Rapuan; ini adalah untuk peringatan diri aku jugak diri korang-korang yaw! Tips ni aku dapat dari BLOG PAKARHOWTO! memang menyentuh tangkai hati aku! Coz segala yang ditulis adalah benar, ada sikit yang aku tambah yaw! so tenangkan hatimu dan Jum sama-sama aku kongsikan dengan korang!
Ketahuilah bahawa;
Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang tidak sama fikirannya dengan kita, supaya kita sedar bahawa kita hanyalah makhluk yang sentiasa mengharapkan pertolongan ALLAH.
Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang tidak serupa dengan kita, supaya kita dapat menjadi penilai yang baik.
Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang tidak memahami keadaan diri kita, supaya kita dapat KASIH SAYANG YANG TERBAIK, KHAS UNTUK DIRI KITA.
Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang tidak sempurna, supaya kita sedar bahawa ALLAH MAHA PEMURAH & PENYAYANG kerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan yang hebat untuk kita dan kehidupan kita pada masa hadapan.
Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang sangat lain perangainya dengan kita, supaya kita dapat mengutip pengalaman yang tak semua orang berpeluang mengalaminya.
Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang banyak komplen itu dan ini, supaya kita jadik MANUSIA YANG HEBAT JIWANYA.
Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang tidak penyayang, supaya kita lebih faham bahwa CINTA YANG TERBAIK HANYA ADA BERSAMA ALLAH.
Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang sombong dan bangga diri, supaya kita LEBIH MENGENALI KEHIDUPAN YANG TAK SELAMANYA KEKAL.
Wahai sahabat-sahabatku yang sedang kecewa, menderita dan sengsara kerana menahan keperitan CINTA, fahamilah bahawa kehidupan kita makin sampai ke penghujungnya.
Hari esok pun kita sendirik tak pasti sama ada ia bakal menjadik milik kita atau tidak. Gapailah keredahaan ALLAH dengan melaksanakan suruhan-NYA dan meninggalkan segala larangan-NYA, itu adalah lebih baik bukan? Percayalah sesungguhnya ALLAH 'malu' untuk menolak permintaan hamba-NYA yang menadah tangan meminta dengan penuh pengharapan HANYA kepada-NYA.
Sabarlah kepada semua sahabatku yang sedang merana kerana cinta! Ceriakan hatimu. Kerana ALLAh itu sentiasa ada bersamamu selagimana kamu taat akan-NYA. Amin!
Rapuan Cik Puan Besar; semoga korang2 ceria ceria selalu macam aku yaw! even kedukaan & kekecewaan datang silih berganti tapi hidup haruslah diteruskan! jangan dikenang segala yang pernah berlaku! so senyum-senyumkan diri lor.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan