Rabu, 20 Julai 2011

Khas untuk YOU la nok! sayang you laaaaa.

Assalamualaikum! Selamat pagi yang sangat indah bagi aku, hope indah jugak bagi kao ye chik! Sila abaikan muke cekodok basi aku tu & now sila fokus pada orang sebelah aku tu. Hehehe! Comelkan? ada sikit cam Rafidah (cikgu siti tak) huhu.Aku tidak menganjing, tapi kenyataan oke! adalah someone tu gile kat minah ni sebab face die tu ok...Dah2! sila lupakan sebentar. heheehe!

Entri kali ni khas untuk kao! Ye Kao MAIZATUL FADZEERA BINTI ZULKEPLI! Sahabat terbaik aku, Sahabat susah senang aku! Sahabat yang harungi suka duka dengan aku, Sahabat yang sama sama mengajar aku erti persahabatan, Sahabat yang salu bagi aku ketenangan, Sahabat yang salu berdiri kat belakang aku bila aku sedang cuba untuk kuat menjalani hari hari yang mendatang, Sahabat yang cube mengubah aku untuk menjadik seorang yang brutal kearah kewanitaan! tapi sangat tak blah bila aku nanges kao boleh gelak kekek kekek sambil bagi kata kata semangat, apa punya kaedah kao guna tu toyoi? Hahaha!
Macam someone ni cakap aku memang ramai kawan bhai, sangat ramai tapi nak mencari sahabat tu amatlah sukar! Tapi aku teramat bertuah bila kite diciptakan untuk bersama kembali, ye! Adat berkawankan? Mesti ada gaduh punyalah, tipulah kalao kao kawan sejuta tahun pun kao tak pernah gaduh, tarik tarik rambut dengan kawan kao tu! Huhuhu. Kita pernah tarik tarik rambut ke chik? Hahaahahaa.

Aku bersyukur bhai dapat Sahabat macam kao! Kao sempoi, otak macam aku, gila gila kambeng macam aku jugak, kao dengan aku sama sama gila lensa, kao,aku kuat makan ais krim sundae, tart telur pun kao suka! Sebok tiru aku! Hahaha. Kao suke wedges, aku suka flat! So tak sama yang tu jew k! huhu.bila aku bagi ayat longkang kao tak pernah nak touching touching macam aku salu touching an? Ye! Aku kuat touching tapi bkn touching betul2 pun saja nak bermanja bagai dengan kao! Huhu! Kao! aku anggap dah macam kaka aku, mulut kao tu tak pernah penat kasi nasihat dan kata kata semangat kat aku yang keras kepala dan kepala dalam ada batu jugak!Bila kao start berleter aku nak pening dengar, tak henti henti kot! Tapi kao tak leh lawan aku yang lagi kuat cakap ni an? Hahaha. Aku sayang kao sangat sangat weh! Sayang gile gile! Gile pon tak leh sayang kao macam aku sayang kao ni tawu? Aku sayang family kao jugak coz dorang dah macam family aku, especially MAMA! MA! Un sayang mama! Huhu. Aishhh.. Nak menitik plak airmata ni, dah dah! Abaikan boleh!.

Now! 20 JULAI 2011 hari rabu bersamaan dengan aku punya puasa ganti yang terakhir ni genaplah umor kao 22tahun ye, dah tua jugakla sahabat sayang aku yang seorang ni. Kao dah tua okei! So janganlah nak sebok sebok bajek muda dan elegant macam aku ni ye? Bhahaahahahaa.(Sumpah nak muntah cakap diri sendirik elegant…Yucksss). Ingat bila dah genap 22 tahun ni, silalah capai segala menda yang kao nak capai tu! Macam macam impian yang kao nak tu dalam poket suar aku belah kiri ni beb! Sampai tak muat nak simpan dah. Heheehehe! Aku salu support kao kaka sayang. Weee..

Jangan lupa suruhanNYA dan tinggal semua laranganNYA! Aku tak baik dan sangatlah jahil dalam keagamaan ni, tapi aku cube & boleh bagi nasihat sikit sikit ye! Hehehe. Ingat selalu sayang family kao! Terutama mama, jangan kasi mama sedih sedih macam aku selalu bagi sedih kat ibu aku tu, IBU Maapkan un!!Un sayang ibu sangat sangat jugeeee.. Hehehe! Now dah ada orang yang kao sendirik sayang & dah ada orang jaga kao an? So, aku still kat belakang kao bila kao hadapi apa jugak masalah! Sayang dia seadanya. Sila hargai die macam mana die hargai kao! Lao die ta reti hargai kao! Meh ajak die jumpa aku! Aku kasi basuh itu pale die dengan softlan yang wangi lagi asyik tu! Huhu.. Wan! Lex ah… Gurau2 jew pon. Aku tau kao leh jage die lagi baik dari aku an? So sayang die lebih dari aku sayang die yeeee wan!..Weee… Kao! Pasni jangan nak bazir bazir airmata kao tu k! Biar aku sorang bazir tape, coz terlampau banyak sangat airmata aku ni, so, kena sedekah sedekah sikit an! Heheehe. Kebalkan hati kao untuk melalui segala dugaan pahit manis bersama die yang tersayang, sesungguhnya ada hikmah yang baik akn berlaku mungkin!Aku selalu doakan kebahagiaan kao dan die hingga akhir hayat! Hope ni akan kekal dengan kao sampai bile bile ye! Sampai ke jinjang pelamin hendaknya.Oh kekasih gelapku! Hahaaha. Aku taw kao tak bersedia nak kawen. So aku tanak citer sal kawen kat sini yeeee…huhu. Geli konon! Puuuuiiiiihhhh!!!!

Bila aku duduk sekor sekor even tade ekor pun. Then tengok pic pic kita sama sama, mesti kenangan buat keje gila sama2 dok mai masuk pala! Huhu, Bulan pose ni, orang dok syok tarawih kite dok p lepak polo! Dah lepak depan sungai tu, leh plak ada kapel cina makan babi mana duk projek kat sebelah! Binawe toi. Hahaha. Lagi nak gelak bila aritu kita lepak dengan mat & botak tu, time dalam kete, dan dan kuar lagu Hati Yang Kao Sakiti, Pehhh! Ada orang meleleh kot! Syahdu habisla time tu yeeee.. Huhu.Achik! Achik! Tak blah bila haritu kemaskemas bilik terjumpa pic kita time sekolah dulu,lagilah tak tahan, muke Selenga aku, muka selebet kao, alahai berbeda gile dengan sekarang weh, now mana p pic 2 dah tak tao eh! Hahaahaha. Mesti kao ingat kenangan Kumpulan BOBOY tu an? Hahaha. Naik beskal sama sama? Potong rambut pendek? Jalan kaki p rumah Shaz? Pastu ada training netball, tade bas tambang! Balik jalan kaki konvoi ramai2 balik BBP! Esok esoknye nengok kao tak p sekolah, sebabnya demam terkejut coz jalan jaoh! Haiyaaaa..sangat lemah ini olang dulu! Hahahaa. Mesti kao takan lupa an? Kenangan oi.Yaaa amat! Macam macam keluar bila dah dok sorang sorang bhai. Dah tu! Mesti nak gelak gila tak hingatlah bila ingat semua tu. Huhu

Tujuan sebenar aku memang nak wish SELAMAT HARI LAHIR kat kao, tapi tah macam mana tah, dok macam2 idea dok mai suh taip smua ni, memang aku taram semualah, aku tak pandai nak ungkap dengan kata kata, then dengan ayat carca marba ni lah penganti diri aku untuk wish kat kao. Apa nak hadiah? Tak dengarla weh. Hahaahaa! Insyallah lao bulan ni gaji aku ada lebih aku blanja kao makan kat kedai tomyam tepi jalan yg nak masuk ke taman perpaduan tu ye! Kao an pernah btaw aku, yang kao nak makan kat situ! Huhu. Kank kempunan puleee.. Nak pose pose ni an? Hahaha! Papepun thanx sangat2! selama ni sudi jadik kawan aku ye! Even perangai aku macam orang sakai kekadang, tapi kao tak jemu layan kepala otak mereng aku ni. Aku sangat bangga ada kawan macam kao! Ingat sampai bila bila yang aku! Sangat sangat sayang kao! Kao salah seorang yang sangat penting & dekat dalam hati aku. Tanpa kao ! aku bukan nuun yang sekarang. Terima kasih teramat. Love u! Muahahahaa!

SELAMAT HARI LAHIR NOK! SEMOGA PANJANG JODOH & MURAH REZEKI KAO!
SEMOGA CERIA CERIA DAN BAHAGIA SETIAP MASA.
TRY CAPAI SEGALA IMPIAN KAO OKE!
DIHARAPAKN SEGALA APA YANG KAO HAJATI DIMAKBULKAN YE NOK.
MAK SELALU DOAKAN YANG TERBAIK UNTUK KAO NOK!
KAO KESAYANGAN MAK INGAT TU OHEH!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan