Jumaat, 26 Ogos 2011

selamat hari hari hari raya oi!


Selamat Hari raya Aidilfitri! Maaf zahir dan batin kepada semua kawan kawan yang still kenal budak Mok Mok ni! Hahahaa. Excitednya nak cuti raya ni, tapi sikit pun tak excited nak raya! Apa punya olang la kao ni un! Huuuu…
Yang pasti esok lepas sahur, ibu dah chop aku untuk tolong die buat kueh goyang! Haiyooo… semangat betol itu orang! Hahaha. Lao den tak ngantuk den tolonglaaa, lao mata macam kabur kabur lagi or En En tamao teman aku nk tidorlaaa! Kejam tak aku? Huahuahua! Insyallah, lao rajin un tolong ye bu! Heeeee…

Tahun ni jadik tahun sejarah untuk aku! 1st time dalam hidup keje time bulan puasa dan raya, b4 ni mana pernah! Dok rumah jadik bibik sepenuh masa sajaaa laaa! Heheehehe. Dapat jugaklah rase kelainannya kan? Dulu tak keje, lepas solat subuh tu boleh tidor sampai la ke zohor, pehhh! Terukla budak ni! Hahahaah. Now dah keje kul 7 lebih dah kena mangon siap siap p keje, lao tak keje alamat nak kene maki dengan bos la kan? Huhu. So memang rase lain! Tapi macam rase dekat plak raya tu bile keje! Nak dekat dekat raya cam lagi seminggu nak raya tu, memang bersepah sepahla lagu raya dok kuar kat radio. Tak rase semangat ke wei, tengah buat keje tu sambil sambil dengar lagu raya! Waaa.. Gempak! Lagi syok, bila dapat lantak kueh raya sambil dengar lagu raya an? Hahahahahaa! Puasa okei! Papepun sangat best kerja dibulan puasa dan raya even macam malas gile nak p keje! Hehehe.

Ucapan salam Aidilfitri;
Aku ingin menyusun sepuluh jari kaki tangan meminta maaf seandainya aku ada banyak buat salah dengan korang, tercakap kasar kew, bagi ayat pedas pedas ke! Aku minta maaf yeeee! Hari baik bulan baik ni, aku sangat sangatlah rendah diri untuk memohon keampunan pada korang korang! Tamao maapkan aku? Hurmmm… Takpelah! Aku paham. Setiap orang cube belajar dari kesilapankan? So! Macam tu jugaklaaah aku! Pada kawan kawan FB yang aku tak tag pic tu, sorilaaa! Dah full beb, ta boleh nak tg dah! Tapi korang korang digalakkanlah mengomen nye yeeee… huhu!


SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI KAWAN KAWAN!

MAAF ZAHIR DAN BATIN!

SAYANG KORANG!

Tidak bertajuk

Andailah ini yg kuar dari mulot kite dan die! Andai oke! bhahahaha;)


Saya; awak nak tahu something tak?





Dia; ape die awak?





Saya; cube awak tutup mata awak.





Dia; okay!





Saya; gelap kan?





Dia; yup! gelap. Nape awak?





Saya; camtu la hidup saya tanpa awak!

Rabu, 24 Ogos 2011

Hati oh hati = CIPLAK

Entah kenapa hari ini tiba-tiba terasa mahu bercakap soal hati. Orang kata cerita hati adalah subjektif. mungkin. tapi perkara yang subjektif itulah yang orang suka kan?
Ini juga kisah mengenai dugaan hati. Manusia memang selalu kalah dengan dugaan, tidak kira besar atau kecilnya bentuk dugaan itu . ehh...dugaan juga perkara yang subjektif kan?..patutlah saya pun suka..hehe.

Manusia cepat lupa bila segala-galanya ada di depan mata. cepat lupa diri.cepat lupa asal-usul. bila lupa asal-usul, lupa diri mula lah terjadi macam-macam, perangai pun pelik-pelik, hati yang dulu kuat juga mula goyang.

Kalau dulu, susah-senang dihadapi bersama, tidak kiralah betapa berat pun dugaan dan betapa hebatnya rintangan , kerana hati masih kuat, perasaan masih kukuh, semuanya sanggup diharungi. Tapi bila saja nama dijulang, wang-ringgit dalam genggaman, hati mula goyah.

kalau dulu ada dua keping hati bersatu mesra kini tidak lagi, hati yang satu lagi itu ditinggal dan tidak dipedulikan, bila nama sudah dijulang, dia lupa dan dia tinggalkan sekeping hati itu, sebab dia sudah mula melihat ada berkeping-keping lagi hati yang mudah untuk dicapai. hati yang lebih gebu untuk digenggam dan lebih lembut untuk dijamah.

Itulah manusia yang lupa diri. hati manusia yang mudah goyang, kalah pada godaan wang ringgit dan nama yang dijulang.Mungkin kerana dia lupa, sekeping hati yang merah kerana cintanya itu pernah mengharungi pahit-getir bersama kini sedang berdarah dan menangis juga kerana cintanya yang goyah.

Kepada hati yang melukai itu, ingatlah kisah gembira bersama hati gebu itu tidak selamanya berwarna-warni indah seperti pelangi, satu hari akan pudar juga warna ceria itu. Kepada hati yang dilukai itu, berhentilah dan jangan biarkan hati itu terus menangis, esok-lusa, cepat atau lambat, pasti ada hati baru yang lagi ranum mahu datang mengisi dan mengubati. <!--[if !supportLineBreakNewLine]--> <!--[endif]-->

* Ceroten diatas BUKAN lah coretan saya tetapi seorang insan bernama Mida di blognya - http://didamumin.blogspot.com

Haaaa.. Kalau diantara korang yg jadik follower jejari runcing mesti ada baca entri ni kt belog die an? yeee! Aku menCIPLAK lagi. Tah! Macam syok pulak entri tu! Saja nak berkongsi dengan korang korang! Sesungguhnya Jejari runcing memang seorang yang kuat semangat dalam menempuh liku liku kehidupan yang die sedang lalui. Memang aku respeklah kat die. Hope aku pun boleh jadik strong macam die, still senyum even dugaan besar datang dalam hidup. Go! Go! Go! Elia. Power puff gurlz. huhu.

Akhir ramadhan.

Assalamualaikum! Salam akhir ramadhan dan salam kemunculan syawal aku ucapkan. Waaaa... Syawal semakin menghampiri nampaknya! Sayu pulak rasanya nak tinggalkan bulan ramadhan yang banyak sangat terciptanya kenangan kenangan manis. Ah! Awal ramadhan adalah sangat manis tapi akhir akhirnyaaa jumpa jugak dengan ketenangan yang dicari. Alhamdulillah dan sangat sangat bersyukur.

Diakhir akhir ni jugaklah pelbagai dugaan mendatang dalam hidup ni, yang paling tertekan bile kena p keje ah! Ahhhh... Mestikah hari hari perlu ditegur dengan ayat ayat yg sangat manis dari kao wahai perempuan? Kata kata yang sangat asyek dari mulot kao itu? yeeee! Aku manusia biasa ajew, selalu melakukan kesilapan tapi perlu ke sampai tiap tiap hari kao nak buat bagus kasi aku ceramah free? Aiyooo... Telinga ni pun dah fedup ah dengar ayat ayat manis yang sama keluar dari mulot kao yang bajek comel tu! puiiiiii!!!! Sabar je lah di bulan bulan puasa ni. Papepun aku tekad nak blah dari tempat yang ada kao! Hope kao lagi bahagia bila aku angkat kaki blah dari situ. huuuuuu~~~~

Now! sedang bersabar, selalu ingat yang setiap masalah tu ada penyelesaiannyaaa! Bila ditimpa masalah tu jangan sesekali kecilkan hati tu, brfikiran terbuka dan besarkan hati tu agar hati tidak berasa sakit juga tidak buat sesuatu yang memburukkan diri sendirik.

#1 Wordless Wednesday


Lalapo bile tengok gambar ni, waaaa... Dah nak masuk puasa ke-25 dah ni! Bile leee nak dapat putu ni! Feveret aku beb! Setiap tahun tak pernah misss ada kat meja makan tu. Tahun ni lak tak muncul muncul! Bertekad before habis puasa ni akan ku cari sehingga jumpe. hahahahaa.

Semoga berjaya un! un! bhahahaahaa;)

Isnin, 22 Ogos 2011

U smile! I smile ;)

Semalam macam sakai dok teman kakangah g syuen & g parade tak lupe tempat ibu dan anak! GM la mana lagi. huhu! Sakan die dok survey baju untuk kekasih hatinya, Tahun lepas kekasih hatinya dah belikan baju raya untuk die, so tahun ni kirenya die nak balas balik la ni. heheehehe! Apa? Tak jeles kew tengok kakangah ada bf? Siap belikan baju raya tuk Bf die? huuuu... Sikit pun aku tak jeles! Buat apa nak jeles, bukan dapat duet pn! Yang penting dorang bahagia selalu. Sedondon lah dorang tahun ni.! Nuun nak sedondon dengan sapa? Huishhh!! Sedondon sorang sorang dahla, sape laaaa yang sudi sgt nak sedondon dengan aku ni. buat pale sendirik sudah! hewhehwhew;)

Sebenarnya tade mood gile nak teman kakangah tu, tapi tawakal kan hati jew dok follow, dari duk umah jadik sengal! bek follow an. Ada jugak selera nak cuci cuci mata nak tengok mamat mamat ipoh yang pulon dok shopping raya tu. huahuahuahuaaaa.

Weyhhh! Die dah hepi, mood die dah ada balik. Semalam die teman kite! Hepi gileee tengok die hepi! Yeeee! Die dah ada someone yang boleh buat die hepi, die pun hepi sangat2 dapat kenal dengan someone tu! Alhamdulillah! Kite tumpang bahagia even hati kite macam ade sikit terguris, Ni belog kite an? so perlu kew kite nak hipokrit kat belog kite sendirik? Tak perlu kot an? Biarlaaaa kite luah apa yang kite rase! Insyallah kite selalu akan cube tersenyum dengan segala kebahagaiaan yang datang dalam hidup die.

Achik; Aku akan ingat selalu pesan kao! Jgn cepat melatah! Dan salu doakan kebahagiaan die! Aminnnn.... Mari ramai ramai doakan! huhu..

hey! Aku sedang kool laaaa... Berkawan biar beribu an? bercinta dan setia biarlah pada 1! hoi unnnn apa motif kao buat ayat gini? huahauahauaaaa... mood sakai dah mai. Selamat hari raya semua....

Andainya dia tahu!

1. Bila sorang wanita mengatakan dia sedang bersedih,tetapi dia tidak menitiskan airmata,itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.


2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya, lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.


3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang (sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan).


4. Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki, lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.


5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya, dia akan cair seperti coklat!!


6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tau macam mana nak menerima pujian.


7. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati,tolak cintanya dengan lembut,jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diri wanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan,dia akan lakukan apa saja.


8. Sekiranya sorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu tolak cintanya,biarkan dia untuk seketika.Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia sorang kawan,cubalah tegur dia perlahan-lahan.


9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa.Muzik,puisi,lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.


10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni lansung tak berguna.


11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.


12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif,misalnya menghubunginya melalui telefon,si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat,tetapi sebaik saja ganggang diletakkan,dia akan menjerit kesukaan dan tak sampai sepuluh minit,semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut.


13. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita.Jadi jangan senyum sebarangan.


14. Jika kamu menyukai sorang wanita,cubalah mulakan dengan persahabatan.Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam.


15. Jika sorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar,tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu.


16. Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu,teruskan usahamu untuk memikatnya.


17. Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya.Tanya dia sendiri!!


18. Selepas sorang gadis jatuh cinta,dia akan sering tertanya-tanya kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal.


19. Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati sorang gadis,cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta.


20. Bila setiap kali gambar kelas keluar,benda pertama yang dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya, kemudian barulah dirinya sendiri.


21. Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya!!


22. Satu ucapan 'Hi/Assalamualaikum' sahaja sudah cukup menceriakan harinya.


23. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.


24. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata nak tackle kawan mereka yang paling cantik.


25. Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi.


26. Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati..


27. Senjata wanita adalah airmata!!


28. Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise buatnya (hadiah,bunga atau sekadar kad ucapan romantis). Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati. Dengan ini dia tak akan ragu-ragu terhadapmu.


29. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan baik terhadapnya. So,kalau nak memikat wanita pandai-pandailah...


30. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa.

:::: Yup! p belog mana mana mesti ada jumpa ayat seperti diatas an? Memang tipulah kalau aku yang karang semua diatas! huhu. Yang pasti ayat yang aku besarkan tu memang ada pada diri die! Dan kite nak die tahu. Kalau die tanak tahu pun takpe, macam selalu kite cakap! Siapalah kite. Hahahaaha! Kite hepi lao die selalu hepi.

Jumaat, 19 Ogos 2011

Gumbira itu pasti!

Dulu tidor lewat sebab dok ngekek ngekek layan BBm die, tengah tengah dulu dok layan mimpi tanpa BBm dari die, Ahhh sedih!!Now! Tidor lewat mata sembab pon tak kesah sebab die still nak buat lawak dan setiap lawak lawak die iringi perjalanan kite utk p keje. Hahaha! Terima kasih Cendoi pulot oi! Now kuat tidor! Kuat makan! Semuanya die kuat! huahuhua. Boleh tak perasaan ni kekal berpanjangan? Kekal sampai akhir rasa kite pada die? Insyallah kan? Doakan moga ia kekal okei! Huhu.

Semalam Abang Belikan aku kek secret! Ahhh.. Lantak sorang jugaklaa! Dah nama pun hantu kek, bukan sebiji kek tu laaa! Sepotong ajew! Tapi jadiklah untuk ubati hati kite yang ngah mengidam kek secret hasil pemberian my bro sayang! Encik petai ouhhh.. Terima kasih banyak banyak coz berjaya tunaikan janji janji mu itu! Lebiu kat kao sangat sangat! huhu.

Moga gembira ini akan berkekalan dengan berkat Ramadhan yang mulia ini, Juga rahmat aidilfitri yang bakal mendatang! Impian raya? tercapaikah? rasenya tidak! Ouhhhh! Sedih amat.... Redha jew laaaa...

Jodoh????

Jodoh dari Tuhan. Takdir tuhan. Ketentuan Tuhan. semua orang percaya begitu kan?..kalau yang ini:

Jodoh Internet : Tak pernah jumpa, tapi selalu chat dalam internet pastu jumpa sekali kemudian berkenan dan.....jodoh kah itu?

Jodoh Telefon/ SMS : Call silap nombor, kemudian beria minta-maaf pastu borak sikit-sikit dan kemudian main SMS-MMS...lama-lama hati pun cair..kemudian...Jodoh kah itu?

Jodoh Ibu-Bapa : Ayah tentukan mesti kahwin dengan anak cik me'ah yang no.2 sebab budak tu baik dan dengar kata, alim dan pandai jaga hati mak-bapa. Dalam hati tak nak tapi sebab takut ayah tak ngaku anak, so, terpaksalah setuju...jodoh kah itu?

Jodoh Bomoh : Berkenan dengan seseorang tapi orang tu haram tak pandang sebelah mata pun, kemudian cari bomoh/pawang siam, calit minyak dagu sikit je, malam-malam orang tu sendiri datang rumah menyerah diri...jodoh kah itu?

Jodoh Rogol : macam Seth Tan rogol Nora Elena pas rogol kahwin dengan Nora Elena...Jodoh kah itu? (kat kampung saya ada terjadi...)

Jodoh dengan orang yang dah jumpa jodoh : Sorang bujang-sorang dah kahwin tapi selalu jumpa atau kerja tempat sama...mula-mula kawan je, lama-lama jadi teman tapi mesra, sebab dah terlalu cinta/suka/sayang pada si bujang, yang dah kahwin sanggup, samada minta cerai atau bagi talak pada pasangannya.... Jodoh kah itu?

* Kebetulan or memang dah ditakdirkan? entahlaaa... Aku pun tak pasti! Yang best aku jelajah blog Kaka Dida~ LiciouS ♥ ni then terjumpa entri die yang macam syok ni, so! Apa salahnya aku share dengan korang an? Sharing is caring bhai. huhu!

Jodoh aku? serahkan saja padaNYa! Malas la nak semak kan otak dengan menda ni. Cukuplah hanya sabar dan terus bersabar. Alhamdulillah!

Khamis, 18 Ogos 2011

Manis bila diingati!

Bila duduk dalam bilik sorang sorang! Macam macam memori muncul, tapi sangat manis bila setiap kali ingat tentang die. Manisnya saat tu! Kite pun tak pasti nape yg tu jugak yang salu hadir dan masuk dalam ingatan kite. Maybe kite rendu die kot an? Tape bila kite p keje pagi pagi, kite salu sampaikan salam rendu kite kat angin! Moga angin tiupkan kat telinga die dan die mengerti hendaknyaaa! Amin.

Menda yang buat kite ingat die;

Bila kite tengok BB kite.
Bila kite nampak nama die.
Bila kite rajin kobek kobek BB kite! Then ternampak folder pic dia.
Bila kite letak wallpaper budak comey, oh! teringat abang kamo.
Bila tepat pukul 3pm dan 11pm.
Bila die kol then mengata kite! Sweet boh.
Bila kite nak tidor, mesej mesej lawak die iringi setiap mimpi kite.
Bila kite tercium bantal wangi kite! Cepat cepat muka die naik kat pikiran kite.

Resahnya bila dia;

Nampak die update Pm! laju jew jantung.
Die ta balas BBm kite.
1 hari tak dengar kabar berita die.
Tak nampak ayat lawak die.
ahhhh... Sedih!

Now! Nak abaikan segala keresahan tu dan cube untuk paham dengan apa yg die lakukan. Eh! sekarang, Pengubat rendu kite, adalah bantal wangi tersayang kite! Nama bantal tu pun sweet, macam nama die! Takpelaaa.. Hope hati kite akan kebal untuk fahami diri die.

Manisnya saat tu! Sangat manis! semanis kurma rasanya!
Boleh tak hati kite jadik semanis itu? mengawal setiap kesedihan yang menghampiri kerana melayan fikiran bodoh yang macam sakai tu? pergilah jaoh jaoh fikiran jahat! Kao tak layak untuk kacau aku, coz aku sangat kuat untuk menghadapi semua ni. Kekuatan yang datang dari die buat aku kuat! Terima kasih

Rabu, 17 Ogos 2011

Aku Suka Dia



Aku lihat dia di sana
Aku ingin mendekatinya
Aku cuba menghampirinya
Lalu aku menyapa dia

Dia pun membuka bicara
Dan aku mulai mengenalnya
Kita mulai bermain mata
Mula timbul rasa bahagia

Bila dia, mendekati diriku,
Hatiku rasa sesuatu
Bila dia, senyum pada diriku
Hatiku rasa tak menentu

Kekadang hati ku bertanya
Adakah dia dah berpunya
Kerana diriku berasa
Aku jatuh hati padanya

Aku ingin memilikinya
Aku ingin menjaga dia
Aku ingin mencinta dia
Aku ingin hidup dengannya

Bila dia, mendekati diriku,
Hatiku rasa sesuatu
Bila dia, senyum pada diriku
Hatiku rasa tak menentu

Mungkinkah aku, kan berjumpa dengannya
Untuk meluahkan rasa
Mungkinkah aku, kan berdiam diri saja
Menunggu cinta darinya

Ku terima satu nota..darimu..
Yang tertulis ‘Aku suka kamu’

Bila dia, mendekati diriku,
Hatiku rasa sesuatu
Bila dia, senyum pada diriku
Hatiku rasa tak menentu

Akhirnya kini, ku kan mampu ceria
Diriku sangat gembira
Akhirnya kini, aku mulai bahagia,
Menerima cinta darinya.. Aku suka dia…

* Nice gile lagu ni, anda berminat? silalah hafal sampai lebam. huhu!

Redha dengan takdirNYA!

Rasa macam tak kuat! sedang kuatkan hati menempuh hal hal dunia, Ahhh! Sememangnya aku bukanlah seorang manusia yang cekal untuk menghadapi segala situasi yang tidak sikit pun aku mintak ni. Alhamdulillah aku bersyukur dengan kehadiran sahabat yang selalu bersama aku tak kire ketika aku susah senang! Gelak tawa or berduka, dia lah yang selalu menawarkan segala kepedihan dan kesakitan hati yang aku alami. Tu pun kalau aku tak tertahan menanggung segala yang aku rasa! Yaaa.. Kali ni aku menjadik amat lemah sekali! Lemah dan tidak kuat untuk menyimpan segala yang dipendam. Achik! Terima kasih yeee! Aku akan terus sematkan segala yg kao pesan semalam. Sakit dan teramat sakit! Dengan semangat dari dia! Aku mampu untuk menarik nafas dengan tenang dan mampu meneruskan hari hari aku yang kian sepi ini.

Jauh dan makin jauh nampaknya! Tapi siapalah aku untuk menyuarakan segala apa yang dirasa. Sepi sunyi hidup tanpanya! Biarlah dia bahagia dengan segala yang dia miliki now. Aku hanya mampu mendoakan agar dia selalu bahagia dengan kehidupannya, Hope persahabatan kita akan selalu kekalkan. Tutuplah segala pintu kesedihan ini agar aku mampu merasa kegembiraan yang dulu!

Seperti mahu menangis! Tapi airmata tu tidak turun laju, mungkin ia airmata kerinduan! rindu pada dia yang dulu tidak jemu layan manusia sakai seperti aku! Now? takda dah! Dia sudah temui kebahagiaan dalam hidup dia mungkin! sama sama kita doakan agar dia bahagia untuk selamanya! Amin. Alhamdulillah hati aku kuat untuk cube menghadapi semua yang tersurat ini. Sikit tidak melatah dengan segala yang ditakdirkan, siapalah aku untuk merungut dan melawan takdirNYA! Kuatkan semangat dan redha dengan setiap berlaku.

Semoga kebahagiaan selalu bersama awak! Saya akan selalu tersenyum melihat awak gembira. Terima kasih dengan setiap layanan yang sangat baik dari awak untuk saya! Hope awak tak lupa ayat yang awak pernah bagi kat saya! 'kalao boleh saya nak kawan dgn awak sampai bila bila!'. Thanks!

Isnin, 15 Ogos 2011

Note cute khas untuk die!!!

Alamak ai! Memang boring bonar den harini haaa.. Takdo kojo nak dibuek! Dok dongar lagu rayo jew la kat Hot Fm! Memang mood rayo laa kat opis ni haaa, Kakak kakak kat sini dok excited nak tompah kueh rayo bagai! Haaa.. Den jugak yang cool hadap PC update belog! Bhahaahahaa;)

Keje macam dah settle, tapi ada lagi yang belum betul betul settle, so yg belum betul betul settle! Aku settle kan esokla yeee! Hahaha. Harini dok sakan chat dengan kengkawan FB! Semua dok pakat tanya baju raya dah beli kew belum! Tema warna apa tahun ni, banyak kew buat kueh raya! Alahai.. Tiap tiap tahun soalan yang sama jew, ce tanya soalan lain lak! Tanyalah bila nak mai uma aku! Aku nak bagi duet raya ni! Pehh! Memang excited jugaklah aku nak mai an? Huhu. Sotoila kao un! Heeee….

Bosan, boring, dan sewaktu dengannya! So bila sewaktu dengannya tu mai, macam macam idealah aku nk bantai buat! Nak tawu pe aku buat? Marila ramai ramai cuci mato tengok gambar yang agak menyakitkan mata kome yang agak jeles bila aku buat gini. Hahahaahaa.


Dua mata yang berbeza yaw! Tapi 1 note yang sama! bhahahaa;) utk awaklaaa !!



Kool an? Mesti kome pon ada rase nak buatkan? Alalalaala… Macam tatao! Takpe pasni kome bantailah buat macam perangai ta semegah aku ni yeee! Hoho. So, note yang cute dan ringkas kat bawah ni khas untuk Mr. en en ajew! Ate kome tak Nampak ke nama die! Huhu. Papepun semoga die hepi selalu dan sihat sihat hendaknye! amin..

Hasil tulisan cakar ayam dari aku! hahahaha. Kisah pule aku kalao kao tak suke! ;)

Maafkan kami!


-Hope dapat maapkan saya dari hati yg ikhlas yeeee!
-Jahatnya saya, suka bagi ayat yang tah pahape kat awak.
-Yang pasti semalam hari sedih saya yang macam orang nak mati, sebab awak! saya kuat balik! Alhamdulillah.
-Bersyukurnya ada kawan macam awak yg selalu sgt buat saya terharu.
-Don’t worry k! saya tak nanges dah.
-Saya cube kuatkan diri dan ingat setiap pesan awak tu.
-Terima kasih coz masih mampu layan saya dengan baik even awak tengah tak sht!

P/s :: Semoga awak cepat sihat hendaknyaaaa! Amin~~~

Bila Jari mula menaip

Bila hati rase tak keruan,
Otak mula berfikir yg bukan bukan.

Bila hati tidak kebal,
Perasaan yang terpendam bakal menjadi dendam.

Bila hati tak menentu,
Kata kata yg tidak seharusnya terlafaz,
Terluah jua.

Bila hati menjadi gundah gulana,
Keperitan yang dirasai semakin merajai diri.

Bila hati sudah mati,
Tidak akan ada sekelumit perasaan yang akan hadir.

Biar ia mati bersemadi bersama perasaan yang dikhianati,
Tidak perlu perasaan dalam diri,
Hanya kekosongan hati yang akan mengiringi setiap yang terjadi.

Pergilah wahai keruan,
Pergilah sang tidak kebal,
Berlalulah wahai tidak menentu,
Berlalulah sang gundah gulana,
Pergi dan berlalulah wahai kalian semua,
Semoga perasaan ini tidak mudah mati dan tercarik hanya kerana secalit rase benci yang hadir didalam diri.
Menjauhlah wahai kalian!
Agar tidak menjahanamkan perasaan yang dirasa ini.
Perasaan yang bakal menjadikkan diri ini kuat!

Ketenangan kao hadirlah bersama semangat darinya,
Semangat yang selalu membuatkan hidupku bahagia,
Semangat yang membangkitkan diriku dari dunia khayalan,
Semangat yang mencetuskan pelbagai perasaan terhadapnya.

Kekuatan semangat itu adalah darinya,
Hanya dia yang mampu menhilangkan segala keresahan dihati,
Semoga semangat ini sentiasa bersemadi didalam diri ini.

Thanks semua! hari heppy sedunia.

Alhamdulillah! Hari puasa yg ke-12 tu adalah hari berbuka yang paling best sekali! Syok!! Dapat berbuka dengan family Achik, wooo! Memang gempak habis! Coz dapat sambut bufday dengan Achik & Pak Djul! Kek sangat sedap sumbangan dari Abang Rezal & Kaklong, best ohhhh! Cheese kek,lapisan blueberry! Sedap bha! hahahaha. Disebabkan kekenyangan yg terlampau buat tak lalu nk makan kek banyak banyak tapi dunt worry, kasi tapau bawak baliklaaa! hehe. Best sangat malam tu! Papepun thanks sangat kat Family Achik yg sangat sangat sporting membuli aku malam tu! hahahaah. Ewan! Thanks pic pic ni. sweet bhaaaaa! So, mari cuci mata laaaa..
Chesse blueberry kek! ohhhh.. Sangat sedap! hahahaha.

Muke pulon before mao berbuke! heheehee. Apa jadik kat muke aku panjang gitu pn tatao! Ewan edit apa ni? huhu

Orang suruh tiup lilin! Aku sebuk p tangkap pic, nak tunjuk kat en en pnye pasal la ni! bhahahaahaa;)

Mama suap Pak Djul! So sweet oi! Romantik gileeeee... suke! suke! huhu.

Adek suap kakak sayang! Pelik tak muke aku? hahaha! Sakan la kao chik dpt aku suap! heeee..

Mama, Kaklong & Abang Rezal! Muke redho sebelum berbuke. hewhewhew;)


Terima kasih pada semua yang wish kat aku!


Kawan kawan Fb, Blogger, yang wish kat fon jugak! thanks wei.


Naz; Thanks ye siap buat entri utk nuun lagi! Memang sweetlaaa entri tu.


Achik; kat kao lagi aku nak ucap terima kasih banyak2! Sangat istimewa bufday aku tahun ni. memang kenangan terindah dalam hidup aku beb! Family kao memang best sgt2! Thanks a lot la sayang.


Ateen; thanks wei wish kat aku! Aku tgh sabar tunggu kek coklat dari kao ni, bilalah nak sampai ke Ipoh pun nye ni! bhahahaha;)


Mr. En En ; Thanks you beribu ribu lemon yeeee! hargainya ada org wish pastu siap nyanyi lgu bufday utk saya lagi! waaa... Terhibur rasenyeee! Tak jemu layan pale otak senget ni an. huhu

Jumaat, 12 Ogos 2011

MOGA IA DIMAKBULKAN! AMIN~~~

YA ALLAH,



Semakin jaoh langkah umurku meniti hari,



Ku pohon hidayahMU,



Moga di hari lahirku ini



Kau berkatilah umurku



dan izinkan diriku semakin dekat dengan redhoMu.



Tabahkan hatiku melalui liku liku kehidupan ini,



Kuatkan semangatku untuk menepis segala kejahatan yang hadir dalam diriku,



Cintailah diriku seperti mana aku mencintai orang orang disekelilingku,



Sesungguhnya tanpa mereka aku tidak mampu untuk melalui dugaan dan cabaran yang telah engkau berikan,



Hanya padaMU aku meminta dan mengadu semoga ia lebih dirahmati.



Amin Ya Rabbal alamin~~~~~

Khamis, 11 Ogos 2011

Rendu itu 1 keperluan hati kan? bhahaahaha;)

Selamat menjalani ibadah puasa yang ke 11 ye kawan kawan sekalian. Semoga tiada yang tinggal lagi untuk puasa minggu ke 2 ni. Hehehee! Now! Kepala tengah pentoi, perut macam kosong dan rasa nak muntah. Apa pulak tah ni, moga moga aku kuat untuk teruskan puasa harini! Takkan sesekali aku buka! Insyallah..

Kepala pentoi coz macam tak cukup tidur! Menda dah habis tidur awal semalam, tak p terawih pun! Coz rase tak sedap badan! Tolonglah jangan datang sakit bukan bukan masa aku nak ngumpul pahala ni. Hehehee! Selalu lepas solat subuh mesti nak lelap, tapi tadi tak dok puulon balas komen dengan kaka UbiKoala. Sakan die kenakan aku! Tapi still kool laaaa, apedehal dengan gurau kaka ubikoala tu, heheehehe! Berdas das aku kena ayat ayat best! Hahaa! Papepun untuk kaka ubikoala silalah bersabar untuk segala yang mendatang oke! Ada hikmah disetiap yg berlaku ni. Adek tahu kaka seorang yang kuat dan tabah orangnya! Cube berusaha dengan lebih oke! Chaiyok. Chaiyok! Adek sayang kaka!

