Memaparkan catatan dengan label cinta kalian berdua. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label cinta kalian berdua. Papar semua catatan

Ahad, 30 Oktober 2011

CINTA itu tak semestinya memiliki.

-Ciri Ciri Orang Mencintai Kamu-

Dalam kehidupan, kamu tidak sedar apa yang dilakukan oleh seseorang terhadap diri kamu merupakan satu petanda yang dia mencintai kamu. Dia tidak ingin kamu tahu secara terus daripada mulut dia tetapi dia menunjukkannya melalui perbuatan. Berikut merupakan senarai ciri-ciri yang dilakukan oleh seseorang yang menunjukkan bahawa dia mencintai kamu.. untuk pedoman bersama :):)

-Orang yang mencintai kamu tidak pernah mampu memberikan alasan kenapa dia mencintai kamu. Yang dia tahu di hati dan matanya hanya ada kamu satu-satunya.

-Walaupun kamu sudah memiliki teman istimewa atau kekasih, dia tidak perduli! Baginya yang penting kamu bahagia dan kamu tetap menjadi impiannya.

-Orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu apa adanya, di hati dan matanya kamu selalu yang tercantik walaupun mungkin kamu merasa berat badan kamu sudah bertambah.

-Orang yang mencintai kamu selalu ingin tahu tentang apa saja yang kamu lalui sepanjang hari ini, dia ingin tahu kegiatan kamu.

-Orang yang mencintai kamu akan mengirimkan SMS seperti 'selamat pagi', 'selamat hari minggu', 'selamat tidur', 'take care', dan lain-lain lagi, walaupun kamu tidak membalas SMS nya, kerana dengan kiriman SMS itu lah dia menyatakan cintanya, menyatakan dalam cara yang berbeza, bukan "aku CINTA padamu", tapi berselindung ayat selain kata cinta itu.

-Jika kamu menyambut hari jadi dan kamu tidak mengundangnya ke majlis yang kamu adakan, setidak-tidaknya dia akan menelefon untuk mengucapkan selamat atau mengirim SMS.

-Orang yang mencintai kamu akan selalu mengingat setiap kejadian yang dia lalui bersama kamu, bahkan mungkin kejadian yang kamu sendiri sudah melupakannya, kerana saat itu ialah sesuatu yang berharga untuknya. dan saat itu, matanya pasti berkaca. kerana saat bersamamu itu tidak boleh berulang selalu.

-Orang yang mencintai kamu selalu mengingati setiap kata-kata yang kamu ucapkan, bahkan mungkin kata-kata yang kamu sendiri lupa pernah mengungkapkannya. Kerana dia menyematkan kata-katamu di hatinya, berapa banyak kata-kata penuh harapan yang kau tuturkan padanya, dan akhirnya kau musnahkan? Pasti kau lupa, tetapi bukan orang yang mencintai kamu.

-Orang yang mencintai kamu akan belajar menggemari lagu-lagu kegemaran kamu, bahkan mungkin meminjam CD milik kamu, kerana dia ingin tahu apa kegemaran kamu - kesukaan kamu kesukaannya juga, walaupun sukar meminati kesukaan kamu, tapi akhirnya dia berjaya.

-Kalau kali terakhir kalian bertemu kamu mungkin sedang selesema, atau batuk-batuk, dia akan sentiasa mengirim SMS atau menelefon untuk bertanya keadaan kamu - kerana dia bimbangkan tentang kamu, peduli tentang kamu.

-Jika kamu mengatakan akan menghadapi ujian, dia akan menanyakan bila ujian itu berlangsung, dan saat harinya tiba dia akan mengirimkan SMS 'good luck' untuk memberi semangat kepada kamu.

-Orang yang mencintai kamu akan memberikan suatu barang miliknya yang mungkin buat kamu itu ialah sesuatu yang biasa, tetapi baginya barang itu sangat istimewa.

-Orang yang mencintai kamu akan terdiam sesaat, ketika sedang bercakap di telefon dengan kamu, sehingga kamu menjadi bingung. Sebenarnya saat itu dia merasa sangat gugup kerana kamu telah menggegarkan dunianya.

-Orang yang mencintai kamu selalu ingin berada di dekat kamu dan ingin menghabiskan hari-harinya hanya dengan kamu.

-Jika suatu saat kamu harus pindah ke daerah lain, dia akan sentiasa memberikan nasihat agar kamu waspada dengan persekitaran yang boleh membawa pengaruh buruk kepada kamu dan jauh.
Dihatinya dia benar-benar takut kehilangan kamu, pernah dengar 'jauh dimata, dekat dihati?'

-Orang yang mencintai kamu bertindak lebih seperti saudara daripada seperti seorang kekasih.

-Orang yang mencintai kamu sering melakukan hal-hal yang SENGAL seperti menelefon kamu 100 kali dalam masa sehari. Atau mengejutkan kamu di tengah malam dengan mengirim SMS. Sebenarnya ketika itu dia sedang memikirkan kamu.

-Orang yang mencintai kamu kadang-kadang merindukan kamu dan melakukan hal-hal yang membuat kamu pening kepala. Namun ketika kamu mengatakan tindakannya itu membuat kamu terganggu dia akan minta maaf dan tak akan melakukannya lagi.

-Jika kamu memintanya untuk mengajarimu sesuatu maka ia akan mengajarimu dengan sabar walaupun kamu mungkin orang yang terbodoh di dunia! Bahkan dia begitu gembira kerana dapat membantu kamu. Dia tidak pernah mengelak dari menunaikan permintaan kamu walau sesukar mana permintaan mu.

-Kalau kamu melihat handphone-nya maka nama kamu akan menghiasi sebahagian besar INBOX-nya. Dia masih menyimpan SMS-SMS dari kamu walaupun ia kamu kirim berbulan-bulan atau bertahun-tahun yang lalu. Dia juga menyimpan surat-surat kamu di tempat khas dan segala pemberian kamu menjadi benda-benda berharga buatnya.

-Dan jika kamu cuba menjauhkan diri daripadanya atau memberi reaksi menolaknya, dia akan menyedarinya dan menghilang dari kehidupan kamu, walaupun hal itu membunuh hatinya.

-Jika suatu saat kamu merindukannya dan ingin memberinya kesempatan dia akan ada menunggu kamu kerana sebenarnya dia tak pernah mencari orang lain, dia sentiasa menunggu kamu.

-Orang yang begitu mencintaimu, tidak pernah memaksa kamu memberinya sebab dan alasan, walaupun hatinya meronta ingin mengetahui, kerana dia tidak mahu kamu terbeban dengan karenahnya. Saat kau pinta dia berlalu, dia pergi tanpa menyalahkan kamu, kerana dia benar-benar mengerti apa itu cinta.

"Pernah adakah orang yang berbuat seperti di atas kepada kamu? Jika ada, jangan pernah mensia-siakan orang tersebut... Kamu akan menyesal melakukannya!"

♥♥ lots of love :):)

Jumaat, 23 September 2011

Segmen Jiwang #CINTA

Ada sorang lelaki buta. Semua orang bencikan dia, kecuali kekasihnya. Lelaki itu selalu berkata, "Saya akan mengahwini awak di saat saya boleh melihat." Suatu hari, ada orang dermakan mata kepada lelaki itu. Akhirnya dapat juga lelaki itu melihat. Dengan segera, dia pergi menemui kekasihnya. Tetapi, bila dia melihat kekasihnya, dia merasa sungguh terkejut kerana kekasihnya juga buta.

Kekasihnya bertanya, "Sudikah awak berkahwin dengan saya sekarang?" Tanpa sebarang alasan, lelaki itu menolak. Kekasihnya tersenyum dan berlalu pergi sambil berkata. "Tolong jaga mata saya baik-baik..."

Isnin, 18 April 2011

Rapuan ; Sayang Ayah! Rendu ATok sangat!

Rapuan ; kerinduan pada yang insan bergelar ATUK! kadang kadang perasaan cemburu tu datang bila tengok cerita cerita kat tb atau keluar p mana mana nampak remaja remaja sedang gembira dok melayan atuk dorang! Memang aku mempunyai dua orang atuk! Sorang walanang dan sorang atuk! Tapi aku dari kecil memang biasa dan manja dengan arwah atuk aku ni! Tetibe kerinduan teramat menerjah kotak minda aku, aku pun tak dapat nak pikir menda lain, selain asyik ingatkan dia! Atok! un memang sedang rendu atok amat! Kekadang tu tak dapat tertahan apa yang dirasai, macam nak pecah dada ni menanggung rendu ni.

Rasa macam Nak ingat balik segala kenangan tue! Coz semuanya amat manis dan teringin sekali aku kembali ke zaman kanak kanak! bahagia bersama atuk! Tidak perlu kasih sayang dari insan yang bernama lelaki or Teman lelaki sekalipun, apa gunanya semua tu?? Semua tu adalah tidak kekal kan??? Mengunug mana pun kasih sayang korang tapi kalau sekali tu Tuhan nak duga Erti kesetiaaan dia dan kecurangannya pada korang! Pasti akan terjadik jugak! Now aku mula mengambil segala yang berlaku menjadik iktibar untuk perkara yang akan jadik pada masa akan datang! Kita tidak tahu apa yang akan berlaku pada masa hadapan kan?? SO now better jadik strong untuk menghadapi segala dugaan dan halangan. Sudah merepek dan beremosi pula aku ni.. huhu

Now un salu doakan kesejahteraan untuk diri atok! semoga roh atuk dicucuri rahmat olehNYa! Un sayang atuk! Takde sapa yang leh gantikan atuk sampai bila-bila pun! Even un dah punya orang yang un sayang! Tapi atuk tetap pertama dalam diri Un! Semalam sembang dengan ibu! Ibu ceritalah zaman muda2 die dulu, dia salu doa nak dapat seorang suami biar macam atuk! Alhamdulillah dapat jugak! Now ayahlah yang macam atuk! Even ayah garang & tegas sangat, Tapi kadang die seorang yang boleh dijadikan contoh! Un sedih bila tengok ayah sedih, memang ayah tak tunjuk tapi un dapat rase bila ayah sedih! Atok! Kadang kadang un nak bangun untuk bangga kan ayah! Tapi bila dah kuat untuk bangun mesti dengan tiba tiba datang kata2 yang melunturkan semangat tu untuk downkan un, Un tak kuat tok! Un cube jadik kuat tapi tahla. Biar orang nampak kita buruk macam mana pun tapi un tetap bangga ada Atok dan Ayah yang un ada sekarang!


AYAH! anak ayah kini dah dewasa yah, dah tahu menilai mana baik dan mana buruk, even kekadang tersilap langkah menilai yang buruk ke arah kebaikan, Un bangga jadik anak ayah even kadang2 un sendirik tak dengar cakap ayah, memberontak tah hape2! Tapi un sayang ayah sangat! Un tahu ayah pun sayang un dengan adek beradik lain kan tapi ayah tak tunjuk coz ayah kan ayah! huhu! Papepun un sayang ayah even un tak pernah tunjuk jugak kasih sayang un tu, malu lah dah besar2 ni. hehehe!!
P/s ; hargailah yang masih ada, kelak dah tiada baru tercari cari! sayangilah keluarga kalian sepertimana kalian sayangi orang yang kalian cinta!