Isnin, 8 Ogos 2011

Perbezaan Cinta Lelaki dan perempuan.


Cinta Lelaki ; Ia seumpama gunung, ia besar tapi konstan dan (sayangnya) rentan, ada waktu ia meletus memuntahkan lahar, menghanguskan apa saja yang ditemuinya.

Cinta Perempuan ; Seumpama kuku, ia hanya sehujung jari, tapi tumbuh perlahan-lahan, diam diam dan terus menerus bertambah. Jika dipotong, ia tumbuh dan tumbuh lagi.

Pesan pada diri!!

Renungan Bersama ::

Pesan pada DIRI,
Jangan tersalah memberi HATI pada yang tak sudi,
Pada insan yang tak mengerti kerana sekali kao memberi selamanya dia di HATI,
Kerana sekali kao dilukai, sampai bila bila tetap kao ingati,

Pesan lagi pada DIRI,
Hati hatilah dalam memberi HATI,
Sebab ia hanya untuk insan yang tahu menghargai betapa tingginya nilai sekeping HATI!

*Mungkin aku tergolong dalam orang yang tersalah memberi hati, Tapi perlukah aku berputus asa dengan segala yang aku rasa ini? Yaaa! Aku cube untuk tidak berputus asa dengan segala yang aku hadapi ni. Moga petunjuk kebahagiaan akan hadir muncul dalam diri aku! Diharapkan impian raya aku pun akan tercapai! Amin~~~

Dugaan oh Dugaan dan Kehidupan yang singkat...

Salam hari isnin semua! Wooo… Dugaan datang tanpa dipinta, tapi dengan baik menghadapinya! Ia bukanlah dugaan besar tapi sekadar mengingatkan kepada mereka yg suka sangat memaki hamun apabila hadirnya dugaan! Allah sayang akan orang yang tenang menghadapi dugaan, die cinta pada hambanya dengan itu dia memberi hambanya dugaan!Hidup ni pun pendek je kan?

Yaaa! Seperti aku! Manusia naïf dimataNYA selalu sangat diberi ujian yang agak menguji kesabaran jiwa dan mental tapi aku mencuba dengan sebaik baiknya untuk mengawal segala yang diberi.

Ahhhh… Seperti pagi tadi, harini hari 1st aku datang lewat untuk bulan ogos yg sangat sweet ni,. Budak cerdik! Lepas subuh kao dok baik buat hegeh hegeh nak tidor balik! Bila dah alarm memekak kat sebelah telinga kao, kao cpt cpt stopkan bunyi tu! So padanlah muke kao masuk opis lambat! Dengan agak laju tak laju jugaklah aku merempit tadi, mak aihhh deret jem bhai! Tapi dengan kepakaran yang blah ta blah jugak aku cilok mencilok lepas jugakla kan? Hewhewhew;). Bayangkan lao aku drive kete? Alamatnya tengahari jugaklah baru aku masuk opis tu.

Aku diuji lagi sekali beb, bila aku rasa tayar motor waklan macam nak ketepi2 jew an? Aku macam dah agak apa yang dah berlaku kat tayar motor tu! Tapi aku gagahkan jugak bawak slow ta slow jugaklah kan, sampai tepi Polo tu, aku Nampak Pakcik DBI tengah dok menyapu kat bahu jalan tu! Aku dengan tak malunye p Tanya pakcik tu, ada tak nombor orang nak tukar tube ni pakcik, Dengan muke yang agak manis manis keladi pakcik tu kata ada then terus keluarkan fon die & telefon kawan die yang boleh tukar tube tu. Alhamdulillah! Aku tarik nafas panjang panjang then cepat cepat aku sms bos aku, cakap masuk lambat cz tayar pecah!

15min jugaklah aku bercinta tunggu pakcik tu, dengan perut yang agak memulas mulas minta suh p toilet! Adoi mana pakcik ni, Tang kereta lalu jew, aku jerit kat kereta tu, ‘woi mana pakcik tu! Woi mana pakcik tu!’ Selamat jugaklah kereta kereta tu semua dok tak buka tingkap an? Lao buka, konpem dorang patah balik & debik pale aku sorang sekali. Haish!!! Buat naya jewww, time tu rasa nak jerit kuat kuat jew coz perut aku dok sakit sangat & pakcik tu dok hegeh hegeh nak buat U-turn an? Hampagas kelapa betoi pakcik ni, Pakcik pun sampai dan die pun betoikan tayar motor tu! Selamatlah pakcik ni peramah & sgtlah pulon bila die dok sembang dengan pakcik DBI tu. Agak kencang jugaklah kan! Hehehehe. Dalam 5min tu siaplah pakcik tu betoikan tayar tu, dah settle bayar & amek nombor pakcik tu, aku pun cakap TERIMA KASIH BANYAK BANYAK dan terus pecut p opis! Sampai sampai opis campak beg segala bagai terus p toilet jugaklahhhh! Alhamdulillah lega beb. HAHAAHAHAHAAHAA!

Memang sekali 3 dugaan datang dalam hidup aku harini, even aku pun ada gak memaki jerit jerit nama pakcik tu! Tapi aku dah mintak maap kat dalam hati kat pakcik tu taw! Hope pakcik tu maapkanla yeee! Heehehehee. Alhamdulilah! Aku bersyukur dengan setiap dugaan yang mendatang even kekadang aku tak rela dengan kehadirannya tanpa aku pinta dan airmata jadi peneman aku dikala itu! Aku cube jadik kuat dengan apa yang hadir! THANK YOU ALLAH!

* Sebenarnya aku ada nak buat something yang aku sendirik tak mampu buat sebenarnya! Cube menjauh darinya. Adakah die mmg tercipta untuk aku? dan bila aku mula untuk menjauh! Dugaan macam macam datang dalam hidup aku? Kenapa? Adakah die penawar hidup aku? Entahla! Aku hanya mampu berdoa dan terus berdoa untuk kuatkan hati ini! Jikalau die tercipta untuk aku, Kau dekatkanlah die selalu dengan aku! Jikalau tidak, jaohkanlah die dari hidup aku! Tak sanggup rasenya aku menghadapi dugaan yg seperit ini. Amin ya rabbal alamin...

Jumaat, 5 Ogos 2011

Senyuman pagi yang bermakna!

Pagi tadi macam good good jew rase an? Salu pas sahur mesti terus terlajak, nak tunggu subuh tu memang liatlah kan, Tapi pagi tadi rase macam segar jew nak solat bagai, So pas solat terus lompat duduk kat sebelah kakangah! Yang kusyuk dok layan FB, pagi pagi buta dah layan FB memang sakai betol la kakak aku sorang ni. Hahaaha! Die tak leh tidor la tu. Tengah syok layan BBm dengan die, Bunyi lagu yang die suka tu dah start bising ! Then naiklah nama die! Mr En! En! & sangat tak blah bila gambar die dengan kek ada lilin pun naik! (sori Mr. En! En! Terembatla! Janji pasni buat lagi.) Hahaha!

Adehhhh! Die dah buat kite nak mengekek jew, ada jew benda die nak kenakan kite! Memang takkan habis die nak mengenakan kite, die kate pipi kite ni pakai botox? Peh! Memang nak kene sekeh betul lah brader ni, siap Tanya kite, mana kite buat botox kasi pipi naik macam tu. Yang geram tu die kata pipi kite macam panda? Hampeh betoi! Lepastu die ada niat jahat dengan kite, die nak korek mata kite dengan garpu, bior jadik macam kasim selamat! Seronok betol die cakap camtu kat kite. Eleh! Die jeles dengan mata kita lah tu, tahulah mata die sepet dah serupa tak Nampak mata dah! Tu pasai ada niat jahat! Huahuaha. Die asyik marah kite, bile kite asyik gelak time cakap ngan die! Nak buat macam mana kite memang suke gelak bile cakap dengan orang yang kite suke! Hewhewhew. Yang sangat tak blah tu bile die doakan supaya kite kena marah dengan bos then nanges sebab suka sangat tu. Kamben leeee die ni! Ish! Banyak betul die cakap pagi ni, suke dengar die membebel then mengada ngada merajuk bile kite main main jawap soalan die, so sweeet! HAHAAHAHA;)

Papepun die dah bagi pagi kite ni nak senyum ajew! Sampai petang ni pun kite still nak senyum, Atas motor kank konpem jadik sengal lah cakap sorang sorang! Hehehe. Nak buat macam mana tu memang habit kite dari dulu lagi an? Huhu. Dunt worry kite dah terima semua hakikat tu, die baik dengan kite! So kite kenalah baik dengan die an? Huhu. Terima kasih die! Nyanyi lagu hepi bufday untuk ayah kite, terharu sangat dengar. Tapi lupalah ayat ayat yang belakang tu. Ayat yang die pesan pesan tu! heheehehe...

Now die selalu merungut penat coz kena training! Tidor pun dah awal! Pulon aihhh! hahaha. Sebelum berbuke kena training, bila tak training sebelum berbuka kena training lepas berbuke! Kantoi tak p terawih la ni yeee! Die! kena sabar bebanyak k. Adatlah semua tu, macam baru 1st time lak rase semua ni, tu nak mengada ngadalah tu! wekkkk!

Btw terima kasih coz bagi senyuman dalam hidup kite now! nak gelak jew bile ingat balik time sembang dengan die. huhu! Kaki bahan kasi pada itu olang laaaa. huhu.