Sebenarnya nak buat entri rendu ni, tapi takpelah aku buke mukadimah macam macam kat atas tu! Aku punya belog kan? So kao kisah apa oi! Tak kacao pun periuk nasi kao! Bhahaahaha. Yeee! Rendu die, now die selalu penat! Biasalah die dengan training dan game die! (ishhh! Mengada ngadalah kao un! Menda die balas jew bila kau BBm die an?) Yeee! Memang betul, tapi kadang kadang tu, bila die cakap die nak tidor awal tetibe rase macam kosong! Tapi jangan salah sangka yeeee! Kite paham keadaan die, kite tawu die penat dengan segala yang die hadapi time bulan puasa ni, kadang kadang kite kesian kat die! Kena main tengah tengah die puasa tu! Macam untuk game ke-2 pukul 6.45pm dan ke-3 kul 6pm time friendly dengan jepun tu, pehhh! Sian gila bhai!! Tapi nak buat macam mana kan dah tu tanggungjawab yang die kena galas! Dont worry taw! Kite always support die!!! Tak kire di mana jua anda berada. Huhu.

Alhamdulillah! Game ke-3 semalam team Malaysia Berjaya belasah jepun plak! Team Jepun kena belasah 4-1 bhai, Akhirnya! Team Malaysia tunjukkan jugak taring die, moga Team Malaysia buat yang terbaik lagi untuk sabtu dengan ahad ni. Kata kata semangat yang sgt special hanya untuk dia, tak dapatlah nak tunjuk kat dalam ni! Dalam BBm jew boleh! Hanya kite dengan die je boleh tahu. Lalalaalala~~~

Semalam kite wish selamat berbuka kat die, lepas habis berbuke tu die balas dan terus BBm dengan kite! Sian kat die, die juz minum air jew! Bila kite tanya die makan tak? Die kate tak! Coz penat sangat, alahaaaaiii.. penat sampai tade rasa nak makan, lepas tu die nak tidor awal! Tengok tu! Penat dan ngantuk sampai tak makan! Dah paksa makan pun die still nak tidor gak, so! Biarlah die tido. Rehatkan diri die tu!

Sahur tadi kite kejut die! Yeaaayyy!!! Die dah bangun, die cakap terima kasih dan nak p makan! Kite surulah die makan dulu. Dah habis sahur dalam pukul 6 tu, die seru seru nama kite! Die mintak kebenaran nak tidor dulu, kite pun suruhla die tidor! Yeeee…Dah 2 hari ta BBm lama lama dengan die lepas sahur, ada sikitlah muncul rendu tu! Tak salahkan kite nak rendu? Hehehe. Tapi kite paham die, die penat an? So semoga die rehat puas puas 2 hari ni, Sabtu Ahad game lagi! Semoga Berjaya die! Kite selalu doakan kejayaan die.

* Rendu tu tak salahkan? So nak bagitahu kat sini jew, yang kite rendu die! IMYSM! Tak pernahkan ayat keramat ni keluarkan kat BBm selama kite salu berBBm an? hehehe. Btw terima kasih bebanyak!

Rabu, 10 Ogos 2011

Tentang Persahabatan yang indah



Apa yang kita alami demi teman kadang kala melelahkan dan menjengkelkan,
tetapi itulah yang membuatkan persahabatan mempunyai nilai yang INDAH,

Persahabatan sering disajikan dengan dengan beberapa cobaan dan dugaan,
tetapi persahabatan yang SEJATI bisa mengatasi cobaan dan dugaan itu malah makin mekar kemesraan itu bersama kerananya,

Persahabatan tidak terjalin secara automatik,
tetapi memerlukan proses yang panjang,

Seperti besi menajamkan besinya,
demikianlah sahabat menajamkan sahabatnya,

Persahabatan diwarnai dengan pelbagai pengalaman suka duka,
Dihibur - Disakiti - Diperhatikan -Dikecewakan - Didengar - Diabaikan - Dibantu bahkan Ditolak,
Namun semua itu tidak pernah sengaja dilakukan dengan tujuan kebencian.

Seorang sahabat tidak akan menyembunyikan kesalahan untuk menghindari perselisihan,
Justeru kerana kasihnya ia memberanikan diri dengan menegur apa adanya.

Sahabat tidak pernah membalut pukulan dengan ciuman,
Tetapi menyatakan apa yang amat menyakitkan dengan tujuan sahabatnya mahu berubah.

Kerinduan adalah menjadik sebahagian daripada kehidupannya,
Karena tidak ada persahabatn yang diawali dengan sikap keegoaan.

Setiap orang memerlukan sahabat SEJATI,
Namun tidak semua orang berhasil mendapatkannya.

Banyak orang yang telah menikmati dengan indahnya persahabatan,
Namun ada juga yang begitu hancur kerana dikhianati sahabatnya.

Mempunyai satu sahabat yang SEJATI jauh lebih baerharga berbanding seribu teman yang hanya mementingkan diri sendirik!



* Alhamdulillah aku sangat bersyukur dikurniakan kawan kawan yang sangat terbaik bagi diri aku! Tak jemu melayan setiap karenah gila aku.

Achik :: Terima kasih coz selalu ada bersama aku tak kire aku suka or duka!

Ateen :: Kao byk tenangkan aku weh! Hargai sangat beb. thanks!

Mr. En En :: Awak jadik pengubat diri saya now! Bila saya sedih awak ada tok hepi kan saya! awak ada bila saya perlukan awak! Terima kasih daun kari yeee!

Ucapan terima kasih dari hati yang ikhlas untuk korang diatas! Yang Sangat sangat memahami aku, pada kawan kawan lain! Korang juge tidak lupa, sayang korang beb!

Selasa, 9 Ogos 2011

Alhamdulillah dan sangat bersyukur!

Hei! Hei… Dah lama rasanya aku terpikir nk buat entri pasal ni, tapi tah bile bile jew nak buat an? So harini macam rajin rajin ubi nak buat pasal ni. Oke! Mari kite bercerita jugaklah! Huhu.

Dulu buas sangat, nakal gileeee! Suka sangat merayap, memang tak suke duduk rumah langsung! Memang tak kenal siang malam dah, Janji dapat keluar lepak dengan kawan kawan dah rase puas. Tapi sejahat jahat aku dulu, aku memang tak pernah nak jejak kaki kat clubbing bagai tu k! Aku bukan jenis yang cucuk cuuck angin tu yeee! Hahaaha. Tapi tak semestinya yang p sana tu tak baik an? So sendirik pikirla yeeee.

Alhamdulillah! Puasa tahun lepas buat pintu hati aku terbuka untuk memakai hijab terus, sebelum tu ada jugak aku cube mencuba untuk pakai! Tapi kejap jew, tu pun sebab nak tutup kepala! Rambut dah pendek sangat, akibat terlalu sakan menwarnakan rambut dan macam macam gaya kao buat nak ikot si Rihana tu, adoi! bila rambut dah panjang! Kao hegeh hegeh buka hijab tu! Maap dulu aku memang agak sengal gileee, coz takde pendirian langsung dalam hidup hanya pikir keseronokkan saja. Time tu dalam pale otak keje nak enjoy jew! Tak pikir langsung tentang masa depan dan perasaan ibu ayah! Jahat gile rasanya dulu.

Aku bersyukur teramat coz dibukakan pintu hati secepat ini, semuanya terjadik masa puasa tahun lepaslah! Aku dok pulon post status yang aku nak pakai tudung time puasa tu nanti, sekali tu adalah hamba Allah ni bagi soalan kat aku, eh! Boleh kew pakai tudung ni? Pakailah sampai bila bila! Aku pon jawablah! Insyallah! Tah macam mana time tu, kawan kawan FB sakan dok post post video, dengan tak sengajanya aku tertengok 1 video ni, pasal aurat dan menutup kepala! Sumpah memang aku hiba tengok video tu, siap ayat ayat yang dlm video tu memang indah sangat dan buat aku tersentuh gileee! Start dari situ aku mula pakai tudung hinggalah sekarang! Alhamdulillah aku masih lagi di beri peluang untuk membuat kebaikkan. Terima kasih Ya Tuhan!

Dah lama lama tu, ada jugak aku cari video tu! Tapi tak jumpa taw, tatao laaa aku lupa tajuk die or die memang dah lenyap macam tu, serius memang boleh bagi orang tersentuh! Orang macam aku yang kasar ni pun boleh nak nanges bhai tengok video tu! Hehehe. Pengajaran untuk diri aku yang sangat leka dengan kehidupan duniawi. Sangat sangat besyukur dengan kehidupan aku sekarang! Kat bawah ni muke muke minta tangan, 1st time pakai shawl dan sampai la now! Jum skodeng!!hahaa

Muke 1st time pakai shawl laaa! Selebet kan? Ada aku kisah? hahahaa.


Masa buke puasa kat KFC Jusco! Pulon gileee time ni. Lapar oi! huhu.


Nak dekat dekat akhir tahun! Lepak kat Taman DR dengan Kakangah sayang. Orang buta yeee!


LOVE for CINTA! So apa kaitannya pon ni. hehehehe! Jangan nak LOVE LOVE sangatlah oi..


Masa kerja dekat kedai pengantin Bunga Bunga Cinta! Memang 12 jam dengan Bunga jew laaa! hihihi
Tahun ni, muke teruja dapat kerja untuk tahun ni (2011). hewhewhew;)
Bila boring! Kamera fon jadik mangsa aku, Takde keje time ni bhai. Mood; sengal ubi! hahaha
Muke seronok masa opah ada kat rumah, muke lepas peluk cium opah masa nak p keje! hehehe
Suke pashmina ni, salah 1 pahmina feveret okei! sangatlah like. huhuhu


Muke mintak tangan yeee! Sebelum puasa, time ni ngah tunggu achik di interbiu. hihihihi



So kat atas tu semua muke muke nak kena tangan yang leh aku tunjuk masa aku 1st pakai hijab sampai la now ni, Haaa.. Nape tak pakai tudung bawal kew? tudung ekin kew? Maap! aku sangatlah kurang pandai nak pakai tudung bawal gitu, nak bentuknya ya amat payah! Tudung Ekin plak memanglah sangat tak masuk dengan muka bulat bola aku ni. huhu! Jangan tak tahu aku peminat sakai Yuna! suke gile dengan style die, tak berapa gemar dengan lagu lagu omputeh die tu. hahahaha.



Ye! Aku pengemar shawl dan segala jenis pashmina, tudung syria tu kadang kadang jugaklah aku layan! Tapi now ni memang memanjang dengan pashmina coz sangat senang dan cepat untuk dipakai, tade nak pulon belit belit bagai sampai kao tercekik! hahahaha. Kat bilik tu memang berlambak shawl yang lama lama aku tak pakai, memang membazir jew aku ni! Ibu salu bising bila aku beli pashmina baru! Katenya semak bilik dok gantung kat belakang pintu! shawl lama tu elok lagi. Nak beli baru buat apa! pehhh! sudah kena bebel la saya, tapi aku still beli gok! yeeee.. Nuun memang degil yaw! hehehehe.



* Indahnya bila dapat pashmina dari yang tersayangkan? Hurm..bilalah turn aku nak dapat pulak kan? yeee! Nuun hanya mampu berangan dan bermimpi disiang hari saja laaaa... Berangan tu indah bukan? dahla! tanak merepek bukan bukan. Ok. cun! Kbai.


Tak Sahur dan semangat

Waaaa.. Sedih dan sangatlah geram bila harini tak mangon sahur! Sakitnya hati, grrrrrr… Now! Salah sendiriklah kan, En! En! sikit punya baik dah kejot kao, then boleh lagi kao balas BBm dengan die, lepas kao suruh die makan dulu! Boleh lak kao terlelap? Ahhhh! Sakailah kao ni un! Huuuu…. So tayangan 2 ibu jari dan jeritan good good very good untuk kao! Padanlah mukeeee kao weyh! Hahahaha. Syahdu jew rase bila tersedar En! En! BBm balik, tengok tengok dapur dah gelap! Cepat cepat kejut kakangah & tanya die, die dah sahur kew tak? Die pon ta mangon sahurla bhai, adoi! Terus kuar p bilik ibu & tanya dah azan ke belum? Ibu cakap belum azan lagi, p kat peti ais teguklah air masak tu dalam setengah botol! Selamat dah niat dari malam tadi, dengan mengada mengada terus ngadu kat En! En!

Aku :: En! En! Sedih ta sahur!
Heeee….

Die :: Sbb apa

Aku :: Td lpas suh en en mkn kenyang2 terus lelap
Cerdikkan sy? Terima kasih

Die :: Mmg cerdik
Cerdik sgt

Aku :: Terima kasih! Syg en en beribu2 lemon!

Die :: Lemon mna plk ni

Aku :: Lemon tea
Hahahahaha.

Die :: hehehehehe

Aku :: Lao lapa kank ley mkn ta?
Hahahaaha

Die :: x bleh
Kene pose jgk

Aku :: Alaaaa!! Ye dga kate

Die :: Bgs2 un un


Hehehee… Maaplah! Aku memang mengada ngada! Mengada ngada dengan orang yg aku suka! So perlu kew kao kisah weyh? Tak perlulah kot an? Hahaha! Ye! En en pakse kite puasa jugak! Waaahhh! Makin semangat lagilah kite nak puasa ni. Huhu! Tak rase lapar pon bile tengok balik BBm dengan en en! Terima kasih cuk! Hahaha.

Bukan Tak boleh kalao tak bersahur, tapi aku memang jenis suka bangun sahur! Syok weyh bila lepas sahur nak tunggu subuh tu, kao lepak kat tepi rumah kao! Pehhh! Memang syok habisla bhai, dengan angin pagi yang agak ta sepoi sepoi bahasa jawa tu lagi an! Memang gempak habis. Hahahaaha! Untuk orang yang duk rumah tepi jew lah! Lao yang duk rumah area tengah tengah tu, apa kata kao try dok depan pagar rumah kao! Takpon lao depan rumah kao ada padang! Ce try kao tawaf 1 padang tu, Terbakar jugak lemak lemak kao an? Huhu! untuk kaum hawa janganlah nak p sorang sorang! Ce ajak teman, mak kew! Adek kew! Kuceng kao pon oke what! Hahaahha. Achik amacam tawaf padang kao dengan mama tersayang? Dah boleh dapat pangkat hajah ta? Hewhewhew;)

Baru ingat tahun ni, nak selalu bangun sahur! Tapi dah terlajak sehari, sedih jew rase weyh! Korang tatao kew! Bangun sahur tu an besar pahala yg kite dapat, so bulan bulan puasa ni la aku dok pulon nak ngumpul pahala, semalam p terawih! Syok habisss… Harini tak pasti lagi! Huhu. Ayuhlah ramai ramai mangon sahur yeeee! Jangan mangon jew sahur tapi esoknye kao buke periuk! Memang cipan betoi lah kao tu! huhu

p/s ; perut bunyik bunyik! tp sedang cool okei, coz cepat cepat hadap msg BBm dgn en en! Kenyang bhai bhahahahaahaa;) sakai gileeee...

Isnin, 8 Ogos 2011

Perbezaan Cinta Lelaki dan perempuan.


Cinta Lelaki ; Ia seumpama gunung, ia besar tapi konstan dan (sayangnya) rentan, ada waktu ia meletus memuntahkan lahar, menghanguskan apa saja yang ditemuinya.

Cinta Perempuan ; Seumpama kuku, ia hanya sehujung jari, tapi tumbuh perlahan-lahan, diam diam dan terus menerus bertambah. Jika dipotong, ia tumbuh dan tumbuh lagi.

Pesan pada diri!!

Renungan Bersama ::

Pesan pada DIRI,
Jangan tersalah memberi HATI pada yang tak sudi,
Pada insan yang tak mengerti kerana sekali kao memberi selamanya dia di HATI,
Kerana sekali kao dilukai, sampai bila bila tetap kao ingati,

Pesan lagi pada DIRI,
Hati hatilah dalam memberi HATI,
Sebab ia hanya untuk insan yang tahu menghargai betapa tingginya nilai sekeping HATI!

*Mungkin aku tergolong dalam orang yang tersalah memberi hati, Tapi perlukah aku berputus asa dengan segala yang aku rasa ini? Yaaa! Aku cube untuk tidak berputus asa dengan segala yang aku hadapi ni. Moga petunjuk kebahagiaan akan hadir muncul dalam diri aku! Diharapkan impian raya aku pun akan tercapai! Amin~~~

Dugaan oh Dugaan dan Kehidupan yang singkat...

Salam hari isnin semua! Wooo… Dugaan datang tanpa dipinta, tapi dengan baik menghadapinya! Ia bukanlah dugaan besar tapi sekadar mengingatkan kepada mereka yg suka sangat memaki hamun apabila hadirnya dugaan! Allah sayang akan orang yang tenang menghadapi dugaan, die cinta pada hambanya dengan itu dia memberi hambanya dugaan!Hidup ni pun pendek je kan?

Yaaa! Seperti aku! Manusia naïf dimataNYA selalu sangat diberi ujian yang agak menguji kesabaran jiwa dan mental tapi aku mencuba dengan sebaik baiknya untuk mengawal segala yang diberi.

Ahhhh… Seperti pagi tadi, harini hari 1st aku datang lewat untuk bulan ogos yg sangat sweet ni,. Budak cerdik! Lepas subuh kao dok baik buat hegeh hegeh nak tidor balik! Bila dah alarm memekak kat sebelah telinga kao, kao cpt cpt stopkan bunyi tu! So padanlah muke kao masuk opis lambat! Dengan agak laju tak laju jugaklah aku merempit tadi, mak aihhh deret jem bhai! Tapi dengan kepakaran yang blah ta blah jugak aku cilok mencilok lepas jugakla kan? Hewhewhew;). Bayangkan lao aku drive kete? Alamatnya tengahari jugaklah baru aku masuk opis tu.

Aku diuji lagi sekali beb, bila aku rasa tayar motor waklan macam nak ketepi2 jew an? Aku macam dah agak apa yang dah berlaku kat tayar motor tu! Tapi aku gagahkan jugak bawak slow ta slow jugaklah kan, sampai tepi Polo tu, aku Nampak Pakcik DBI tengah dok menyapu kat bahu jalan tu! Aku dengan tak malunye p Tanya pakcik tu, ada tak nombor orang nak tukar tube ni pakcik, Dengan muke yang agak manis manis keladi pakcik tu kata ada then terus keluarkan fon die & telefon kawan die yang boleh tukar tube tu. Alhamdulillah! Aku tarik nafas panjang panjang then cepat cepat aku sms bos aku, cakap masuk lambat cz tayar pecah!

15min jugaklah aku bercinta tunggu pakcik tu, dengan perut yang agak memulas mulas minta suh p toilet! Adoi mana pakcik ni, Tang kereta lalu jew, aku jerit kat kereta tu, ‘woi mana pakcik tu! Woi mana pakcik tu!’ Selamat jugaklah kereta kereta tu semua dok tak buka tingkap an? Lao buka, konpem dorang patah balik & debik pale aku sorang sekali. Haish!!! Buat naya jewww, time tu rasa nak jerit kuat kuat jew coz perut aku dok sakit sangat & pakcik tu dok hegeh hegeh nak buat U-turn an? Hampagas kelapa betoi pakcik ni, Pakcik pun sampai dan die pun betoikan tayar motor tu! Selamatlah pakcik ni peramah & sgtlah pulon bila die dok sembang dengan pakcik DBI tu. Agak kencang jugaklah kan! Hehehehe. Dalam 5min tu siaplah pakcik tu betoikan tayar tu, dah settle bayar & amek nombor pakcik tu, aku pun cakap TERIMA KASIH BANYAK BANYAK dan terus pecut p opis! Sampai sampai opis campak beg segala bagai terus p toilet jugaklahhhh! Alhamdulillah lega beb. HAHAAHAHAHAAHAA!

Memang sekali 3 dugaan datang dalam hidup aku harini, even aku pun ada gak memaki jerit jerit nama pakcik tu! Tapi aku dah mintak maap kat dalam hati kat pakcik tu taw! Hope pakcik tu maapkanla yeee! Heehehehee. Alhamdulilah! Aku bersyukur dengan setiap dugaan yang mendatang even kekadang aku tak rela dengan kehadirannya tanpa aku pinta dan airmata jadi peneman aku dikala itu! Aku cube jadik kuat dengan apa yang hadir! THANK YOU ALLAH!

* Sebenarnya aku ada nak buat something yang aku sendirik tak mampu buat sebenarnya! Cube menjauh darinya. Adakah die mmg tercipta untuk aku? dan bila aku mula untuk menjauh! Dugaan macam macam datang dalam hidup aku? Kenapa? Adakah die penawar hidup aku? Entahla! Aku hanya mampu berdoa dan terus berdoa untuk kuatkan hati ini! Jikalau die tercipta untuk aku, Kau dekatkanlah die selalu dengan aku! Jikalau tidak, jaohkanlah die dari hidup aku! Tak sanggup rasenya aku menghadapi dugaan yg seperit ini. Amin ya rabbal alamin...

Jumaat, 5 Ogos 2011

Senyuman pagi yang bermakna!

Pagi tadi macam good good jew rase an? Salu pas sahur mesti terus terlajak, nak tunggu subuh tu memang liatlah kan, Tapi pagi tadi rase macam segar jew nak solat bagai, So pas solat terus lompat duduk kat sebelah kakangah! Yang kusyuk dok layan FB, pagi pagi buta dah layan FB memang sakai betol la kakak aku sorang ni. Hahaaha! Die tak leh tidor la tu. Tengah syok layan BBm dengan die, Bunyi lagu yang die suka tu dah start bising ! Then naiklah nama die! Mr En! En! & sangat tak blah bila gambar die dengan kek ada lilin pun naik! (sori Mr. En! En! Terembatla! Janji pasni buat lagi.) Hahaha!

Adehhhh! Die dah buat kite nak mengekek jew, ada jew benda die nak kenakan kite! Memang takkan habis die nak mengenakan kite, die kate pipi kite ni pakai botox? Peh! Memang nak kene sekeh betul lah brader ni, siap Tanya kite, mana kite buat botox kasi pipi naik macam tu. Yang geram tu die kata pipi kite macam panda? Hampeh betoi! Lepastu die ada niat jahat dengan kite, die nak korek mata kite dengan garpu, bior jadik macam kasim selamat! Seronok betol die cakap camtu kat kite. Eleh! Die jeles dengan mata kita lah tu, tahulah mata die sepet dah serupa tak Nampak mata dah! Tu pasai ada niat jahat! Huahuaha. Die asyik marah kite, bile kite asyik gelak time cakap ngan die! Nak buat macam mana kite memang suke gelak bile cakap dengan orang yang kite suke! Hewhewhew. Yang sangat tak blah tu bile die doakan supaya kite kena marah dengan bos then nanges sebab suka sangat tu. Kamben leeee die ni! Ish! Banyak betul die cakap pagi ni, suke dengar die membebel then mengada ngada merajuk bile kite main main jawap soalan die, so sweeet! HAHAAHAHA;)

Papepun die dah bagi pagi kite ni nak senyum ajew! Sampai petang ni pun kite still nak senyum, Atas motor kank konpem jadik sengal lah cakap sorang sorang! Hehehe. Nak buat macam mana tu memang habit kite dari dulu lagi an? Huhu. Dunt worry kite dah terima semua hakikat tu, die baik dengan kite! So kite kenalah baik dengan die an? Huhu. Terima kasih die! Nyanyi lagu hepi bufday untuk ayah kite, terharu sangat dengar. Tapi lupalah ayat ayat yang belakang tu. Ayat yang die pesan pesan tu! heheehehe...

Now die selalu merungut penat coz kena training! Tidor pun dah awal! Pulon aihhh! hahaha. Sebelum berbuke kena training, bila tak training sebelum berbuka kena training lepas berbuke! Kantoi tak p terawih la ni yeee! Die! kena sabar bebanyak k. Adatlah semua tu, macam baru 1st time lak rase semua ni, tu nak mengada ngadalah tu! wekkkk!

Btw terima kasih coz bagi senyuman dalam hidup kite now! nak gelak jew bile ingat balik time sembang dengan die. huhu! Kaki bahan kasi pada itu olang laaaa. huhu.

SELAMAT HARI LAHIR ORANG YANG TERCINTA ;)

Cepatnya sudah masuk puasa ke-5! Dan puasa ke-5 ni adalah hari lahir ayah tercinta yang aku sayang sangat sangat, Takde sapa yang leh gantikan ayah yang aku sayang sangat sangat ni, weeehuuuu… 05/08/2011 genap umor ayah yang ke teeet..teeet… perlu kew aku nak kecoh kecoh kat sini berapa umor ayah? Heheehe. (Sebenarnya kan? Aku lupalah berapa umor ayah! Heeee…Dah nyanyok tahap cipan dah ni, semua menda boleh lupa! Sebuk nak ingat keje keje kat opis tu leeee. Tak sengaja oke! Tape Balik ni, aku nk try Tanya ibu laaaa! Tapi yang pasti umor ibu! Aku ingat taw. Hewhew).

-Salu doakan yg terbaik untuk ayah!
-Semoga panjang umor dan kerap dimurahkan rezeki.


- Nak ayah selalu sihat dan cergas!
-Nak ayah selalu ceria, Suke sangat bila tengok ayah senyum. Kantoi gigi palsu! Hewhew.
-Ayah terbaik! Sentiasa bersama ibu dalam apapun yang jadik kat ibu! Terima kasih ayah.
-Semoga ayah selalu kuat menghadapi liku liku kehidupan ni dengan hati yang sangat cekal.
-Ayah sangat kacak; Ibu sangat cantik. Heheheehe!

Amin! Moga hidup ayah selalu diberkati, dan Allah sentiasa bersama sama ayah even dimana ayah berada tak kire masa susah atau senang. Nu’un sayang ayah! Sayang sangat sangat.

Ayah nak tawu! Ada orang perasaan yang ayah ni bakal bapak mertua die, then die ada wish kat ayah jugak, siap die nyanyi lagu hepi befday untuk ayah! Sweet ah suara die, kite tawu die cover suara merdu merdu ayam die tu, hahaahaha! Kite suh die record tapi die taknak! Malulah tu, hehee! So un tahu! Ayah selalu menghargai disetiap yang ayah perolehi an? Even menda tu kecik tapi bagi ayah maknanya sgt la besar kan?!
Papepun terima kasih Mr En! En! Hope ayah ceria dengan wish awak tu, balik nanti saya bisik bisik kat telinga ibu suruh sampai kan kat ayah okei!. Bhahaahahha;)

SELAMAT HARI LAHIR AYAH YANG UN SAYANG SANGAT
SEMOGA KEBAHAGIAAN AKAN DATANG DALAM HIDUP AYAH!

NU'UN CINTA AYAH!!

Khamis, 4 Ogos 2011

Alhamdulillah ;)

Dalam Bulan Yang Mulia ni!
Saya Makin Kuat untuk Hadapi semua ini.
Terima Kasih Tak terhingga yeeee.


Semuanya kerana awak! Tolong jangan pergi jaoh yee.
Sahabat untuk selamanya.
peaceeee!!

Rabu, 3 Ogos 2011

Selamat berbuka & Terima kasih Mr. En! En!

Selamat menunggu untuk berbuke ye semua!Mesti semua pakat tak sabar sabar nak berbuke an? Then mesti ada yang dok pulon p serang bazaar Ramadahan! Pehhh! Untonglaaa kan? Macam aku ni malas sikit nk P bazaar, tengok mood jugakla an? Hehehe. Dasar anak wak lan yg agak malas untuk merayap yeee! Oke.. Harini memang bz gila lah. Aku sikit punya tekananlah nak pulon kasi habis keje tu, Tapi berkat kesabaran aku yang agak boleh blah untuk harini, siap jugaklah segala keje yang perlu disettle kan esok! Haiyooo…P keje tadi muke sikit punya ada sinyum, Now dah hadap menda ni, terus hilang senyum! Siap kak intan dok tegur, awat bermuram durja harini nurul? Hahaaha! Agak nk gelak disitu, tapi malas nak layan coz keje banyak! Bior kan jew laaaa…

Pagi tu mood baik weyh! Siap buat keje gile lagi. Dah sampai sampai opis! Dah siap duduk kat meja dah ni, tengok tengok purse, segala lesen tok nenek aku & BB sayang aku tertinggal kat umah? Haiyoooo… memang bala bala! Hahaa. Terus pecutlah kan, selamat harini aku mai opis awai! Lao tak, agak kena bersoal jawap jugaklah dgn bos nape dtg lewat! Hewhewhew.

Syok syok! Pagi tadi Mr. En! En! Plak jadik jam loceng kite, waaa…Sunguh sungguh betul die kejut kite nak sahur tadi, Fon kite tu memang jarang orang nak kol kol ni, tetibe kite dengar lagu feveret die dok bising sangat! Kite tak syak lagi orang kol! Tengah tengah mamai dok tengok! Nama die naik! Haish!! Nak angkat ni die dah letak. 4 Missed call bhai! 1 mesej & 1 voice note. Tak tahan Mr En! En! Record sore merdu merdu ayam die kat kite, Die record suruh kite bangun tu sejibik, macam opah suh kite mangun sahur masa darjah 3 dulu. Hahahaahaa! Terima kasih daun kapal terbang Mr. En! En! Kite hargai sangat sangat.

Papepun selamat berbuke puasa yeee! Esok dah masuk puasa ke-4, & puasa ke-5 lak bufday ayah! Apa mao bagi ayah ni yeeee? Heehehehe. Salu doakan ayah supaya makin hensem! Hewhehwhew;)

Isnin, 1 Ogos 2011

Selamat berpuasa uolllsss!

Selamat Menyambut bulan Ramdhan yg mulia yeee! Alhamdulillah, dapat jugak aku merasa suasana ramadhan untuk kali ni. Sangat dan teramatlah bersyukur, Even tanpa opah! Aku kena biasakan diri juga. Woow! Indah betul bersahur dengan ayah,ibu & kakangah tadi! Adek & Aslam memang bapak liat nak bangun, so dorang bangun lepas habis kami makan! Kalau tak kena siram dengan air bukan doranglah tu. Abang kat Penang! So, takdela dengar ibu dok bebel kejut die yang sememangnya bapak liat nak bangun sahur! Dalam sebulan tu, boleh kire dengan jarilah nak tengok die bersahur! Kuat tidor die tu! Haishhhhh… Apalah kao makan kat sana ye bang? Hope kao puasalah penuh ye! Dan jangan lupe pulon Ot & hulur hulur duet raya kat kami adek bradek ni. Hewhew!

Yang tak tahan tu, ada la sorang mamat ni excited gile die nak puasa an? Sampai tak tidor malam tu! Pulon dok main PS dengan kawan die, Aikkk! Takut tak bangun sahur ke bro?? huhu. Lex ah! Kite kan jam loceng die! So akan ku kejut sehingga dirimu bangun, lao tak mangon tu, memang tak leh buat apa laaaaa! Hehehehe. Dan kite pun jadik tidur tidur ayam, coz sebuk sebuk gak dok BBm dgn die! Hahahaaa. Now p keje pentoi jew rase! Tilam dengan bantal dok panggil panggil dok mai kat deme. huhu! Papepun still cool! Keje tarak kot! So hadap Fb jew la pon. Even dah naik menyampah hadap menatang tu. hewhew! Die! Puasa penuh taw, tamao tinggal tinggal! hahaaha

Selamat Berpuasa semua!
semoga Puasa tahun ni lebih baik dari sebelum sebelumnya dan akan lebih diberkati olehNYA! Amin.