Bila hati rase tak keruan,
Otak mula berfikir yg bukan bukan.
Bila hati tidak kebal,
Perasaan yang terpendam bakal menjadi dendam.
Bila hati tak menentu,
Kata kata yg tidak seharusnya terlafaz,
Terluah jua.
Bila hati menjadi gundah gulana,
Keperitan yang dirasai semakin merajai diri.
Bila hati sudah mati,
Tidak akan ada sekelumit perasaan yang akan hadir.
Biar ia mati bersemadi bersama perasaan yang dikhianati,
Tidak perlu perasaan dalam diri,
Hanya kekosongan hati yang akan mengiringi setiap yang terjadi.
Pergilah wahai keruan,
Pergilah sang tidak kebal,
Berlalulah wahai tidak menentu,
Berlalulah sang gundah gulana,
Pergi dan berlalulah wahai kalian semua,
Semoga perasaan ini tidak mudah mati dan tercarik hanya kerana secalit rase benci yang hadir didalam diri.
Menjauhlah wahai kalian!
Agar tidak menjahanamkan perasaan yang dirasa ini.
Perasaan yang bakal menjadikkan diri ini kuat!
Ketenangan kao hadirlah bersama semangat darinya,
Semangat yang selalu membuatkan hidupku bahagia,
Semangat yang membangkitkan diriku dari dunia khayalan,
Semangat yang mencetuskan pelbagai perasaan terhadapnya.
Kekuatan semangat itu adalah darinya,
Hanya dia yang mampu menhilangkan segala keresahan dihati,
Semoga semangat ini sentiasa bersemadi didalam diri ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan