Rasa macam tak kuat! sedang kuatkan hati menempuh hal hal dunia, Ahhh! Sememangnya aku bukanlah seorang manusia yang cekal untuk menghadapi segala situasi yang tidak sikit pun aku mintak ni. Alhamdulillah aku bersyukur dengan kehadiran sahabat yang selalu bersama aku tak kire ketika aku susah senang! Gelak tawa or berduka, dia lah yang selalu menawarkan segala kepedihan dan kesakitan hati yang aku alami. Tu pun kalau aku tak tertahan menanggung segala yang aku rasa! Yaaa.. Kali ni aku menjadik amat lemah sekali! Lemah dan tidak kuat untuk menyimpan segala yang dipendam. Achik! Terima kasih yeee! Aku akan terus sematkan segala yg kao pesan semalam. Sakit dan teramat sakit! Dengan semangat dari dia! Aku mampu untuk menarik nafas dengan tenang dan mampu meneruskan hari hari aku yang kian sepi ini.
Jauh dan makin jauh nampaknya! Tapi siapalah aku untuk menyuarakan segala apa yang dirasa. Sepi sunyi hidup tanpanya! Biarlah dia bahagia dengan segala yang dia miliki now. Aku hanya mampu mendoakan agar dia selalu bahagia dengan kehidupannya, Hope persahabatan kita akan selalu kekalkan. Tutuplah segala pintu kesedihan ini agar aku mampu merasa kegembiraan yang dulu!
Seperti mahu menangis! Tapi airmata tu tidak turun laju, mungkin ia airmata kerinduan! rindu pada dia yang dulu tidak jemu layan manusia sakai seperti aku! Now? takda dah! Dia sudah temui kebahagiaan dalam hidup dia mungkin! sama sama kita doakan agar dia bahagia untuk selamanya! Amin. Alhamdulillah hati aku kuat untuk cube menghadapi semua yang tersurat ini. Sikit tidak melatah dengan segala yang ditakdirkan, siapalah aku untuk merungut dan melawan takdirNYA! Kuatkan semangat dan redha dengan setiap berlaku.
Semoga kebahagiaan selalu bersama awak! Saya akan selalu tersenyum melihat awak gembira. Terima kasih dengan setiap layanan yang sangat baik dari awak untuk saya! Hope awak tak lupa ayat yang awak pernah bagi kat saya! 'kalao boleh saya nak kawan dgn awak sampai bila bila!'. Thanks!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan