Rabu, 24 Ogos 2011

Hati oh hati = CIPLAK

Entah kenapa hari ini tiba-tiba terasa mahu bercakap soal hati. Orang kata cerita hati adalah subjektif. mungkin. tapi perkara yang subjektif itulah yang orang suka kan?
Ini juga kisah mengenai dugaan hati. Manusia memang selalu kalah dengan dugaan, tidak kira besar atau kecilnya bentuk dugaan itu . ehh...dugaan juga perkara yang subjektif kan?..patutlah saya pun suka..hehe.

Manusia cepat lupa bila segala-galanya ada di depan mata. cepat lupa diri.cepat lupa asal-usul. bila lupa asal-usul, lupa diri mula lah terjadi macam-macam, perangai pun pelik-pelik, hati yang dulu kuat juga mula goyang.

Kalau dulu, susah-senang dihadapi bersama, tidak kiralah betapa berat pun dugaan dan betapa hebatnya rintangan , kerana hati masih kuat, perasaan masih kukuh, semuanya sanggup diharungi. Tapi bila saja nama dijulang, wang-ringgit dalam genggaman, hati mula goyah.

kalau dulu ada dua keping hati bersatu mesra kini tidak lagi, hati yang satu lagi itu ditinggal dan tidak dipedulikan, bila nama sudah dijulang, dia lupa dan dia tinggalkan sekeping hati itu, sebab dia sudah mula melihat ada berkeping-keping lagi hati yang mudah untuk dicapai. hati yang lebih gebu untuk digenggam dan lebih lembut untuk dijamah.

Itulah manusia yang lupa diri. hati manusia yang mudah goyang, kalah pada godaan wang ringgit dan nama yang dijulang.Mungkin kerana dia lupa, sekeping hati yang merah kerana cintanya itu pernah mengharungi pahit-getir bersama kini sedang berdarah dan menangis juga kerana cintanya yang goyah.

Kepada hati yang melukai itu, ingatlah kisah gembira bersama hati gebu itu tidak selamanya berwarna-warni indah seperti pelangi, satu hari akan pudar juga warna ceria itu. Kepada hati yang dilukai itu, berhentilah dan jangan biarkan hati itu terus menangis, esok-lusa, cepat atau lambat, pasti ada hati baru yang lagi ranum mahu datang mengisi dan mengubati. <!--[if !supportLineBreakNewLine]--> <!--[endif]-->

* Ceroten diatas BUKAN lah coretan saya tetapi seorang insan bernama Mida di blognya - http://didamumin.blogspot.com

Haaaa.. Kalau diantara korang yg jadik follower jejari runcing mesti ada baca entri ni kt belog die an? yeee! Aku menCIPLAK lagi. Tah! Macam syok pulak entri tu! Saja nak berkongsi dengan korang korang! Sesungguhnya Jejari runcing memang seorang yang kuat semangat dalam menempuh liku liku kehidupan yang die sedang lalui. Memang aku respeklah kat die. Hope aku pun boleh jadik strong macam die, still senyum even dugaan besar datang dalam hidup. Go! Go! Go! Elia. Power puff gurlz. huhu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan