Selasa, 12 April 2011

Rapuan; SEDANG gelak kuat even kecewa.. ;)

Rapuan; hari yang mendatang membawa seribu erti sinaran! even perit untuk dilalui tapi semacam bersyukur dengan segala liku liku yang diberikan olehnya!! Sesungguhnya aku tidak pernah untuk membuat pengorbanan yang serasanya lebih kurang besarlah kan! Now aku sedang memberi kebahagiaan hidup aku untuk orang yang aku sayang!sayang kew??? dulu mungkin! Now tidak kot! hahaha.Mungkin dia lebih bahagia dengan apa yang die kejarkan! aku mungkin hanya tempat untuk die melupakan kesengsaraan yang pernah die alami dulu, now dia sedang bahagia! so mari kita sama-sama mendoakan kebahagiaannya even hati tidak rela seperti apa yang dikeluarkan oleh ayat dari mulut! salah tu bukan dari aku! dia yang membuat keputusan! aku terima dengan hati yang separuh terbuka! Hope kau juga takan menyesal dengan keputusan yang kau ambil ni ya! kau kan bagus! HAHAHAA! heeeee.... Jangan rase menyesal dengan apa keputusan yang pernah korang ambil even die bukanlah seperti yang korang harapkan!


Mula-mula seperti mahu memberi carutan yang pedas padanya! tapi bila dipikirkan segalanya dengan akal yang masih boleh diguna pakai! rasenya tidak perlu carutan semua itu! ya! aku memang seorang yang panas baran! tapi untuk kau biarlah aku cube mengalah untuk apa yang kau buat pada aku! Sedikit rase kesal tidak ada dan datang dalam diri aku! sesungguhnya aku amat bertuah mengenali kau! tapi mungkin kau bukan yang terbaik untuk aku! so better kau pergi pada yang boleh berikan segala apa yang kau mahu! aku perempuan biasa saje! tidak berharta pun! semoga kau selalu bahagia dengan segala apa keputusan yang engkau buat! kau akan bahagia untuk selamanya ya! even kau memang seorang lelaki yang tak punya pendirian hidup!


HAHAHAHAHAAHHAAHHAAHAHA.... Itu adalah gelakan manusia setan yang mahu melihat aku kecewa dan terluka! maap ye! aku sikit tidak terluka dengan apa yang dia buat pada aku! tapi kecewa tu mungkin ada! yelah sapa tak sayang an! Now aku berfikiran positif ajew! dah tade jodohkan nk buat cmner! pada yang suka melihat kemusnahan diri aku! kau! kau ! dan Kau dipersilakan gelak dengan sekuat kuatnya ye! kau boleh gelak guleng guleng sampai kau rase nk muntah hijau pon! manusia kini! mana boleh tengok orang bahagia sikit! mesti ada jew menda yang buruk2 nak tengok! Pada yang rase bahagia dan hepi dengan apa yang rase aku ni! terima kasih you all! i sangat sangat menghargai dengan segala gelakan setan korang tu! HUHU! ADA CEK KESAH??? WEEE...nak gelak! nak gelak! HAHAAHAHAHAHAA!


p/s ; tiada siapa yang mahu kekecewaan datang tanpa diundang dalam hidup seseorang itu! tiada siapa harapkan kemusnahan sesebuah hubungan tu terjadik begitu awal! dan tak semua yang kita impikan tu, akan kekal menjadik milik kita! so, berhentilah berharap pada benda yang tak pasti! even begitu payah nak lupakan!

Isnin, 11 April 2011

Rapuan; HIKMAH disebalik putus cinta! jangan sedih sedih lah



Rapuan; ini adalah untuk peringatan diri aku jugak diri korang-korang yaw! Tips ni aku dapat dari BLOG PAKARHOWTO! memang menyentuh tangkai hati aku! Coz segala yang ditulis adalah benar, ada sikit yang aku tambah yaw! so tenangkan hatimu dan Jum sama-sama aku kongsikan dengan korang!

Ketahuilah bahawa;

Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang tidak sama fikirannya dengan kita, supaya kita sedar bahawa kita hanyalah makhluk yang sentiasa mengharapkan pertolongan ALLAH.

Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang tidak serupa dengan kita, supaya kita dapat menjadi penilai yang baik.

Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang tidak memahami keadaan diri kita, supaya kita dapat KASIH SAYANG YANG TERBAIK, KHAS UNTUK DIRI KITA.

Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang tidak sempurna, supaya kita sedar bahawa ALLAH MAHA PEMURAH & PENYAYANG kerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan yang hebat untuk kita dan kehidupan kita pada masa hadapan.

Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang sangat lain perangainya dengan kita, supaya kita dapat mengutip pengalaman yang tak semua orang berpeluang mengalaminya.

Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang banyak komplen itu dan ini, supaya kita jadik MANUSIA YANG HEBAT JIWANYA.

Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang tidak penyayang, supaya kita lebih faham bahwa CINTA YANG TERBAIK HANYA ADA BERSAMA ALLAH.

Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang sombong dan bangga diri, supaya kita LEBIH MENGENALI KEHIDUPAN YANG TAK SELAMANYA KEKAL.

Wahai sahabat-sahabatku yang sedang kecewa, menderita dan sengsara kerana menahan keperitan CINTA, fahamilah bahawa kehidupan kita makin sampai ke penghujungnya.


Hari esok pun kita sendirik tak pasti sama ada ia bakal menjadik milik kita atau tidak. Gapailah keredahaan ALLAH dengan melaksanakan suruhan-NYA dan meninggalkan segala larangan-NYA, itu adalah lebih baik bukan? Percayalah sesungguhnya ALLAH 'malu' untuk menolak permintaan hamba-NYA yang menadah tangan meminta dengan penuh pengharapan HANYA kepada-NYA.

Sabarlah kepada semua sahabatku yang sedang merana kerana cinta! Ceriakan hatimu. Kerana ALLAh itu sentiasa ada bersamamu selagimana kamu taat akan-NYA. Amin!

Rapuan Cik Puan Besar; semoga korang2 ceria ceria selalu macam aku yaw! even kedukaan & kekecewaan datang silih berganti tapi hidup haruslah diteruskan! jangan dikenang segala yang pernah berlaku! so senyum-senyumkan diri lor.

Sabtu, 9 April 2011

Rapuan; Kekalkan CINTA JARAK JAUH

Tips mengekalkan cinta jarak jauh;

* KEPERCAYAAN
Jarak jauh bukan penghalang untuk bercinta okeyhh. Jadi, untuk mengukuhkan lagi percintaan anda, perlukan kepercayaan kedua dua pihak yang sangat tinggi ! Ya.. Lebih tinggi daripada kebiasaan sebab ini berkaitan jarak yang dah berbeza. Yelah, kita mana la tau, dengan sapa pasangan kita cakap, apa yang dia buat, dah makan ke belum dan sebagainya. Mesti lah akan timbul kejelesan disitu. So.. Saling mempercayai jugak dapat memperkuatkan lagi hubungan cinta itu.



* SENTIASA BERHUBUNG
Salinglah berhubungan !Hehe.. Di zaman yang serba canggih manggih ni, macam macam boleh di buat untuk melepaskan rindu ! Ada SMS, ada MMS, ada Call , dan banyak lagi cara. ! Hehe.. Kalau nak tengok pasangan kita bergerak gerak macam sengih ke, gelak ke, better guna SKYPE ! YM pun boleh jugak ! Hehe.. Stylooo !!


* CARING
Jangan pernah mengabaikan pasangan anda ! Hehe.. Curi la masa even 3 minit untuk menyampaikan mesej ringkas berbunyik " Miss U SAYANG" supaya pasangan kita tak rasa kita melupakan dirinya. Nampak ringkas kan? Tapi membawa 1001 makna pada seseorang itu bila ia membabitkan soal hati ! So Try la kalau tak caye. Hehe..


Carian dari incik google;
Curian dari sengal zone sori tercurik! thanksss!
hehehe

Rapuan; Jauh jauh pun kena kongkong! Perlu kew??? adehhh..

Rapuan ; Mahu meperkatakan seketika tentang cinta jarak jauh ni, Kau jauh nun disana dan dia nun diseberang! Perlu ke nak mengongkong pasangan oii??? memang tak perlu diperbesar- besarkan tapi kadang-kadang meluat dengan sesetengah mentaliti manusia kini, Bercinta atas dasar apa entah, Kalau betul mahu bercinta dengan orang jauh dari diri kau! Kau perlulah percaya dia dengan semahunya! Even bukan 100 peratus pun tapi sekurang kurangya kau tunjuklah yang kau begitu memahami dirinya dan percaya pada dia! Ni tak bercinta 2,3 tahun tapi kepercayaan kau pada dia hanyalah 20 peratus dari 100 peratus tu? Yang tak tahan tu, tiap masa dan waktu kau nak dia hadap kau jew! maksud aku, macam nak mesej kau 24 jam jew tanpa pikir yang dia banyak keje lain lagi nak buat dari hadap mesej kau yang takde faedah tu jew! Lagi tak blah bila apa ajew yang die nk buat semua perlu bagitahu kau! tak kire lah nak makan kew? berak kew? Kencing kew dan sewaktu dengannya!

Haiyooo.. Perlu kew?? Memanglah untuk sesetengah percintaan tu perjalanan cintanya berbeza tapi janganlah sampaikan bila dia tak bagitahu segala tu buat kau sentap dan saja saja nak mencetuskan pergaduhan! aiyakkk... tu yang sakit bila ada orang yang macam gini bercinta dengan orang jauh! Memang tiada masalah untuk diri aku, Tapi aku yang mendengar cerita-cerita tentang ni buat aku jadik meluat, Tiap minit kena kol, tiap minit jew nak kol! aku tengok pon naik boring! Macam manalah dengan dia yang kat sana! Mungkin dia juga boring dikongkong sedemikian rupa! Tapi disebabkan Kasih sayang & cinta dia untuk kau dia sanggup melakukan apa saja even dia tak suka dengan apa yang kau lakukan pada dia!

Perlukah segala yang berkaitan dengan hal2 peribadinya menjadik sebahagian dari hidup kau??? Heloo! Kau baru jadik Awek, GF, Makwe @ Tunang sekalipun! Kau belum betul2 lagi diiktiraf untuk mencampuri segala hak peribadi die okei! Huu... Baru jadik gitu nak kawal segala apa yang dibuat! Sampai kan kad bank dia sendirik pon kau pegang?? Hai melampau dah tu. Apa kau ingat kau dah jadik BINI dia kah?? Sian sian pada dia yang mengikut segala kemahuan kau! Kau! Kau dan Kau memahamilah perasaan dia yang begitu menyayangi kau! Ini dah jadik kes queen Control dah oi! Huu.. Sedih dan rase nak nangis untuk dia yang terlalu lurus menmbuat segala suruhan kau! Kejam! Kejam! kejam jugak kau ya. Kalah MUAMMAR GADAFI tu oi. Hahahaa...

Pada kau! Kau jugak manusia biasa bukan? ada hati jugak punya perasaan! Pikirlah dengan pikiran yang tenang, apakah segala yang kau buat padanya adalah betul?? Ni pun waktu bercinta lagi! Macam mana bila dah kahwin?? takkan kau jugak yang perlu kongkong dia bagai! Ingatlah pesanan penaja My GRANDMA ni,bila kita dah kahwin SYURGA TU DIBAWAH TELAPAK KAKI SUAMI! kau naik suara sikit pon kau dah bukan jadik ahli syurga! Macam tu jugak dengan IBU-IBU kita ye! Dia pun nak merasa hidup macam orang lain, gembira bersama kawan-kawan! bahagia dengan family sendirik! coz dalam dunia ni masih lagi ramai perlukan dia! kau ingatlaah dia bukannya hak kau sorang ye! So kalau kau rasa apa yang kau buat pada dia tak betul dan tak benar! kau cepat cepatlah sedar, cepat cepatlah bertaubat dan memohon maap pada dia! Tidak susah pun nak buat macam yang aku suruh tu kan weh! heee...

Rapuan Cik Puan Besar; Ayat seorang HAMBA ALLAH untuk aku! Aku dah lupa ah tentang ayat yang sebenar benarnya tapi yang aku boleh ingat sikit sikt baitbait ayat tu... Jika kita mencintai seseorang tu tidak semestinya kita seorang jew yang mampu memberikan kebahagiaan dan kegembiraan dalam hidup dia! Dan dia bukan sepenuhnya milik kita, so pada yang ada sifat2 cemburu yang keterlaluan and melampaulampau tahap cipan nak beranak tu korang buangbuang ah sifat yang kurang menyenangkan orang lain tu juga Cinta hati korang tu! tak luak mana pun semua tu an, kalau betul dorang nak curang! 1 hari TUHAN akan tunjukkan jugak kat kita, memang perit untuk hadapi saat itu coz kita dah terlalu sayang dan cinta pada dia! Tapi beringatlah setiap yang berlaku tu ada hikmahnya, dan setiap perbuatan yang dilakukannya akan dibalas jua! Tambahtambah dengan zaman yang serba moden and canggih ni! Mang TUHAN bagi CASH jew kat manusia manusia yang tidak menghargai cinta ni.. Renung-renungkan dan selamat termenung! HAHAHA...