kite buat tatao jeee laaa! dekat lama sikit tu kite sound laaa die! die minta maap dan kite terus buat tatao dengan die! malam tu die say hai kat kite, dalam 10min baru kite balas, chat chat last terbuka citer pasal lagu tu, kite pun tanya die! lagu apa yg awak suka sangat tu, pastu die cakap lagu eren tu, kite ckp tak dpt kt awak pun an? die ckp die download! ohhhh! kite dah sngka buruk kt die lagi! hurmmm.. thanks die! pastu mood terus baik! Tak blah an? hahahaha.

Hope! die kat sana sebuk sebuk dengar lagu ni jugak yeee! huuu... semoga berjaya kat sana Mr. En En yang sangat saya rindui, masuk harini sudah 1 minggu tak dengar kabar berita dari die, sihat ke takla tu! semoga die sihat sihat selalu kt sana! selamat pergi dan pulang hendaknyaaa! dan semoga pulang dengan kejayaan yeee die! Selalu support die! chaiyok chaiyok!

Dugaan dibulan SYAWAL

Assalamualaikum.. Salam syawal yg ke-10 korang korang semua! kejap je dah masuk 1o hari kita beraya an? Ahhh! masa kini masa terlalu pantas berjalan, so tak heran pun an?

Hai! macam macam dugaan dah mai ni beb! ahhh! sedang redha dan bersabar menghadapi dugaan yg bakal teruji ni. hurmmm! YA ALLAH! kao kuatkanlah semangat hambamu ni! agar mampu menanggung segala dugaan yg mendatang ni. AMINNN!!