Memaparkan catatan dengan label sayangilah ibu. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label sayangilah ibu. Papar semua catatan

Sabtu, 20 April 2013

Rindu IBU.

Assalamualaikum dan salam 1 malaysia pada petang sabtu yang mcm good2 je untuk mood aku an! hehehee.... Aku tatao kenapa bulan April ni ta cukup masuk dengan diri aku! Ada je benda yang ta best jadik kat diri aku, so aku cam nak sangat bulan ni p cepat2! Tapi yang selalu buat aku sedih and termenung sorang2 bila teringat kat ibu, siyes rindu gile kat ibu, even akulah anak dia yang paling suka cari gaduh gn dia! Yang suka sangat bagi dia marah, and paling ta suka jawab bila dia dok jerit2 panggil aku! Yeeee... Aku lah anak dia yang selalu bersikap terlampau diajar sangat tu. Aku pun tatao kenapa aku bersikap macamtu dengan ibu. Now! macam nak balik umah cepat2, nak peluk ibu kuat2! Nak duduk depan ibu, nak kongsi segala apa yang ibu rase.

IBU,
yeee.. Ibulah kesayangan un, aku tatao kenapa aku sedih and airmata aku seolah olah nak menitis bila teringat akan ibu. Maybe aku rasa apa yang ibu rase now. Aku pernah rasa apa yang sedang ibu tanggung sekarang! Aku ta dapat terima tu, tapi kenapa sanggup dia buat camtu.

YA ALLAH..
Apelah dugaan yang kau berikan pada ibu, Ibu ta kuat utk lalui semua tu, Ibu bukan seorang yang kuat dan tabah seperti Kakngah, Kenapa mesti jadik kat dia. Papepun aku berserah dan aku selalu mintak yang ibu akan kuat lalui sume ni, Moga ada hikmah yang baik dengan apa yang dh jadik now.



Dikesempatan ni aku berharap ibu akan terus semangat lalui semua ni, Ibu!! Insyallah un balik nanti kite p bercuti eaaa! Un nak bawak ibu tenangkan segala kekusutan yg melanda diri ibu tu, Un dengan kakangah akan cube buat ibu happy. Now ibu bertahan yeee! Ibu kena kuat even apa pun terjadi, Terus bertahan cz tu hak ibu. Selamanya IBU kesayangan un... IBU! ILYSM!!!

Gambar masa raya tahun 2011 ritu. Ibu still cantik kat mata un.
LOVE you Superwoman un.

Sabtu, 12 Mac 2011

Rapuan ; IBU adalah Yang TERBAIK

Kisah yang dipetik dari ILUVISLAM;

'Ibu' adalah nama yang tidak dapat dipisahkan dalam kotak memori setiap insan. Pertarungan nyawa dan ketabahan menahan kesakitan mengandung, melahir dan membesarkan anak-anak bukanlah perkara asing dalam catatan diari hidup seorang ibu. Itulah tugas yang tercatat sebagai seorang ibu yang benar-benar berfungsi dalam mendidik anak-anak.

Air mata, kelembutan, kasih sayang dan teman di masa susah atau senang adalah sebuah nukilan khas yang boleh saya dedikasikan buat ibu saya. Malah hemat saya juga tersemat utuh menyatakan semua ibu di dunia ini punya rasa yang sama. Naluri keibuan ini adalah sunnatullah yang tercipta bermula daripada Hawa AS. Jadi semestinya semua ibu, bakal ibu malah semua wanita mempunyai sifat-sifat yang saya nyatakan. Semestinya benar, bukankah begitu?

Dulu, Kisah sebuah memori

Masih tersemat utuh dalam ingatan saya betapa ibu saya cukup mudah mengalirkan air mata. Semasa saya atau adik saya dirotan ayah, ibulah selalunya akan membela dengan aliran air mata. Semasa kakak saya yang sulung melangkahkan kaki meninggalkan rumah mengikut suami selepas majlis akad dilangsungkan, ibu saya menghantar pemergiannya dengan linangan air mata. Masa itu saya cukup pelik kenapa ibu saya menangis sedangkan kakak saya pergi secara terhormat mengikut suami. Masa itu saya buntu tidak berjawapan.

Suri rumah sepenuh masa menjadikan anak-anak amat rapat dengan ibu. Masih terbayang di minda saya hingga kini betapa kalutnya ibu saya setiap pagi menyediakan sarapan sebelum saya dan adik-adik ke sekolah. Sememangnya saya antara anak yang cukup susah untuk makan pagi sekalipun dengan hanya minum teh dan apa yang pasti ibu saya akan membawa minuman hingga ke pintu luar dan akan pastikan saya mengambil sarapan walaupun dengan hanya seteguk air.

Masih terngiang kata-kata ibu bila saya mula berdegil tidak mahu bersarapan, "Minum lah sikit baru cergas dalam kelas" atau kadang-kadang ibu juga mengugut jika saya tetap berdegail, "Tak baik tu, minum sikit nanti tak berkat belajar". Mungkin kerana takut dengan ugutan, saya selalunya akan memaksa diri minum juga walau seteguk.

Tabiat saya yang jarang bersarapan melekat hingga kini kerana tiada siapa lagi yang boleh memaksa saya bersarapan. Tapi yang agak melucukan apabila ibu saya selalu berpesan dicorong-corong telefon setiap kali saya saya menelefon rumah atau melalui SMS dengan 3 perkara; kerapkan mandi, ambil sarapan dan banyakkan minum air. Tapi biasalah saya memang degil...

Kisah ibu saya yang murah air mata terhadap anak-anak saya panjangkan dengan kisah kakak sulung saya. Ketika abang ipar saya menyambung pengajian di UKM sejurus sahaja lahir anak sulung menjadikan hidup mereka sekeluarga agak susah. Hidup di Kuala Lumpur menjadikan kesempitan mereka kian parah. Berbekalkan gaji sebagai kerani sekolah kakak saya yang tidak sampai ke angka 1000 dan separuh gaji suami lantaran bercuti menyambung pengajian sepenuh masa sebagai guru menjadikan hidup mereka kian terhimpit.

Hidup menyewa di rumah setinggan yang rata-rata didiami warga Indonesia menjadikan hati saya pilu dan kadang-kadang mata saya juga berkaca. Pernah saya berseloroh pada kakak saya untuk membawa pulang Along (anak sulung kakak saya) ke kampung bila lahirnya anak yang kedua. Reaksi yang saya terima hanyalah linangan air mata tanpa kata. Kakak saya menangis bila ada sahaja cadangan mahu memisahkan dia daripada anak-anak. Tekadnya biarlah susah macam mana sekalipun asalkan anak-anak tetap bersama.

Niat saya semasa memberikankan cadangan untuk membawa pulang anak sulung kakak saya ke kampung dan dipelihara ibu saya lahir daripada rasa kesian yang amat sangat dengan kesempitan yang dialami. Mudah-mudahan kesusahan tersebut dapat dikurangkan.

Pernah suatu ketika semasa melahirkan anak kedua, semasa dalam pantang 40 hari kakak saya ke klinik dengan menaiki bas bersama 2 anak. Anak sulung berumur setahun setengah dipimpin dan anak ke dua yang baru berumur sebulan didukung dengan menaiki bas untuk ke klinik dalam kesesakan kota. Hati mana yang tidak sedih bila mendengar khabar susah kakak sebegitu. Tidak mampu saya bayangkan betapa susahnya hidup mereka anak-beranak.

Namun semuanya diceritakan selepas abang ipar saya tamat pengajian dan sekarang sudahpun menjadi pensyarah di Universiti Malaya dan sedang menyiapkan tesis PhD dalam bidang Psikologi Dan Pendidikan Khas Kanak-Kanak Istimewa. Sesungguhnya perlu saya iyakan, disebalik kehebatan seorang lelaki rupanya ada jasa insan tabah yang bernama isteri.

Kini, Kisah Sebuah Realiti

Pandangan saya bahawa ibu saya hanya mampu menangis bila berpisah dengan anak-anak rupanya meleset. Dalam Majlis Konvokesyen apabila saya naik ke pentas untuk berucap mewakili pelajar ibu saya langsung tidak menangis. Semasa di lapangan terbang ketika menghantar saya ke Mesir, ibu saya juga tidak menangis. Masih saya ingat senyuman dan pelukkan terakhir tersebut langsung tidak menunjukkan reaksi sedih malah ibu saya nampak tenang dan gembira. Apa yang terbaliknya saya pula yang sebak dan mata saya sedikit berkaca sebagaimana ayah saya juga.

Lama saya berfikir kenapa ibu saya mula bertegas dan tidak menangis ketika menghantar saya di Airport. Seminggu selepas itu saya menelefon ibu saya dan saya straight bertanya kenapa demikian jadinya. Ibu saya bercerita bahawa 3 tahun beliau bersedia dengan perpisahan ini sebaik sahaja saya menjejakkan kaki ke KIAS, Nilam puri dan bertegas untuk menyambung pengajian di Universiti Al-Azhar. Katanya lagi, kini tiada apa lagi yang mahu disedihkan kerana hasratnya untuk melihat saya menjadi seorang berilmu kian hampir.

Ibu saya tidak menaruh harapan yang terlampau tinggi terhadap saya dan adik-beradik lelaki yang lain. Katanya beliau sudah puas hati sekiranya anak-anak berilmu, mampu menjadi imam di masjid dan mampu berkongsi ilmu dengan orang kampung. Pada saya tanggungjawab itu susah dan harapan itu tinggi.

Tersentuh hati bila baca petikan tersebut, so tak salahkan aku nak berkongsi apa yang aku baca dengan korang korang! Sesungguhnya hargailah ibu kalian, hargainya seperti mana penat lelah mereka menjaga kalian dari kecil hinggalah kalian besar dan berjaya kini. Jangan bila mereka dah tiada baru kita tercari cari untuk menghargai. Sayangilah IBU kalian selalu!

Pada ibu; Nuun hargai setiap pengorbanan yang ibu buat untuk nuun & adik beradik yang lain, even antara anak perempuan ibu, un yang paling ganas ,degil dan kepala dalam ada batu jugak un tak pernah lupa segala jasa yang ibu berikan. even un suka sangat kasi ibu membebel, menjerit tapi tu lah jadik pengubat rindu bila un jauh dari ibu! Un sayang ibu sangat tapi un tatau untuk cakap secara face to face bu, Hope ibu tak penat melayan setiap karenah anak2 ibu yg semuanya degil2 ni. Huhu


Pic bersama IBU

Susah betul nak bergambar dengan IBU

Kakangah IBU & aku! Setelah dipaksa untuk senyum,
camnilah jadik mukanya.


IBU tercinta yang paling aku SAYANG!

Gambar dipagi raya Aidilfitri 2010! Cantek bukan?? Muaahh IBU!


Terima kasih IBU kerana bersusah payah membesarkan un
sampai jadik macam sekarang ni.
Nuun Sayang IBU selamanya!
I LOVE YOU SO MUCH IBU!