Isnin, 11 Julai 2011

Suka boleh tapi berpada-pada yee... -IBS-

Assalamualaikum dan selamat tengah hari yang tak nampak matahari, yelah! dah nama pon duduk dalam opis yang ber air cond, mana nak nampak matahari an?? huhu!Now nak bercerita tentang bila hati dah suka, haiyoooo..Sejak dua tiga menjak ni keje nak berjiwang sakai jew. Ahhh! apa yang aku pikior pun aku tak pasti, Tapi tapelah sengaja jew mao kongsi dengan korang korang yang awesome. huhu!

Bila hati dah suka; semua benda jadi nekad semata-mata nak dapatkan perhatian si dia. so, next time boleh jadi makin rapat... dan boleh tahu lebih banyak pasal si dia. huhuhu, Time tu dok sibuk sibuk pasang niat dah nak couple-couple tu. Tapi aku takdelah sampai gitu an, Macam pulun sangat jew pun. Suka suka biasa sudeyh! Dan tak tipu jugaklah kadang kadang ada perasaan lain datang.hahhaahaa.

Bila hati dah suka gila; rasa segan, malu, rendah diri... semuanya tiba-tiba datang mengacau jiwa. rasa tak tenang je dan keyakinan dah kurang sikit demi sikit. Biasalah, kita dah agak orang yang kita suka tu lebih sempurna berbanding kita kalau nak dipadankan dengan dia... So macam dalam pale otak dok pikir bukan-bukan! Ni tak kena, tu tak kena! Dan kadang kadang tu rase macam dah tanak suke jeeewww...Yelah kite sedar diri an?? Tapi tu kadang kadang, lao hari hari mybe nak suke jew kot! hohoho~~

Bila hati dah suka amat; apa-apa artikel sama ada cerpen or novel and drama yang berkaitan dengan cinta cintun ni, Tak kire lah citer jepun kew?? Korea kew??Tak pun Citer Hindustan yang tak habis habis dok nari, main cak-cak kat balik pokok getah tu ke! Mesti asyik terbayang watak tu.. hero dan heroin... kita ngan si dia... hahaha... kan?? Kan?? Kan?? dan sekarang ni pun, mesti orang pertama kita fikir ialah si dia... Muke and wajah die yang kurang nsem tu, menari nari jew kat depan mata tu an?? hahaha... Haaaa! Dah sengih sorang sorang depan PC tu mesti betoi an??? so! baik mengaku cepat! wahahaahahahaaa.

Alaaa, biasalah tu... benda-benda macam ni memang dah normal berlaku kepada semua orang... atok nenek yang dah senja tu pun... boleh jiwang-jiwang karat lagi tahu! haaaa... kadang kadang lebih romantik daripada orang yang umur muda ni... So tak heran jugaklah kalau ada diantara atok nenek kita still leh kawin even umor dah senjakala tu an??? hehehe... Jodoh tu kan ditangan Tuhan! Kita kena terima dan redho la.

Haaaa... Bila hati dah suka... kena pastikan juga... suka tu yang macam mana?? kawan ke... atau sebagai kekasih... sebab kadang kita salah tafsir dengan perasaan kita... huhu... so, berhati-hati... suka tak bermakna sayang atau cinta... dan sayang juga tak bermakna cinta... Tapi aku rase, suke aku ni macam lain jew! hoho! Dah biar aku jew lah yang tahu & tanggung nanti. heheehehee!

Tapi, bila hati dah suka tu... suka biasa-biasa sudahlah... kalau terlebih lebih tu sendirik mao pikirla, Takut dah lebih lebih nanti die pulak bagi jawapan yang tak sama dengan yang kao orang nak kan tu, Frust tertonggeng tonggeng lak nanti,Dah tu mulalah kuar citer macam macam, yang kao p bunuh diri coz orang tolak cinta kao! ahhhh... sudah! huhu.

so, make sure... jangan sampai terperangkap bila hati dah suka ye!
Cube jadik diri sendirik, dan jangan sesekali paksa die suka kat kite. weeee...
Ayat biasa aku, Dah orang tak suka an. Kao angkat kaki blahla, Lagi mao tunggu ka?? hahaahaa.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan