Ahad, 17 Julai 2011

kisah rumput dan perasaan sendirik.

Pada suatu hari disekolah, ada seorang murid bertanya pada gurunya. Ketika itu guru tersebut sedang mengajar mengenai kasih sayang.

Pelajar; cikgu! Macam mana kite nak pilih seseorang yang terbaik sebagai orang yang paling kite sayang? Macam mana jugak kasih sayang itu nak berkekalan?

Cikgu; ok! Kamu ikut apa yang saya suruh, kamu pergi ke padang, kamu berjalan diatas rumput sambil memandang rumput didepan kamu. Pilih yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang lagi, walau sekali! Dah petik rumput yang paling cantik tu,bawa ke kelas!

Apabila pelajar tersebut pulang ke kelas tiada sehelai rumput pun ditangannya. Cikgu bertanya,kenapa tiada rumput yang dipilihnya?

Pelajar; tadi masa saya berjalan saya carilah rumput yang paling cantik. Memang ada banyak yang cantik tapi cikgu kata petik yang paling cantik,maka saya pun terus berjalan ke depan sambil mencari yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang lagi. Tapi. Sampai dipenghujung padang,saya tak jumpa pun yang paling cantik. Mungkin ada diantara yang dibelakang saya tadi rumput yang paling cantik, tapi cikgu cakap dah tak boleh menoleh ke belakang semula, jadi tiadalah rumput yang saya boleh petik.

Cikgu; ya! Itulah jawapannya! Maknanya apabila kite telah berjumpa dengan seseorang yang kite sayang, janganlah kite mencari lagi yang lebih baik dari itu, kita patut hargai orang yang berada didepan kite sebaik baiknya.Jangan kite menoleh ke belakang lagi kerana yang berlaku tetap dah berlaku, semoga yang berlalu tidak berulang lagi. Dan ingatlah orang yang paling kite sayang itulah yang PALING cantik dan PALING baik. Walaupun nak ikutkan banyak lagi yang cantik dan baik seperti rumput tadi.

Untuk awak; Yeee! Ayat dan entri ni mmg khas utk awak seorang! Tidak untuk siapa siapa! Hanya awak INCIK BUSUK SAYA seorang! Mesti awak pernah tengok video die an? Then mesti awak nak kate yang saya ni kaki ciplak then ayat tu semua cetak rompak! Cakaplah awak, saya sikit tidak kisah! Itu hak awak kan?

Awak! Tak mudah untuk melupakan seseorang yang kite suke wak, tapi sangat mudah untuk suka, sayang dan cinta pada seseorang! saya tak tahu nak bagitahu awak dengan cara mana lagi wak. Adakah awak saja buat tak tahu or ape? Tahla wak sapalah saya pun nak paksa paksa diri awak tu! Saya hanya mampu bagitahu apa yang saya rase jew. Terpulang kat awak untuk pikir ape yang perlu awak pikir! Even awak memang takan pikir, apalah sangat dengan masalah yang remeh temeh ni an? Abaikan jew la wak!

Saya tak tahu nak bercerita pada sapa! kekadang hanya pada angin saya kirimkan rindu ini, Saya tak tahu nk luah apa yg dirasa ini dekat sapa! Takde sapa pun sudi nak dengar an? Mungkin dengan bercerita bagai kat blog huduh saya ni lah, tempat ngadu saya kini, tempat yang mampu mengurangkan segala apa yang saya rasa membabitkan awak! sapalah saya untuk mencari orang mendengar segala kisah remeh yang dipendam ni , sakit untuk dipendam wak! perit bila ditahan, amatlah pahit bila ditelan! Mungkin ini cara saya! Tidak perlu menyusahkan orang lain untuk mendengar segala cerita remeh saya ini.

Adalah lebih baik jika tersenyum dan bergembira dalam tangis, even ia nampak hipokrit tapi sekurang-kurangnya ia tidak menyusahkan sesiapa bukan? Biarlah susahkan diri sendirik dari orang lain turut merasa kesengsaraan yang dihadapi.

Rapuan ini hanya sekadar luahan, luahan dari hati yang tak mungkin dapat dari orang lain, mungkin ia tidak berharga dimata awak tapi saya ikhlas! ikhlas membuat segala entri ni hanya untuk awak. Harini mungkin saya menangis dan mengalirkan air mata hanya kerana awak! Esok lusa bila tiba hari awak, jangan sesekali awak salahkan takdir bila awak juga turut menangis hanya kerana seorang perempuan! Alhamdulillah awak tetap kawan terbaik saya. terima kasih kerana sudi menerima diri ini!

Andainya ditakdirkan saya yang harus memetik rumput itu! akan saya cari yang seperti awak! Tapi jika tiada yang seperti awak! Haruslah saya sedar bahawa mungkin rumput yang seperti awak itu telah dipetik oleh orang yang lebih baik dari saya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan