Jumaat, 22 April 2011

Rapuan; pesanan pada kau wahai LELAKI! Get losttt laaa..

Rapuan; terasa semacam pelik dengan tiap perbuatan yang orang buat kat aku, dah kao kecewakan aku! Nape perlu kao cari aku lagi??? Sudahlah dengan kekecewaan yang 1st kao telah buat! Pedih weh! Perit sangat sampai aku rase aku tak mampu nak buat segala benda because of you! Tidak kah kao rase malu??? Or kao memang jenis manusia muka tembok or kao memang tiada muke langsung??? Sudahlah! Cukuplah dengan apa yang kao buat! Aku tak pikir apa apa kebahagiaan yang akan kao berikan bila kao datang balik cari aku! Mungkin ada udang disebalik char kuetiaw yang kao nak buatkan?? Hahaha.. Orang cakap lebih baik bersangka buruk pada orang yang aniaya kita dari kita pikir dia adalah terbaik!! Memang choi lah kalau kao nak aku anggap kao yang terbaik!! Tak lalu doh! huuuu.... Aku rase better lah kao pergi pada orang yang kao pilih tu an! aku rase kao pilih die mungkin coz dia mampu beri kao kebahagiaan yang kao memang inginkan an?? So ape lagi?? Teruskanlah jaga kebahagian hubungan korang. Now! aku cikit pun tak kacau hidup kao tengah bahagia an?? So tak perlulah kao dengan tak malu sibuk sibuk kan diri nak kacau kebahagiaan hidup aku! Kao sesungguhnya tak layak untuk diri aku beb! Statetment ganas oi! hahahaa.. Ada aku kesah??? Nak saman?? Tade motiflah setan... grrrr...

Betterlah kao cari pompuan pompuan yang boleh tunduk ikut cakap kao! Aku bukan pempuan gitu wehhh.. Kao an paling bagus! So mesti kao nak orang yang bagus2 an?? Haaaa... pergilah pada orang yang kao anggap bagus tu! Maaplah aku sedikit tidak beremosi ketika mengupdate belog ni, coz buat apa aku nk emosi pada orang yang tak reti menghargai setiap kasih sayang yang aku berikan! Rugilah weh kalau hari2 nak sedih coz kao?? Memang buang karan ajew! hehehe. Bila nak ingat balik setiap yang kao buat kat aku, rase macam aku ni kena guna-guna jew an, tunduk & ikot segala kemahuan bodoh kao. Ye! aku tao kao memang bodohkan??? HAHAHAHA. Then aku pun terbodoh sebentar coz ikut apa ajew cakap kao an! AHhhhh.. siot gila nak ingat segala yang aku lalui dengan kao! Macam sampah gile nak ingat! Tapi now memang aku dah lupuskan segala ingatan tentang kao dari memory kapala otak aku ni. huhu!

Sedarlah wahai lelaki! Kao adalah lelaki yang tidak langsung punya pendirian! zero weh, memang langsung takde. Macam mana kao nak bimbing anak bini kao bila kao dah kawen nanti?? sikit punya perlulah pendirian tu dalam hidup setiap manusia tapi kao??? sikit pun takde! Kadang kadang aku rasa sedih dengan segala keputusan bodoh dan singkat yang kao buat, Even aku tak mengharapkan keputusan yang kao buat tu lebih kepada aku, Aku bukanlah jenis manusia yang suka mengaibkan manusia lain tapi kao dah besarkan?? kao tahu mana baik buruk seseorang pompuan or orang yang kao kenal! Jangan jadik bodoh dan jangan buat buat bodoh untuk menutup segala keburukkan seseorang tu. Jadiklah manusia yang berotak yaw! Get losst dari hidup aku!!!

Alhamdulillah dan aku sangat bersyukur ke hadrat illahi dengan limpah kurnianya, aku mula sedar dengan segala yang berlaku ni, ada hikmahnya bukan?? Now Tuhan dah tunjuk segala hikmahnya even aku suka nak buat2 tak nampak! huhu. Now aku sedang celik kan mata aku dan mata hati aku untuk menilai baik buruk seseorang yang baru aku kenal. Susah nak cari orang yang ikhlas dalam dunia yang serba moden now! Semua jenis yang ambil kesempatan ajew, tetambah pada pompuan yang lemah. Kao lelaki yang tak layak menagih kasih sayang seorang pompuan yang ikhlas pada kao! Sila cerminkan diri kao sebelum buat satu keputusan yang bodoh untuk diri kao yang sememangnya bodoh! hahahaa. Renung renungkan dan kao pikir pikirlah sendirik oi!


Acu salu pesan; un kalau kao nak pilih lelaki biar lelaki yang boleh bimbing kao! Jangan main redah jew, alaaa.. kao redah cam kao bawak motor gie keje tu! Pikir masa depan kao dan carilah orang yang mampu sayang kao dari kao terkejar kejar pada orang yang kao sayang! Semua tu hanya sementara.

Terima kasih cu! dibawah muka owner punya belog untuk bulan april ni. hahahaaa..
kunen si kunen tetapi otak tidak kunen yaw! bhahahaa.
Tupperware pun kunen oi. rembat ibu punyeee..weeeeeee..

Khamis, 21 April 2011

Berkata biar mengunakankan akal!

Kelak kau lebih dihormati.

Bercinta biar mengunakan minda!

kelak kau tidak menyesali dengan perkara lampau.

Rabu, 20 April 2011

Rapuan; gila-gilalah!! minggu kerenduan lah oi!




Rapuan; huhu! semacam selesa dengan perasaan sendirik! sangat indah nak digambarkan dengan segala yang dirasa, even minggu lepas adalah minggu yang menyakitkan! Sekurang-kurangnya aku ni manusia yang tabah jugak menghadapi segala hari yang mendatang tanpa rase sakit sakit hati dan beremosi bagai! Terima kasih yang teramat pada kawan-kawan yang tak jemu memberi semangat yang begitu jitu dan padu pada aku! Aku amat menghargainya weh!! Love korang sangat2! heheeheee. Minggu ni adalah minggu kerinduan okeyh! sangat rendu pada yang sedang merindui aku! Tetambah pada orang yang sedang jauh dari mata tapi dekat sangat di hati. heeeee... Sapalah gerangan manusia tu kan?? weee.... Sengaja bersoal jawab pada hati, even macam tak perlu dipersoalkan bagai.huuuu! Sila bukakan mata anda besar besar okeyh! Rendu pada sorang kawan yang selalu memberi gelak ketawa kepada kau? Salahkah?? Tidak bukan?? Itulah yang sedang aku alami now! Waaaa.. Rendu awak sangat ohhhh!! Tiada perkataan CINTA @ LOVE dalam persahabatan kami okeyh! Coz dua2 hanya perlukan persahabatan yang sejati ajew! Ape ada dengan CINTa??? Semak otak beb! hahahahaa...

Memang orang cakap! " ek eleh minah ni, kawanlah sangat! Pasni luah dalam belog yang kau sedih coz kau kecewa dengan sikap die buat kat kau bagai b4 ni cakap kawan sejatilah ape lah, now ape cer???" alaaaa.... mulot orangkan mana leh tutup beb! Lainlah mulut tempayan! Memang senang senang jew kau suruh kak limah tutupkan! huhu... Tiada perasaan mahu bercinta lagi untuk masa ni yaw! Cukuplah segala keperitan dan kepedihan yang dilalui minggu lepas aku jadikan sebagai pengajaran hidup aku yang terbesar! Sapa kata takde boy mati then tak leh hidup??? Silap besarlah beb! Kau tengok aku dengan orang orang yang single tanpa insan yang bernama LELAKI atau manusia Bergelar PAKWE! still jew leh makan, minum, tidur, merempit bagai! Jangan nak jadik pak kaduk sangatlah! Kolotlah pemikiran kau kalau kau pikir LELAki tu segala-galanya bagi kau! MAcam doh gile. Kawan lelaki tu mungkin penawar hidup kita tapi janganlah sampai kau nk tangkap feeling sangat! Meleleh ah gitu! huhu. Getik pulak aku ada kaum spiesis kau! hahaahahahahaaa...

Alaaa... Now nak citer sal kerinduan bukan nak sibuk2 citer sal perenggan kedua kat ats tu, aiyoooo! Macam Cilakak ajew! Saja menghilangkan mood kerinduan aku ni pun, huhu! Sedang merindu ni, Tapi tuan empunya diri suka jual2 mahal nak cakap! Nanti tengah2 orang sibuk sibuk dah nak padamkan diri untuk melayari mimpi mimpi yang indah indah! Dia pun sibuk2 kan diri dok kol! Konon nak masuk dalam mimpilah tu, Ayat manis gile, lembut gigi tu dari lidah bisa die tu! grrrr.... cit! Podaaaahhhh!! Geram betul aku dengan pangai mangkuk ni sorang! bila dia kol time2 die lepak dengan kawan kawan dia, nah! layan aku cm aku ni anak buah gengster kampung dusun jew! Tak reti nak beradap langsung! Bila start dapat nasihat & ceramah kat orang! NAh ayatnya! Lain pulak, kekadang aku pun tertanya-tanya die ni ada sangkut paut dengan A. SAMAD SAID kew haaa... Die punya ayat bila ceramah orang! Memang berpuitis habis! MAcam macam watak mangkuk ni ada! Kekadang aku pun konpius dengan peel mangkuk ni, haiyooooo! Awak ni memang peliklah! huhu... Kalau tak die start study minggu depan kat kolej segi! Tapi die punya excited pergi hari isnin minggu ni, Gila bapak lah mamat ni, excited tahap gaban betul! Pastu fon tu die boleh off jew! euwwww... geram aku! Mana tak datang rendu aku, duaa hari tak dengar kata makian dari die! heeeee.... Rendu awak ohhhh!!! Tadi die baru lepas kol! Tu yang die citer tu, mengong lah awak ni..huhu! Lepas rendu aku sikit! Thanx awak! HAHAAHAHA... Suka sangat2 dengan perangai mereng awak tu. weeee....


P/s ; tak salah nak rendu renduan kan?? Tapi perlulah buang perasaan feeling2 yang kekadang boleh menhancurkan sesebuah persahabatan tu, Kawan boleh! Kapel??? ohhhh.... Pintu hati aku ni, memang aku dah kunci dengan solex yang bapak besar punya! Kunci die memang aku dah buang jaoh2 kat gunung fuji kew everest kew mana tah! Hehe. Sapa dapat tu, insyallah aku kau punya! hahaahhaa.. Pada yang dah kecewakan dan hancurkan hati aku juga hilangkan segala kepercayaan aku pada kau! Kau tak payah sebuk2 lah nak cari kunci solex tu! coz kau sememangnya dah tak layak buat aku!Even kau yang jumpa!semak ah weh! Pada yg pernah cantumkan hati dengan aku dulu.. kau! kau! pun sama! Macam nyampah pulak nak hadap korang lagi! So sila blah jauh dari hidup aku yaw! Terima kasih dan datang lagiii.... eh! Eh! tak payah datang dah untuk yang tak reti hargai kasih sayang aku tu, pada yang sangat sayang pada aku! Silalah! sila silalah datang! huhuhu!

Isnin, 18 April 2011

Rapuan ; Sayang Ayah! Rendu ATok sangat!

Rapuan ; kerinduan pada yang insan bergelar ATUK! kadang kadang perasaan cemburu tu datang bila tengok cerita cerita kat tb atau keluar p mana mana nampak remaja remaja sedang gembira dok melayan atuk dorang! Memang aku mempunyai dua orang atuk! Sorang walanang dan sorang atuk! Tapi aku dari kecil memang biasa dan manja dengan arwah atuk aku ni! Tetibe kerinduan teramat menerjah kotak minda aku, aku pun tak dapat nak pikir menda lain, selain asyik ingatkan dia! Atok! un memang sedang rendu atok amat! Kekadang tu tak dapat tertahan apa yang dirasai, macam nak pecah dada ni menanggung rendu ni.

Rasa macam Nak ingat balik segala kenangan tue! Coz semuanya amat manis dan teringin sekali aku kembali ke zaman kanak kanak! bahagia bersama atuk! Tidak perlu kasih sayang dari insan yang bernama lelaki or Teman lelaki sekalipun, apa gunanya semua tu?? Semua tu adalah tidak kekal kan??? Mengunug mana pun kasih sayang korang tapi kalau sekali tu Tuhan nak duga Erti kesetiaaan dia dan kecurangannya pada korang! Pasti akan terjadik jugak! Now aku mula mengambil segala yang berlaku menjadik iktibar untuk perkara yang akan jadik pada masa akan datang! Kita tidak tahu apa yang akan berlaku pada masa hadapan kan?? SO now better jadik strong untuk menghadapi segala dugaan dan halangan. Sudah merepek dan beremosi pula aku ni.. huhu

Now un salu doakan kesejahteraan untuk diri atok! semoga roh atuk dicucuri rahmat olehNYa! Un sayang atuk! Takde sapa yang leh gantikan atuk sampai bila-bila pun! Even un dah punya orang yang un sayang! Tapi atuk tetap pertama dalam diri Un! Semalam sembang dengan ibu! Ibu ceritalah zaman muda2 die dulu, dia salu doa nak dapat seorang suami biar macam atuk! Alhamdulillah dapat jugak! Now ayahlah yang macam atuk! Even ayah garang & tegas sangat, Tapi kadang die seorang yang boleh dijadikan contoh! Un sedih bila tengok ayah sedih, memang ayah tak tunjuk tapi un dapat rase bila ayah sedih! Atok! Kadang kadang un nak bangun untuk bangga kan ayah! Tapi bila dah kuat untuk bangun mesti dengan tiba tiba datang kata2 yang melunturkan semangat tu untuk downkan un, Un tak kuat tok! Un cube jadik kuat tapi tahla. Biar orang nampak kita buruk macam mana pun tapi un tetap bangga ada Atok dan Ayah yang un ada sekarang!


AYAH! anak ayah kini dah dewasa yah, dah tahu menilai mana baik dan mana buruk, even kekadang tersilap langkah menilai yang buruk ke arah kebaikan, Un bangga jadik anak ayah even kadang2 un sendirik tak dengar cakap ayah, memberontak tah hape2! Tapi un sayang ayah sangat! Un tahu ayah pun sayang un dengan adek beradik lain kan tapi ayah tak tunjuk coz ayah kan ayah! huhu! Papepun un sayang ayah even un tak pernah tunjuk jugak kasih sayang un tu, malu lah dah besar2 ni. hehehe!!
P/s ; hargailah yang masih ada, kelak dah tiada baru tercari cari! sayangilah keluarga kalian sepertimana kalian sayangi orang yang kalian cinta!

Jumaat, 15 April 2011

Rapuan; BARCELONA -VS-Real Madrid = Hope BARCELONA terus unggul!

-VS-
Rapuan; mahu melupakan seketika dengan apa yang berlaku kepada aku untuk beberapa hari yang lepas! Even kedukaan tu masih lagi dirasai tapi kekuatan untuk menghadapinya masih lagi diteruskan! Chaiyok! Chaiyok Un! heee... Dah! mari kita bercerita tentang tahap ke excited an aku untuk menyapot team idaman tidur malam aku ni. ( selamba tok angkat aku jew tukar imbuhan ayat sesuka ati an??? ah..ada aku kisah??haha )

Yea! Sedang bersemangat waja,wira & satria neo untuk memberi kata-kata semangat kat team idaman aku ni, even dorang sikit pun tak baca dengan apa yang aku tulis segala rencah bagai dalam entri ni pon an! janji hati aku puas untuk menyatakan tahap semangat kesukanan dan kecintaan aku pada mereka! Tetambah pada abe love XAVI HERNANDEZ aku tu. huhu! Aku pun tatau apa yang aku gilakan sangat kat die! tapi yang pasti aku memang minat gila gila cam nak meninggey kat dia! oh Loike you lah! weee..

Huuu... Barcelona akan bertemu dengan Real Madrid untuk perlawanan separuh akhir liga juara-juara untuk musim ni, Huish! macam tak sobar jew kan! hehehee.. Papepun pada yang sangat meminati Barcelona & fanatik mati2 macam aku ni, sila silalah mendoakan agar dorang menang dan terus berjaya! Memanglah kita tak dapat ape ape tapi tahap kepuasan tu akan datang bila team yang kita minat gila tu menang! puah wooo... Tak caye?? Ce lah try oi! hehehee.. Tu pun takan nak kena ajar?? ngek ah!

I Love BARCELONA FC !

Hope mereka dapat mengekalkan 3 trofi ni lagi utk tahun ini yaw! wah! wah!

Wajah Player-player BARCELONA utk musim ini yaw! suke! suke! weee...

Tu dia! abe XAVI HERNANDEZ oh! hahahaa

Dia buat aku gilakan BARCELONA oi! HAKHAKHAK!

RApuan Cik Puan Besar ; Sapa cakap girlz tak ley minat bola bola ni??? Silap besarlah oi! Girlz now dah makin maju, pemikiran pun lebih luas dari lakilah! So janganlah nak heran bin pelik kalau kat stadium bola tu, bila tengok liga super perempuan lagi ramai dok terkinja-kinja, jerit-jerit bila Striker nak jaringkan goal! HAHAAHaa..

Khamis, 14 April 2011

Rapuan; harus kuat even tidak memiliki!

Rapuan; ingin berkongsi seketika tentang CINTA Tidak SEMESTINYA MEMILIKI!. Haritu time luah luah perasaan kat achik ada die soal kan tentang apa yang nak aku kongsikan ni! So pada achik meh nak bagitahu apa yang aku tahu! Even macam tak berapa paham dengan apa yang aku utarakan ni... Ah layankan ajew! hehehee.


Cinta tidak semestinya memiliki

Bila kita jatuh cinta pada seseorang ni, jangan sesekali kita menyeksa diri dan menganggap bahawa cinta kita tu tak diterima.

Cinta tu tak pernah ditolak kerana setiap insan yang masih punya perasaan ni memerlukan dan menginginkan untuk dicintai.

Wujudkan cinta itu dengan memberikan sesuatu bukan mengharap harap akan sesuatu sebab, apa yang diberikan kerana cinta selalu datang pada hati disaat-saat itu jugak.

Kebahagiaan memberi adalah jauh lebih sempurna dari pada kebahagiaan menerima!

Tapi! Lain pula bila kita menginginkan sesuatu yang kita cintai. kerana Keinginan itulah yang memberikan pahit yang menghiris dada.

Jangan menyiksa diri dengan menginginkan sesuatu yang kita sendirik tak pasti.

Jangan sia siakan cinta dengan beban yang berat then mengharap mampu di pukul bahu.

Keinginan memiliki tidak kesampaian tapi percayalah pada diri sendirik, selalunya cinta yang kita berikan seadanya itu takkan pernah bertepuk sebelah tangan.


p/s ; bercinta tak semestinya memiliki! even dah bertahun bercinta! jika tiada rasa cinta yang sebenar mungkin cinta itu hanya sia-sia! Menipu dirik sendirik adalah lebih BODOH dari menipu orang lain!

Rabu, 13 April 2011

Rapuan ; setiap pertemuan akan ada perpisahan!

Rapuan ; ingin berkongsi dengan apa yang telah rapuan baca kat salah satu belog yang boleh diterima pakai ayatnya!


Setelah berbulan dan bertahun lamanya anda mempertahankan hubungan cinta anda bersama si dia akhirnya perpisahan muncul. Perpisahan yang saya maksudkan bukanlah sekadar mampu menitiskan air mata anda tetapi perpisahan kali ini sekaligus memusnahkan harapan dan jiwa anda. Ketika itu anda menangis dan terasa kosong. Mengharapkan keadaan kembali seperti sediakala adalah apa yang anda idamkan ketika itu. Malangnya, apa yang anda idamkan tidaklah seperti apa yang anda harapkan.


Di sini saya ingin kongsikan salah satu kata yang pernah disampaikankan malaikat jibrail kepada nabi junjungan muhammad saw yang lebih kurang berbunyi,


“Cinta dan sayangilah kekasihmu sepuas- puasnya tetapi INGAT kamu pasti akan berpisah dengannya”..


Pencinta sekalian, baris ayat diatas sudah cukup membuktikan bahawa perpisahan pasti tiba! cuma waktu dan ketika perpisahan tiba hanya tuhan yg tentukan. Kita sebagai insan hanya mampu berdoa dan berusaha.


Putus Cinta terjadi disebabkan pelbagai jenis keadaan. Antaranya:

1. Kecurangan

2. Cemburu

3. Tidak serasi

4. Jarak antara dua insan

5. Kematian


Walaubagaimanapun, saya yakin dan pasti banyak lagi jenis perpisahan yang tidak saya senaraikan. Namun begitu, hakikatnya perpisahan adalah sesuatu yang negatif dan mempunyai banyak elemen yang boleh mempengaruhi diri seseorang mahupun dari segi mental dan fizikal. Oleh itu, wujudlah perkataan yang membawa maksud misteri dan indah iaitu “HIKMAH”. Setiap apa yang berlaku disekeliling kita yakin dan pastilah ada HIKMAH disebaliknya. Renungkan perpisahan anda sedalam- dalamnya walaupun memerlukan sehingga tahap menitiskan air mata nescaya anda akan menemui hikmah. Kepada anda yang pernah ataupun sedang putus cinta usahlah bersedih. Tarik nafas anda dan usapkan air mata dipipi. Sentiasa yakin dan percaya bahawa cinta sebenarnya masih lagi boleh diselamatkan (klik lah banyak info yang leh korang dapat) walaupun anda kehilangan pasangan anda. Hadapi dengan senyuman… Salam Cinta dan Kejayaan!


P/s; kuatkan semangat menempuh hari-hari yang mendatang yaw! even apa yang bakal kita hadpi tu kita pun tak pasti! cheer la dear!!!

Rapuan ; TERIMA kasih banyak-banyak! dengan ayat-ayat yang mengentalkan diri aku tu!



Rapuan ; rasa semacam jew harini! macam nak pikir-pikir balik ajew apa yang berlaku kat diri ni sekarang! semacam rasa tak logik dengan perasaan sendirik! Haish aku bukan tak betul ye, cume emosi terganggu,! Dun worrylah aku masih waras untuk tidak melakukan perkara-perkara yang mengaibkan diri sendirik! huhu. Kini kembali ke perasaan yang dulu, now bebas untuk melakukan apa saja! Freedom oi! hehe. Perangai usah kata lah! Pantang OTW g keje jew, mesti ada jew carutan dan bebelan tanpa asas keluar dari mulut comel aku ni! hahaha (muka bangga, menyengih sampai telinga,kening terangkat-angkat bila taip gitu) hahaaa.. Sejak bilalah aku dah jadik minah perasan ni, adeh! Saja menyedapkan hati sendirik yaw! Tiada motif apa apa pun. heheehe!

Wake up NUUN! jangan cepat mengalah! ohhh.. Terlalu banyak yang sedang memberi semangat kesukanan kat diri aku now! Macam macam bebelan dan ceramah free yang aku dapat dari deme deme yang tak jemu mengembirakan aku! Aku betul-betul dan sangat sangat menghargainya, Siapa tak hargai orang orang yang caring akan diri kita! huuuu... mereka yang selalu tenangkan aku juga tak penat langsung terus terusan memberi nasihat-nasihat yang berguna kat aku!

ayat yang aku ingat deme deme yang TERBAIK ni bagi kat aku! ;

Atin ; " dahla un! jangan fikir tentang jantan tak gune macam tu, Now dia akan bahagia dengan orang yang dia kejarkan tu, kau tunggulah esok, lusa! Jangan die melutut kat kau je! Peluang 1st tak kan sama manisnya dengan yang kedua! kuatkan semangat ye! Jangan sesekali kau tunjuk yang kau lemah, aku tawu kau seorang yang tabah! Aku sayang kau! "

* nanges jugaklah aku kena ceramah dengan minah ni! Coz dia pun sedang hadapi pe yg aku tgh hadapi sekarang! Kami memang serasi bersama.hehehe...

Abang Nazrol ; " abang dah kato jangan ambik budak2 ekau dogey! Now adek kuatkan lah semangat tu, Tuhan dah tunjukkan yang dia bukan untuk adek! so kenalah terima! Dah2 jangan amek budak2 dah"

* ni abang yg ngek sikit! hahaha. Dah nasihat tu sempat jugak dia perli tu, hampeh tol! tapi jadik semangat dengan bebelan dia!

Wisnu pahang; " Awak janganlah nak bazirkan airmata awak untuk orang yang tak reti menghargai kasih sayang awak! Awak kena pandang hadapan dan pikir tentang diri awak, ramai lagi orang yang sayang awak! Awak jew tak nampak, dia buat awak! dia akan terima balasannya! sabar ea."

* ini mamat memang kuat bebel oi! dapat je peluang ceramah kat aku, tak henti henti dia cakap! memang cergas terus mata ni dengar bebelan dia. Memang terus tak leh tidur. Suke dengar bila dia cakap! ayat yang dia kuarkan memang tersusun, dia sempoi sangat! suke!suke! HAHAHA.

Abang Emy ; " adek nape jadik macam tu? bila abang tanya haritu cakap tak kapel now dah lain pulak jadiknya! Adek kena banyak-banyak bersabar untuk tempuh semua ni, memang sakit nak hadapinya tapi adek kena jadik kuat! Think positif k! anggap takde jodoh! Tenangkan hati tu ye! memang kita akan jadik sunyi tanpa dia! Tapi hidup mesti diteruskan an??? Takpe takpe bila adek sunyi adek mesej jew abang! Tapi kalau abang tak balas adek paham-pahamlah! abang tak keje!"

* hahaha... Abang! Abang! nk gelak bila die bagi mesej ayat last tu! Papepun dia memang bagi aku kesedaran dengan apa yang die nasihatkan.

Cyakir; " Kau jangan berputus asa dengan apa yang berlaku! Cube bila ada orang nak kenal tu, kau try buat buat jual mahal sikit! kita jangan mudah untuk memberi dan melayan! Coz laki ni ada macam-macam perangai!"

* Kawan yang selalu kol aku bila dia buat RM3 celcom tu an, huhu! Borak dengan dia yang sampai tak tidur 1 hari tu. Terhibur jugaklah aku dengan apa yang nyembangkan. hehehe.

Achik; " Heee... Setan betul jantan tu kan! Dah2 jangan nak sedih sedihlah, pasni jangan cepat sangat sayang orang! Kenal hati budi dulu baru pikir betul-betul nak sayang ke tak! Nanti aku kenal kan kau dengan sorang mamat polis ni ea!"

* kawan baik aku ni tercicir ke belakang sikit, lambat dapat tawu! hahahaa.. siap sempat promot kawan dia ag tu, hampeh punya achik! papepun dia ni lah yang selalu mengentalkan diri aku dengan setiap nasihat ikhlas yang dibagi kat aku.

Tony; " Lumrah hidup! no other man all the berkuasa, any allegations that comes all in the course of is illahi, i shall never be like that, i can wake up alone a place to help me! You can lah! "

* ini lagilah die bagi aku sayu & semangat jugak dengan kata2 kumen die kat status aku! Even tak rapat tapi dengan ayat die buat aku rase semua orang mampu bangun bila dah down kan!

Syuk Mazlan; " ada hikmah disebalik yang berlaku wak! kuatkan semangat awak ye!"

* simple jew nasihat die bagi tapi mendalam kot makna dia! Dia pon tengah rase apa yang aku rase tapi di mungkin lagi perit nak hadapinya! papepun smoga awak lebih kuat ye syuk!


Alan ; " La hari tu aku tengok kau epy jew! aku pon tumpang bahagia sekali sebab kawan-kawan aku bahagia, dah ek! tak mao sedih sedih k! biasalah dugaan dalam hidup, aku tawu kau boleh hadapi semua ni kan??? sayang kau!

* Bestfriend baik aku time study dulu! sangat merasa dengan apa yang aku rasa! aku pun terhibur dengan segala kata perangsang dari die.

Tak semua yang baik dengan kita mampu memberikan kita kegembiraan kan?? papepun aku sangat sangat menghargai segala yang deme deme ni bagi kat aku! even sekadar ayat dan text text mesej ajew pon! Mampu buat aku tabah dan kuat menghadapi apa yang sedang berlaku ni. Ala ape de hal! HAHAHA..

Hurmm... Tak lupa pada Yang sedang suke suki! senyum senyum, sengih sengih dengan apa yang berlaku kat aku now ni lagilah sakan an! Mesti umpatan belakang belakang yang sedang kome buat now an??? hahahaahaa! macam biasalah, ada cek kisah??? weeee... pada yang tak sepatutnya tu, tak payah nak susah susah, sibuk sibuk, semak semak lalang hantar mesej then nak bagi ayat yang konon kononnya bajek nak doakan kebahagiaan aku bagai, pale otak kau!sikit pun tak membakar jiwa dan raga aku lah beb! Heloo der! sikit pun wa tak terasa dalam hatilah, coz bila wa dpt mesej lu wa bace seimbas lalu je, then terus wa delete coz wa rase mesej lu tu tak sepatutnya duduk lama-lama kat fon wa yang kurang canggih ni an! nanti melambak lambak lak virus Kencing tikus merebak-rebak kat fon kurenng canggih aku ni kan! hahahaa. So jangan nak sibuksibuk buat baik dengan wa ye! khidmat bantuan lu memang wa tak pernah perlukan pun! ada wa kesah lau lu kata wa poyo,beria dan sewaktu dengannya??? sikit pun tak amek port! lu sapa jew dengan wa kan?? hahahaha... relax2 wa sikit pon tak beremosi ketika mengupdate belog ni ye. weee... dah dah nak solat dulu! Tenangkan segala yang terkusut! jumpa lagi nanti.daaaa...


TERIMA KASIH UNTUK DEME-DEME YANG SELALU MENGEMBIRAKAN JUGA MENGAMBIL BERAT TENTANG DIRI AKU NI! TANPA KOME SAPELAH AKU KAN?? AKU SAYANG KOME SAMPAI MATI WOOO!

Selasa, 12 April 2011

Rapuan; SEDANG gelak kuat even kecewa.. ;)

Rapuan; hari yang mendatang membawa seribu erti sinaran! even perit untuk dilalui tapi semacam bersyukur dengan segala liku liku yang diberikan olehnya!! Sesungguhnya aku tidak pernah untuk membuat pengorbanan yang serasanya lebih kurang besarlah kan! Now aku sedang memberi kebahagiaan hidup aku untuk orang yang aku sayang!sayang kew??? dulu mungkin! Now tidak kot! hahaha.Mungkin dia lebih bahagia dengan apa yang die kejarkan! aku mungkin hanya tempat untuk die melupakan kesengsaraan yang pernah die alami dulu, now dia sedang bahagia! so mari kita sama-sama mendoakan kebahagiaannya even hati tidak rela seperti apa yang dikeluarkan oleh ayat dari mulut! salah tu bukan dari aku! dia yang membuat keputusan! aku terima dengan hati yang separuh terbuka! Hope kau juga takan menyesal dengan keputusan yang kau ambil ni ya! kau kan bagus! HAHAHAA! heeeee.... Jangan rase menyesal dengan apa keputusan yang pernah korang ambil even die bukanlah seperti yang korang harapkan!


Mula-mula seperti mahu memberi carutan yang pedas padanya! tapi bila dipikirkan segalanya dengan akal yang masih boleh diguna pakai! rasenya tidak perlu carutan semua itu! ya! aku memang seorang yang panas baran! tapi untuk kau biarlah aku cube mengalah untuk apa yang kau buat pada aku! Sedikit rase kesal tidak ada dan datang dalam diri aku! sesungguhnya aku amat bertuah mengenali kau! tapi mungkin kau bukan yang terbaik untuk aku! so better kau pergi pada yang boleh berikan segala apa yang kau mahu! aku perempuan biasa saje! tidak berharta pun! semoga kau selalu bahagia dengan segala apa keputusan yang engkau buat! kau akan bahagia untuk selamanya ya! even kau memang seorang lelaki yang tak punya pendirian hidup!


HAHAHAHAHAAHHAAHHAAHAHA.... Itu adalah gelakan manusia setan yang mahu melihat aku kecewa dan terluka! maap ye! aku sikit tidak terluka dengan apa yang dia buat pada aku! tapi kecewa tu mungkin ada! yelah sapa tak sayang an! Now aku berfikiran positif ajew! dah tade jodohkan nk buat cmner! pada yang suka melihat kemusnahan diri aku! kau! kau ! dan Kau dipersilakan gelak dengan sekuat kuatnya ye! kau boleh gelak guleng guleng sampai kau rase nk muntah hijau pon! manusia kini! mana boleh tengok orang bahagia sikit! mesti ada jew menda yang buruk2 nak tengok! Pada yang rase bahagia dan hepi dengan apa yang rase aku ni! terima kasih you all! i sangat sangat menghargai dengan segala gelakan setan korang tu! HUHU! ADA CEK KESAH??? WEEE...nak gelak! nak gelak! HAHAAHAHAHAHAA!


p/s ; tiada siapa yang mahu kekecewaan datang tanpa diundang dalam hidup seseorang itu! tiada siapa harapkan kemusnahan sesebuah hubungan tu terjadik begitu awal! dan tak semua yang kita impikan tu, akan kekal menjadik milik kita! so, berhentilah berharap pada benda yang tak pasti! even begitu payah nak lupakan!

Isnin, 11 April 2011

Rapuan; HIKMAH disebalik putus cinta! jangan sedih sedih lah



Rapuan; ini adalah untuk peringatan diri aku jugak diri korang-korang yaw! Tips ni aku dapat dari BLOG PAKARHOWTO! memang menyentuh tangkai hati aku! Coz segala yang ditulis adalah benar, ada sikit yang aku tambah yaw! so tenangkan hatimu dan Jum sama-sama aku kongsikan dengan korang!

Ketahuilah bahawa;

Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang tidak sama fikirannya dengan kita, supaya kita sedar bahawa kita hanyalah makhluk yang sentiasa mengharapkan pertolongan ALLAH.

Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang tidak serupa dengan kita, supaya kita dapat menjadi penilai yang baik.

Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang tidak memahami keadaan diri kita, supaya kita dapat KASIH SAYANG YANG TERBAIK, KHAS UNTUK DIRI KITA.

Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang tidak sempurna, supaya kita sedar bahawa ALLAH MAHA PEMURAH & PENYAYANG kerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan yang hebat untuk kita dan kehidupan kita pada masa hadapan.

Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang sangat lain perangainya dengan kita, supaya kita dapat mengutip pengalaman yang tak semua orang berpeluang mengalaminya.

Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang banyak komplen itu dan ini, supaya kita jadik MANUSIA YANG HEBAT JIWANYA.

Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang tidak penyayang, supaya kita lebih faham bahwa CINTA YANG TERBAIK HANYA ADA BERSAMA ALLAH.

Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang sombong dan bangga diri, supaya kita LEBIH MENGENALI KEHIDUPAN YANG TAK SELAMANYA KEKAL.

Wahai sahabat-sahabatku yang sedang kecewa, menderita dan sengsara kerana menahan keperitan CINTA, fahamilah bahawa kehidupan kita makin sampai ke penghujungnya.


Hari esok pun kita sendirik tak pasti sama ada ia bakal menjadik milik kita atau tidak. Gapailah keredahaan ALLAH dengan melaksanakan suruhan-NYA dan meninggalkan segala larangan-NYA, itu adalah lebih baik bukan? Percayalah sesungguhnya ALLAH 'malu' untuk menolak permintaan hamba-NYA yang menadah tangan meminta dengan penuh pengharapan HANYA kepada-NYA.

Sabarlah kepada semua sahabatku yang sedang merana kerana cinta! Ceriakan hatimu. Kerana ALLAh itu sentiasa ada bersamamu selagimana kamu taat akan-NYA. Amin!

Rapuan Cik Puan Besar; semoga korang2 ceria ceria selalu macam aku yaw! even kedukaan & kekecewaan datang silih berganti tapi hidup haruslah diteruskan! jangan dikenang segala yang pernah berlaku! so senyum-senyumkan diri lor.

Sabtu, 9 April 2011

Rapuan; Kekalkan CINTA JARAK JAUH

Tips mengekalkan cinta jarak jauh;

* KEPERCAYAAN
Jarak jauh bukan penghalang untuk bercinta okeyhh. Jadi, untuk mengukuhkan lagi percintaan anda, perlukan kepercayaan kedua dua pihak yang sangat tinggi ! Ya.. Lebih tinggi daripada kebiasaan sebab ini berkaitan jarak yang dah berbeza. Yelah, kita mana la tau, dengan sapa pasangan kita cakap, apa yang dia buat, dah makan ke belum dan sebagainya. Mesti lah akan timbul kejelesan disitu. So.. Saling mempercayai jugak dapat memperkuatkan lagi hubungan cinta itu.



* SENTIASA BERHUBUNG
Salinglah berhubungan !Hehe.. Di zaman yang serba canggih manggih ni, macam macam boleh di buat untuk melepaskan rindu ! Ada SMS, ada MMS, ada Call , dan banyak lagi cara. ! Hehe.. Kalau nak tengok pasangan kita bergerak gerak macam sengih ke, gelak ke, better guna SKYPE ! YM pun boleh jugak ! Hehe.. Stylooo !!


* CARING
Jangan pernah mengabaikan pasangan anda ! Hehe.. Curi la masa even 3 minit untuk menyampaikan mesej ringkas berbunyik " Miss U SAYANG" supaya pasangan kita tak rasa kita melupakan dirinya. Nampak ringkas kan? Tapi membawa 1001 makna pada seseorang itu bila ia membabitkan soal hati ! So Try la kalau tak caye. Hehe..


Carian dari incik google;
Curian dari sengal zone sori tercurik! thanksss!
hehehe

Rapuan; Jauh jauh pun kena kongkong! Perlu kew??? adehhh..

Rapuan ; Mahu meperkatakan seketika tentang cinta jarak jauh ni, Kau jauh nun disana dan dia nun diseberang! Perlu ke nak mengongkong pasangan oii??? memang tak perlu diperbesar- besarkan tapi kadang-kadang meluat dengan sesetengah mentaliti manusia kini, Bercinta atas dasar apa entah, Kalau betul mahu bercinta dengan orang jauh dari diri kau! Kau perlulah percaya dia dengan semahunya! Even bukan 100 peratus pun tapi sekurang kurangya kau tunjuklah yang kau begitu memahami dirinya dan percaya pada dia! Ni tak bercinta 2,3 tahun tapi kepercayaan kau pada dia hanyalah 20 peratus dari 100 peratus tu? Yang tak tahan tu, tiap masa dan waktu kau nak dia hadap kau jew! maksud aku, macam nak mesej kau 24 jam jew tanpa pikir yang dia banyak keje lain lagi nak buat dari hadap mesej kau yang takde faedah tu jew! Lagi tak blah bila apa ajew yang die nk buat semua perlu bagitahu kau! tak kire lah nak makan kew? berak kew? Kencing kew dan sewaktu dengannya!

Haiyooo.. Perlu kew?? Memanglah untuk sesetengah percintaan tu perjalanan cintanya berbeza tapi janganlah sampaikan bila dia tak bagitahu segala tu buat kau sentap dan saja saja nak mencetuskan pergaduhan! aiyakkk... tu yang sakit bila ada orang yang macam gini bercinta dengan orang jauh! Memang tiada masalah untuk diri aku, Tapi aku yang mendengar cerita-cerita tentang ni buat aku jadik meluat, Tiap minit kena kol, tiap minit jew nak kol! aku tengok pon naik boring! Macam manalah dengan dia yang kat sana! Mungkin dia juga boring dikongkong sedemikian rupa! Tapi disebabkan Kasih sayang & cinta dia untuk kau dia sanggup melakukan apa saja even dia tak suka dengan apa yang kau lakukan pada dia!

Perlukah segala yang berkaitan dengan hal2 peribadinya menjadik sebahagian dari hidup kau??? Heloo! Kau baru jadik Awek, GF, Makwe @ Tunang sekalipun! Kau belum betul2 lagi diiktiraf untuk mencampuri segala hak peribadi die okei! Huu... Baru jadik gitu nak kawal segala apa yang dibuat! Sampai kan kad bank dia sendirik pon kau pegang?? Hai melampau dah tu. Apa kau ingat kau dah jadik BINI dia kah?? Sian sian pada dia yang mengikut segala kemahuan kau! Kau! Kau dan Kau memahamilah perasaan dia yang begitu menyayangi kau! Ini dah jadik kes queen Control dah oi! Huu.. Sedih dan rase nak nangis untuk dia yang terlalu lurus menmbuat segala suruhan kau! Kejam! Kejam! kejam jugak kau ya. Kalah MUAMMAR GADAFI tu oi. Hahahaa...

Pada kau! Kau jugak manusia biasa bukan? ada hati jugak punya perasaan! Pikirlah dengan pikiran yang tenang, apakah segala yang kau buat padanya adalah betul?? Ni pun waktu bercinta lagi! Macam mana bila dah kahwin?? takkan kau jugak yang perlu kongkong dia bagai! Ingatlah pesanan penaja My GRANDMA ni,bila kita dah kahwin SYURGA TU DIBAWAH TELAPAK KAKI SUAMI! kau naik suara sikit pon kau dah bukan jadik ahli syurga! Macam tu jugak dengan IBU-IBU kita ye! Dia pun nak merasa hidup macam orang lain, gembira bersama kawan-kawan! bahagia dengan family sendirik! coz dalam dunia ni masih lagi ramai perlukan dia! kau ingatlaah dia bukannya hak kau sorang ye! So kalau kau rasa apa yang kau buat pada dia tak betul dan tak benar! kau cepat cepatlah sedar, cepat cepatlah bertaubat dan memohon maap pada dia! Tidak susah pun nak buat macam yang aku suruh tu kan weh! heee...

Rapuan Cik Puan Besar; Ayat seorang HAMBA ALLAH untuk aku! Aku dah lupa ah tentang ayat yang sebenar benarnya tapi yang aku boleh ingat sikit sikt baitbait ayat tu... Jika kita mencintai seseorang tu tidak semestinya kita seorang jew yang mampu memberikan kebahagiaan dan kegembiraan dalam hidup dia! Dan dia bukan sepenuhnya milik kita, so pada yang ada sifat2 cemburu yang keterlaluan and melampaulampau tahap cipan nak beranak tu korang buangbuang ah sifat yang kurang menyenangkan orang lain tu juga Cinta hati korang tu! tak luak mana pun semua tu an, kalau betul dorang nak curang! 1 hari TUHAN akan tunjukkan jugak kat kita, memang perit untuk hadapi saat itu coz kita dah terlalu sayang dan cinta pada dia! Tapi beringatlah setiap yang berlaku tu ada hikmahnya, dan setiap perbuatan yang dilakukannya akan dibalas jua! Tambahtambah dengan zaman yang serba moden and canggih ni! Mang TUHAN bagi CASH jew kat manusia manusia yang tidak menghargai cinta ni.. Renung-renungkan dan selamat termenung! HAHAHA...