Memaparkan catatan dengan label terima kasih Ya TUHANKU. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label terima kasih Ya TUHANKU. Papar semua catatan

Khamis, 29 Mac 2012

Terima kasih Pakcik Biskut

Assalamualaikum... hai2! para blogger yg disayangi, now! sedang berkerja lagi! Ta habis pun lagi keje2 aku ni! Tapi galak nak menaip jgk! hehehe. Now dah start keje opis, agak bebai sikitla! Keje berlambak2 bhai! Tapi still buat lek buat piss! huhu.

Alhamdulillah perasaan aku agak baik2 sikit! So tu yang dok buat rajin nak mengupdate tu. huhu! Btw thanks kat someone yg boleh buat aku happy dan gembira now, nama dia unik dan aku happy sgt dgn dia, ingat lagi sorang tu je nama unik! Yang now ni lagi unik, thanks buat kita bahagia! Seriously kita gembira kenal awak.

Awak buat kita lupakan apa kenangan yg perlu kita lupakan! Terima kasih banyak2 awak, Kita kenal dia kat twitter, ta sangka pulak boleh melekat sampai now! BBM semakin dilupakan and whatssap makin diutamakan! kadang2 mcm bersawang jgk bbm tu, tapi apakan daya! kita sudah beralih arah! heeeeee....

Tuhan jagakan dia untukku! Agar kami boleh bahagia bersama! AWAK kita sayang awak taw! thankss dengan rasa ini! heeeee....

Isnin, 15 Ogos 2011

Thanks semua! hari heppy sedunia.

Alhamdulillah! Hari puasa yg ke-12 tu adalah hari berbuka yang paling best sekali! Syok!! Dapat berbuka dengan family Achik, wooo! Memang gempak habis! Coz dapat sambut bufday dengan Achik & Pak Djul! Kek sangat sedap sumbangan dari Abang Rezal & Kaklong, best ohhhh! Cheese kek,lapisan blueberry! Sedap bha! hahahaha. Disebabkan kekenyangan yg terlampau buat tak lalu nk makan kek banyak banyak tapi dunt worry, kasi tapau bawak baliklaaa! hehe. Best sangat malam tu! Papepun thanks sangat kat Family Achik yg sangat sangat sporting membuli aku malam tu! hahahaah. Ewan! Thanks pic pic ni. sweet bhaaaaa! So, mari cuci mata laaaa..
Chesse blueberry kek! ohhhh.. Sangat sedap! hahahaha.

Muke pulon before mao berbuke! heheehee. Apa jadik kat muke aku panjang gitu pn tatao! Ewan edit apa ni? huhu

Orang suruh tiup lilin! Aku sebuk p tangkap pic, nak tunjuk kat en en pnye pasal la ni! bhahahaahaa;)

Mama suap Pak Djul! So sweet oi! Romantik gileeeee... suke! suke! huhu.

Adek suap kakak sayang! Pelik tak muke aku? hahaha! Sakan la kao chik dpt aku suap! heeee..

Mama, Kaklong & Abang Rezal! Muke redho sebelum berbuke. hewhewhew;)


Terima kasih pada semua yang wish kat aku!


Kawan kawan Fb, Blogger, yang wish kat fon jugak! thanks wei.


Naz; Thanks ye siap buat entri utk nuun lagi! Memang sweetlaaa entri tu.


Achik; kat kao lagi aku nak ucap terima kasih banyak2! Sangat istimewa bufday aku tahun ni. memang kenangan terindah dalam hidup aku beb! Family kao memang best sgt2! Thanks a lot la sayang.


Ateen; thanks wei wish kat aku! Aku tgh sabar tunggu kek coklat dari kao ni, bilalah nak sampai ke Ipoh pun nye ni! bhahahaha;)


Mr. En En ; Thanks you beribu ribu lemon yeeee! hargainya ada org wish pastu siap nyanyi lgu bufday utk saya lagi! waaa... Terhibur rasenyeee! Tak jemu layan pale otak senget ni an. huhu

Isnin, 11 April 2011

Rapuan; HIKMAH disebalik putus cinta! jangan sedih sedih lah



Rapuan; ini adalah untuk peringatan diri aku jugak diri korang-korang yaw! Tips ni aku dapat dari BLOG PAKARHOWTO! memang menyentuh tangkai hati aku! Coz segala yang ditulis adalah benar, ada sikit yang aku tambah yaw! so tenangkan hatimu dan Jum sama-sama aku kongsikan dengan korang!

Ketahuilah bahawa;

Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang tidak sama fikirannya dengan kita, supaya kita sedar bahawa kita hanyalah makhluk yang sentiasa mengharapkan pertolongan ALLAH.

Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang tidak serupa dengan kita, supaya kita dapat menjadi penilai yang baik.

Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang tidak memahami keadaan diri kita, supaya kita dapat KASIH SAYANG YANG TERBAIK, KHAS UNTUK DIRI KITA.

Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang tidak sempurna, supaya kita sedar bahawa ALLAH MAHA PEMURAH & PENYAYANG kerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan yang hebat untuk kita dan kehidupan kita pada masa hadapan.

Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang sangat lain perangainya dengan kita, supaya kita dapat mengutip pengalaman yang tak semua orang berpeluang mengalaminya.

Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang banyak komplen itu dan ini, supaya kita jadik MANUSIA YANG HEBAT JIWANYA.

Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang tidak penyayang, supaya kita lebih faham bahwa CINTA YANG TERBAIK HANYA ADA BERSAMA ALLAH.

Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang sombong dan bangga diri, supaya kita LEBIH MENGENALI KEHIDUPAN YANG TAK SELAMANYA KEKAL.

Wahai sahabat-sahabatku yang sedang kecewa, menderita dan sengsara kerana menahan keperitan CINTA, fahamilah bahawa kehidupan kita makin sampai ke penghujungnya.


Hari esok pun kita sendirik tak pasti sama ada ia bakal menjadik milik kita atau tidak. Gapailah keredahaan ALLAH dengan melaksanakan suruhan-NYA dan meninggalkan segala larangan-NYA, itu adalah lebih baik bukan? Percayalah sesungguhnya ALLAH 'malu' untuk menolak permintaan hamba-NYA yang menadah tangan meminta dengan penuh pengharapan HANYA kepada-NYA.

Sabarlah kepada semua sahabatku yang sedang merana kerana cinta! Ceriakan hatimu. Kerana ALLAh itu sentiasa ada bersamamu selagimana kamu taat akan-NYA. Amin!

Rapuan Cik Puan Besar; semoga korang2 ceria ceria selalu macam aku yaw! even kedukaan & kekecewaan datang silih berganti tapi hidup haruslah diteruskan! jangan dikenang segala yang pernah berlaku! so senyum-senyumkan diri lor.