Rabu, 30 Mac 2011

Rapuan; WANITA & MAMBANG! Jum sama sama kita Check yaw!!

Rapuan; tajuk bikin gamat jew kan?? huhu. Sebetulnya ada juga yang sama kan semua menda yang aku nak utarakan ni, dengan mambang! So mari kita cek anda dikalangan mambang yang mana! HAHA~~

Mambang TANAH;
Wanita yang berkait rapat dengan Tanah adalah mereka yang dilahirkan dibawah zodiak;

- Taurus ( 21 April - 20 Mei )

- Virgo ( 24 Ogos - 23 September )

- Capricon ( 22 Disember - 21 Januari )

* Seorang yang boleh dijangka, berwibawa dan praktikal

* Penyabar dan bertolak ansur, mempunyai kehendak dalaman dari segi emosi dan material.

* Semangat produktif dan gigih yang disertai dengan sikap berhati-hati menjadikan wanita Tanah berkemampuan mencapai kejayaan dalam perniagaan.

* Kebijaksanaan dan kepintaran yang diperolehi sering tersembunyi oleh air muka semula jadi yang pendiam dan tenang.

* Sifat marah yang terkawal serta keperluan untuk keteguhan dan kawalan sering terbawa-bawa dalam perhubungan yang amat konservatif, serius dan sederhana.

* Tidak mudah menunjukkan sifat penyayang tetapi wanita Tanah adalah seorang kekasih yang setia dan berwibawa.

Mambang API ;

Wanita API di lahirkan di bawah lambang ;-

- Aries ( 21 March - 20 April)

- Leo ( 24 Julai - 23 Ogos )

- Sagitarius ( 23 November - 22 Disember )

* Dilahirkan sebagai pemimpin.

* Mempunyai kekuatan diri dan biasanya enggan menerima pendapat orang lain, walaupun ianya benar.

* Seorang yang artistik dan sukar dijangka tetapi biasanya romantis & pemalu

* Mempunyai personaliti yang suka menguasai dan mendominasi tetapi boleh mengimbangi sifat-sifat ini dengan sikap yang pemurah, mesra dan menunjukkan sifat yang mendalam terhadap sesuatu yang disukainya.

* Suka berterus terang dan tidak suka berselindung menyebabkan orang yang dikasihi dan dicintai merasa sedih dan terhiris.

* Jujur dan mahu hubungan peribadi dengan lancar.Wanita API harus diberikan ruang yang cukup luas untuk menjadikan perhubungan itu terus berkesan & kekal.

* Tidak keberatan untuk beralih arah jika merasa tertekan.

Mambang ANGIN ;

Mereka ini lahir di bawah bintang ;

- Gemini ( 21 Mei - 22 Jun )

- Libra ( 24 September - 23 Oktober )

- Aquarius ( 21 Januari - 19 Februari )

* Berterus terang, berminda aktif dan gemar mencari kepelbagaian dalam setiap aspek kehidupan.

* Befikiran terbuka, mempunyai daya imiginasi dan inovatif, bagi mereka segalanya boleh dicapai.

* Bergaya tenang juga tidak cerewet, serta mempunyai keinginan semula jadi untuk mengamalkan sikap diplomasi dan saling berkerjasama dengan bersungguh-sungguh.

* Sanggup mengorbankan kehendak atau idea mereka sendiri demi mencapai keharmonian dan mengelakkan perselisihan paham atau konflik.

* Sentiasa gigih untuk mendapatkan cinta yang terunggul, untuk berkonfrantasi.

* Kurang cenderung untuk menyampaikan perasaan sebenar yang terpendam dalam hati mereka.

* Dikenali dan diingati kerana sifat romantis dan manja.

Mambang AIR ;

Wanita air terdiri dari mereka yang lahir pada zodiak ;

- Cancer ( 22 - Jun 21 Julai )

- Scorpio ( 24 Oktober - 22 November )

- Picses ( 20 Februari - 19 March )


* Mempunyai sifat semula jadi untuk berkembang maju.

* Mereka ini dipandu oleh perasaan hati dan mempunyai sifat mudah bersimpati, berdaya imiginatif, sentimental, mempunyai perasaan yang berubah-ubah dan berhati-hati.

* Tenang dan mudah tersentuh oleh emosi orang-orang yang berada disekeliling dan cepat mengeluarkan airmata dalam situasi yang menyedihkan.

* Mudah mengikut rentak emosi orang lain dan juga diri sendiri.

So korang korang berada di mambang yang mana??? mana yang baik tu diambil lah untuk kebaikkan diri mana yang tidak baik tu, cuba ubah untuk diri sendirik! enjoy yourself yaw!


Rapuan Cik puan Besar ; Aku berada di Mambang API yaw! so. paham pahamlah kalau aku ni jenis cepat panas dan bercakap lepas! Tak suka??? Senang ajew. Kak limah pun tahu buat! Kau boleh blah la oi! huhu




Isnin, 28 Mac 2011

Rapuan; Kebahagiaan & kedukaan datang selari. Thank you Allah!

Rapuan Bahagia; Hahaaa.. Sangat bahagia & bahagia dengan segala macam yang dirasai semalam. Selalunya dengan adanya kegembiraan pasti datangnya kedukaan an. Waaa.. Sedang berduka okeyhhh!! Kita bercerita dulu tentang kedukaan dan kesedihan yang aku alami semalam ya. My kuceng patah tangan oi, sedih aku tengok kuceng aku tu, terjengkut jengkut jalannya. Now dia dah melarikan & menyembunyikan diri tah kemana aku pun tak tau. Nak bawak p klinik haiwan pun tak tahu nk cari kat celah bedah mana! aiyooo... Yang buat aku sakit hati tu, sapalah punya keje yang kasi kuceng aku tu patah tangan. Aiyoo.. Berbulu jew aku rase.. Hurm..Takpe takpe tuhan akan balas kat akhirat nanti. So wait & see jew lah. Rupanya setiap yang berlaku tu, ada hikmahnya.

Sedang berbahagia yee! heee.. Ye aku mungkin sedang bahagia now, Tak tahulah esok lusa pulak an, So sila doakan kebahagiaan ni selalu hadir bersama aku untuk selamanya. Huhu. Now segala kesunyian yang mendatang telah diceriakan oleh someone yang aku sendirik tak sangka die yang bakal mengisi kekosongan hati aku untuk beberapa bulan ni.huhu.Waaaa... sangat tak sangka yang die boleh mintak untuk jadik peneman hidup die..Haha! Ingat balik masa kenal dulu, Macam nak gelak gila Tapi kena terima kenyataan coz menda ni memang nyata! huhu. Papepun sila Doakan segala yang terbaik untuk aku ea! & tak lupa juga aku selalu mendoakan yang baik baik untuk korang! heheee..

Rapuan Cik Puan Besar ; Kebahagiaan sudah hadir, Masihkah mahu duduk ditakuk yang lama? So pada yang tidak berkenaan tu, janganlah nk sibuk sibuk menganggu kebahagiaan yang datang dalam hidup seseorang tu okeyyyhhh!! Kau pernah buangkan?? dan jangan sesekali untuk kutip kembali, sesungguhnya sekeping hati ni tidak layak untuk manusia seperti kau!!!!! Get lostttt!

Jumaat, 25 Mac 2011

Rapuan; Ahhhh KAU LELAKI SIAL Tawu!

Rapuan kesakitan; Yaaa.. Sememangnya aku sedang merasa sakit dengan sakit perit yang dilalui oleh kawan baik aku, Even aku dengan die amat jarangla untuk berjumpa tapi die begitu terbaik bagi aku! Peneman suka duka juga gelak menangis aku! Now die sedang merasa sakit dengan segala apa yang diperlakukan oleh manusia yang bernama LELAKI! Oi.... Lelaki jahanam asal kau ni tak reti menghargai dengan apa yang telah diberikan yang terbaik oleh kawan aku ni?? Nape perlu kau sakiti die, Nape perlu kau beralih arah?? sedangkan die masih setia kat kau??? Kenapa oi???

Kadang kadang aku pelik dengan sesetengah manusia yang bernama lelaki ni, orang dah penat penat setia kat die! tapi kecurangan yang die bagi! apa motif semua ni??? Perlu kew nak mainkan hati & pasaan perempuan yang sedang memberikan kau kasih sayang bagai! Mahu saje aku carutkan kat depan muka tau tapi kau terlalu jauh dari aku so, macam payah sikit nak jumpa kau! Sampai bila aku tak kan maapkan apa yang kau dah buat kat kawan aku! Even kau tak buat salah kat aku pun! Kau tak layak jadik seorang suami yang baik kalau macam ni lah perangai setan kau! Ada aku kesah kalau kau tak jadik kawan aku pun! Kau memang mausia lahanat tawu!!!

Sayang aku yang berjiwa kental!
-Atin sayang-


Pada Sahabat yang aku sayang! Atin ; Kau silalah kuatkan semangat kau yang sememangya kental tu ea! aku tawu kau seorang yang bersemangat waja! Aku dapat rase apa yang kau rase, aku nak nges bila ingat setiap kali aku kol kau! kau nges tak hingat! Sedih weh! sangat sangat hope kau hadapi knyataaan ni dengan hati yang cekal k! Kau jangan ingat Lelaki tak guna macam tu dah! Ramai lagi orang menanti kau weh, kau akan dapat yang lagi baik dari die! So tabahkan ati kau ye sayang! Aku sayang kau ketat ketat weh! Kau still ada aku & kawan kawan yang lain....


p/s; jangan nak aniaya orang sangat! Kelak kau 2x ganda kena teruk oi!

Khamis, 24 Mac 2011

Rapuan; Terbaik bersama mereka

Sabtu yang special bersama mereka! Wahh.. sudah lama tidak bersama & keluar dengan mereka. Hari tu adalah hari yang menyeronokkan bersama mereka! Syok oi. Terbayang bayang balik masa zaman sekolah sekolah dulu, Memang tak pernah renggang an. Apa saja nak buat mesti nak buat sama sama. Bestnya masa zaman tu, Now dah besar semua dah buat hal masing masing, Dah jumpa ni lah yang sakan dok snap snap pic bersama mereka.

Candid bersama mereka yang TERBAIK

Achik- Bakal Mak datin oi! huhu

Bersiap sedia untuk test suara ni. Karok kasi puah oi!! haha

Najwa, Achik & aku lah oi! weeeee...

Najwa- Bajek gaya comel! lalaa.. ah cunnyaaaaa...

Kaki yatie terangkat tu baca kad!Achik yang buat buat steady!

Achik, Najwa & Yatie-Pantang nampak lensa kamera oi!

Najwa yang asyik dok belek Purse untuk kekasih hati! Yatie lak tukang pilih & kumen..haha.

Achik yang tak habis habis nk menyendeng kat aku! ~~hohoho~~ Skandal terbaiklah katekan!

Yatie- Nak pilih handbeg pun sempat posing oi!

Achik yang excited beli beg mak datin!



Rapuan Cik Puan Besar; Mereka kadangkala pengubat dikala duka, sangat seronok bersama mereka, terimbas segala yang pernah terjadik dulu. Hope persahabatan kita akn selalu kekal hingga selamanya weh... Sayang korang amat sangat!