Rapuan ; Mahu meperkatakan seketika tentang cinta jarak jauh ni, Kau jauh nun disana dan dia nun diseberang! Perlu ke nak mengongkong pasangan oii??? memang tak perlu diperbesar- besarkan tapi kadang-kadang meluat dengan sesetengah mentaliti manusia kini, Bercinta atas dasar apa entah, Kalau betul mahu bercinta dengan orang jauh dari diri kau! Kau perlulah percaya dia dengan semahunya! Even bukan 100 peratus pun tapi sekurang kurangya kau tunjuklah yang kau begitu memahami dirinya dan percaya pada dia! Ni tak bercinta 2,3 tahun tapi kepercayaan kau pada dia hanyalah 20 peratus dari 100 peratus tu? Yang tak tahan tu, tiap masa dan waktu kau nak dia hadap kau jew! maksud aku, macam nak mesej kau 24 jam jew tanpa pikir yang dia banyak keje lain lagi nak buat dari hadap mesej kau yang takde faedah tu jew! Lagi tak blah bila apa ajew yang die nk buat semua perlu bagitahu kau! tak kire lah nak makan kew? berak kew? Kencing kew dan sewaktu dengannya!
Haiyooo.. Perlu kew?? Memanglah untuk sesetengah percintaan tu perjalanan cintanya berbeza tapi janganlah sampaikan bila dia tak bagitahu segala tu buat kau sentap dan saja saja nak mencetuskan pergaduhan! aiyakkk... tu yang sakit bila ada orang yang macam gini bercinta dengan orang jauh! Memang tiada masalah untuk diri aku, Tapi aku yang mendengar cerita-cerita tentang ni buat aku jadik meluat, Tiap minit kena kol, tiap minit jew nak kol! aku tengok pon naik boring! Macam manalah dengan dia yang kat sana! Mungkin dia juga boring dikongkong sedemikian rupa! Tapi disebabkan Kasih sayang & cinta dia untuk kau dia sanggup melakukan apa saja even dia tak suka dengan apa yang kau lakukan pada dia!
Perlukah segala yang berkaitan dengan hal2 peribadinya menjadik sebahagian dari hidup kau??? Heloo! Kau baru jadik Awek, GF, Makwe @ Tunang sekalipun! Kau belum betul2 lagi diiktiraf untuk mencampuri segala hak peribadi die okei! Huu... Baru jadik gitu nak kawal segala apa yang dibuat! Sampai kan kad bank dia sendirik pon kau pegang?? Hai melampau dah tu. Apa kau ingat kau dah jadik BINI dia kah?? Sian sian pada dia yang mengikut segala kemahuan kau! Kau! Kau dan Kau memahamilah perasaan dia yang begitu menyayangi kau! Ini dah jadik kes queen Control dah oi! Huu.. Sedih dan rase nak nangis untuk dia yang terlalu lurus menmbuat segala suruhan kau! Kejam! Kejam! kejam jugak kau ya. Kalah MUAMMAR GADAFI tu oi. Hahahaa...
Pada kau! Kau jugak manusia biasa bukan? ada hati jugak punya perasaan! Pikirlah dengan pikiran yang tenang, apakah segala yang kau buat padanya adalah betul?? Ni pun waktu bercinta lagi! Macam mana bila dah kahwin?? takkan kau jugak yang perlu kongkong dia bagai! Ingatlah pesanan penaja My GRANDMA ni,bila kita dah kahwin SYURGA TU DIBAWAH TELAPAK KAKI SUAMI! kau naik suara sikit pon kau dah bukan jadik ahli syurga! Macam tu jugak dengan IBU-IBU kita ye! Dia pun nak merasa hidup macam orang lain, gembira bersama kawan-kawan! bahagia dengan family sendirik! coz dalam dunia ni masih lagi ramai perlukan dia! kau ingatlaah dia bukannya hak kau sorang ye! So kalau kau rasa apa yang kau buat pada dia tak betul dan tak benar! kau cepat cepatlah sedar, cepat cepatlah bertaubat dan memohon maap pada dia! Tidak susah pun nak buat macam yang aku suruh tu kan weh! heee...
Rapuan Cik Puan Besar; Ayat seorang HAMBA ALLAH untuk aku! Aku dah lupa ah tentang ayat yang sebenar benarnya tapi yang aku boleh ingat sikit sikt baitbait ayat tu... Jika kita mencintai seseorang tu tidak semestinya kita seorang jew yang mampu memberikan kebahagiaan dan kegembiraan dalam hidup dia! Dan dia bukan sepenuhnya milik kita, so pada yang ada sifat2 cemburu yang keterlaluan and melampaulampau tahap cipan nak beranak tu korang buangbuang ah sifat yang kurang menyenangkan orang lain tu juga Cinta hati korang tu! tak luak mana pun semua tu an, kalau betul dorang nak curang! 1 hari TUHAN akan tunjukkan jugak kat kita, memang perit untuk hadapi saat itu coz kita dah terlalu sayang dan cinta pada dia! Tapi beringatlah setiap yang berlaku tu ada hikmahnya, dan setiap perbuatan yang dilakukannya akan dibalas jua! Tambahtambah dengan zaman yang serba moden and canggih ni! Mang TUHAN bagi CASH jew kat manusia manusia yang tidak menghargai cinta ni.. Renung-renungkan dan selamat termenung! HAHAHA...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan