Rabu, 9 November 2011

Kenangan bersama mereka

Hai! Hai! Salam Aidiladha aku ucapkan yaaa! Saja mahu bercerita tentang mereka mereka dibawah ni, kawan kawan tempat kerja aku bulan lepas! Now dah tak kerja dah, company macam apa tatao! Kerja nak ranjo orang jaaaaa... Hampeh gilaaa! Dorang ni aku baru kenal seusia dengan aku kerja selama 1 bulan dekat company tu. Serius sembang aku memang susah nak rapat dengan kawan tempat kerja, sebelum sebelum aku kerja pun mana pernah nak kuar sama, nak buat kerja gila sama sama! Memang jaranglaaa. Tapi dengan dorang ni macam boleh masuk jugaklaaa! hahaaha.. Tetibe terjumpa pic dorang kat BB sayang aku ni, then apa lagi! Saja la nak buat cerita kat belog huduh aku ni.Actually nak tukar belog ni tapi mood mcm mala pula kan?? so! buka laaa cerita sal dorang yang gila babeng ni. hehehehe

Aku ingat lagi, time tu lagi seminggu nak tunggu dapat gaji dan memang kmi cadang nak blah dari tempat tu, semacam kebiasaan aku laaa! Sebelum nak gerak dengan ayahcu (manager) aku kena p hostel dorang cz ayahcu amek aku dengan member aku kat situ. Then pagi tu plak kami dok buat perangai jahatlaaa! Dok pedajal company tu, siap kol cakap macam macam lagi pastu tibe2 mai akai malas p keja! sebelum tu dok buat jahat kat awuuu (pengkid) dorang dok makeup kan si peng tu! Peng tu pun dengor je la ckp dorang dua tu! 2 org tu tukang makeup peng tu, aku pulak tukang rakam, haiyooo...mcm2 perangai dok kluar! heheheheee..

Lepas tu, tetibe aku dok ajak dorang mandi sungai kat chepor, dorang pun apa lagi excited laaa! Yana siap bagi mesej kat ayahcu nak cuti haritu jugak! So apalagi kitaorang pakat2 off nset n terus p chepor! hahaahahaa. sampai sampai chepor cari port terus terjun laaa, lagi mao tunggu kaaa! Lagipun haritu hari org kerja an? so ta ramailaaa org yg p situ! hehehee.. kitorang sakanl bersiram kat situ. Jam pun dh pukul 2 ebih time tu, dorang pun ajak balik! B4 ajak balik tu, wanie dok ajak cari buah oelam! teringin katanyaaa. apa lagi dok pikiaq la mana nk dapat buah pelam tu! tetibe akai yg dok mai n btaw jum kita cari port pokok pelam yg byk2 tu then rembat! Aku dengan awuu pun menononglaaa follow! huhu.. dah smpai kat umah aku, kami pun cr la port yg byk pelam! Aku dengan awu ingat depa laaa yg nak membantai buah tu. Rupanya aku dengan awuu dapat paling banyak! Aku dengan awu siap panjat pokok pelam rumah indu mana tah! pehhh! nakai tak nakai la kami time tu. hahahahaa. Teringat pulak zaman sekolah sekolah dulu! heheehe.. jahatnyaaa aku wei.weeee...

Dh dapat terus balik hostel depa then apa lagi! mencicah laaa...semua makan macam menda tu ada 2 bijik jaaa.. menda dekat lebih 10 bijik tu dapat kaut! heheeheh...
Rendu pulak kenangan dengan dorang! so saja saja nak kongsi dekat sini!

Moral; jangan buat perangai jahat macam aku dengan depa naaa! hahahaahaha.


Aku, wanie & Yana. Deme pun pangkat adek adek jaaaa. hahahahaha
Kaka awuu selepas di make up kan! hahahahaa.. die ni lembut hati wooo....

Ahad, 30 Oktober 2011

Bosan Time



Bila dah bosan tatao nak buat apa masa otw nak p Bidor tu, ni lah keje yg aku buat kt belakang! Untongla naik Honda tapi dok belakang pun pulon nak kena pakai tali pinggang,kelam gila manager aku tu! panas ati jaaa... hahahaa! Papepun ia dah terjadik! so pic kat atas buat aku nak pose gitu... so kao kesah? dulik aku! kikiki


~awak ingatkan pic sengal kite masa 1st raya haritu? hahahahaa.. kenangan manis yang takkan sesekali saya lupakan okei! Terima kasih daun kapal terbang yeeee...

~ Now tamao ganggu awak sangat! Hope awak heppi yee. Saya selalu heppi tgk awak hepppi! wee....

CINTA itu tak semestinya memiliki.

-Ciri Ciri Orang Mencintai Kamu-

Dalam kehidupan, kamu tidak sedar apa yang dilakukan oleh seseorang terhadap diri kamu merupakan satu petanda yang dia mencintai kamu. Dia tidak ingin kamu tahu secara terus daripada mulut dia tetapi dia menunjukkannya melalui perbuatan. Berikut merupakan senarai ciri-ciri yang dilakukan oleh seseorang yang menunjukkan bahawa dia mencintai kamu.. untuk pedoman bersama :):)

-Orang yang mencintai kamu tidak pernah mampu memberikan alasan kenapa dia mencintai kamu. Yang dia tahu di hati dan matanya hanya ada kamu satu-satunya.

-Walaupun kamu sudah memiliki teman istimewa atau kekasih, dia tidak perduli! Baginya yang penting kamu bahagia dan kamu tetap menjadi impiannya.

-Orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu apa adanya, di hati dan matanya kamu selalu yang tercantik walaupun mungkin kamu merasa berat badan kamu sudah bertambah.

-Orang yang mencintai kamu selalu ingin tahu tentang apa saja yang kamu lalui sepanjang hari ini, dia ingin tahu kegiatan kamu.

-Orang yang mencintai kamu akan mengirimkan SMS seperti 'selamat pagi', 'selamat hari minggu', 'selamat tidur', 'take care', dan lain-lain lagi, walaupun kamu tidak membalas SMS nya, kerana dengan kiriman SMS itu lah dia menyatakan cintanya, menyatakan dalam cara yang berbeza, bukan "aku CINTA padamu", tapi berselindung ayat selain kata cinta itu.

-Jika kamu menyambut hari jadi dan kamu tidak mengundangnya ke majlis yang kamu adakan, setidak-tidaknya dia akan menelefon untuk mengucapkan selamat atau mengirim SMS.

-Orang yang mencintai kamu akan selalu mengingat setiap kejadian yang dia lalui bersama kamu, bahkan mungkin kejadian yang kamu sendiri sudah melupakannya, kerana saat itu ialah sesuatu yang berharga untuknya. dan saat itu, matanya pasti berkaca. kerana saat bersamamu itu tidak boleh berulang selalu.

-Orang yang mencintai kamu selalu mengingati setiap kata-kata yang kamu ucapkan, bahkan mungkin kata-kata yang kamu sendiri lupa pernah mengungkapkannya. Kerana dia menyematkan kata-katamu di hatinya, berapa banyak kata-kata penuh harapan yang kau tuturkan padanya, dan akhirnya kau musnahkan? Pasti kau lupa, tetapi bukan orang yang mencintai kamu.

-Orang yang mencintai kamu akan belajar menggemari lagu-lagu kegemaran kamu, bahkan mungkin meminjam CD milik kamu, kerana dia ingin tahu apa kegemaran kamu - kesukaan kamu kesukaannya juga, walaupun sukar meminati kesukaan kamu, tapi akhirnya dia berjaya.

-Kalau kali terakhir kalian bertemu kamu mungkin sedang selesema, atau batuk-batuk, dia akan sentiasa mengirim SMS atau menelefon untuk bertanya keadaan kamu - kerana dia bimbangkan tentang kamu, peduli tentang kamu.

-Jika kamu mengatakan akan menghadapi ujian, dia akan menanyakan bila ujian itu berlangsung, dan saat harinya tiba dia akan mengirimkan SMS 'good luck' untuk memberi semangat kepada kamu.

-Orang yang mencintai kamu akan memberikan suatu barang miliknya yang mungkin buat kamu itu ialah sesuatu yang biasa, tetapi baginya barang itu sangat istimewa.

-Orang yang mencintai kamu akan terdiam sesaat, ketika sedang bercakap di telefon dengan kamu, sehingga kamu menjadi bingung. Sebenarnya saat itu dia merasa sangat gugup kerana kamu telah menggegarkan dunianya.

-Orang yang mencintai kamu selalu ingin berada di dekat kamu dan ingin menghabiskan hari-harinya hanya dengan kamu.

-Jika suatu saat kamu harus pindah ke daerah lain, dia akan sentiasa memberikan nasihat agar kamu waspada dengan persekitaran yang boleh membawa pengaruh buruk kepada kamu dan jauh.
Dihatinya dia benar-benar takut kehilangan kamu, pernah dengar 'jauh dimata, dekat dihati?'

-Orang yang mencintai kamu bertindak lebih seperti saudara daripada seperti seorang kekasih.

-Orang yang mencintai kamu sering melakukan hal-hal yang SENGAL seperti menelefon kamu 100 kali dalam masa sehari. Atau mengejutkan kamu di tengah malam dengan mengirim SMS. Sebenarnya ketika itu dia sedang memikirkan kamu.

-Orang yang mencintai kamu kadang-kadang merindukan kamu dan melakukan hal-hal yang membuat kamu pening kepala. Namun ketika kamu mengatakan tindakannya itu membuat kamu terganggu dia akan minta maaf dan tak akan melakukannya lagi.

-Jika kamu memintanya untuk mengajarimu sesuatu maka ia akan mengajarimu dengan sabar walaupun kamu mungkin orang yang terbodoh di dunia! Bahkan dia begitu gembira kerana dapat membantu kamu. Dia tidak pernah mengelak dari menunaikan permintaan kamu walau sesukar mana permintaan mu.

-Kalau kamu melihat handphone-nya maka nama kamu akan menghiasi sebahagian besar INBOX-nya. Dia masih menyimpan SMS-SMS dari kamu walaupun ia kamu kirim berbulan-bulan atau bertahun-tahun yang lalu. Dia juga menyimpan surat-surat kamu di tempat khas dan segala pemberian kamu menjadi benda-benda berharga buatnya.

-Dan jika kamu cuba menjauhkan diri daripadanya atau memberi reaksi menolaknya, dia akan menyedarinya dan menghilang dari kehidupan kamu, walaupun hal itu membunuh hatinya.

-Jika suatu saat kamu merindukannya dan ingin memberinya kesempatan dia akan ada menunggu kamu kerana sebenarnya dia tak pernah mencari orang lain, dia sentiasa menunggu kamu.

-Orang yang begitu mencintaimu, tidak pernah memaksa kamu memberinya sebab dan alasan, walaupun hatinya meronta ingin mengetahui, kerana dia tidak mahu kamu terbeban dengan karenahnya. Saat kau pinta dia berlalu, dia pergi tanpa menyalahkan kamu, kerana dia benar-benar mengerti apa itu cinta.

"Pernah adakah orang yang berbuat seperti di atas kepada kamu? Jika ada, jangan pernah mensia-siakan orang tersebut... Kamu akan menyesal melakukannya!"

♥♥ lots of love :):)

Selasa, 25 Oktober 2011

senget Mr. en en! thanks yaaaa.

Pagi yang memang aku takda mood time tu! siap aku post kt FB yang aku not in mood! Semuanya gara gara supervisor aku yang terlebih makan bontot ayam, mulot macam longkang nak sound org macam kita ni takda perasaan pulak! Heeee... rase nak mencarut carut je time tu! Tapi pikir diri ni malas nak buat dosa, so pendam dlm hati and lepas kat FB, PM (BBm) juga Twitter aku jugaklaaa! haaa..tu jew la tempat nak lepas geram pun! Pagi tu aku buat kt Pm(BBM) " Mood dah lari, rase nak memaki ajeee!" dalam 20min aku buat PM status cmtu, tetibe bunyik ringtone BBm! (Sememangnya bunyik ringtone tu takkan aku tukar sampai la satu saat buat aku untuk benti gunakan ringtone tu! hahaa. Ada cerita disebalik ringtone tu yeee...) ok! aku pun buka & tgkla sapa yang nk buat aku angin pagi tu, tengok2 Budak mokmok tu yg hantar kat aku! Dari leklok nak panas terus hilang semua tu! Haiyaaa... Penghibur hati kite sudah mai lorr.... kahkahkah! Siyes die buat kite gelak time tu, even mulot die pn spiesis nak menepek jewww tapi tade lekat dalam hati pun!

Haritu berlalu dengan amat tenang sekali yeee! Pada budak mokmok thanks yaw buat hari kite jadik lagu tu! Pandai hang buat lawak naaaa? senget layan pala hang! hahahaha.