Salam hari isnin semua! Wooo… Dugaan datang tanpa dipinta, tapi dengan baik menghadapinya! Ia bukanlah dugaan besar tapi sekadar mengingatkan kepada mereka yg suka sangat memaki hamun apabila hadirnya dugaan! Allah sayang akan orang yang tenang menghadapi dugaan, die cinta pada hambanya dengan itu dia memberi hambanya dugaan!Hidup ni pun pendek je kan?
Yaaa! Seperti aku! Manusia naïf dimataNYA selalu sangat diberi ujian yang agak menguji kesabaran jiwa dan mental tapi aku mencuba dengan sebaik baiknya untuk mengawal segala yang diberi.
Ahhhh… Seperti pagi tadi, harini hari 1st aku datang lewat untuk bulan ogos yg sangat sweet ni,. Budak cerdik! Lepas subuh kao dok baik buat hegeh hegeh nak tidor balik! Bila dah alarm memekak kat sebelah telinga kao, kao cpt cpt stopkan bunyi tu! So padanlah muke kao masuk opis lambat! Dengan agak laju tak laju jugaklah aku merempit tadi, mak aihhh deret jem bhai! Tapi dengan kepakaran yang blah ta blah jugak aku cilok mencilok lepas jugakla kan? Hewhewhew;). Bayangkan lao aku drive kete? Alamatnya tengahari jugaklah baru aku masuk opis tu.
Aku diuji lagi sekali beb, bila aku rasa tayar motor waklan macam nak ketepi2 jew an? Aku macam dah agak apa yang dah berlaku kat tayar motor tu! Tapi aku gagahkan jugak bawak slow ta slow jugaklah kan, sampai tepi Polo tu, aku Nampak Pakcik DBI tengah dok menyapu kat bahu jalan tu! Aku dengan tak malunye p Tanya pakcik tu, ada tak nombor orang nak tukar tube ni pakcik, Dengan muke yang agak manis manis keladi pakcik tu kata ada then terus keluarkan fon die & telefon kawan die yang boleh tukar tube tu. Alhamdulillah! Aku tarik nafas panjang panjang then cepat cepat aku sms bos aku, cakap masuk lambat cz tayar pecah!
15min jugaklah aku bercinta tunggu pakcik tu, dengan perut yang agak memulas mulas minta suh p toilet! Adoi mana pakcik ni, Tang kereta lalu jew, aku jerit kat kereta tu, ‘woi mana pakcik tu! Woi mana pakcik tu!’ Selamat jugaklah kereta kereta tu semua dok tak buka tingkap an? Lao buka, konpem dorang patah balik & debik pale aku sorang sekali. Haish!!! Buat naya jewww, time tu rasa nak jerit kuat kuat jew coz perut aku dok sakit sangat & pakcik tu dok hegeh hegeh nak buat U-turn an? Hampagas kelapa betoi pakcik ni, Pakcik pun sampai dan die pun betoikan tayar motor tu! Selamatlah pakcik ni peramah & sgtlah pulon bila die dok sembang dengan pakcik DBI tu. Agak kencang jugaklah kan! Hehehehe. Dalam 5min tu siaplah pakcik tu betoikan tayar tu, dah settle bayar & amek nombor pakcik tu, aku pun cakap TERIMA KASIH BANYAK BANYAK dan terus pecut p opis! Sampai sampai opis campak beg segala bagai terus p toilet jugaklahhhh! Alhamdulillah lega beb. HAHAAHAHAHAAHAA!
Memang sekali 3 dugaan datang dalam hidup aku harini, even aku pun ada gak memaki jerit jerit nama pakcik tu! Tapi aku dah mintak maap kat dalam hati kat pakcik tu taw! Hope pakcik tu maapkanla yeee! Heehehehee. Alhamdulilah! Aku bersyukur dengan setiap dugaan yang mendatang even kekadang aku tak rela dengan kehadirannya tanpa aku pinta dan airmata jadi peneman aku dikala itu! Aku cube jadik kuat dengan apa yang hadir! THANK YOU ALLAH!
* Sebenarnya aku ada nak buat something yang aku sendirik tak mampu buat sebenarnya! Cube menjauh darinya. Adakah die mmg tercipta untuk aku? dan bila aku mula untuk menjauh! Dugaan macam macam datang dalam hidup aku? Kenapa? Adakah die penawar hidup aku? Entahla! Aku hanya mampu berdoa dan terus berdoa untuk kuatkan hati ini! Jikalau die tercipta untuk aku, Kau dekatkanlah die selalu dengan aku! Jikalau tidak, jaohkanlah die dari hidup aku! Tak sanggup rasenya aku menghadapi dugaan yg seperit ini. Amin ya rabbal alamin...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan