Rabu, 30 Mac 2011

Rapuan; WANITA & MAMBANG! Jum sama sama kita Check yaw!!

Rapuan; tajuk bikin gamat jew kan?? huhu. Sebetulnya ada juga yang sama kan semua menda yang aku nak utarakan ni, dengan mambang! So mari kita cek anda dikalangan mambang yang mana! HAHA~~

Mambang TANAH;
Wanita yang berkait rapat dengan Tanah adalah mereka yang dilahirkan dibawah zodiak;

- Taurus ( 21 April - 20 Mei )

- Virgo ( 24 Ogos - 23 September )

- Capricon ( 22 Disember - 21 Januari )

* Seorang yang boleh dijangka, berwibawa dan praktikal

* Penyabar dan bertolak ansur, mempunyai kehendak dalaman dari segi emosi dan material.

* Semangat produktif dan gigih yang disertai dengan sikap berhati-hati menjadikan wanita Tanah berkemampuan mencapai kejayaan dalam perniagaan.

* Kebijaksanaan dan kepintaran yang diperolehi sering tersembunyi oleh air muka semula jadi yang pendiam dan tenang.

* Sifat marah yang terkawal serta keperluan untuk keteguhan dan kawalan sering terbawa-bawa dalam perhubungan yang amat konservatif, serius dan sederhana.

* Tidak mudah menunjukkan sifat penyayang tetapi wanita Tanah adalah seorang kekasih yang setia dan berwibawa.

Mambang API ;

Wanita API di lahirkan di bawah lambang ;-

- Aries ( 21 March - 20 April)

- Leo ( 24 Julai - 23 Ogos )

- Sagitarius ( 23 November - 22 Disember )

* Dilahirkan sebagai pemimpin.

* Mempunyai kekuatan diri dan biasanya enggan menerima pendapat orang lain, walaupun ianya benar.

* Seorang yang artistik dan sukar dijangka tetapi biasanya romantis & pemalu

* Mempunyai personaliti yang suka menguasai dan mendominasi tetapi boleh mengimbangi sifat-sifat ini dengan sikap yang pemurah, mesra dan menunjukkan sifat yang mendalam terhadap sesuatu yang disukainya.

* Suka berterus terang dan tidak suka berselindung menyebabkan orang yang dikasihi dan dicintai merasa sedih dan terhiris.

* Jujur dan mahu hubungan peribadi dengan lancar.Wanita API harus diberikan ruang yang cukup luas untuk menjadikan perhubungan itu terus berkesan & kekal.

* Tidak keberatan untuk beralih arah jika merasa tertekan.

Mambang ANGIN ;

Mereka ini lahir di bawah bintang ;

- Gemini ( 21 Mei - 22 Jun )

- Libra ( 24 September - 23 Oktober )

- Aquarius ( 21 Januari - 19 Februari )

* Berterus terang, berminda aktif dan gemar mencari kepelbagaian dalam setiap aspek kehidupan.

* Befikiran terbuka, mempunyai daya imiginasi dan inovatif, bagi mereka segalanya boleh dicapai.

* Bergaya tenang juga tidak cerewet, serta mempunyai keinginan semula jadi untuk mengamalkan sikap diplomasi dan saling berkerjasama dengan bersungguh-sungguh.

* Sanggup mengorbankan kehendak atau idea mereka sendiri demi mencapai keharmonian dan mengelakkan perselisihan paham atau konflik.

* Sentiasa gigih untuk mendapatkan cinta yang terunggul, untuk berkonfrantasi.

* Kurang cenderung untuk menyampaikan perasaan sebenar yang terpendam dalam hati mereka.

* Dikenali dan diingati kerana sifat romantis dan manja.

Mambang AIR ;

Wanita air terdiri dari mereka yang lahir pada zodiak ;

- Cancer ( 22 - Jun 21 Julai )

- Scorpio ( 24 Oktober - 22 November )

- Picses ( 20 Februari - 19 March )


* Mempunyai sifat semula jadi untuk berkembang maju.

* Mereka ini dipandu oleh perasaan hati dan mempunyai sifat mudah bersimpati, berdaya imiginatif, sentimental, mempunyai perasaan yang berubah-ubah dan berhati-hati.

* Tenang dan mudah tersentuh oleh emosi orang-orang yang berada disekeliling dan cepat mengeluarkan airmata dalam situasi yang menyedihkan.

* Mudah mengikut rentak emosi orang lain dan juga diri sendiri.

So korang korang berada di mambang yang mana??? mana yang baik tu diambil lah untuk kebaikkan diri mana yang tidak baik tu, cuba ubah untuk diri sendirik! enjoy yourself yaw!


Rapuan Cik puan Besar ; Aku berada di Mambang API yaw! so. paham pahamlah kalau aku ni jenis cepat panas dan bercakap lepas! Tak suka??? Senang ajew. Kak limah pun tahu buat! Kau boleh blah la oi! huhu




Isnin, 28 Mac 2011

Rapuan; Kebahagiaan & kedukaan datang selari. Thank you Allah!

Rapuan Bahagia; Hahaaa.. Sangat bahagia & bahagia dengan segala macam yang dirasai semalam. Selalunya dengan adanya kegembiraan pasti datangnya kedukaan an. Waaa.. Sedang berduka okeyhhh!! Kita bercerita dulu tentang kedukaan dan kesedihan yang aku alami semalam ya. My kuceng patah tangan oi, sedih aku tengok kuceng aku tu, terjengkut jengkut jalannya. Now dia dah melarikan & menyembunyikan diri tah kemana aku pun tak tau. Nak bawak p klinik haiwan pun tak tahu nk cari kat celah bedah mana! aiyooo... Yang buat aku sakit hati tu, sapalah punya keje yang kasi kuceng aku tu patah tangan. Aiyoo.. Berbulu jew aku rase.. Hurm..Takpe takpe tuhan akan balas kat akhirat nanti. So wait & see jew lah. Rupanya setiap yang berlaku tu, ada hikmahnya.

Sedang berbahagia yee! heee.. Ye aku mungkin sedang bahagia now, Tak tahulah esok lusa pulak an, So sila doakan kebahagiaan ni selalu hadir bersama aku untuk selamanya. Huhu. Now segala kesunyian yang mendatang telah diceriakan oleh someone yang aku sendirik tak sangka die yang bakal mengisi kekosongan hati aku untuk beberapa bulan ni.huhu.Waaaa... sangat tak sangka yang die boleh mintak untuk jadik peneman hidup die..Haha! Ingat balik masa kenal dulu, Macam nak gelak gila Tapi kena terima kenyataan coz menda ni memang nyata! huhu. Papepun sila Doakan segala yang terbaik untuk aku ea! & tak lupa juga aku selalu mendoakan yang baik baik untuk korang! heheee..

Rapuan Cik Puan Besar ; Kebahagiaan sudah hadir, Masihkah mahu duduk ditakuk yang lama? So pada yang tidak berkenaan tu, janganlah nk sibuk sibuk menganggu kebahagiaan yang datang dalam hidup seseorang tu okeyyyhhh!! Kau pernah buangkan?? dan jangan sesekali untuk kutip kembali, sesungguhnya sekeping hati ni tidak layak untuk manusia seperti kau!!!!! Get lostttt!

Jumaat, 25 Mac 2011

Rapuan; Ahhhh KAU LELAKI SIAL Tawu!

Rapuan kesakitan; Yaaa.. Sememangnya aku sedang merasa sakit dengan sakit perit yang dilalui oleh kawan baik aku, Even aku dengan die amat jarangla untuk berjumpa tapi die begitu terbaik bagi aku! Peneman suka duka juga gelak menangis aku! Now die sedang merasa sakit dengan segala apa yang diperlakukan oleh manusia yang bernama LELAKI! Oi.... Lelaki jahanam asal kau ni tak reti menghargai dengan apa yang telah diberikan yang terbaik oleh kawan aku ni?? Nape perlu kau sakiti die, Nape perlu kau beralih arah?? sedangkan die masih setia kat kau??? Kenapa oi???

Kadang kadang aku pelik dengan sesetengah manusia yang bernama lelaki ni, orang dah penat penat setia kat die! tapi kecurangan yang die bagi! apa motif semua ni??? Perlu kew nak mainkan hati & pasaan perempuan yang sedang memberikan kau kasih sayang bagai! Mahu saje aku carutkan kat depan muka tau tapi kau terlalu jauh dari aku so, macam payah sikit nak jumpa kau! Sampai bila aku tak kan maapkan apa yang kau dah buat kat kawan aku! Even kau tak buat salah kat aku pun! Kau tak layak jadik seorang suami yang baik kalau macam ni lah perangai setan kau! Ada aku kesah kalau kau tak jadik kawan aku pun! Kau memang mausia lahanat tawu!!!

Sayang aku yang berjiwa kental!
-Atin sayang-


Pada Sahabat yang aku sayang! Atin ; Kau silalah kuatkan semangat kau yang sememangya kental tu ea! aku tawu kau seorang yang bersemangat waja! Aku dapat rase apa yang kau rase, aku nak nges bila ingat setiap kali aku kol kau! kau nges tak hingat! Sedih weh! sangat sangat hope kau hadapi knyataaan ni dengan hati yang cekal k! Kau jangan ingat Lelaki tak guna macam tu dah! Ramai lagi orang menanti kau weh, kau akan dapat yang lagi baik dari die! So tabahkan ati kau ye sayang! Aku sayang kau ketat ketat weh! Kau still ada aku & kawan kawan yang lain....


p/s; jangan nak aniaya orang sangat! Kelak kau 2x ganda kena teruk oi!

Khamis, 24 Mac 2011

Rapuan; Terbaik bersama mereka

Sabtu yang special bersama mereka! Wahh.. sudah lama tidak bersama & keluar dengan mereka. Hari tu adalah hari yang menyeronokkan bersama mereka! Syok oi. Terbayang bayang balik masa zaman sekolah sekolah dulu, Memang tak pernah renggang an. Apa saja nak buat mesti nak buat sama sama. Bestnya masa zaman tu, Now dah besar semua dah buat hal masing masing, Dah jumpa ni lah yang sakan dok snap snap pic bersama mereka.

Candid bersama mereka yang TERBAIK

Achik- Bakal Mak datin oi! huhu

Bersiap sedia untuk test suara ni. Karok kasi puah oi!! haha

Najwa, Achik & aku lah oi! weeeee...

Najwa- Bajek gaya comel! lalaa.. ah cunnyaaaaa...

Kaki yatie terangkat tu baca kad!Achik yang buat buat steady!

Achik, Najwa & Yatie-Pantang nampak lensa kamera oi!

Najwa yang asyik dok belek Purse untuk kekasih hati! Yatie lak tukang pilih & kumen..haha.

Achik yang tak habis habis nk menyendeng kat aku! ~~hohoho~~ Skandal terbaiklah katekan!

Yatie- Nak pilih handbeg pun sempat posing oi!

Achik yang excited beli beg mak datin!



Rapuan Cik Puan Besar; Mereka kadangkala pengubat dikala duka, sangat seronok bersama mereka, terimbas segala yang pernah terjadik dulu. Hope persahabatan kita akn selalu kekal hingga selamanya weh... Sayang korang amat sangat!

Rabu, 23 Mac 2011

Rapuan; Kesedapan Yang Tak Terkata!

Pagi ni macam excited jew nak p keje awal an. Tapi alih alih lambat jugak nak sampai opis tu! hehe. Sebelum sampai opis tu, mulut ni macam mengidam aje nak makan Nasi Dagang an. Mana taknya Ahad lepas dok seronok sakan tengok cerita Jalan Jalan Cari Makan tu, bila pengacara die, Qi tu makan macam selera benor tu, Aku pun tengok cam dah terliur liur. Dalam hati cakap sedapnya, sampai tak sesabar nak g cari an. huhu! So ada 1 kedai makcik ni jual nasi lemak then pada masa yang sama die ada jugak jual nasi dagang! haaa.. Apa lagi memang tak lepaskan peluang untuk sebat 1 lah. Beli okeyhhh! hahaha. Even cinonet die punya nasi tapi terhapus jugaklah rase ngidam & kempunan aku tu. So jum tengok tengok pic penambah selera tuk korang! haha.. Nyumie nyumie!

Nasi Dagang ohhh!!! Nyumie!

Untuk yang kurang mengenali rupa dan bentuk Nasi dagang!

Muka teruja dapat makan Nasi dagang oi! huhu

Sedap ohhh!! nak lagi ibu! huhu
Sedang mengupdate belog ye! heehe

Tengok! depan Pc jugak aku sental nasi dagang! Tak sabau oi! hehe..


Rapuan Cik Puan Besar; Pasni nak try nasi kerabu lak ye! huhu..sedap ohhhhh!





Selasa, 22 Mac 2011

Rapuan ; Tanda tanda Kau, kau & kau JATUH CINTA!

20 sebab tanda tanda someone JATUH CINTA ;

1. Kau akan lihat sesuatu yang berbeza dalam diri dia untuk kau dekati dia.

2. Suka senyum atau gelak sorang sorang, Padahal takda lawak menda pon.

3. Suka sangat curi curi pandang si dia.

4. Kalau tetibe dia tengok kau balik, Rasa macam nak luruh jantung kau tu an. huhu.

5. Ada je menda tak kena yang kau buat bila dia ada depan mata kau.

6. Kadang kadang tak lalu nak makan, Coz muka die jew terbayang kat kepala otak kau tu. hehe

7. Suka sangat mengelamun, bila dah dapat ngelamun tu. Memang tak sedar ape dah!

8. Berkhayal tentang perkara yang indah indah tentang kau dengan die. Aiyoyoo!

9. Kalau boleh hari hari nak tulis dalam dairi tu pasal dia, dia dan dia!

10. Tiap minit dan saat nak dengar lagu cinta ajew. Almaklumlah dah jadik mat/minah jiwang now!

11. Menda nak beli barang kat kedai depan rumah tu jew. Kau punya pakaian melaram habis macam nak p kuaw town tu. Cantik/segak tak hingat.

12. Malam malam bila takde buat menda, dok ngire2 bintang jew lew kojenye. Pastu cari bintang yang paling terang, konon konon die tengah rindu kau lah tu. huuuu..

13. Segala hal die kau nak tawu, sampai no. telefon nenek die pon kau nak! huishh.. Melampau!

14. Dalam Diam diam kau rembat pic die, pastu dengan tak malu kau terus buat wallpaper! ape kes?? Bila orang dok tanya sapa tu, Kau punya sengih sampai telingalah.

15. Dah jadik hobi gamaknya, pantang dapat conteng kat mana2 semua nama dia ajew kau nak tulis. Even kat tandas awam pun. aduyai! Vandalisme tol ah.

16. Bila nak keluar dengan kawan kawan tu, kau bubuh perfume. Nah! 1 taman boleh kenal tu perfume kau! haha.

17. Apa yang dia suka, kau pun sibuk sibuk nak suka! Menda sebelum ni bukan mainlah kau dok kutuk kutuk tak suka.

18. Jadik kawan yang terbaik bila dia ada masalah. Seboleh bolehnya kau nak jadik orang 1st tempat die luah masalah bila dia ada masalah.

19. Kau jadik macam orang gila bila tak nampak die sehari. Tak dapat tengok die, kau selamba ajak adek kau p lalu depan rumah die! hai.. Ape cer??? Orang cakap kalau tak jumpa orangnya nampak bumbung rumah die pun dah kire tenanglah sikit hati tu an.. haha!

20. Saat baca artikel ni, tetibe kau teringat kat seseorang! Haaa.. petandanya kau tengah jatuh cintalah tu oi. HAHA~~~

Rapuan Cik Puan Besar Nak jerit; indah bukan jatuh cinta tu?? ohhh... Best bebenor oi!

Rapuan; Indahnya saat Jatuh CINTA!


Rapuan mahu melalut seketika; Indahnya saat jatuh cinta bukan? Rasa seperti berada diawang awangan dan diselubungi bunga bunga cinta juga rasa yang sangat bahagia tanpa rasa perit atau pedih untuk melalui hari hari yang mendatang! Tak terluah dengan kata kata untuk mengambarkan rasa bahagia teramat tu. Saat tu macam macam perkara manis dengan sengaja datang tanpa diundang. Indah memang indah sampaikan kita tiada kata untuk memperkatakan tentangnya. Segala yang berada difikiran adalah tentang orang yang membuat kita jatuh cinta. Oh begitu manis bila diingati tanpa dipinta. Sangat harapkan dengan segala perasaan bila jatuh cinta. hahaaaa!
Rapuan Cik Puan Besar; Bahagia oi bila cinta yang kita impikan tu, hadir dalam hidup kita. Sama-sama menyemai kasih sayang! Adoi memang indahlahkan. Tak sabar dengan segala tu datang dalam hidup. Cepatlah cepatlah datang! hahaha..

Jumaat, 18 Mac 2011

Rapuan ; Tiada motif okei! haha

Ketidak sabaran menunggu jarum jam menunjuk ke angka 5.30ptg, huu.. Mao balik then nak tidor pepuas sehinggalah lebam hehe.. Membalas hari hari yang sebelum ni tak tidur kan?? heee.. Esok (sabtu) excited mao tengok Hindustan an. Waaa...Macam syok gila ajew..huhu! Tak tau mao cerita apa tapi tangan ni nak gatal gatal jugak menaip. heee.. So mari kita bercerita even cerita yang kurang best pada korang. huhu!Lawak gila ah ingat malam tadi. Macam tak blah jew semua yang berlaku tu an, Tapi kena blah kan jugak! Yelah sememangnya die jadik nyata didepan mata yea! huhu! Cerita begini, hehe.. Malam semalam Najwa dengan Yatie datanglah rumah aku, apa lagi sembang kaw kaw ah. Takda ingat punya! Yelew kami memang dah lama tak jumpa & lepak sama sama, Mana taknya semua sibuk bekerja okei! Najwa dengan kerja PLUS nya kat Kota damansara, Yatie plak staff nurse kat Hospital PANTAI PUTRI, aku dengan kerja aku now ni lah. Kalau tak achik ada tapi mesej ajak mai tak balas pun, dah agak mesti tidur dh minah tu. Penat punya pasal an. Die lak keje QA clerck kat MEMC. Semua dah ada kerjaya & hidup sendirik tu pasai payah mao jumpa tu.

Berbalik ke cerita tadi, dok ralek (leka) sembang dengan yati sambil makan pulut yang my ibu bagi tetibe najwa sergah ajak p padang ipoh! Peh tebiat betul minah ni. Ajak p padang Ipoh memalam apeheynya. Rupenya time aku dengan yatie dok kusyuk bersembang tu, die tengah tipon Man. Aiyooo Pakcik tu pun ada dekat Padang Ipoh, Disebabkan dah berapa tahun jugaklah najwa tak jumpa man, die suh man tunggu situ then die datang sana. Takpelah ingat dia ajew yang p! Rupenya die angkut aku dengan yatie gok! hahahaa.. Dah aku dengan yatie pakai Tracksuit jew. Kelam kabut dok pakai tudung time tu najwa ngah siap siap amik kete. gilo betul die tu. hahaaha.. Akhirnya sampai jugak kew padang ipoh, jumpe si man ngokngek tu. Bukan Main menyengih die tengok aku. Menda dok cover2 malu coz 1st time untuk beberapa tahun tak jumpe, dengan najwa tu. hehe!

Banyak menda kitaorang sembang then tu lah menda gila aku rasa si najwa ni buat! aiyooo.. Tawulah dah lama tak buat keje gila kan.Macam tak blah jew an. Dok syok2 lepak depan umah aku, Tetibe suh cepat siap cz nk g jumpa mamat ngek tu. Time tu pun dah pukul 10.45mlm oi. Lepak sakan ah kat padang Ipoh tu. Dahla tatau nak taip ape! papepun selamat berhujung minggu okei! ..

Rapuan Cik Puan Besar; Bila dah jumpa ni, macam macam perangai & gelagat yang duluw kuaw! hahaha.. Rendu jugak zaman skolah dulu. Sayang korang ouhh!

Rabu, 16 Mac 2011

Rapuan; Rindu gila gila =Zaman study ohhhh!

Rapuankah ini?? entahlah tapi menekan keyboard tanpa hala tuju ajew ni, jiwa kacau?? Oh tidak! jiwa untuk kali ini terasa sangat tenang sekali.Tapi tetibe rasa kerinduan! Yaaa.. Rindu pada masa lalu yang kini telah pun menjadik satu kenangan. Waaa... Rindu zaman masa study dulu oi! Kawan kawan masa study rindu gila aku dekat korang semua wehhhh! Budak bilik, budak MPP, Budak kelas, Cik cik yang garang macam singa, budak budak yang mulut macam longkang kuat membahan orang! Adoi sangatlah rindu semua tu weh! Hope korang takkan pernah lupa minah rock ni ye... Hahaha!

Mula-mula study IKBNSI ;
1st time masuk study memang rasa macam bodoh ajew, sedih gila nak duk berjauhan dari keluarga. Menda bukan jauh pun Seri Iskandar tu dengan Ipoh, Beria wat ngada ngada, Konon konon anak manjalah tu tak leh jauh dari ibu. Hahahaahha!!. Padahal malas nak hidup berdikari! memang pemalas aku ni.. Pastu rindu nak kacau & dengar ibu jerit jerit. Heee...Ingat lagi masa mula mula masuk IKBNSI tu, Lepas jew ibu & ayah hantar aku kat sana aku terus duduk diam atas katil sambil tangan aku laju ajew kemas baju baju nak dimasukkan kat dalam gobok (almari lew). Before ibu & ayah balik, ibu dengan kazen aku lah hantar aku kat bilik. Peh! tingkat 4 aku punya bilik, sikit punya letih jugaklah nak mendaki tangga tu. Tapi gagahkan jugak, adalah jugak kakak senior yang bertegur sapa dengan kami, tapi ibu aku la yang banyak cakap! So.. Aku diam ajew lew..Dekat 2minggu lebih tu barulah aku dapat sesuaikan diri dengan keadaan sana. Hurmmm.. Macam macam orang aku jumpe! huh! jangan cakaplah senior seniornya, Bila tang nak malam ada ajew rokolnya. Haaa.. apa lagi membebel ah memaki lah dan sewaktu dengannya, macam macam ceramah dorang bagi, Tapi macam nyampah sikit nak ingat kenangan kat IKBNSI ni, semacam tak banyak yang bestlah. Pada kawan kawan IKBNSI lex ah der! ngan korang semua best oi! HUHU.

Setiap orang mesti nak ingat kenangan yang manis manis macam madu an?? so kenalah cerita perkara yang manis manis jugak! takkan nak yang pahit pahit masam masam tu kongsi dengan korang?? Tak sedap jugak an? hahaahaa.. Bukan nak cakap semua tak best setengah perkara ah macam tak blah an, so paling buat aku tak ley lupa time kat sana bila aku dapat jumpa dengan kawan2 aku yang semua kepala gila! Tak pernah pulak bila aku p mana mana aku dapat kawan yang skema skema ayam an! syukur jugaklah kan? hahaahaa.. Kecik, mak, dayah, kinah, mak leha, suzi, kak siti, shah, ekin & nyum (kembor). Korang semua tak penah aku lupakan.

Kenangan Di IKBN BM ;
Dapat jew surat tawaran sambung tahap 3 kat sana, aku macam malas malas ubi jew nak g an! Yelah an lagi ah jauh, nak taw katne?? Kat Penang ajew. Jauhkan?? hahaha.. Jauhlah sangat oi, kalau jalan kaki tu leh jugak ah terima pakai kalau cakap jauh! huhu. Yeahhh! disini baru aku tawu erti hidup diperantauan even taklah sampai overseas tu aku study tu, kira merasa jugaklah aku duduk di tempat orang. Belajar segala adat dan cara hidup orang! huu.. Sampai aku pun dah cakap loghat utara ah, peneng2! Dah2 tutup pasal segala apa yang dimerapu an, now nak cerita tentang kenangan yang menjadik kerinduan aku ni.. adoi!

* Rindu dekat budak bilik ; Atinmira & eija !

- Segala macam dibuat bersama, dari basuh kain sampailah nak makan pun!
- Pagi pagi nak g klas mesti Atin ah baik hati dok buka lampu, dia mandi semua dulu. Dia dah settle pakai baju baru die kejut, Salu jugak ah aku bagi bebelan free kat die. Yelah ape salahnya dh bangun bangun terus kejut aku, ni tak kena beratur lagi kat depan toilet tu kalau bangun lambat.! Rendu ohhh!!
- Makan nasi kandar AL- Amin bersama even banyak gila, lapau punya hal! habis jugek. Haha!Sanggup tak turun DM semata mata nak makan nasi kandar & wait Yazid balik dari outing! Coz yazid yang belikan! huhu.
-Budak netball yang paling kelam, Haha! mentang mentang kapten (eija) 1 bilik selalu jugak turun training lambat! hakhak.
-Rindu nak jerit jerit kat telinga Atin suruh mandi; Sememangnya atin ni susah sangat nak mandi pun! hehe.. Kantoi sudeyhhhh! Jangan marahla sayang! huhu

* Rindu dekat Budak MPP (Majlis Perwakilan Pelajar) ;
Rindu segala kenangan yang tercipta bersama mereka! sangat indah segala apa yang berlaku semasa kita sama sama g rombongan kew RTM & Perpustakaan Negara Malaysia. Syok sangat oi! Huhu.. Apa kena mengena aku dengan Budak MPP ini? Mestilah ada kena mengena coz aku pun salah seorang dari mereka, haha! Macam lawak gila aku jadik ahli MPP an?? haha. Tak perlulah tawu aku jadik biro ape ye. Hehe! So mereka dibawah ni adalah yang rapat dengan aku selama 6 bulan aku bersama mereka menjadik ahli MPP. Walaweh! syok habisss..

Naim (Presiden) ;

- Presiden untuk MPP ni, memang lembut hati yaw!
- Mulut adakalanya macam tak reti bertapis. Main cakap ajew nk cakap ape!
- Orang Parit Buntar ye..
* weh rindu ah nak buat trademark kite bila jumpe tu, aku pun dah lupe cmner weh! huhu
* Rindu nak dengar segala keluhan kau pasal someone tu. Haha! Jadik org tgh aku an? heee.

Atienmira (Naib Presiden 2) ;
- Budak bilik aku, juga 1 kelas dengan aku jugak!
- Mula mula tak rapat even time orientasi kami 1 kumpulan, tah camner jadik kepala.
- Kak leleh geng geng aku panggey die! huhu. suke wat menda lengai2 ( hegeh2). Tapi sangat rajin buat air untuk aku! sayang kau atin.hehehe
- Orang Taiping.
* rindu sangat segala apa yang kita buat dulu an.
* Rindu nak nanges same same dengan kau wehhh!! Yee!! NUUN sememangnya kuat nanges!

Yazied ( Biro Displin 1) ;
- Mamat kepala senget die ni.
- Sangat gila gila ini olang tapi tegas dalam pendirian!
- Memang sahabat terbaik yaw!
- Tak pernah kering gusi kalau lepak dengan die, ada ajew nak bagi orang gelak guleng guleng!
- Orang Shah Alam Okei!
* Weh rindulah nak lepak dengan kau & geng kami the gigs kat dataran Merdeka tu ag.
* Konvoi naik van tu, & aku sorang ajew pompuan sesat an?? hahaha.
* Time Konvo tu, memang aku seronok habisss! hehe.

Amier ( Biro Displin 2) ;
- Kepala die sama ajew dengan mamat kat atas ni. Dua2 mereng & senget! huhu
- Tapi die sangat best!
- Debab panggilan aku untuk die! hehehe.
- Caring gila oi mamat ni. haha
- Orang Nogori sembilan aih mamat ni.
* Mer rindu ah time atas bus OTW rombongan p KL tu, sakan kau bercerita bagai kat aku an.
* Siap kau sua aku makanan lagi bila aku tak turun makan. Thanx mer! Hargai sangat ohhh!!
* Bilalah leh dapat duku duku pale kau lagi an?? hahaha...

Epoi ( Biro Sukan) ;
- Orang yang suka sangat sakat, kacau & sehari tak jumpa aku tak mengenakan aku! memang bukan EPOI lah nama die! huhu.
- Die tergolong dalam kumpulan mamat dua orang di atas ye! hahaha.
- Suka kasi aku sentap, dan sewaktu dengannya. lalala~~
- Nak make budu cari dio ye! Die orang kelantan yep! hehehe
* Poi rindu nak overnite dengan kau, wanie,bonjer, azie,lubok sume weh!
* Pantang ada meeting utk MPP ajew mesti kau duduk belakang aku. Then kau tak habis2 cuit2 pinggang aku kasi aku melatah! hampehmu poi. hehehe.
* Tak tipulah dengan kau memang banyak kenangan yang aku tak leh lupa oi! HAHA.

Eija ( Biro kebajikan) ;
- Ya! 1 bilik dengan aku gak ye. Sememangnya budak bilik aku semua ahli MPP yaw! haha.
- Siap dorang panggey bilik kami bilik budak PULUN! Hampeh betol. hahaha
- Dia ni kalau nak cakap tak pernah guna hati, Main redah ajew! dulik ah sapa sapa nak sentap pun! hahaha.
- Hati kering oi tapi ada hari hati tu ada bunga bunga cinta juga. hehehe..
- Orang Penang noh. Loghat die tak usah cakaplah! Memang anak mami mai ni. huhu!
* Ja rindu nak gaduh mulot dengan kau!
* Rebus keropok lekur dalam pemanas air aku tu sama sama. Dah masak betul, makan cicah dengan sos! syokkkk! haha! sedap ja..

Jawa ( Biro Kebajikan) ;
- Mamat yang sangatlah nakal bapaak! npe aku cakap camtu?? Memang nakal betul die & geng geng die.
- Dalam nakal die & geng die dorang tetap baik hati.
- Pantang lalu kat depan koridor bilik dorang, ada ajew nak ngat & jerit jerit kat orang! ngek betul!
- Suka tolong orang die ni.
- Loghat jawanya jangan cakapla! Pekat gilak!! Kalah WAk AG. hahaha
- Selangor Mali oi.
* Jawa dah lama tak usik usik kau dengan minah atas ni an?? huhu
* Bukan main malu kau dulu bila kantoi kuar berdua dengan die. hahaha
* Rindu nak karok dengan geng geng kau tu. hehehee.

Budak Budak Kelas ( Elektronik Industri Level 3) ;
Waa.. Korang memang sangat terbaiklah! Even nak dekat dekat blah tu barulah semua pakat pakat nak rapat, kenal korang semua memang saat yang sangat manislah bagi aku oi. Kawan kawan terbaik aku dalam kelas tu; Bonjer, wanie, Syakir, Panjang, Chombie & atin korang memang penghibur aku bila dalam kelas ah an? Suka wat hingap (bising) dalam kelas, memang koranglah orangya. Tak lupa kat junior tahap 1 & 2 selalu sangat kacau senior senior ni tak kire dimana pun. huhu!Banyak sangat nak ingatlah weh tapi korang memang sangat terbaiklah untuk aku.

Budak budak Repeat 2009;
Wah sangat indah kenangan tu kan?? Sama sama kena repeat then amek repeat pun sama sama. Time datang untuk repeat tu macam reunion lak an. Yelah dah tak jumpe dekat setahun lebih pastu, ikhtiar untuk amek repeat, akhirnya jumpa jugak an. Haha! Kami memang sangat nakal time study dulu, malas gile kalau time nak kena g kelas! Di sebabkan kemalasan dan segala kekurangan ilmu didada kami masa study dulu. Kami kantoi untuk exam akhir tu, Tu yang kena repeat tu. hahaaha... Repeat repeat pun kitaorang steady lagi leh lepak lepak tak amek port pun sal kelas. Lepak bilik duk study buat litar jew lew. huhu! saat tu memang indah oi! Bonjer, Dila, Nira, Atin, Lia, Adek rock, Takan luput segala kenangan bersama korang oi.

Pada yang tiada disebutkan nama tu, tak bermakna aku disini terus menerus melupakan korang. Ada masa ingatan aku ni kuat, & ada masa lupa macam tu ajew! My tayunk kecik ( alan) kau pun aku tak lupe weh. Sangat rindu mao jerit nama kau kuat kuat! huhu!

Setiap yang kita lalui tu mesti akan muncul satu kejadian yang dinamakan kenangan apabila ia sudah bertahun ditinggalkan. Apabila kita berseorangan dan teringat akan satu menda yang menyeronokkan itu, pasti kita akan tersenyum mengingati saat saat manis itu. Even lebih banyak pahit dari manis ia tetap akan menjadik kenangan yang pasti semua takkan sesekali untuk sengaja melupakannya, Dah nama pun kenangan kan? So hargai setiap kenangan yang bakal tercipta pada bila bila masa saja. Tak luak pun untuk dikenangkan?? so teruskan untuk mengenangkan sesuatu yang sangat manis tu ye. huhu

Rapuan Cik Puan Besar ; Tidak akan sesekali kenangan ini akan terhapus dari kotak minda & ingatan aku, melainkan ia sudah tersurat olehNYa. Terima kasih kerana memberi aku kesedaran tentang hidup mengenang masa lalu. =p

Bersama Mereka adalah kenangan terindah!
Luv korang sampai mati!

Sabtu, 12 Mac 2011

Rapuan ; kecewa sudah

Rapuan oi; Yaa... Akhirnya kau mendapat jawapan yang selama ini yang kau cari & untuk segala yang kau rasa bukan?? Akhirnya die berterus terang untuk memberi tahu kau yang die Buat2 tak tahu & tak reti tentang perasaan kau pada die tu adalah kerana die takut untuk dikecewakan lagi. Yaa! Die serik untuk melukakan hatinya untuk kali yang ke-3! woooo... Baru 3 kali oi bukannnya 333x kau dikecewakan pun! cehhhh! sembang gempak tak hingat punyalahkan. Huuu.. Segala apa yang disimpan selama kau mengenali die, die keluarkan semalam, Tidak percaya bukan??? akhirnya die memberi jawapan yang pasti melukakan hati kau even kau sebenarnya begitu tangkap cintan amat sama dia tapi dia??? Membuang jauh2 segala perasaan tu. Yeee.. Die punya rasa yang sama tapi Kerana takut untuk dikecewakn & perbezaan umor antara kalian buat die kurang memberi kepercayaan untuk kau mencurik hatinya yang sekian lama telah tertutup kerana serik dikecewakan. Uhhhh.. Semacam kurang bernas dengan segala jawapan tu an?? Tapi apa boleh buat dh orang sudah memberi kata putus,untuk tidak mahu sebarang relationship & hanya mahu kawan saje, haaa.. apa lagi angkat kaki blah ah an!

Sedih bukan apabila dikecewakan?? Dan apa yang diharapkan tu tidak dapat, Ohhhh Teramat sedih rasa seperti mahu menangis semahu mahunya tapi menangis tidak mungkin dapat menyelesaikan segala masalah pun kan?? so kau kuatkanlah segala otot dan mental kau untuk menempuh hari yang semacam perit & pahit untuk kau lalui hari2 bukan?? Sabarlah ada hikmah disetiap yang terjadik tu, kita jew yang tak tahu bilalah hikmah tu akan memunculkan diri. Bersabarlah akan ada petunjuknya!


Rapuan Cik Puan Besar; Kuat ; kuat ;kuat ; kuat kan diri untuk mencari sinar bahagia yang akan muncul bila bila masa saja... Beri peluang untuk orang lain mencintai diri tu. Jangan tutupkan pintu hati tu untuk orang yang mungkin lebih baik dari yang kau harapkan tu.

Rapuan ; IBU adalah Yang TERBAIK

Kisah yang dipetik dari ILUVISLAM;

'Ibu' adalah nama yang tidak dapat dipisahkan dalam kotak memori setiap insan. Pertarungan nyawa dan ketabahan menahan kesakitan mengandung, melahir dan membesarkan anak-anak bukanlah perkara asing dalam catatan diari hidup seorang ibu. Itulah tugas yang tercatat sebagai seorang ibu yang benar-benar berfungsi dalam mendidik anak-anak.

Air mata, kelembutan, kasih sayang dan teman di masa susah atau senang adalah sebuah nukilan khas yang boleh saya dedikasikan buat ibu saya. Malah hemat saya juga tersemat utuh menyatakan semua ibu di dunia ini punya rasa yang sama. Naluri keibuan ini adalah sunnatullah yang tercipta bermula daripada Hawa AS. Jadi semestinya semua ibu, bakal ibu malah semua wanita mempunyai sifat-sifat yang saya nyatakan. Semestinya benar, bukankah begitu?

Dulu, Kisah sebuah memori

Masih tersemat utuh dalam ingatan saya betapa ibu saya cukup mudah mengalirkan air mata. Semasa saya atau adik saya dirotan ayah, ibulah selalunya akan membela dengan aliran air mata. Semasa kakak saya yang sulung melangkahkan kaki meninggalkan rumah mengikut suami selepas majlis akad dilangsungkan, ibu saya menghantar pemergiannya dengan linangan air mata. Masa itu saya cukup pelik kenapa ibu saya menangis sedangkan kakak saya pergi secara terhormat mengikut suami. Masa itu saya buntu tidak berjawapan.

Suri rumah sepenuh masa menjadikan anak-anak amat rapat dengan ibu. Masih terbayang di minda saya hingga kini betapa kalutnya ibu saya setiap pagi menyediakan sarapan sebelum saya dan adik-adik ke sekolah. Sememangnya saya antara anak yang cukup susah untuk makan pagi sekalipun dengan hanya minum teh dan apa yang pasti ibu saya akan membawa minuman hingga ke pintu luar dan akan pastikan saya mengambil sarapan walaupun dengan hanya seteguk air.

Masih terngiang kata-kata ibu bila saya mula berdegil tidak mahu bersarapan, "Minum lah sikit baru cergas dalam kelas" atau kadang-kadang ibu juga mengugut jika saya tetap berdegail, "Tak baik tu, minum sikit nanti tak berkat belajar". Mungkin kerana takut dengan ugutan, saya selalunya akan memaksa diri minum juga walau seteguk.

Tabiat saya yang jarang bersarapan melekat hingga kini kerana tiada siapa lagi yang boleh memaksa saya bersarapan. Tapi yang agak melucukan apabila ibu saya selalu berpesan dicorong-corong telefon setiap kali saya saya menelefon rumah atau melalui SMS dengan 3 perkara; kerapkan mandi, ambil sarapan dan banyakkan minum air. Tapi biasalah saya memang degil...

Kisah ibu saya yang murah air mata terhadap anak-anak saya panjangkan dengan kisah kakak sulung saya. Ketika abang ipar saya menyambung pengajian di UKM sejurus sahaja lahir anak sulung menjadikan hidup mereka sekeluarga agak susah. Hidup di Kuala Lumpur menjadikan kesempitan mereka kian parah. Berbekalkan gaji sebagai kerani sekolah kakak saya yang tidak sampai ke angka 1000 dan separuh gaji suami lantaran bercuti menyambung pengajian sepenuh masa sebagai guru menjadikan hidup mereka kian terhimpit.

Hidup menyewa di rumah setinggan yang rata-rata didiami warga Indonesia menjadikan hati saya pilu dan kadang-kadang mata saya juga berkaca. Pernah saya berseloroh pada kakak saya untuk membawa pulang Along (anak sulung kakak saya) ke kampung bila lahirnya anak yang kedua. Reaksi yang saya terima hanyalah linangan air mata tanpa kata. Kakak saya menangis bila ada sahaja cadangan mahu memisahkan dia daripada anak-anak. Tekadnya biarlah susah macam mana sekalipun asalkan anak-anak tetap bersama.

Niat saya semasa memberikankan cadangan untuk membawa pulang anak sulung kakak saya ke kampung dan dipelihara ibu saya lahir daripada rasa kesian yang amat sangat dengan kesempitan yang dialami. Mudah-mudahan kesusahan tersebut dapat dikurangkan.

Pernah suatu ketika semasa melahirkan anak kedua, semasa dalam pantang 40 hari kakak saya ke klinik dengan menaiki bas bersama 2 anak. Anak sulung berumur setahun setengah dipimpin dan anak ke dua yang baru berumur sebulan didukung dengan menaiki bas untuk ke klinik dalam kesesakan kota. Hati mana yang tidak sedih bila mendengar khabar susah kakak sebegitu. Tidak mampu saya bayangkan betapa susahnya hidup mereka anak-beranak.

Namun semuanya diceritakan selepas abang ipar saya tamat pengajian dan sekarang sudahpun menjadi pensyarah di Universiti Malaya dan sedang menyiapkan tesis PhD dalam bidang Psikologi Dan Pendidikan Khas Kanak-Kanak Istimewa. Sesungguhnya perlu saya iyakan, disebalik kehebatan seorang lelaki rupanya ada jasa insan tabah yang bernama isteri.

Kini, Kisah Sebuah Realiti

Pandangan saya bahawa ibu saya hanya mampu menangis bila berpisah dengan anak-anak rupanya meleset. Dalam Majlis Konvokesyen apabila saya naik ke pentas untuk berucap mewakili pelajar ibu saya langsung tidak menangis. Semasa di lapangan terbang ketika menghantar saya ke Mesir, ibu saya juga tidak menangis. Masih saya ingat senyuman dan pelukkan terakhir tersebut langsung tidak menunjukkan reaksi sedih malah ibu saya nampak tenang dan gembira. Apa yang terbaliknya saya pula yang sebak dan mata saya sedikit berkaca sebagaimana ayah saya juga.

Lama saya berfikir kenapa ibu saya mula bertegas dan tidak menangis ketika menghantar saya di Airport. Seminggu selepas itu saya menelefon ibu saya dan saya straight bertanya kenapa demikian jadinya. Ibu saya bercerita bahawa 3 tahun beliau bersedia dengan perpisahan ini sebaik sahaja saya menjejakkan kaki ke KIAS, Nilam puri dan bertegas untuk menyambung pengajian di Universiti Al-Azhar. Katanya lagi, kini tiada apa lagi yang mahu disedihkan kerana hasratnya untuk melihat saya menjadi seorang berilmu kian hampir.

Ibu saya tidak menaruh harapan yang terlampau tinggi terhadap saya dan adik-beradik lelaki yang lain. Katanya beliau sudah puas hati sekiranya anak-anak berilmu, mampu menjadi imam di masjid dan mampu berkongsi ilmu dengan orang kampung. Pada saya tanggungjawab itu susah dan harapan itu tinggi.

Tersentuh hati bila baca petikan tersebut, so tak salahkan aku nak berkongsi apa yang aku baca dengan korang korang! Sesungguhnya hargailah ibu kalian, hargainya seperti mana penat lelah mereka menjaga kalian dari kecil hinggalah kalian besar dan berjaya kini. Jangan bila mereka dah tiada baru kita tercari cari untuk menghargai. Sayangilah IBU kalian selalu!

Pada ibu; Nuun hargai setiap pengorbanan yang ibu buat untuk nuun & adik beradik yang lain, even antara anak perempuan ibu, un yang paling ganas ,degil dan kepala dalam ada batu jugak un tak pernah lupa segala jasa yang ibu berikan. even un suka sangat kasi ibu membebel, menjerit tapi tu lah jadik pengubat rindu bila un jauh dari ibu! Un sayang ibu sangat tapi un tatau untuk cakap secara face to face bu, Hope ibu tak penat melayan setiap karenah anak2 ibu yg semuanya degil2 ni. Huhu


Pic bersama IBU

Susah betul nak bergambar dengan IBU

Kakangah IBU & aku! Setelah dipaksa untuk senyum,
camnilah jadik mukanya.


IBU tercinta yang paling aku SAYANG!

Gambar dipagi raya Aidilfitri 2010! Cantek bukan?? Muaahh IBU!


Terima kasih IBU kerana bersusah payah membesarkan un
sampai jadik macam sekarang ni.
Nuun Sayang IBU selamanya!
I LOVE YOU SO MUCH IBU!

Selasa, 8 Mac 2011

Rapuan ; kemarahan kau!!

Rapuan tentang gilakannya, Pernah tak korang merasa gila dengan seseorang? Die buat korang jadik gila anjing then hari hari nak pikir pasal die.Tapi die??? wooooo... Boleh relaks2 ubi je buat korang, Geram betul aku dengan manusia yang takde ati & perasaan ni, Rasa nak sepak sepak kau jauh melantun ke negara arab tu. Tapi macam tak sampai hati pulak yelew hati dah sayang kan? Ahhhhh.. sudah! Mula mula benci gila now tetiba jatuh tangga nak sayang pulak? Adehhh.. Memang merapu lah oi. memang hidup ni macam roda kan, kadang kita kat atas kadang kat bawah. Mula mula benci pastu tetibe nak sayang sayang pulak? aiyo ma aiyo pa! apa mao bikin ini macam? hehehehe.. Be strong untuk tempuh dugaan yang sekecil zarah ni. Sekecil zarah? what? kecil lah sangat oi! Yang kecil kecil ni lah yang mampu buat kau menitiskan airmata sebab dia. Shit! berani die buat macam tu kan?? Grrrr... Marah betul ni. Rasa nak tikam tikam kau ajewww.. huh!

Tapi tak leh jugak kau nak memandai mandai menunding jari tak nampak kau tu kat die, yelah dah sememangnya kau tu jenis kuat menangis so kau sendirik jugalah kena tanggung okeyhhh! Mula mula kawan ,sikit pun takda rasa, bukan main kasar lawak & gurauan kau, Now dah timbul tanda love love kat mata hitam kau tu & bibit bibit cinta pun nak berputik, sikit punya gurau dia bagi kat kau pun kau buat macam salah besau die kene. Aiyooo Macam macamlah karenah orang ni, ada macam betul ada macam tak betul! hurm.. Layankan jew lah oi. Tapi tu lah lumrah perasaan seseorang bila die dah mula jatuh hati kat someone tu, cmnilah gayanya. Tetambah pulak jenis yang cepat naw jatuh cinta & sayang dekat orang! Memanglah parah oi, cepat jatuh cinta juga cepat naw lah kau kecewakan??? Bila dah kecewa tu pulak semua orang kau nak salahkan! ada ke patut??? huuuu... Memang tak patut oi, Tapi dah nama pun manusia mana nak nampak salah sendirik kan? Kau jew lah yang nak betul pun! huuhu.

Pada die yang tak reti bahasa & bengap tahap dewa tu, macam tak paham pahamlah pulak bila dah ada orang syok kat kau tu. Lagi nak buat tak tahu kew?? bila dah die cakap sayang kat kau, Patut kau kenalah buat muka bangga then bagilah jawapan yang boleh bagi die ni hepi then lompat2 sampai katil die roboh kew, k gak! Ni tak! kau boleh jawab macam nak tak nak jew kan?? Pehhh... Hancur luluh hati die weh! Rase nak berlinang linang airmata die tu, Kalau ley bagi 1 taman die tu banjir, Konpem ley banjir tapi mengenangkan kau pun tak pandai nak hargai die, Tak payah nak bazirkan air mata sangatlah kan. Orang macam ni patut pancung or sula ajew, kalau hidup lama lama pun nyusahkan orang buat ape! hehehehe.. Kejam sungguh lah.


Rapuan Cik Puan Besar ; nak berkawan boleh, nak bercinta lagilah boleh. Tapi beragak okeyhh! jangan sampai makan dirik sendirik, Ni baru jew kawan tetibe jatuh hati pulak. Dah orang tu tak layan kau pulak merampuih rampuih kat semua orang! Haiyyaaaaa... Sabau jew lah manusia macam kau. Papepun kuatkan semangat bila hadapi situasi seperti diatas. jangan gopoh gapah untuk membuat keputusan. Die dah taknak korang anggap jew lah mcm kawan. Tak payah nak taruh harapan sangat! Nanti korang kecewa lagi. So jadik seorang yang sangat sangat kuat yep! Pada yang tak paham paham bahasa tu, Ye! Kau memang seorang yang ego, ego kau tinggi melangit tak hingat. Jangan satu hari kau pulak menagih kasih orang ye. Then saat kau terhegeh hegeh tu baru kau terpikir pikir kenapa jadik macam tu kat kau. Haaa.. Time tu tepuk dada tanya hati & kapala otak kau okeyhhhhh!!!!

Sabtu, 5 Mac 2011

Rapuan Terlaksana jua! My kelat kelat ubi oi.

Salam di malam hari pada korang yang setia membaca belog aku yang kadang kadang entrinya ke arah merapu & meraban, Tapi pedulik apa aku itu adalah salah satu hobi yang aku ternak dari tahun lepas lagi. Kau tak suka?? Tak susahlah kawan, Kau angkat kaki then kau blah, Or kau tak payah susah2 nak baca apa yang aku merapu kan ini. Hahahaha. Senang bukan?? heee.. Semoga malam ini menjadik malam yang begitu indah buat korang korang yang dalam keadaan yang kurang ada mood tu. Relax ah der! Malam masih muda kot. hahahaha. Merepek sudah!

Rapuan yang bakal aku ketengahkan untuk kali ini ialah seperti yang aku janjikan pada yang entri lalu, Aku akan tunjukan pada korang siapakah yang bertuah sangat sangat tu, Yelah dapat peminat macam aku ni kan? hahahaha.. Perasan dah oi! Ye.. Aku sangat bertuah yang teramat coz dapat kenal dengan orang yang aku minat! Minat dalam erti kata aku Macam seseorang peminat tu minat kat seseorang artis tu! Haaa.... Tu lah maksud yang betul2 akan memahamkan keadaan, Risau gak aku, cakap minat minat tengok2 ada orang baca belog aku ni, pastu report kat awek or isteri Player Hoki tu. Peh! Meninggey lah aku kena bertubi tubi paduan makian yang amat menyakitkan jiwa dan raga juga boleh menaikkan kemarahan yang tahap dewa mati katak! hahaha! Sori2 terover pulok aku ni, Maapkan aku ye! Sebenarnya Player Hoki yang aku minat ni tidak berkahwin lagi, So ada awek mungkin! heehehehee... Sampai dalam2 hal peribadi memang aku tak amek port okeyyyhhh! so lau nak tawu sila tanya die sendirik okeyyyhh!
huhu.

Dengan lafaz bismillah aku mulakan segala tentang Player Hoki yang aku minat ni, hope dengan segala apa macam yang dikeluarkan oleh aku dalam entri ni, tiada kene mengena yang hidup or pun yang mati! tidak juga menyakiti hati siapa siapa okei! Pada Shuk terima kasih yang teramat dengan keizinan u untuk memberi kebenaran pada i untuk merembat segala macam gambar u yep! sesungguhnya u tak pernah menghampakan harapan peminat yang banyak songeh mongeh macam i ni. hehee! Tu sebab i suka kacau u, & hantar mesej kat u banyak2! hehee... Yeaaa! di sudah memberi kebenaran untuk merembat gambar die, so dengan rasa excited muka ala ala berseri seri menatap mesej dari die kat FB tu. dah dapat apalagi dengan perasaan yang teruja & semangat kesukanan yang membuak buak untuk tulis entri ni, even segala bagai masalah dok serabot & kusutkan kapala otak aku ni, memang aku buang jauh2 untuk settlekan entri yang sangat merapu ini. Tak suka??? macam biasalah! kau boleh blah jauh jauh okeyhhhh!



Sebab sebenar Nurul Nadzirah Zailan Meminati Mohd Shukri.

- Larian die ketika membawa bola.
" wah.. adakalanya terleka melihat lariannya."

- Cara die pegang kayu Hoki yang nak dekat sama tinggi dengan die.
" jangan marah ye My kelat2 ubi. Dunt worrylah tetap jadik peminat fanatik u! hehe."

- Riak wajahnya bila dapat menjaringkan goal!
"memang tak nampak orang lain dah, senyum die sampai telinga."

- Dia nampak sangat segak bila pakai jersi.
" yea... Ternganga bila dapat tengok live. huhu!"

- Die besar sikit jew dari abang kecik ( Tengku Tajuddin).
" yeahhh! tapi die still comel lagi dari Abang kecik bukan.lalala~~

* abang kecik adalah panggilan aku untuk tengku tajudin apabila berchat di Fb ye. hahhaa..

Banyak sebab sebenarnya tapi macam susah pulak nak keluarkan, yelah macam macam dipikirkan , bila dah bercampur segala apa yang berada dalam otak ni, memang bertambah tambahlah serabutnya, then susah pulak nak memperbanyakan sebab sebab yang ingin dikeluarkan tu. Rasanya sangat memadailah dengan segala sebab diatas ye! huhu... Sangat indah bila dapat ingat segala tentang die, hahhahaa.. indah dengan lawak jenaka yang dihamburkan dalam mesej. Heehehe... Die sangat sekepala dengan aku okei, Boleh dibawak berlawak juga bergurau memang tak kering gusi & gigi bila die buat lawak. Hehehe.. Papepun die memang sangat terbaik ye.. My kelat kelat ubi oi! huhu



sambutan Bufday die yang ke-teeeett..
pada minggu lepas!
Dia dah tua okeyhhh! huhu
.
Jangan marah nanti lagi cepat tua aw!



segak bukan??
apabila die berblazer juga bersongkok??
like;like;like! hahaha




minat gila dengan pic die yg ni..huhu!
Die memang takut Flash kamera! heeee..


Style bukan??
Tengok live lagi tak senang nak duduk diam! hahaha




goaaaaaaaaaallllll!
Cube tengok muka die! dapat senyum sampai telinge
then tak pandang orang lain dah.



Kejayaan untuk Malaysia Pada Sukan Asia Tahun lepas!
merangkul pingat perak, juga saat terindah bila berjaya mengalahkan India untuk ke final tapi telah dikalahkan oleh Pakistan untuk bergelar Juara! Perak pun dah cukup membanggakan okeii!
(Pakcik2 botak ni memang hebat!)hahaha
.

* My kelat kelat ubi untuk pakcik shuk ni, Coz die snyum tak manis tapi kelat kelat ubi ajew. & die cakap aku senyum senyum kambeng! so terus lekat untuk die kelat kelat ubi! hahahahaa..


Rapuan Cik Puan Besar Tanah ; Setiap orang diberi peluang untuk mengenali seseorang yang die minat! So jangan malu untuk memulakan sesuatu persahabatn, juga jadiklah diri sendirik adalah lebih baik berbanding jadik orang lain.


Pesanan penaja Pada Player Hoki yang i minat ni or ( My kelat kelat ubi) ; terima kasih kerana sudi melayan karenah peminat yang otak gila ni ye, Tak jemu menjawab setiap pertanyaan yang merepek repek dari i ni, I sangat menghargai dengan segala apa nasihat yang u bagi pada i, Nasihat abang untuk adik bukan? hehe... Tak sangka satu masa dulu i pernah main hoki kat stadium tu, then now Player yang i minat jejak jugak kaki kat atas turff tu an, huhu. Papepun Bulan mei ni i nak tuntut choki2 12 peket dari u okei! jangan wat2 hilang ingatan ye. I seligi u nanti. Hahahaha...( tak sampai ati pun sebenarnya.) Semoga u terus berjaya dalam study u dan hidup u okei! Jangan banyak mainlah, wat assignment tu kasi habis baru main!hahaahaa... Semoga u and team hoki Malaysia yang akan terus harumkan nama Malaysia dipersada dunia yeee... Gudluck selalu yep!


Hepi bufday
My kelat kelat ubi!
semoga sukses selalu !


Jumaat, 4 Mac 2011

Rapuan minat sangat sangat

Rapuan apakah yang bakal dikeluarkan oleh aku pada harini??? huu... Hanya aku, aku, aku dan aku jew tawu! Kau tawu??? tawu apa ajew kau tu! hahahaha.. Yeeee.. Harini rapuan yang sangat sensitif dengan Diri sendirik juga kau orang! Kau orang! heheehhe... Pernah tak korang meminati someone! ye! mesti pernah punyalah, kalau tak tu memang kau tu penipu besar punya! huhu..Ok!Bukan someone yang ke arah percintaan or ke arah gerbang perkahwinan tapi semacam artis, Ahli sukan, or sewaktu dengannya! Nak cakap idola kang macam tak kena pulak, Coz aku dah punya idola hati yang tersendirik! huhu. Nak tawu siapakah yang sangat bertuah untuk aku jadikannya idola hati jantung ku itu??? Yeaahhh... 1st adalah junjugan besar kita Nabi Muhammad S.A.W Yang sangat mulia & 2nd adalah Atok & Opah yang begitu aku cintai! mereka adalah idola hati yang sangat terbaik untuk aku & hidup aku! Kau ada?? takde kan?? nanti kau try buat okeyyyhhh!! hehehe... Ok berbalik kepada rapuan kita tentang minat kat Artis or ahli sukan dan sewaktunya, dalam erti kata lain yang paling singkat dan senang untuk ditaip & dikperkatakan! orang orang yang terkenal di Malaysia ni or luar Malaysia okeyhhh! Tak kira lah Farid kamil kew?? Kak Limah Kew?? heeee...

Yep! Seperti korang aku pun ada jugak minat2 artis segala ni, Ahli sukan pun ada jugak aku syok & minat gila! Tapi takdelah sampai nk pengsan pengsan bila nampak depan mata, paling koman aku buat pun! aku dok tercongok & ternganga kaku jew depan die. Lalat masuk aku telan then baru aku tutup! hahahahaa.. Biol lah aku 8 hari,Ceh memang tak senonoh langsung anak gadis Wak Lan yang sorang ni, Kojenya nak malukan Mak pak ajew! huhu. Ampun ibu bapak!weee...

Aku minat dia teramat! Tu jew mampu aku luahkan kat belog ni, jugak dalam hati! Kat mesej FB aku juz cakap ' I peminat fanatik u lew' huhu. Dia semacam gelabah jew kan, peh! aku pandai2 jew buat andaian sendirik kan, Menda dia relax jew, Aku yang semacam gelabah lebih sebenarnya! Yelah nebes (nervous) dpt balasan mesej dari Player yang aku minat tu, huishhh.. Kembang semangkuk aku weh! hahahaa. Player maksud aku, macam ahli sukanlah, bukan Playboy playgirlz yang kemaruk laki & galz tu tapi yang kemaruk untuk sesuatu sukan yang dorang main, then berjaya harumkan nama Malaysia di persada dunia tu ohoiii! Dari aku kat sekolah lagi aku ni memang sinonim untuk kearah kesukanan ni, dulu masa dok aktif main Hoki & Netball ada jugaklah pasang angan2 & impian yang kembang tak hingat tu, untuk jadik atlit! berangan tak sudah lah aku bila dulu, Now hampeh! habuk pun tarak. Semacam sedih ajew, Salah 1 impian tak jadik aku tu weh! Tak payah sedih sedih sangatlah!Berbalik kepada ahli sukan yang aku minat tu! Adoyai aku pun tak tahu bila aku jatuh minat pada dia tapi yang pasti aku suka tengok cara die main & larian die ketika die bawak bola juga cara die pegang kayu tu! adoi sweet oi.. Hahahaa. Hanya yang meminati sesuatu sukan tu, dia akan tawu segala menda tentang sukan tu, Tak caya?? korang trylah minat satu jenis sukan tu, konpem korang akan tahu segala hal yang berkaitan dengan sukan tu, outside, foul, long corner, shoot corner segala bagai akan korang ngerti. Lagi best kalau korang memang dah pernah main or join sukan tu, Lagi kacanglah korang nak tipu kawan2 korang yang ngok ngek pasal sukan tu! hahahaa.. Jahat oi! jangan buat macam tu weh, Tak baik untuk kesihatan tu. huhu..

Dah cerita bagai nak rak kat atas tu, opkoslah korang dah tawu ape Player yang aku minat tu main an?? Haaa..Pandai pun! Die main hoki lew. Player Hoki Malaysia! Huhu! Mula Minat die time tengah rajin dok p tengok Piala Sultan Azlan Shah kat Stadium Azlan Shah Tahun lepas mungkin. Lupa lak die main position mana. Aiyakkkk Kata fanatik tapi tatau die main position mana an! huuu... cowie my player fanatik! heehehehee.. Buat masa ni tak payah tawu lah sapa ea? Nanti kalau aku dah dapat kebenaran die untuk rembat gambor2 die aku tunjuk kat korang k! malas mao curik2 nanti lain jadiknya. Papepun die memang best! Nantikan nanti ye...

Rapuan Cik Puan Besar Tanah; indahnya segala impian dan angan2 yang diimpikan juga diangankan tu menjadik nyata! Bahagia jugak nak hadapi hidup ni. hehehehee!

Selasa, 1 Mac 2011

Rasa ; rasa ; rasa + angan ; angan = BAHAGIA

selamat tengah hari yang suram macam malam hari! Hahahaa.. Aku pun tak pasti apa yang aku ingin repekan hari ni, Tapi tengah hari tadi tetibe macam sedih, smpai nk kuar airmata ni! aiyooo... rasa nak jew tikam tikam kau kasi hati aku puah! bErani kau tipu aku??? grrrrr... Marah betul aku tadi. Dahla tipu, pastu buat aku rasa lain pulak! lain? apa lain?? rasa stoberi mungkin!hahah..adoiii... kenapa aku?? bengang gila rasa kena tipu oi! Macam ni kot kawan aku rase bila kena tipu! hampeh betol. Best & sedap, lemak berkrim disukai ramailah rasanya bila kena tipu tu oi! huhu.. Rasa nk lagi je kena tipukan? adoi udahlah weh, sakit kena ranjau ni pun tak habes lagi! sudahlah sudah ku harus pergi jangan kau tangisi aku lagi.. ( nyanyi lagu kaktimah cinta lak) hahahaahAA... Betul lah mamat pahang ni, tipu jew tawu! Now padan muka kau, dapat warning oi.. hihihi

Now stop sebentar tentang kesah diatas tu, rasa cakap pasal rasa semua orang ada rasa kan?? rasa marah, cinta,sayang,benci sume berkaitan dengan rasa. Now aku semacam pelik dengan someone ni! di dah buang aku so??? kenapa tetibe die cari aku?? ape sandiwara kau lagi wahai manusia?? sikit pun aku tak rasa sakit dengan setiap apa yang kau buat kat aku! tak jadik kudislah, if ye aku marah or menda tu jadik kudis?? Opkoslah aku dah maki kau berbakul bakul kain tak basuh mak aku! ni tak aku hanya mmpu diamkan diri untuk kebahagiaan diri kau tu, soryylah beb aku bukan NURUL NADZIRAH ZAILAN yang dulu, yang kuat sentap, or sewaktu dengannya! aku masih kuat dan mampu untuk menanggung untuk kali yang ini, Terima kasihlah dengan segala perbuatan kau tu! Teramat okeyhhh!!

So now tak payah kacau lah hidup aku ni, dulu aku dah cube untuk bagi peluang kat diri kau??? tapi ada tak kau hargai wahai manusia??? sikit pun kau tak hargai bukan?? Kau dh buang aku dr FB kau!! That means lah kau dah buang aku jugak dalam hidup kau! senangnya perhubungan cinta masa kini, kau nak kau kutip! kau tak nak kau buang macam aku ni takde hati & perasaan! orang gila macam Kak limah tu pun punya ati dan perasaan ni kn pulak aku?? kau tak terpikir kew??? Mungkin kau sedang bahagia time tu, bahagia dengan ketiadaan aku dalam hidup kau! gembira bersama orang yang kau mula sayang kini. Tiada kata kesat atau makian dari aku, Tapi aku hanya mendoakan semoga kau bahagia dengan hidup kau sekarang! tak perlulah untuk mencari aku lagi, aku bukan ada ape2 istimewa pun untuk kau datang balik dalam hidup aku. Cukuplah ini kali kedua aku alaminya dari kau! tak sakit tapi pedih untuk menghadapi! Bahagia dengan apa yang aku dapat dari kau wahai manusia!

Biar orang buat kita! jangan kita dok sebuk2 buat kat orang, coz ada pembalasannya! now aku dah dapat apa yang pernah aku buat kat orang! So mari ramai2 jerit kata kau PADAN MUKA KAU NUUN!!!!!!! hahahahahaa.. yeaaahhh.. Aku terima cash jew dari NYA! Tapi aku bersyukur dan aku masih diberi peluang untuk sedar tentang segala kesilapan aku ini. Yea aku masih diberi peluang untuk membuat kebaikan mungkin! terima kasih pada yang ESA aku amat menghargainya! now aku mahukan hidup dan segala2 nya yang baru. Hidup bersama kawan2 tercinta lagi banyak kebaikkannya! huhu




Kata angan angan dari Cik Puan Besar Tanah ; Nak hidup bahagia dengan orang2 yang masuk dalam angan angan aku ni! Waaaaa... bahagia aku sampai bila2 tu. heeheheee