Selasa, 9 Ogos 2011

Alhamdulillah dan sangat bersyukur!

Hei! Hei… Dah lama rasanya aku terpikir nk buat entri pasal ni, tapi tah bile bile jew nak buat an? So harini macam rajin rajin ubi nak buat pasal ni. Oke! Mari kite bercerita jugaklah! Huhu.

Dulu buas sangat, nakal gileeee! Suka sangat merayap, memang tak suke duduk rumah langsung! Memang tak kenal siang malam dah, Janji dapat keluar lepak dengan kawan kawan dah rase puas. Tapi sejahat jahat aku dulu, aku memang tak pernah nak jejak kaki kat clubbing bagai tu k! Aku bukan jenis yang cucuk cuuck angin tu yeee! Hahaaha. Tapi tak semestinya yang p sana tu tak baik an? So sendirik pikirla yeeee.

Alhamdulillah! Puasa tahun lepas buat pintu hati aku terbuka untuk memakai hijab terus, sebelum tu ada jugak aku cube mencuba untuk pakai! Tapi kejap jew, tu pun sebab nak tutup kepala! Rambut dah pendek sangat, akibat terlalu sakan menwarnakan rambut dan macam macam gaya kao buat nak ikot si Rihana tu, adoi! bila rambut dah panjang! Kao hegeh hegeh buka hijab tu! Maap dulu aku memang agak sengal gileee, coz takde pendirian langsung dalam hidup hanya pikir keseronokkan saja. Time tu dalam pale otak keje nak enjoy jew! Tak pikir langsung tentang masa depan dan perasaan ibu ayah! Jahat gile rasanya dulu.

Aku bersyukur teramat coz dibukakan pintu hati secepat ini, semuanya terjadik masa puasa tahun lepaslah! Aku dok pulon post status yang aku nak pakai tudung time puasa tu nanti, sekali tu adalah hamba Allah ni bagi soalan kat aku, eh! Boleh kew pakai tudung ni? Pakailah sampai bila bila! Aku pon jawablah! Insyallah! Tah macam mana time tu, kawan kawan FB sakan dok post post video, dengan tak sengajanya aku tertengok 1 video ni, pasal aurat dan menutup kepala! Sumpah memang aku hiba tengok video tu, siap ayat ayat yang dlm video tu memang indah sangat dan buat aku tersentuh gileee! Start dari situ aku mula pakai tudung hinggalah sekarang! Alhamdulillah aku masih lagi di beri peluang untuk membuat kebaikkan. Terima kasih Ya Tuhan!

Dah lama lama tu, ada jugak aku cari video tu! Tapi tak jumpa taw, tatao laaa aku lupa tajuk die or die memang dah lenyap macam tu, serius memang boleh bagi orang tersentuh! Orang macam aku yang kasar ni pun boleh nak nanges bhai tengok video tu! Hehehe. Pengajaran untuk diri aku yang sangat leka dengan kehidupan duniawi. Sangat sangat besyukur dengan kehidupan aku sekarang! Kat bawah ni muke muke minta tangan, 1st time pakai shawl dan sampai la now! Jum skodeng!!hahaa

Muke 1st time pakai shawl laaa! Selebet kan? Ada aku kisah? hahahaa.


Masa buke puasa kat KFC Jusco! Pulon gileee time ni. Lapar oi! huhu.


Nak dekat dekat akhir tahun! Lepak kat Taman DR dengan Kakangah sayang. Orang buta yeee!


LOVE for CINTA! So apa kaitannya pon ni. hehehehe! Jangan nak LOVE LOVE sangatlah oi..


Masa kerja dekat kedai pengantin Bunga Bunga Cinta! Memang 12 jam dengan Bunga jew laaa! hihihi
Tahun ni, muke teruja dapat kerja untuk tahun ni (2011). hewhewhew;)
Bila boring! Kamera fon jadik mangsa aku, Takde keje time ni bhai. Mood; sengal ubi! hahaha
Muke seronok masa opah ada kat rumah, muke lepas peluk cium opah masa nak p keje! hehehe
Suke pashmina ni, salah 1 pahmina feveret okei! sangatlah like. huhuhu


Muke mintak tangan yeee! Sebelum puasa, time ni ngah tunggu achik di interbiu. hihihihi



So kat atas tu semua muke muke nak kena tangan yang leh aku tunjuk masa aku 1st pakai hijab sampai la now ni, Haaa.. Nape tak pakai tudung bawal kew? tudung ekin kew? Maap! aku sangatlah kurang pandai nak pakai tudung bawal gitu, nak bentuknya ya amat payah! Tudung Ekin plak memanglah sangat tak masuk dengan muka bulat bola aku ni. huhu! Jangan tak tahu aku peminat sakai Yuna! suke gile dengan style die, tak berapa gemar dengan lagu lagu omputeh die tu. hahahaha.



Ye! Aku pengemar shawl dan segala jenis pashmina, tudung syria tu kadang kadang jugaklah aku layan! Tapi now ni memang memanjang dengan pashmina coz sangat senang dan cepat untuk dipakai, tade nak pulon belit belit bagai sampai kao tercekik! hahahaha. Kat bilik tu memang berlambak shawl yang lama lama aku tak pakai, memang membazir jew aku ni! Ibu salu bising bila aku beli pashmina baru! Katenya semak bilik dok gantung kat belakang pintu! shawl lama tu elok lagi. Nak beli baru buat apa! pehhh! sudah kena bebel la saya, tapi aku still beli gok! yeeee.. Nuun memang degil yaw! hehehehe.



* Indahnya bila dapat pashmina dari yang tersayangkan? Hurm..bilalah turn aku nak dapat pulak kan? yeee! Nuun hanya mampu berangan dan bermimpi disiang hari saja laaaa... Berangan tu indah bukan? dahla! tanak merepek bukan bukan. Ok. cun! Kbai.


2 ulasan: