Isnin, 20 Jun 2011

My DAD My SuperHERO! Terbaik sangat.

Waaa..semalam 19/06/2011 adalah hari bapa an! Tak sambut pun! macam tahun tahun yang lain jugak! Memang tak pernah sambut kot, coz tade sape pun kat umah tu yang nak ingat tarikh tarikh gini, melainkan tarikh bufday ayah & ibu. huhu! Apa punya anaklah kan, tapi tak pernah lupa sent mesej kat ayah wish kat die. yup! My ayah adalah my superhero, tanpa ayah sapalah aku kat muka bumi ni kan! Tapi aku memang jenis tak rapat dengan ayah, so tak banyak sangatlah kenangan aku dengan ayah! Masa kecik time aku umor 5tahun pun ayah dah p jaoh tinggalkan aku, adek bradek lain dengan ibu, Dia p Bosnia untuk bantu bantu mangsa yang kena serang kat sana! Aku pun dah lupa beb! hehehehe.Ayah aku seorang tentera ye, So memang tegas dan sangatlah berdisplin bila mengasuh anak anak die yang semuanya degey degey & keras keras kepala gile..heehehe!


Dulu kecik kecik tak pernah takut dengan ayah! So keje nak mengepow ayah jew bila nak beli jajan, tapi utk kadang kadangla coz aku dari kecik memang tinggal dengan opah aku kat kampung! Ada time balik Ipoh jumpalah adek bradek lain. Ayah jenis suke jogging, masa die muda muda dulu, pagi petang keje die bila tade keje berjogging jew la, ada masa die berkebun kat tepi rumah tu, duduk rumah tepi an? so memang banyak tempatlah nak die berkebun, bercucuk tanam bagai kat kawasan lapang tu, Segala macam jenis buah dulu ada kat umah tu, rambutan. durian.mangga, durian belanda, jambu! Haishh! usah nak cakaplah, memang bersepah-sepahlah kat tepi umah tu bila time musim buah! Paling best bila musim rambutan, haaaaa.. memanjat jew la keje aku kat atas pokok tu! heheehehehee. Kerap jugak kena jerit dengan ibu bila aku memanjat! BHAHAHAAHA;). Perangai macam laki aku memang dipupuk sejak kecik lagi ye! Mana taknya ayah dengan ibu memang tentera, so lasak lasaklah semua,tapi dorang tak layan kami macam tentera pun, cuma kena berdisplinlah! heheheheeee.


Ayah tegas sangat! Bila anak anak die buat salah konpem berbirat badan kena rotan dengan tongkat atok! Dulu dorang cakap tongkat tu berantu, Tapi sebenarnya tak pun! Saja pun dornag nak takut takutkan kami adek bradek, Ingat lagi time tu aku dengan abang aku yang no.3 (aslam) p sekolah agama rakyat! time tu pagilah, aku dengan abang aku yg no.3 ni time kecik kecik memang kepala gile! Dua dua malas nak p sekolah tu, pagi tu dua2 eksyen pagi baju skolah dengan kain hijau tu, kayuhlah basikal p sekolah! Beria jew nak p skolah! Menda kami melencong tempat lain, nampak lombong jew kami terus berendam macam kerbao kat lombong tu, alaaaa...yang air die warna cam teh susu tu! huhu....2,3 hari jugaklah wat perangai dok ponteng sekolah macam tu! Tah macam mana sekali tuhan nak tunjukkan, kantoi dengan ayah! time tu ayah dok jogging! nampak kami dok buat pesta air kat lombong tu. Haaa.. Apa lagi kena jerkah suruh baliklah, pehhhh! dua dua dah ketar gila nak balik. Aku yang sememangnya kuat nanges memang dah nanges dulu ah... Apa lgi dua dua kena tibai ah! Sejak dah kena gitu memang kami tak buat lagilah, tapi bila malas2 tu, ponteng jugak ah! heheeheheheee..


Ayah suka sangat berleter! ohhhh...perit telinga bila dengar ayah dah start berleter! Kalah ibu beb, ayah nampak jew garang tapi sebenarnya die oke! Aku dah besar besar gini macam bese bese jew dengan ayah! Tak rapat macam kecik kecik dulu tu, tapi aku tetap sayang ayah sangat! Sebab leteran ayah tu kadang kadang menyedarkan aku yang selalu leka dengan hidupan darah muda ni, Ayah! tak macam ayah orang lain, ayah banyak mengajar kami adek bradek blajar untuk hidup berdikari, masa dulu dulu agak jeles jugak bila kawan2 dapat jew apa yang dorang nak dari ayah dorang, yang kita ni bila nak memang tak pernah nak dapat! selalu jugaklah aku dengan adek bradek yang lain merungut kat ibu, ibu salu suruh bersabar! Now baru aku tahu nape ayah buat gitu, Ayah buat begitu coz ayah nak kita tahu betapa susahnya nak cari duet & dapatkan sesuatu yang kita nak sangat tu, & hargai apa yang kita dah dapat tu. Alhamdulillah sampai harini kami adek bradek tak pernah mintak mintak barang yang kami nak. Lao dulu bila nak sesuatu menda tu, konpem aku kumpul duet then baru beli, even lambat nak dapat tapi aku bersyukur die dengan hasil duet aku sendirik. Handfone 1st yang aku guna pun, berkat aku keje partime masa sekolah! ayah pulak memang jenis tak mengongkong anak anak untuk cari duet. So kejelah untuk cari duet! heehehehee.. Cuma satu jew lah! Die memang tak bagi anak anak perempuan die merantau jaoh jaoh! Melainkan dapat keje tetap baru die lepaskan, tak percaya kat kami la tu! hehehee.. Papepun ayah sangat best! ayah banyak mengajar aku tentang hidup susah!


p/s ; Silalah hargai ayah ayah anda semasa mereka masih lagi bernyawa! kelak menyesal tak sudah.


AYAH SANGAT TERBAIK


NUUN BANGGA JADIK ANAK AYAH!


MAAPKAN SETIAP DAN SEGALA SALAH SILAP NUUN YE AYAH!


SAYANG AYAH SANGAT SANGAT!

Selasa, 14 Jun 2011

Rapuan; MANUSIA MEREGEH! GO TO HELL LA!!!

Assalamualaikum & morning all! Hehe.. Pagi yang sweet sweet jew! Pikiran kosongla, Tak tau nak sebuk sebuk pikir pasal apa now! Huhu. ( Sebenornya saja nak bagitahu yang hati nga tenang gileee..huhu). Tahulah bila kita dah tenang tenang ubi ni ada jew yang suke suki aboh die dok mengacau & mengocak ketenangan yang sedang dirasai ni. Haiyoooo…Manusia manusia oi! Tapi tidak keterlaluan sangatlah dengan apa yang die buat, Dulu bila kita dah sayang gilee, sakan bapak kao abaikan kasih sayang yang diberi, Bila aku tengah bahagia dengan rasa yang aku alami now! Kao terhegeh-hegeh mencari! Memanglah kao tak cakap yang kao still sayang kan aku ke apa, tapi cara kao tu buat aku menyampah gileee! Macam kao tak pernah buat salah jew kat aku an?? Boleh plak steady opah kao dok Tanya macam macam, Peh! Macam takde muka pulak kao tu, Tade rase malu kew weh! Apa punya speisis muka ah kao tu. Ley buat muke kering jew an! Haiyooo… Nak cakap manusia macam ni dah tade kat dalam muka bumi ni, Nampak benor nipunya!So buat bodoh sudeyh! Hahahahaa.. Lagi dilayan kank menjadik jadik pula perangainye an! Huhu

Pelik betul dengan perangai sesetengah manusia ni, Kao nak kao kutip! kao tanak kao buang! Apa kao ingat perasaan ni boleh dibuat macam sampah kew?? Dah nama pun manusia kan! Bila ada depan mata tak reti nak hargai, bila dah takde baru terhegeh-hegeh meregeh dok cari. huhu! Macam banggang pulak bila dok tengok gelagat speisis ni, Macam takda rasa malu langsung dalam diri tu, Masa kita tengah sayang buat perangai macam sial, kita setia bagai nak rak, tapi die boleh pandang orang lain, asal lah kao ni macam lahanat sangat oi!


Tapi setiap perbuatan tu ada pembalasannya kan??? so now kao pulak tanggung apa yang semua orang orang rasa kecewa bila deme kena mainkan hati dan perasaannya! Apa kao rase?? sedapkan?? hati kao sakit bila die bahagia dengan orang lain. Sudah sudahlah jadik manusia yang terhegeh-hegeh! Kao tak malu ke dengan orang lain? Orang lain dok tahu segala cerita tentang kao yang masih menanti someone tu, dok pulun amek hati someone tu dengan erti kata lain! kao sebenarnya nak balik someone tu! Walhal someone tu sikit pun tak pandang kao, even kao pernah jadik orang yang die sayang pada 1 masa dulu! Dulu lain bhai now dah lain. So kao berpijaklah dibumi yang nyata! Bahawa die bukan lagi kepunyaan kao. And jangan jadik bangang bila ada orang rapat dengan someone tu kao pon d0k pulun tak hingat nak maki maki orang yang rapat dengan someone tu! Tak rase diri tu murah kew?? Nak gaduh sebab kecik punya hal, so jangan rendahkan diri tu disebabkan orang yang tak pernah pedulik pasal kite yeeee... Buka mata besar besar & terima diri orang lain yang mampu bagi kasih sayang kat kite.



Malas cerita panjang! kao dah besar so kao reti pikir an??? bukan mati pun takda kekasih dalam hidup oi?? Tengok macam aku Mampu jew hidup bahagia, hahahaahaha... Tak elok nak meregeh regeh ni, semacam rendah betul diri seseorang tu, dah orang tak suka! kao angkat kaki blah ah! Takan mao tunggu lagi ngoi..huhu! kao ada otak kao pikirlah yeee.. adioz amigozzzz!!!

Isnin, 13 Jun 2011

Rapuan; Aku orang penting & Weekend yang padat!

Rapuan; Pagi dan pagi yang gelap kini sudah terang yaw! huhu.Waaa..Weekend yang sangat padat sejak dua menjak ni, huhu!Hari sabtu jew lari p umah Kaklong kat pengkalan! Isnin baru balik umah! Tu jew la yang aku buat bila weekend tibe. Mana taknya dok pulun tolong achik & kaklong siap kan segala macam yang belum disiapkan untuk majlis perkahwinan kaklong sabtu ni (18/06/2011). Tak sabar wei! Heehe.Tarikh ni juga bakal menjadik tarikh keramat untuk aku! Yolah aku jugak orang penting untuk perkahwinan kaklong ni nanti, sungguh tidak ku sangka cempedak jadik banana! (ada maksud tersirat disebalik ayat ni ye) Bhahahaaha.. Saya sudah mula merapu ye kwn kwn! Hehehee.. Best gile rasenye bile dok tolong tolong rupe gini an. Dah macam kawen kakak aku pulak! Haish..nak wait kakak aku kawen?? Ntah bile lah weh, Bila aku Tanya! Deret suruh aku yang jalan dulu.Peh! memang taklah kalao aku yang nak kawen, Takda dalam kamus hidup aku buat masa ni nak kawen kawen ye, better aku cari duet & harta dulu! Rase rase dah dapat semua yang aku nak,Barulah yang tu aku pikir.Dengan rase penuh excited dan keterujaan aku siap apply cuti 2 hari untuk majlis yang bakal gempak ni nanti, pehhh! Tak sabor den ni haaaa… weee…Selamatlah bos aku ni seorang yang memahami dan baik hati! Tanpa pikir panjang die terus luluskan cuti aku 2hari tu! Memang terbaiklah die beb. Memang minggu ni akan jadik minggu bz aku lah ye. Bz dengan persiapan kawen kaklong.huhu! mesti best bapaknye. Dah lama aku tak rase susasana ramai then dengan kendurinye, huuuuu…best best oh! Hahahaaa!

Semalam Tidur kul 2 lebih, Achik kat sebelah dah terbongkang dulu. Aku still excited tengok citer Misteri ALam Hitam! Peh..Sumpah tak seram langsung,hahaahaa…Tengah aku syok syok dok terlentang then dengan kusyuk tengok tb, tetibe kaklong yang baru lepas buat keje dia, Tanya aku! “oi nuun kamu tak takut kew tengok citer hantu memalam ni???” aku pun jawab jew lew! “ Haish! Mana ada tengok citer hantu pun kaklong oi,tak seram langsung pun” . “ Amboi Berani betul kamu yeeee…” kata kaklong then terus masuk bilik, Aku dok buat keringlah tengok citer yang nama tajuknya gempak tapi tak seram langsung tu sampai habis! Huhu. Mata dah berat Tutup tb semua & tidor terus. Esoknya kul 9 dah bangun, Then kaklong suh siap siap coz nak p uma Cik Yah ada kenduri, umah Cik Yah sebelah umah achik jew, so! Lepak lepak umah achik lu b4 g uma Cik Yah!Apa lagi buat keje dulu lah! kejenya masuk kan jajan jajan ke dalam uncang. Dah settled sikit tu mama panggil suh p makan! apa lagi, serangggggggG!!! huhu. Setelah kenyang melantak mee rebus dan pulut kuning & kemas kemas sikit tolong Cik Yah sume tu,Kami balik umah & kemas sikit sikit kerja yang tertinggal tadi. Settled keje! gerak balik pengkalan, sebelum sampai rumah tu, bermacam macam tempat jugaklah kami singgah! heehehee..

P Jalan KK jap singgah kat kedai kedai jual barang barang buat hantaran kat sana, Kan femes tempat tu! Femes pun coz ada sesetengah barang kat kedai tu murah! huhu. Puah masuk dua kedai terus gerak p Tesco Station 18! Aik!! jenuh gile aku nak cari Pashmina warne kaler baju aku. Agak penat jugaklah pusen satu Tesco tu. Apalah nasib aku an! & kaklong pun sedang mencari tudung untuk die pakai time kawen nanti! ahhh! memang jenuhlah. Takdapat yang kami cari kami singgah ke kedai yang berdekatan dengan Tesco tu. Alhamdulillah Kaklong dapat jugak tudung yang sama kaler dengan baju kawen dia. Aku??? hurmm...masih lagi mencari! even bukan aku yang kawen. Tapi kalao aku buruk dan hduh time majlis tu berlangsung! konpem agak cacat ckit majlis tu nanti! Penting aku ni weh...hahahaahahahah! Senyap Senyap sudeyhhh. Kaklong pun berwajah puas coz dah dapat ape yang die nak, kami terus menuju kew Pasarbina untuk beli uncang uncang yang tak cukup untuk letak jajan tu. And then terus menuju ke rumah! Bantal memanggil. heheehe!

Petang tu kaklong kuar dengan abang rezal (bakal suami die ye) & tinggal aku dengan achik, & achik pun suruh aku mandi mandi coz die nak ajak aku p Tesco balik, Aiyooooo!! biar benor..MAndi mandi siap siap! Terus gerak p Tesco, Aku ingat minah ni nak beli apa, tengok tengok nah! dok mencari kasut. Apa lagi wedges die ahhhhhh... Peneng aku layan minah ngokngek sekor ni. Ada yang die minat tapi tade saiz! Last last jumpe jugak yg berkenan di hati die, peh memang cunlah bhai! nak tgk??nanti2 aku snap pic kasut tu. Aku bagi korang tgk naaaa... hahahaha! aku pun dapatlah jam sebijik an.& dah puas terus balik umah. Masak cepat cepat coz nak tengok AF 9 an..heheheehe! Saya luv HAZAMA! bhaahahaa..

Penat nak menyambung citer aku yang tak pernah habis ni! so nanti aku buat entri nape lah aku ni dok penting sangat time majlis kaklong ni yeee...huhu!! Semoga majlis berlangsung dengan gilang gemilang hendaknye! amin.

Selasa, 7 Jun 2011

Rapuan; Kawan kew?? Lupa dan haruslah kau lupa!

Rapuan; Hidup ni berputar kan?? kejap kejap kat atas kejap kejap kat bawah kan??? so.. Macam diri kita jugak an? kadang kadang okei kadang kadang tak okei! haiyaaaa.. Tetibe jew terpikir pikir pasal tu, menda macam tak perlu jew. huuuuuuu!! Sedih bila terpikir kan pasal someone ni, dulu masa dia tak jadik macam ni. Kat dia lah aku ngadu! Aku cerita segala yang berlaku kat aku, teman aku gelak kuat kuat, tempat aku berbicara kencang kencang! Now semua tu dah tade, dah tinggal kenangan mungkin. Sikit pun aku tak kesah kalau kao cakap apa pun kat belakang aku, yeee! aku bukanlah manusia sempurna yang boleh tibe tibe jadik baik tanpa dipinta, Kao mungkin baik kan?? so kao tak pernah rasa bersalah apa apa pun. Aku tak kata yang kao ada buat salah, tapi cara kao melayan aku, macam aku ni orang luar dalam hidup kao! walhal dulu, aku ni jugaklah tempat kao mengadu semua, Manusia kan??disebabkan seseorang yang disayang, die boleh berubahkan?? ye! kao terlalu jaoh dari aku now! berubah sangat! Tapi tu hak kao, aku juz kawan kao jew! Yang leh bagi kao nasihat even kao langsung tak perlukan nasihat aku tu.

Bagi kao BF adalah segala galanya! Kao tak rase ke sebab terlalu beri perhatian kat die, sampai semua kawan kawan, kao lupakan. Lagi tak blah statement kao cakap kao susah senang dengan BF kao! & tak susahkan orang lain pun! Dengan rase tak bersalah leh kao bagi mesej sebegitu rupe kat aku, Macam aku ni bukan kawan kao yang dulunya susah senang, menangis ketawa sama sama. Terkilan sangat weh! tapi apa boleh buat dah tu yang kao pilih. Terbaik adalah bersama BF kesayangan kao tu.! Seikhlas dan semurni dari hati aku yang tulus ni terus terang aku bagitahu yang aku sikit pun tidak jeles kalau kao nak bercinta dengan sapa sapa! kalau pun BF kao tu artis ternama, Takde sekelumit perasaan jahat tu pun datang lam diri aku! Yang menjadik persoalannya perlu kew kao terus berkepit ke mana saja??? Sampai kao abaikan kawan kawan kao yang sentiasa menunggu kehadiran kao untuk lepak sama sama dengan kao, ingin tahu perkembangan diri kao!! Kao tak pikir semua tu, coz kao sedang berbahagia mungkin, tapi kao ingatlah bila masa kehadiran kekecewaan bakal mendatang dalam diri kao, satu menda yang akan datang lam kepala otak kao untuk meluahkan segala yang kao rase time tu . Adalah KAWAN! ye! insyallah kawan kawan yang akan membantu kao! Sekalipun kao tak perlukan kami kami ni.

Tanpa kawan sapelah kita untuk menilai orang yang baru kita kenal! kao bercinta pun bermula dari kawan kan??So kao tak boleh lari dari istilah kawan tu. Pengaruh kawan yang baik! baiklah kao, kalao sebaliknya! kao sendirik boleh pikir an? Bila aku dah luahkan segala macam kat kao, kao seolah olah macam buat buat tak amek port jew! tape aku sikit pun tak amek hati coz aku tawu kao macam mana, kao boleh cakap yang aku ni ramai kawan sume kan??? Ye! Kenapa aku ramai kawan & aku sememangnya perlukan kawan! Coz aku tade sapa untuk disayangi macam kao ada BF kao! Aku rase aku tak perlukan BF semua tu, bagi aku yang tebaik buat masa ni adalah kawan ye. Kawan yang buat aku ketawa selalu, buat aku hepi & rasa bahagia yang amat sangat! Tak dinafikan kadang2 sunyi tu datang & macam perlukan someone yang bergelar BF tapi bila dh lama lama tu, rase cool jew. Dahla tamao semak semak kan otak aku dok pikior sal menda remeh ni! Now kao dengan hidup kao an?? memang aku tak kacao lah beb. Semoga kao terus bahagia hingga akhirnya! Doa ikhlas dari kawan baik kao ni.


Now aku hepi dengan kawan kawan yang salu susah senang sama dengan aku! Kao tak ingat tapelah tapi aku still ingat semua kawan kawan aku, lao nmpak aku tgur! tak knal aku buat tatao jew. aku ni dh tak ingat kawan kawan yang skolah2 dulu tu, so sorryla yeee... Maapla merapu tak sudah! emosi terganggu seketika tu yang macam cakciboo jew ayat! heehhehehe...