Rabu, 14 November 2018

Rezeki 2018

Salam hari rabu semua. Tajuk macam good good je kan tapi takda apa pun sebenarnya. hahaha. Alhamdulillah tahun ni tahun bermakna bagi aku even macam macam dugaan datang silih berganti tanpa diundang tapi ada kebahagian dia selitkan. Selama 3 tahun aku hidup bersama suami tercinta berdua, alhamdulillah bulan 4 haritu Dia beri rezeki zuriat kat aku. Lama aku tunggu hari hari aku tak putus putus doa sampai kekadang aku rasa aku giveup dengan diri sendiri. Alhamdulillah Dia sebaik baik perancang. Yang maha dasyatnya aku sendiri pun tak tahu yang aku mengandung waktu tu. Dengan macam macam aktiviti lasak aku buat sampai takda rasa langsung sakit dia. Alahan ape benda semua aku tak rasa yang pasti masa tu aku jadi kurang makan, bila makan lebih sikit je mesti nak keluar balik padahal sebelum ni kau bagi jelah apa kat aku ni, aku tolak batu dengan kayu je sume aku bedal. Masa aku dalm kursus aku dah mengandung rupanya selamatlah masa tu dah nak habis kursus tu, latihan akhir kat kawasan kelapa sawit Bukit Tagar. Taw tak kat situ dalam dia kawasan hutan tapi aku sikit pun tak rasa apa apa yang taw nak habiskan latihan je.

Patutlah bila ada prade berdiri lama lama nampak gelap kelabu ja tapi still bertahan jugak sebab mybe aku ni jenis antibodi kuat kot kan. Masa dalam latihan tu jangan cakaplah macam macam kne dengan jurulatih kalaulah aku tahu aku mengandung masa tu mampus lah aku tak buat apa yang dorang suh buat. Sebab tak dapat jawab soalan dengan betul aku dengan 2 lagi kawan aku kena crawl dekat tengah lumpur tu. bayangkan jauh dia dalam 2km and patah balik berenti kat tengah tengah lumpur tu amek jungle hat (topi) cedok kat lumpur tu and sapu kat muka sendiri. Alahai rasa macam pakai masker dah. Tetambah bila lumpur tu dah keras. pehhhhh nala cek oi. Paling syok tempat latihan aku tu ada sungai pehhhh memang asyik terjun jelah aku ni. Kalaulah aku tahu aku mengandung tu memang tak buatlah wei. Maaflah anak mom awak ni memang jenis kasar and lasak orangnye memang tak boleh diubah dah sampai pak hang pun pening layan mom hang ni.hahahaha


Ni lah orang dia, budak lasak kasar namati. 
 Masa aku dah habis kursus aku start kerja kat KL lak, time tu lah ade orang orang tegur aku sal perut aku, yelah masa tu kan pakai traksiut dengan baju t-shirt kita ni ingat perut buncit semahu mahunya kita ni pun jawablah perut buncit bila orang tanya tanya ngandung ke ape la ini lah. Siap dorang suh g cek lagi. Aku jadik cam pikir pikir jugaklah sebelum deme tegur tegur tu aku siap main netball lagi wei wakil team opis aku kemain melompat bagai, siap balik kampung aku kat Ipoh tu sorang sorang merempit naik motor RS 150 laki aku, bila ingat ingat balik aku rasa aku ni jenis main dan je kan. kuat beno awak ni sayang. Haaa masa blik kampung ni lah aku ajak mak aku g giant cari prengancy test nak tengok benor sangat ke aku ni mengandung. Balik balik tu terus g cek, apaklah laju je dia naik dua line beb. Allah time tu tak taw nak rasa ape, rasa nak nangis ade tak percaya pun ada. Dengan laki aku lak takde kat sisi aku time ni. Allah sedihnya nak hadap sume ni sorang sorang. Siyeslah memang aku survive gila masa memula ni. Bermulalah aku g Rsat cek doktor sume, Ya dok pun ucap tahianh suh p KK (klinik kesihatan) g buat buku pink. Ya usia kandungan dah cecah 16 week baru buat buku pink selamatlah nurse jenis elok tak maki maki hamun kan. So aku hadap 5 bulan sorang sorang tanpa laki aku. sedih jangan cakaplah g checkup sorang tengok orang lain kemas je ade suami kat sebelah kita ni sekor sekor je hadap tapi takpe aku jenis strong punya orang aku radak je mana boleh. And now laki aku dah balik  haaaa memacam aku suruh dia buat jangan haraplah aku nak mensia sia kan peluang yang ade. hahahaahhaa.

Kekasih halal yang tak jemu jemu melayan segala jenis karenah. Tq sayangku.
Tapi betullah orang cakap kalau dah cakap Dia nak bagi rezeki tu hang buatlah apapepun memang rezeki hang jugak. Alhamdulillah baby sihat sejahtera selalu takde effect ape ape pun masa scan bulan lepas siap buat details scan lagi aw. Syukur ya Allah dengan rezeki yang kau berikan ini. Aku tak minta banyak pun minta semoga dipermudahkan bersalin nanti dan baby keluar dengan selamat hendaknya. Amin




Sesi Meluah Apa Yang Terbuku.




Assalamualaikum salam penghujung akhir tahun. Tuppp Tapp tupp tapp dah nak hampir dengan bulan 12, macam tak percaya je nak masuk tahun 2019. Macam tak puas nak survive untuk tahun 2018 ni. Banyak sangat hajat dan impian belum tercapai kekadang rasa macam mimpi pulak nak jumpa bulan 2019. Untuk kali ni macam semangat membara bara nk hadap blog sebab kat opis takda orang. sume sibuk dengan aktiviti luar so kita ni yang tak boleh buat aktviti lasak lasak kita hadap laaa duk opis ni sorang sorang yedok. hahana

Nampak tak my blog dah berwajah baru dah tak bersawang kolot kolot macam dulu kan? kan? nampak cam elegent elegent sikit kan. hahahaha (angkat bakul teruk sangat un oi) hahahahaa. Nak buat cun cun macam idola blogger kita irenenadia tapi sayang kita belum kaji habis nak buat grand grand cun cun cam dia punya blog. Biarlah biasa biasa pun jadi sedap mata memandangkan. Teruk sangat ni sebab dah lama bapak tinggalkan dunia blogger ni. Last update sal kucing kesayanganku itu tapi sayang bila baca entri tu balik sebab dua dua ekor dah pergi hilangkan diri tinggalkan aku. Ahhhh tak dapat aku lupakan saat deme hilang macam mati laki aku rasa. Dengan taklalu makan bila g keje je airmata ni menitik je teringatkan deme. Allah tersiksanya rasa kehilangan tu. Semoga deme bahagia disana. Dahla taknak sediah sedih sebab sekarang ni dalam fasa emosi cepat terganggu pantang sedih sikit mesti airmata ni laju je turun.

Oklaa taip pepanjang pun macam semak je kan. sebab ade banyak lagi benda nak bercerita ni, sabaq na tunggu satu satu entri aku buat nanti. So selamat la menjengah blog aku yang tak seberapa ni. Muah ciked.




Ahad, 16 Oktober 2016

Si nonet Ozil.

 Haaa.. Ni nak cerita pasal kucing kesayangan aku. Yang Abu tu suami aku dok sayang sangat yang sekor ni memang aku sayang gegila tak macam abu. heheehe. Bukan pilih kasih ke apa tapi tahla kenapa sayang lebih dekat ozil ni. Ok nama dia 'OZIL' Maybe sebab aku minat player bola Jerman  tu kot tu yang beria buh nama tu. Tapi bila dah bubuh nama tu makin hyperaktif aku tengok dak sekor ni. Mengelejat semacam geram pulak kita tengok dia terkejor ke sana terkejor kemari. Panjat itu panjat ini. Eiiii.... Rasa nak gigit je.

1st aku jumpa si ozil ni masa aku dok basuh kain ni haaa... dok jemur jemur kain kat depan mesin basuh tu masa tu tak keluar rumah lagi. Yang abu ni cam pelik je dok bawah singki dapur tapi mata dia menghala ke tingkap ingatkan nak rembat ayam yang aku tengah rendam tu, Tapi aku buat lex je la dok teruskan sidai kain aku tu. Aku pun ambikla kunci grill nak buka grill jemur kain. Dok angkat kain kain yang nak gantung kat ampaian tu mata aku automatik terpandang benda yang ada atas tingkap. Kusss semangat akak ni wei tengok ada kucing yang omey omey sangat tu kat grill tingkap tu. Apa lagi akak g msuk dalam la amek fon tangkap gambor dia. Ada kat bawah gambor 1st dia mai tu. huhu.

Ingat lagi masa tu sehari nak raya haji, lepas dah ammek si nonet ni terus mandikan dia semua. dah kering tu biorkan dia kat pintu tu kononnya nak suh la dia blah p balik rumah dia. Tapi tak pulak dia blah makin gedik gedik dia kat kaki kita. Haish laaaa.. Petang tu memang cadang nak balik Jitra dah nak sambut raya haji kat sana kan. Terpikir pulak nak letak mana dak nonet ni. Last last suami aku cakap bawak je la balik. Nanti singgah rumah Ipoh kita letak kat ipoh. Aku pun haa kan je la.

Bukan main aktif dia dok dalam kete. Rasa macam nak sekeh sekeh je pale dia. Nak letak dalam sangkar besor la plak. So biorkan je dia bebas.Da bebas tu bukan main sakan dia panjat sini sana. Pantang nampak tingkap erbuka kerja nak lompat je. Selamatlah cepat perasan. Ozil ozil laaa hai. So sakan lah dia dapat berjalan sampai ke Jitra selamatlah Pak mak mertua smpoi boleh layan kan peel si Ozil ni. Hehe. Siyes Cakap pak mak mertua memang the best. Thanks mak abah. huhu

Lepas dah habis raya haji kat jitra tu terus balik Ipoh sebab esok dua dua dah kerje kan. Rush jugaklaaa balik masa tu tapi sampai Ipoh tu lex lex dulu sebab taw hiway tu konpem jammed bapak. Rasa berat hati lak nak tinggalkan si nonet ni last last kakngah cakap ko bawakla bela kat rumah ko> Ada laa nak buat kawan sikit. So aku bela lah dia sampai la sekarang dah makin gemok lepas kena injet vaksin ni.hahahaaha. Masa nak g injet tu berat baru 2kg. Now dah naik dah wei 3kg lak dah. Cecepatlah membesar degna sihat ye sayang. Macam biasalah kat bawah ni nak payung sikit pic pic dah nonet ni. hehe

Dia ni kucing paling baguslah. Nak berak je g toilet nak kecing je cecepat kais lantai toilet tu. Sayang sungguh aku kat nonet ni. huhu. Now je cam elik sikit bila aku balik kerja tu tak sesabor dia nak keluar rumah. Ingatkan nak buat apa, rupanyan g cari taah nak berak. Alahai nonet. I love u taw. taw. taw. (versi chanteq anak johan) hahahahaha.


Ni muka 1st time jumpa dia, Muka ketor kena kejor dengan kucing jahat.  

 
Masa nak balik Jitra. Kemain dok nyendeng kt suami akak ye.

 Lepas kena buli je buat muka trauma. Hahaha

 Sedih je ase nak tinggal dia sekor sekor kat rumah masa nak g kerja. huuuu...

 Geram la tu tak dapat nak buli akak balik. hahahaa


 Merajuk sebab kena marah. padan muka hang. Kerja nak kacau orang ja.

 Kangkang maut habis wei. Baru lepas kena mandi ni. heehee..

Kesayangan akak. Ozil ku sayang. Lebiu intan payung akak.





Moga selalu sihat dan akan gemok macam tuan kau ni ye sayang. 

'ABU' sayang.


Assalamualaikum.. Salam berhujung minggu semua. Syok hampa na hujung minggu boleh dok berjalan merayap dengan suami anak anak tunang and boyfriend girlfriend hampa kan. Aku ni juga sekor sekor layan kepala kat rumah. Apa boleh buat suami dok kena duty. Jaga keamanan  kem la katakan. AhahahA Selamat lah ada peneman setia kat rumah ni. Nak ada baby belum rezeki lagi ada baby kucing pun dah ok dah janji ada nak yang di buli. hahaha.

Masa aku pindah dekat kajang ni adalah sekor dua kucing yang rajin mai kat rumah aku ni. Alhamdulilah dapat suami pun yang suka kucing jugak so tak heran sangat kalau deme deme ni mai kat rumah ni buat macam hotel deme. Nak makan deme mai dah kenyang deme blah. Hampehnye kucing. hahahaa. Sampai lah satu hari ni ade sekor kucing ni gemok cam bapak kucing. Aku rasa memang bapak kucing pun. Yang suami aku ni dah berkenan naw dengan bapak kucing ni. Bila dia mai je dia belai belai kawan tu, bagi makan sume cukup baiknye la.

Last last aku cakap bela lah b kalau awak nak sangat bela. So start hari tu bapak pun dijaga baik oleh suami aku dan dia bagi nama 'ABU' jadikla dari takde kan. hahaaha. So sampai now abu stay dengan kitaorang just dia tu rajin merayaplah dari dok rumah ni. Bila kami dua g keje je mesti dia keluar so takdelah dia dok dalam rumah. Haaaa... ni nak belanja sikit pic abu ayang kita ni. hehehe.


 Hai nama saya ABU.

Muka minta makan. haishhh..

Alalaaa.. Budak manja. Gewamm akak.

Abah dia ni jela yang selalu manja kan abu ayang ni.

Makin menjadi laaa dedua sayang kita ni. eiiii

Khamis, 6 Oktober 2016

Sakit dia Tuhan saja yang tahu.

Assalamualaikum para blogger sekalian, berhabuk habis aihh.. Lama tak tekan keyboard menaip, sampai jari jadik keras baq hang. hahahaha. Harini cam good good je mood nak menaip maybe sebab bosan tatao nak buat apa, Encik husband lak duty malam ni so jadi sunyi dan sepi pulak rumah ni. huhu.. Dah lama tak aktif dengan dunia blog ni tengok follower pun dah macam ada ke tak deme ni? macam tak wujud pun ade. hehe. Nk menaip ni senang je sebenarnya hang buka lappy hang then hang usha semua blog blog yang hang suka, konpem entri depa buat hang banyak idea nak menaip. Tak pun kalau nak idea melimpah ruah macam aku sekarang hang bior perap lama lama blog ni then jadikla macam aku. Macam macam benda nak citer macam macam benda nak luah dalam ni, tapi tu la kita mula sikit sikit dulu ye. Rindu kan... So tunggulah entri entri yang aku nak keluarkan. hehe.

Lepas habis aku kursus kelas 2 radio tu aku terus kena posting kat KL. Aku punya beria lah best dapat posting sini yela dekat dengan encik husband kan, dulu masa lepas kahwin nah.. sorang dok utara sorang dok selatan. Bila encik husband dapat weekend time tu la pun dia mai utara tengok aku semua. Aku ingatkan seronok sangatlah dok tempat baru ni yela orang lama sume cakap unit yang aku nak posting ni best sangat, tayah pakai uniformlah tayah nak berbaris macam dekat sini la macam macam deme up kn tempat aku now ni. Rupanya bila dah posting haaaa.. amek kau indah khabar dari rupa. Orang orng berkerja dalam tu sume macam kere taley blah langsung. sekor sekor macam sakai.Kalau bab hal kain orang tu cukup suka deme amek port yang lagi taley terima tu lelaki yang over gila babeng perangai jaga tepi kain orang. Sibuk gila kalau bab orang ni.Seriously masa aku memula masuk kerja duduk sana, ya ampun hanya Tuhan je yang taw penyeksaan perasaan hidup aku, hati aku ni hari hari tahan sakit dengar mulut sorang sorang yang macam hanat tu. Tiap kali solat tu bila habis solat konpem airmata ni mengalir ingat segala apa yang deme buat. Tah aku tatao camne nak cerita cara deme pedajai aku ni.Bila balik kerja tu hari harilah aku dok ngadu kat encik husband, macam macam cara jugaklah dia nak tenangkan hati aku ni. Yang paling taley blah tu dia siap nak ajak geng serang opis aku tu. Memamng gila babeng kalau encik husband tuu dah mengamok. huhu. Tapi aku sabarkan dia aku malas nak panjang panjang cerita. Alhamdulillah dia dengar cakap aku ni.

Alhamdulillah dah masuk 8 bulan dah aku still tempat baru aku tu, ada la sorang dua yang masuk sana. Terlepaslah beban kena macam macam dengan deme tu sikit. Kesian pulak tengok budak budak yang baru masuk tu kena sama macam aku dulu tapi apa boleh buat aku pun budak baru so aku tengokkan je la. Paling koman aku buat pun geleng geleng kepala je la. Betul orang cakap selalunya yang kaki ragging ni la yang tak pernah kena teruk tak pernah rasa sakitnya kena ragging tu yang dok buat meregeh amek orang bagai. Perangai dah mengalahkan babi. Eiiii siyes geram bila ingat balik.

Lagi tak blah deme ni jenis muka bertalam talam kalau letak sebelah talam tu memang sama aih. Depan kau dia punya senyum puji puji kau cukup baikla aihhhh.. siap pakej ajak kutok orang lain tapi kalau belakang kau jadik sakai macam macam dia burukkan kau. Selamatlah aku ni tak bodoh macam dia nak join mengutuk sekali. Laki dengan perempuan sama je naik. Ta paham kekadang dengan perangai sorang sorang.

Banyak lagi nak cerita pasal manusia manusia kat opis aku tu tapi memandangkan esok keja oblig duty so aku stopkan la dulu jari jemari aku ni dulu nanti melalut pulak kang. hahahaha. So nantikan la ye sambungan seterusnya. Puas dapat menaip. hehehe. Selamat malam. Mimipi indah indah ok.




"Hidup ni jangan selalu salahkan takdirSebab Allah dah atur cantik dah jalan hidup kita"

Sabtu, 27 Jun 2015

Hari Persandingan. -Raikan Cinta Nurul & Asyraf-

Oklah nak sambung cerita lagi ni. kadang kadang macam tak caya je dah jadik isteri orang. huhu. yelah perangai pun still macam dulu lagi, rock rock kapak cam dulu gak. perangai tak berubah tapi alhamdulillah peranan sebagai seorang isteri tu sikit sikit daatang dalam diri. 21 mac 2015 tarikh pernikahan aku dengan insan yang aku cintai. Alhamdulillah berjalan dengan lancar, even hujan ribut cam pa lagi tapi dengan sekali lafaz aku sah menjadik isteri tercinta Asyraf Padzil. 22 mac 2015 hari persandingan aku. Even simple je majlis tuntapi bermakna sesangat. terima kasih pada yg dah menjayakan majlis persandingan aku ni. meh sini akak nak payung gambar lagi. hehehehe


Ketibaan pengantin lelaki.


Pengantin perempuan menyambut pengantin lelaki.


Pahlawan kegemaran gua.



dress idaman. alhamdulillah dapat jugak. hehe 

Pengantin dan pengapit. thanks Botak and Wa jadik pengapit aku.


Terima kasih kepada pelakon dan pelawak kumpulan Senario dan isteri hadir ke majlis sanding aku ni.
 Photoshoot bermula.


Outdoor di Gunung Lang.


Memang port orang photoshot pun.


saya sayang awak Asyraf Padzil.


Moga kasih dan sayang cinta ni kekal sampai Jannah Allah sayang.

Pernikahan Nurul & Asyraf. -21 mac 2015-

Assalamualaikum salam ramadhan al mubarak yang mulia untuk tahun 2015 ni. ya ampun terlalu lama aku meninggalkan blog aku ni, agak berhabuk nampaknya. huhu. saja nak try balik boleh ke aku susun ayat macam dulu. hahaha. dekat 2 tahun aku tinggalkan zaman blogger ni dan harini aku kembali meringankan jari jemari ku yang mulus ni untuk menaip. hehe. masa yang terl;alu padat membuatkan aku meninggalkan semua ni., dulu masa awam oklah banyak masa terluangkan now sejak sejak menglibatkan diri dengan badan beruniform ni buat aku rasa sibuk je memanjang.


Alhamdulillah selama menyepi ni banyaklah perubahan yang berlaku kat diri aku ni, dan aku bersyukur sangat sebab aku dah menamatkan zaman bujang aku ni. hehe. nak taw sapa yang bertuah sesangat dapat aku tu. hehe... jeng.. jeng.. semua yang aku pernah citer dalam ni semua tak lekat. semua suwei. haha.. orang baru dalam hidup aku, kenal setahun lebih.. ajak tunang dalam 6 bulan then kahwin. hahaha. tak lama pun percintaan kami ni, buat apa nak lama lama kang kawan bercinta dengan orang lain. tengok tengok kawen dgn orang lain, banyak dah member aku macam tu. so nak belanja sikit pic masa nikah aku tu bolehkan? jangan cakap akak tak payung ye. huhu



alhamdulillah sah bergelar isteri.


dua hati satu jiwa. 


hai saya isteri Muhammad Asyraf Padzil.


anak anak buah yang cecomel ni.


SAH menjadi suami kepada Nurul Nadzirah Zailan.


terima kasih kepada geng bilik 401 IKBN BM. i love you ija and kak leleh.


terima kasih bebanyak kepada yang hadir.  

Ahad, 5 Mei 2013

Rindu kampung

Now aku sangat rindu akan kampung. termasuklah semua keluarga aku, opah yang paling aku cinta kucing2 ayam2.... rindu sangat! Bagilah aku balik kampung wei.... hukhukhuk!

Rabu, 24 April 2013

Sukan oh Sukan

Hujan lebat gila petang ni, memang camni lah keadaan kolumpo lao petang2 gini! lao ta banjir longkang depan cawangan latih tu memang tak sah! Lao tak settle 1 perlawanan tu memang bukannya Sg.Besi letew. Now kitaorang tengah buat karnival sukan antara platun, hahahah! Memang tak blahla kan! Platun aku dari awal awal lagi dah kalah untuk game bola tmpar, alahaiiii.. tak blah gila! Ta pandai aku nk men bola tampar, surf pandaila nak spike bagai tu memang failed la! hehehe.... Now yang bertahan pun bola sepak and takraw! kalaulah pranita ni ramai and ade game netball memang aku orang 1st yang join. Game favourite tu kot! huuuuuu....

Bila tah nak habis game ni, better main kalah mati dari dok pulon nak main liga! Bapak lama gilaa nk tunggu semua habis, then ag tekana bila ta dapat weeken! Arghhh... Mental koyak dah, rindu ibu kot! nak ibu.

Pic di edit oleh TEMPURONG sayang. HEHE! 
Pic masa dapat baju Platun, 
excited bagai sume bila dapat baju,
 balik2 mandi sume terus snap pic. 
Memang kepala gila la set2 ni. HAHA! 
Nama NU'Un tu kekal k! hehe.


Sabtu, 20 April 2013

Rindu IBU.

Assalamualaikum dan salam 1 malaysia pada petang sabtu yang mcm good2 je untuk mood aku an! hehehee.... Aku tatao kenapa bulan April ni ta cukup masuk dengan diri aku! Ada je benda yang ta best jadik kat diri aku, so aku cam nak sangat bulan ni p cepat2! Tapi yang selalu buat aku sedih and termenung sorang2 bila teringat kat ibu, siyes rindu gile kat ibu, even akulah anak dia yang paling suka cari gaduh gn dia! Yang suka sangat bagi dia marah, and paling ta suka jawab bila dia dok jerit2 panggil aku! Yeeee... Aku lah anak dia yang selalu bersikap terlampau diajar sangat tu. Aku pun tatao kenapa aku bersikap macamtu dengan ibu. Now! macam nak balik umah cepat2, nak peluk ibu kuat2! Nak duduk depan ibu, nak kongsi segala apa yang ibu rase.

IBU,
yeee.. Ibulah kesayangan un, aku tatao kenapa aku sedih and airmata aku seolah olah nak menitis bila teringat akan ibu. Maybe aku rasa apa yang ibu rase now. Aku pernah rasa apa yang sedang ibu tanggung sekarang! Aku ta dapat terima tu, tapi kenapa sanggup dia buat camtu.

YA ALLAH..
Apelah dugaan yang kau berikan pada ibu, Ibu ta kuat utk lalui semua tu, Ibu bukan seorang yang kuat dan tabah seperti Kakngah, Kenapa mesti jadik kat dia. Papepun aku berserah dan aku selalu mintak yang ibu akan kuat lalui sume ni, Moga ada hikmah yang baik dengan apa yang dh jadik now.



Dikesempatan ni aku berharap ibu akan terus semangat lalui semua ni, Ibu!! Insyallah un balik nanti kite p bercuti eaaa! Un nak bawak ibu tenangkan segala kekusutan yg melanda diri ibu tu, Un dengan kakangah akan cube buat ibu happy. Now ibu bertahan yeee! Ibu kena kuat even apa pun terjadi, Terus bertahan cz tu hak ibu. Selamanya IBU kesayangan un... IBU! ILYSM!!!

Gambar masa raya tahun 2011 ritu. Ibu still cantik kat mata un.
LOVE you Superwoman un.

Khamis, 31 Januari 2013

Penutup manis tahun 2012. Alhamdulillah Tamat Latihan.

Alhamdulillah sudah tamat latihan, Masa ingat mula2 masuk PUSASDA tu memang tak leh terima kenyataan betul! Rekrut tu menyakitkan der, memang sakitla kena ragging bagai. Nak cerita masa hidup dalam tu memang panjang lah der! Malas nk buka rahsia sulit negara Yang kat bawah ni je laa yang boleh aku tunjuk, tak banyak pi pun aku ambik! Pic gn ibu ayah pun takda aw! Sedih sikit. Tapi tapelah! Janji deme dapat datang tengok anak dia ni passing out. Jom cuci mata sat! hehehe

Dok kusyuk sembang dengan Ibu ayah! macam2 soalan dia tanya! Beselah lao sembang dengan PWII Yomen Zailan ni. huhu.. Ikot jejak ayahlaa aku ni.
Dengan adik tersayang! dulu bukan main pendek dia, now dah nk cecah langit ah! beron aihhh... heheheheh
Dayang senandung! hahahahaa.. Free2 je dapat gelaran tu, muka rela je kena bahan dengan kakangah and Atin. HAHA
Tengoklah kakangah yang dh gemok! hahahaha... Alhamdulillah berjaya habiskan 6 bulan tu.

Akhirnya aku lepas jugak semua cabaran dan rintangan yang aku hadapi semua kat sana. Bersyukur ke hadrat illahi dengan segala kekuatan dan semangat yang ada pada diri aku buat aku bertahan sampai now. Even kekadang aku tak percaya yang aku boleh smpai tahap ni, takdalaaa tinggi mana janji lepas jugak untuk aku capai keje gomen ni. hehhehehe.

Semoga aku dapat kuatkan semangat aku untuk tempuh segala liku liku kehidupan ni dengan tabah, masih panjang lagi perjalanan hidup aku ni. So berusaha dengan lebih gigih wahai diri sendirik. Chaiyok2 un!!!!!

Merungut-rungut.

Hari yang serabut bagi aku, dengan pegang jawatan bendahari platunnya buat aku penin pale dh. Dahla aku ni failed bab bab kira duet tapi apakan daya, aku gagahkan juga untuk mengalas tanggungjawab yg telah diberi. Huhu! Now tak start lagi kursus induksi dah gelabah bewok nak settle macam2! Tatao lah bila dah start. Alhamdulillah.. Bila aku duduk dengan kwn kwn ni aku tade rase sgt! Rase nak cari dia or terhegeh2 nak mesej dia. Sori to say laa bro aku bukan NURULNADZIRAHZAILAN yang dulu, yang akan menangis macam org gila, yang jadik biol dok kol2 sampai kau angkat! Yang banggang dok mesej hg sampai hg boleh replay mesej aku tu! Eh.. Bukan k! Hati kau pun boleh berubah ini kan pulak diri aku, opkos lagi berubah2 an?? hahahhahaa.

Now! Macam biasa jee bagi aku, rase lebih selesa dengan hidup aku sekarang. Rase tak perlu terikat dengan sape2! Rase lebih happy dari dulu. Heppy dengan kawan2 aku yg sgtlaaaa gila vavi tahap bewok!!! Alhamdulillah.. Aku dapat kwn2 yg memahami aku, yang selalu nasihatkan aku bila airmata ni kuar mngalir sebab seorang lelaki yang tak reti menghargai kesetiaan seorang perempuan, sanggup buang masa 6 bulan utk setia bersama kau! Tapi sayang dengan sekelip mata kau boleh minta perpisahan. Hmmm... Manusia2!!! Tapi aku tahu disetiap yang berlaku tu ada hikmahnya! Ada pembalasan dari ALLAH. Cuma kita sebagai manusia biasa je yang tatao bila Tuhan tu nak balas balik apa yg deme buat tu. Dunia dah maju beb! Zaman pun dah berubah, Tuhan tu lao nak bagi! Dia bagi Cash je der... Haa.. Terlingkuplah kau kat situ nanti. huhu!

Aku ta minta pun pembalasan tu semua! Tapi biarlah kau tu jadik manusia sedar diri sikit, reti2 lah menghargai kasih sayang seorang perempuan yang dah beri pada kau! Ta dapat apalah dengan segala permainan bodoh kau tu. Cakap banyak tarak guna! so semoga berbahagia dengan hidup kau yeeee. Jangan pernah datang dalam idup aku dh, aku tak perlu orang macam kau. k.laa takat ni utk bebelan kali ni. huhu.


Mecapap sekejap! Muka excited nak pergi sokong team bola ATM! The Gladiators. sila telengkan kepala tu yeeee! huhu.

Isnin, 28 Januari 2013

Up! Up! Down! Down!

Assalamualaikum.. selamat tidur kawan2 sekalian! Dah lewat malam dh pun, rasanya macam nk masuk pagi dh. huhu! aku still tak tidor ag! Masa roocall tadi punyalah ngantuk gila babeng, now bila dh balik bilik! Ni lah jadiknyaaa... Mata memang ngantok tapi dia mcm malas nk lelap. adoiiii! Tah hape2 jeee mata ni. Harini memang syok gilaa! Harini dapat outing sampai kul 1500pm. so gerak g pudu beli tiket utk cuti raya cina ni, adoi! Banyak tiket yg dh takda! Last2 amek bus kul 2250pm coz bas Intan kul 2300pm takkan nk tinggal dia lak an?? So sama2 balik. Lepas p beli tiket sume tu, aku Dila Zana Naim gerak p Sogo nk cari dak2 KPD. Dorang nak sangat jumpa kitaorang! So jumpa la.. Siyes gilaa rindu kt tehaaa! huhu. Bila deme dah jumpa pasangan deme, tinggal aku dila gn zana la! Memang syoklaa shopping harini, sgt2 seronok! Bli kain ela utk ibu gn kakangah. memang byk gila baju murah2! Dah nama pun kat Masjd India memang syurga shoppinglah kan! heheheee.. Tapi mood aku mmg ta brape elok pagi tu.

 Harini nak kata hari sedih sikit utk aku laaa. Tapi dgn shopping tu, aku jadik okei sikit! Dah malas nak pkir sgt dh. Bangun2 pagi dgn rase excited nk kuo! Tgk2 fon then ade msg! eh... msg dari diaa! baca2! Tanpa sedar airmata mngalir, Ya Allah!! Apalah nasib aku ni, Aku redha dgn sgala kputusan, Aku tanak rasa sakit dah. Sesungguhnya aku bkn manusia yg dok meregeh2 nk kejar pujuk3 dia balik! Dah dia ckp dia ta sesuai utk dia sume! K fine.. memang aku blahlaa. Dia bagi aku msg pjg berjelaa, tapi aku blas OK je, coz aku mls nk amek port sgt! Biarlah dia, cukuplah aku dh bagi 2x peluang dia tetap ta hargai sume tu! so ape boleh buat. Lupakan je laaa org mcmtu! Bila aku tanya pendapat kwn2 aku sumenya ckp dia dh ada org lain! cz lao deme lelaki pn akan bt mcmtu! Takkan ni pulak dia. Ade la sikit pasaan sedih tu, tapi kuatkan smangat jgk. Yeahhh! NUUN strong k! hehehehe. Tgk boleh sengih2 lagi. hahahahaa

Alhamdulillah semangat aku lagi bertambah2 dgn adanya kwn baik tersayang aku! Dialah yang suka dengar aku gebang, ngarut and citer suka duka yg aku lalui dan dia jugak yg banyak bagi aku ketawa and snyuman sejak2 habis tamat latihan. Serius aku bahagia kenal dia! Sampai 1 time aku cm anggap dia lebih dari kwn aku, tapi aku cpt2 sedar! ehhh.. dia hak org dan aku taley nak sailang laki org. so kawan jelaaa!

 Ptg tadi mmg kaw2 dia basuh pale aku. Naik keras taik tinge aku ni dgar dia bebel. Ingat aku je kuat bebel! Rupanya ada ag truk! huhu. Even kitaorg bru kwn cara dia kenal aku mcm dh lama sangat! Siyes aku selesa gila gn dia!!! beb macehhhhh. Nanti satu masa aku cube bt entri pasal dia eaaa! hahahah. dia comel bagi aku! huhu... Kwn yg cuba nak ubah aku kurangkan panas baran. hehehhe! aku suka dengar dia panggil aku NAD. Cair doe! huhuhu.. Btw  thanks cz ta jemu sabarkan aku ni,tak penat dengar aku bising2 kan?? hehhehe.. Semangat aku now sebab dia. ishhhh!!! 

PADA HANG ; Now! hang buatlah apa yang hang rasa terbaik utk hg! Plsla wei jgn dtg dlm hidup aku dh, p jaoh2! Ckup2 laa dgn ayat2 bodoh hg tu.Sikit pn aku ta hadap org mcm hg! Hope aku takkan jumpa hg dh. Game over! aku bebas! hehehehee.. oihh... kul 4am dh wei, esk nk bgun ah, ade fitik kot. so nk tido! bt kte citer lagi k!!! Selamat tidur sayang. Love you!!! ASSLAMUALAIKUM.

Jumaat, 25 Januari 2013

Aku Kembali.

Assalamualaikum.. Setelah sekian lama aku dok menyepikan diri! Akhirnya aku kembali lagi! Banyak perubahan yang berlaku pada diri aku! Bila nak ingat tentang semua tu, macam tak caya yang aku dah berjaya pada tahap now ni. Btw aku rasa teramat bersyukur dgn segala rezeki yg telah Allah bagi pada aku! Alhamdulillah... Hidup ni tak selalunya cerah, kadang kadang hari pun akan mendung ini kan pula hidup kita ni. Bila nak cakap bosan dengan diri pn mcm tak bah! yelaaa.. takut digelar manusia tak sedar diri. huhu Papepun aku nak cube bahagaiakan ibu ayah dulu! and insyallah aku buat yg terbaik dgn segala kerjaya yang telah aku dapt ni. hehehehehe! Banyak benda sebenarnyaa nk kongsi! Insyallah nanti lao ade masa aku cerita kasi panjang dgn korang2 yeee,,,, huhu! Rindu semuua. rindu sangat2 hope tak pernah lupa aku. weeeee.... Jumpa lagi nanti! daaa

Sabtu, 31 Mac 2012

Tentangmu

Di matamu ku berharga
Kau perlakukan aku
Lebih dari mencintai dirimu

Di dekatmu ku merasa
Bahagianya aku
Dapat ruang cintamu

Hanya kamu saja
Yang mampu begitu
Tulus
Mengerti aku

Kau sempurna bagiku
Tak kurang sesuatu
Kau terima apa adaku

Ku sempurna bagimu
Tak kurang sesuatu
Cinta bersatu

Gayamu
Sifatmu
Cara mencintaiku
Yang membuatku diriku jatuh cinta padamu

Khamis, 29 Mac 2012

Terima kasih Pakcik Biskut

Assalamualaikum... hai2! para blogger yg disayangi, now! sedang berkerja lagi! Ta habis pun lagi keje2 aku ni! Tapi galak nak menaip jgk! hehehe. Now dah start keje opis, agak bebai sikitla! Keje berlambak2 bhai! Tapi still buat lek buat piss! huhu.

Alhamdulillah perasaan aku agak baik2 sikit! So tu yang dok buat rajin nak mengupdate tu. huhu! Btw thanks kat someone yg boleh buat aku happy dan gembira now, nama dia unik dan aku happy sgt dgn dia, ingat lagi sorang tu je nama unik! Yang now ni lagi unik, thanks buat kita bahagia! Seriously kita gembira kenal awak.

Awak buat kita lupakan apa kenangan yg perlu kita lupakan! Terima kasih banyak2 awak, Kita kenal dia kat twitter, ta sangka pulak boleh melekat sampai now! BBM semakin dilupakan and whatssap makin diutamakan! kadang2 mcm bersawang jgk bbm tu, tapi apakan daya! kita sudah beralih arah! heeeeee....

Tuhan jagakan dia untukku! Agar kami boleh bahagia bersama! AWAK kita sayang awak taw! thankss dengan rasa ini! heeeee....

Khamis, 22 Mac 2012

Keboringan melanda.

Assalamualaikum.. Salam 1 malaysia! Pehhh... lama gila aku ta update kan, then aku rase lain macam gila bila nak update ni. Malas doe! Malas nak menaip naip dah! Dah puas menaip kat keypad fon, tu yang jadik sakai tu! huhu. Harini hari sakai aku! memang mendap gila, cuti 2 hari tapi tatao nak buat apa, mula2 plan nak p pangkor tapi mcm harey! Tak jadik p coz lagi 2 ekor malalun tu keja! nate beruk toi! So bila dah boring aku buatla keje sakai aku! Aku rembat makeup kakangah then aku tonyoh kat muka hudoh aku ni dan apa lagi! Snap pic laaaa! Cara dak? wakakakaka....





So macam sakai tak??? haaa... AAK! layankan aje! huhu

Selasa, 6 Mac 2012

Cameron kami datang!





Lain kali kita bercerita ye! harini nak tunjuk pic ja! hehehehee.